Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 10

GUSTI Ayu tersenyum puas merasa bangga dengan kejayaan anaknya Erhan. Cita-cita Erhan untuk membuka kedai buku dan Bistro tercapai juga akhirnya. Tidak sia-sia anaknya menetap di Malaysia. Erhan memang meminati bidang bisnes. Namun bisnes yang di pilih tidak sama seperti ayahnya yang gemar bisnes perkapalan dan resort. 


Sangka Gusti Ayu, Erhan hanya mengharapkan harta kekayaan ayahnya. Dia tahu Erhan seorang anak yang akan kotakan apa yang dia impikan. Dia kenal benar pada anak terunanya itu. 


Setibanya dia di bangunan kedai buku Erhan. Dia terus jatuh hati dengan konsepnya dan tidak terus bertemu dengan Erhan malah membelek buku yang terdapat di kedai anaknya. 


Hampir setengah hari dia berlegar-legar di kedai buku anaknya dari satu lantai ke satu lantai. Dia dan Erhan gemar membaca buku. Malah Erhan mengikut jejaknya yang suka membaca, manakala ayahnya Erhan gemarkan makanan gourmet dan Erhan mengikut jejak ayahnya juga yang gemarkan makanan gourmet. 


“Ibu Ayu..sudah ke Bistro di lantai atas?? Mas Erhan lagi menunggu ibu Ayu,” tegur Lieza bila ibu majikannya sedang leka membaca salah sebuah buku fiction tulisan Stephen King. 


Sejak tiba di kedainya sehingga sekarang, ibu majikannya tidak datang menjenguk bossnya. Merata juga dia mencari ibu majikannya kerana kedai buku R&R besar dan mempunyai 3 lantai ini tidak termasuk Bistro R&R jadi kesemuanya 4 lantai. Bila Erhan meminta dia mencari ibunya jenuh juga dia mencarinya.


“Eh Lieza??..Apa khabar kamu?..Lama kita tidak ketemu ya..,” jawab Gusti Ayu tersenyum ramah bila pembantu Erhan menegurnya.


“Alhamdullilah baik aja Ibu Ayu..ngapa Ibu Ayu tidak terus ketemu dengan Mas Erhan..dia mencari ibu terus dari tadi, saya yang jadi mangsa teriaknya,” ujar Lieza lalu tersenyum. 


Dia tahu majikannya tidak sabar untuk bertemu dengan ibunya kerana sudah hampir 6 bulan dia tidak bertemu. 


“Anak saya masih suka teriak-teriak?? Kasihan kamu Lieza..iya saya ketemu sama dia..kamu bilang sama dia, saya ketemu di Bistro jam 4.00 nanti,” ujar Gusti Ayu lalu menjeling kearah jam di pergelangan tangannya.

 

“Ok..saya akan beritahu Mas Erhan,” jawab Lieza lalu meninggalkan Gusti Ayu sendirian. Lieza menuju kearah tangga spiral yang menyambungkan tingkat 3 ke tingkat 4 Bistro R&R untuk memberitahu majikannya. 



*****


Aku menolak pintu kaca kedai buku baru yang aku teringin sangat hendak pergi tempoh hari. Sudah sebulan usia kedai buku itu, baru kini aku dapat menjejakkan kaki masuk ke dalamnya. 


Wah so cool!! Bestnya ala Borders! It’s gonna be my latest hangout place!! Aku tersenyum sendiri. 


Sedikit penerangan tentang diri aku. Aku selain hopeless romantic kind of person. Aku juga seorang yang ulat buku. Hehe. Favorite hangout place seperti borders jika dahulu tak ada borders aku selalu sahaja lepak di library. Tapi sekarang sudah banyak konsep kedai buku yang ala-ala Borders yang boleh baca dan santai dan bonus point ada Bistro. 


Best kan! Satu hari suntuk pun aku boleh duduk lepak kat sini jika tak ada kerja. Buat apa?? Apa lagi, baca buku lepak one corner, kalau berkenan buku tu aku beli. Dan apa yang aku suka sekali ada Bistro boleh lepak minum latte atau makan cheese cake. Betul tak?


Wah best! Best! Aku berjalan menuju kearah rak-rak buku yang berdekatan. Saja hendak tengok dan lihat koleksi Best Sellers yang terpamer di situ. 


Aku mencapai buku dari Author Nora Roberts lalu membaca synopsis di belakang buku tersebut. Buku itu ku letak di atas rak semula. Aku berjalan menuju kearah fiction mencari buku terbaru author yang aku gemari iaitu Sophie Kinsella. Sebab apa aku sukakan author Sophie Kinsella kerana aku suka dengan cara penulisannya yang santai dan lucu. Kebanyakkan novel romanticnya aku baca dan aku minati. Aku suka membaca shopaholic series. Dan suka pada watak Rebecca dalam Shopaholic series. Becca benar-benar wanita yang lucu dan interesting. 


Mataku bercahaya bila mendapati Novel Shopaholic terbaru dari author kegemaran aku itu berada di rak. “Shopaholic to the Stars”. 


Aku mencapai buku itu lalu menuju kearah counter pembayaran. Kalau buku Sophie aku tidak perlu membaca sinopsisnya terlebih dahulu. Aku pasti suka. Sedang beratur untuk membuat pembayaran aku menoleh kearah tangga spiral yang menghubungkan lantai 3 ke lantai 4 kerana lantai satu ke lantai 2. Tiada terdapat tangga spiral. Hanya lift dan escalator. Lantai 4 adalah Bistro R&R. 


“Any member card??,” tegur gadis kecil molek yang berada di belakang cashier.


Aku mengelengkan kepala lalu membuahkan senyuman. “Kalau nak join member macamana dik?,” tanyaku kerana aku pasti akan kembali ke R&R. Sepertimana yang aku kata tadi. R&R would be my latest hangout place. 


“Akak isi form ni..you just have to pay for the subscription fee RM65 for 2 years membership..membership kad ni akak boleh dapat discount bukan sahaja buku yang di purchase di sini juga 10% di Bistro kami…dan akak akan dapat voucher free latte once you sign up..,” terang gadis itu lalu tersenyum.


“Oklah I sign up,” jawabku mencapai registration form yang terdapat di kaunter lalu mengisi butir peribadiku. 


Setelah di isi form itu aku serahkan kepadanya. Dan setelah membuat pembayaran buku dan membership fee aku menaiki escalator menuju ke tingkat 3 dan seterusnya ke tingkat 4 dimana Bistro R&R ditempatkan. 


Tujuan aku ke sana bukan kerana dapat free voucher maka aku hendak claim. Aku hendak duduk sambil baca buku Kinsella dan dalam masa yang sama duduk minum-minum latte dan makan cheese cake.


Oh dear! Ramai pula orang berada Bistro R&R. Lantai 4 dikhaskan untuk Bistro. Boleh tahan besar juga Bistro R&R. Aku menoleh ke kiri dan kanan mencari tempat duduk kosong. 


Di sebelah kanan Bistro terdapat meja yang di khaskan kepada mereka yang hendak menikmati makanan dengan selesa. Manakala di sebelah kiri pula terdapat beberapa sofa yang disediakan untuk pengunjung yang hanya mahu minum petang atau bersantai. Kedua-dua tempat yang aku maksudkan penuh. 


Haizz! Full house betul Bistro R&R hari ini. Tunggu sekejap lah. Bisik hati kecilku. Aku mengeluarkan novel dari paper bag R&R lalu membaca synopsis yang terdapat di belakang buku tersebut. Sesekali aku memandang kearah kiri berharap ada sofa kosong yang boleh aku duduk. 


Oh yes! Aku lihat seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian di suatu sudut bangkit dari sofa. Aku yakin benar dia hendak balik kan sebab mejanya hanya terdapat cawan sisa latte. 


Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan meja aku dengan sepantas kilat menuju kearah sofa itu lalu duduk. Yes! Haha nice angle and spot dan sofa yang aku duduk sungguh empuk dan sedap di duduk. Maklumlah Bistro baru. Spring sofa pun masih intact ye tak? Cuba usianya sudah 5 tahun mahu tak sakit punggung sebab span dan haus. 


Aku meletak bag di bawah sebelah sofa yang aku duduk lalu bangun menuju kearah kaunter untuk membuat pesanan. Sebab tadi aku lihat terdapat pelbagai jenis cheese cake. Cupcake. Pies. dan selagi selagan jenis dessert yang menyelerakan lagi mengiurkan terdapat di display. Wah seronoknya! 


“Can I have hazelnut latte with Chocolate Lava cake?,” ujarku tanpa menoleh kearah wanita yang berada di kaunter kerana mataku masih sibuk meninjau dessert yang terdapat di display.


“Marsha??,” 


Aku tersentak bila seseorang menyebut namaku. 


“Ika..lah kau kerja sini??? Eh bukan ke kau kerja kat Coffee Bean yang seberang jalan dulu,” ujarku bila menyedari wanita yang berada di belakang kaunter itu adalah kenalan aku. 


Bagaimana aku kenal Ika? Sebab aku sering kali ke Coffee Bean di tempat Ika bekerja. Aku regular customer di Coffee Bean dan secara tidak langsung aku mengenali Ika. Barister Coffee Bean. Tapi hari ini mungkin Ika di tugaskan untuk menjaga cashier.


“Dah berhenti!..Tu yang aku kerja sini..Eh kau ni setiap kedai buku mesti ada kau kan..lagi-lagi kalau kedai buku yang ada Bistro,” ujar Ika lalu tersenyum.


Aku tersenyum kambing bila Ika berkata demikian. Bukan Ika tak tahu aku ulat buku dan hantu gourmet coffee. 


“Haruslah..bukan kau tak tahu pun,” ujarku lalu tersenyum dan menyerahkan duit untuk bayaran latte dan chocolate cake yang aku pesan awal tadi. Ika memberi baki duit kepadaku.


“Ok chat with you later..nah ambil nombor ni nanti kita hantar your cake and latte..,” ujar Ika lalu menyerahkan nombor kepada Marsha. Dia hendak berbual lama dengan Marsha masa tidak mengizinkan lagipun ini waktu bertugas. 


“Ok,” jawabku lalu memusingkan badan menuju kearah sofa tempat dudukku. 


Okay! Aku berhenti melangkah bila ada seorang lelaki duduk di sofa bertentangan tempat dudukku. Lelaki itu sedang leka membaca kerana di tangannya terdapat sebuah buku novel. Ini bermakna lelaki itu mahu duduk lama. Tak tahu kah dia bahawa tempat itu sudah di reserved oleh aku? Hissh problem betul. Angin aku di buatnya. Dia tak nampak ke ada handbag dan paper bag aku di sebelah sofa itu.


“Excuse me!..This seat is taken!,” tegurku perlahan.


Lelaki yang aku tegur itu menoleh kearahku.


Terpegun aku seketika kerana lelaki itu ganteng banget gitu lor! Eh apahal pula aku boleh melalut ke bahasa Indon ni. Ini semua gara-gara si Erhan. Maka aku terbawa-bawa akan bahasa Indon.

“Taken!! By whom??,” ujarnya dengan wajah kurang senang. 


Yek eleh! Sombong amat pulak mamat sekor ni? Tak payahlah nak berslang bagai dengan aku. Sudah lidah orang melayu buat ajelah cara orang melayu. Nasib baiklah muka kau tu kacak. Tapi kan kalau kacak macamanapun tapi perangai hampeh dan poyo tak guna jugakan. Jatuh sahamnya. Tadinya aku nak beri mark 10/10 sekarang dah jadi 3/10 sebab sombong amat.


“Err..by me..,” jawabku tegas tapi dalam nada perlahan. Dia fikir dia handsome aku hendak mengalah dengan dia, boleh blah. Aku dah cop tempat ini dia pula senang-senang duduk. Pergilah cari tempat lain.


“Oh really??? I tak nampak pun nama you kat seat ni atau reserved sign di sini,” ujarnya lalu tersenyum sinis. Buku yang di baca di letak di atas meja. 


Aku menarik nafas lalu melepaskannya perlahan. Trying to cool down sebelum aku naik angin. Berdesing telinga aku mendengar kata-kata sinis dari mulut lelaki itu. Hissh..0/10..His score is 0/10. Tak ada manners and very rude! Harap muka sahaja handsome tapi tak ada manners. Big pangkah!


“Memanglah tak ada..tapi mata awak buta ke..tak nampak barang saya ada kat sini?,” ujarku berang lalu menunding jari kearah handbag dan paperbag aku. 


Hilang coolku bila lelaki itu sengaja hendak mencari sebab hendak bertekak dengan aku. Tak boleh ke dia cakap baik-baik dengan aku seperti ‘Oh sorry I didn’t know this seat is taken’ atau ‘I can’t find empty seat..can we share?,’ sedap sikit gegendang telinga aku mendengarnya. Aku bukannya wanita yang tidak bertimbang rasa boleh sahaja aku share meja sebab ada 2 sofa, tapi kalau beginilah caranya. Jangan harap aku hendak berkongsi tempat duduk dengan dia.


“Tak..saya tak nampak..awak letak barang awak di bawah…so it’s totally not my fault,” jawabnya dengan wajah sombong dan masih lagi duduk di sofa tidak berganjak.


“What an arse!,” ujarku geram tanpa peduli mata yang memandang kearah kami. Lelaki itu agak terperanjat bila aku beri komen blunt sedemikian. 


What! Terperanjat bila aku cakap begitu! Memang dia arse pun. Aku mencapai handbag dan paperbag aku lalu menuju kearah kaunter malas hendak bertekak dengan lelaki gila itu. 


“Kenapa Marsha??,” tegur Ika bila di lihatnya Marsha berdiri di sebelah kaunter sedangkan dia akan menghantar makanan pesanan Marsha bila sudah sedia nanti. Mereka sedang memanaskan chocolate cake dan menyediakan latte pesanan Marsha.


“That stupid man took my seat!,” ujarku sengaja menguatkan suara agar lelaki itu dengar. Aku peduli apa biar dia dengar. Memang aku hendak dia dengar pun.


“Oh ok..tu ada seat kosong.., jom lah duduk sebelum ada orang duduk pulak,” ujar Ika berjalan pantas menuju kearah seat yang baru di tinggalkan pelanggan. Dia membersihkan meja dan memberi ruang kepada Marsha untuk duduk.


“Thanks Ika..Eii!! Sakit hati aku tengok muka selamba mamat sombong tu..selamba badak aje dia duduk kat situ..dia ingat Bistro ni Bistro bapak dia agaknya,” cemuhku dengan rasa tidak puashati. Bengang aku dibuatnya. Dia boleh duduk buat dunno dengan wajah tidak bersalah. Angin betul aku di buatnya. 


“Dahlah tu..orang macam dia memanglah berlagak kan..bukan kau tak tahu,” ujar Ika perlahan cuba menenangkan hati Marsha yang tengah marah. 


Dia perasan lelaki itu duduk di situ sebelum Marsha duduk tadi. Tapi dia tidak tahu bagaimana Marsha boleh memilih seat itu sedangkan lelaki itu masih belum meninggalkan Bistro. Ini mungkin salah faham. Mungkin lelaki itu ke tandas tadi dan kembali ke seatnya dan Marsha pula menyangka lelaki itu sudah meninggalkan meja dan tidak akan kembali.



Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.