Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 5

ERHAN meletak akhbar lalu tersenyum sebaik sahaja membaca artikel ‘ED’ kali ini. Ramai peminat ‘ED’ menyatakan mahu bertemu dengan penulis itu kerana ED telah menyentuh hati mereka dengan hasil tulisannya. Erhan tersenyum lagi. Tulisan ‘ED’ memang mantap. Dia tidak pernah ‘miss’ membaca ruangan ‘ED’ setiap minggu kerana ingin melihat respon dari peminat ‘ED’. 


Erhan melipat akhbar sebaik sahaja Lieza meletak kopi dan surat yang diterima hari ini di atas mejanya. Erhan mencapai surat-surat tersebut lalu meneliti satu persatu surat yang diterima. Semuanya surat dari pihak bank dan bil bulanan. 


Tiada lagi surat dari pengirim misteri yang menyamar diri sebagai Lasindah? Erhan seakan mengharap benar si pengirim menghantar surat kepadanya lagi. Dia seakan rindu dengan hobi lamanya yang suka menghantar surat kepada Lasindah. Mereka berkenalan dan jatuh cinta melalui surat. Tanpa pernah bertemu dan bersua muka. Dan juga tanpa mendengar suara. Dia dan Lasindah cinta mencintai antara satu dengan lain. Malah mereka pernah bertunang. Namun dia tidak percaya wanita yang di puja dan dicintai itu hanya bersandiwara kerana dia bercinta dengannya, hanya kerna dia anak kepada Pangiran Budiman Budiarno dan juga hartawan ternama di Bandung. Bukan kerana benar-benar cinta tapi cinta pada kebendaan dan kekayaan. 


Hati Erhan benar-benar kecewa dengan sikap Lasindah. Malah Lasindah punya kekasih hati di Bali. Erhan pernah terserempak mereka bercuti bersama di Bali. Sejak itu Erhan meminta pertunangan mereka di putuskan dan tidak ingin bertemu dengan Lasindah. Perkara ini tidak di khabarkan kepada mamanya kerana dia tidak mahu mamanya kecewa dengan sikap Lasindah.


“You cari surat pink tu ke Encik Erhan?,” tanya Lieza. 


“Ya..,” jawab Erhan ringkas endah tak endah tidak mahu menunjukkan kepada Lieza bahawa dia benar-benar berharap menerima surat misteri itu lagi. 


“You balas surat tu tak?,” soal Lieza lalu menoleh kearah Erhan.


Erhan tersentak seolah-olah baru tersedar dari mimpi bila Lieza bertanya samada dia sudah membalas surat yang di terima? Memang dia tidak membalas surat itu kerana surat itu bukan dari Lasindah. Dia tahu Lasindah sudah berpindah dan Lasindah tidak lagi tinggal di Malaysia dan kini sudah menetap dengan kekasihnya di Bali. Sebab itu dia tidak terfikir mahu membalas surat itu. Tapi dia tidak tahu mengapa dia begitu mengharap agar menerima surat misteri itu lagi? Dan jika dia mahu membalas surat itu, apa yang harus dia tulis kerana dia tahu itu bukan Lasindah? Dia tidak kenal pada pengirim surat itu.


“Harus balas ke?,” soal Erhan ingin pandangan dari Lieza.


Lieza berhenti menyusun cushion kecil di sofa bila Erhan bertanya perlukah dia membalas surat yang di terima. Yelah, kalau tidak dibalas si pengirim akan fikir mungkin surat itu tidak di terima atau hilang di post office etc.


“Ye lah Encik Erhan..jika you tak balas surat si pengirim mungkin dia fikir Encik Erhan tidak menerima surat itu atau surat itu hilang..,” jawab Lieza sambil menyusun majalah yang terdapat di meja di hadapan sofa.


“Ok..Lieza nanti bila contractor restaurant datang beritahu saya,” ujar Erhan lalu mengenakan cermin mata bacaannya bila dia perasan di antara surat-surat yang di terima terselit sekeping surat yang ditunggu-tunggu setiap bulan. 


“Baiklah Encik Erhan..,” jawab Lieza lalu mengatur langkah menuju kearah pintu. 


Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup rapat. Erhan membuka surat yang diterima. Cek yang di lampirkan bersama surat itu di letakkan di atas meja tanpa melihat jumlah yang di terima terlebih dahulu. Erhan lebih berminat membaca isi kandungan surat yang di terima. Erhan tersenyum dan merasa berpuas hati sebaik sahaja membaca surat itu. Surat itu di lipat semula lalu di masukkan kedalam sampul. Dia mengambil surat-surat yang belum di baca dan surat yang baru di baca itu lalu di letakkan di tepi meja. 


Surat yang diterima dari Lasindah tempoh hari di ambil. Erhan membuka surat Lasindah lalu membacanya sekali lagi. Sekali lagi bibirnya menguntum senyum kerana si pengirim surat seorang wanita lucu sekali. Erhan mahu mengenali si pengirim misteri. Dia akan membalas surat si pengirim.


Erhan menarik laci lalu mengeluarkan sekeping kertas berwarna beige dari laci tersebut. Dia mencapai pen yang terdapat di hadapannya dan mula menulis sesuatu di atas kertas kosong itu.


Salam Lasindah…


Abang merasa gembira menerima surat dari Lasindah. Apa khabar mu Sayang? Kapan boleh kita bertemu. Serasanya sudah lama abang tidak menerima surat dan berita dari mu. Abang fikir hati Lasindah sudah berubah dan tidak mengingati abang di sini…?? Kenapa kamu menyepikan diri sayang? Adakah abang telah membuat silap pada mu? Maafkan abang jika ada melukai hati mu sayang…..


Setahun lamanya abang tidak mendengar khabar dari mu sayang..terlalu banyak perkara yang abang rindukan tentang sayang..jika sayang tidak keberatan sayang ceritakan kepada abang tentang diri sayang lagi..abang tidak pernah jemu membaca tentang diri sayang….


Erhan berhenti menulis. Dia tidak pernah menulis begitu kepada Lasindah. Oleh kerana si pengirim bukan Lasindah, dia tidak perlu menulis dengan cara yang sama. 


Dengan Lasindah dia tidak pernah meminta wanita itu menceritakan tentang dirinya kerana dia sudah tahu segala-galanya tentang Lasindah. Tapi oleh kerana, dia mahu mengetahui sedikit sebanyak tentang si pengirim misteri maka dia berbuat demikian dan dia ingin lihat sejauh mana si pengirim fikir bahawa dia tidak tahu yang mengirim surat itu bukan Lasindah.


Erhan membaca kembali isi kandungan surat yang sudah siap di tulis. Setelah berpuas hati. Dia melipat surat itu dan memasukkan ke dalam envelope lalu menulis nama dan alamat di atasnya.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.