Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 1

"We are so not having this conversation right now, Lieza!!..,” ujar Teuku Erhan Daniel Budi kasar tanpa menoleh kearah PAnya, kerana PAnya mengingatkannya tentang Lasindah. 


Dia tahu itu bukan salah Lieza. Lieza hanya menjalankan tugasnya mengingatkan dirinya mengenai pesanan dari mamanya. 


Namun Erhan tidak pernah ambil peduli. Dia tidak suka akan rancangan mamanya untuk menemukannya dengan Lasindah. Nama Lasindah sudah lenyap dari kamus hidupnya.


Lieza terkedu bila di herdik oleh majikannya. Dia tahu Erhan tidak suka bila setiap kali dia menyebut nama wanita itu. Dia tahu Erhan terlalu benci pada nama itu. Namun, dia tidak punya pilihan dan terpaksa menyampaikan pesanan kepada Erhan seperti disuruh. Sebagai setiausaha Erhan dan secara tidak langsung juga PA kepada Gusti Ayu Indahputri. Lieza terpaksa akur kepada perintah Gusti Ayu Indahputri.


“I can’t believe..she still want me to meet her!! Does she know how that woman behave!,” marah Erhan seraya mengurut kepalanya perlahan. 


Pening setiap kali mamanya menyebut nama yang di bencinya itu selalu. Tidak kah mamanya mengerti dia tidak mahu punya apa-apa hubungan langsung dengan wanita itu. 


“Sorry sir, I’m just doing my job,” jawab Lieza terkedu bila di herdik begitu. 


Setelah dia menyampaikan pesanan dari Gusti Ayu, dia melangkah perlahan menuju kearah pintu. Dia tidak mahu menitiskan airmata di hadapan Erhan jika dia berada lebih lama di pejabat Erhan. 


“Lieza.., I’m sorry for yelling at you, I’m having a bad day today, please forgive me,” ujar Erhan perlahan dengan wajah bersalah. 


Dia tahu dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahannya pada Lieza, kerana bukan salah Lieza. Dia tidak tahu kenapa darahnya merasa menyirap bila setiap kali mendengar nama wanita itu disebut.

Lieza tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepala tanda faham. Walaupun dia hampir sahaja mahu menitiskan air mata bila di herdik Erhan tadi. Namun dia cuba kuatkan hatinya agar tidak menangis di hadapan Erhan. Dia tahu majikannya, Erhan baik orangnya. Cuma Erhan seorang lelaki yang panas baran dan garang, bila sesuatu yang dia tidak disukai diingat-ingatkan selalu. 


“Err…Lieza, you sudah postkan surat yang I serahkan pada you semalam??,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza seolah-olah dia sudah lupa bahawa dia marahkan Lieza tadi kerana intonasinya sudah berbalik kepada lembut semula. 


Begitulah mood majikannya Erhan. Hot and cold.


“Sudah Encik Erhan,” jawab Lieza lalu menganggukkan kepalanya perlahan.


“Terima kasih Lieza,” jawab Erhan lalu membuahkan senyuman kepada Lieza.




****



Aku menuruni anak tangga menuju kearah ruang tamu. Rumah kelihatan sunyi sepi tanpa teman serumah juga merangkap teman baik aku Salena. Itulah Salena mengajak aku pergi company retreat di Genting Highlands, aku tak hendak. Sebab aku tidak berapa suka Genting. Sekarang rasa bosan sendiri. Boring to the max!!


 “Arrgghhh…so much of having fun..!!,” keluhku lalu menghempas punggungku di atas sofa empuk berwarna putih. 


Aku mencapai shawl lalu membalut tubuhku. Terasa sejuk pula hujan-hujan begini. 


Hujan masih kelihatan lebat di luar. Mesti Genting pun hujan juga kan! Aku mencapai novel dari Beverly Brandt berjudul “Matching Date” dari coffee table lalu membuka ke muka surat terakhir yang aku baca dahulu. 


Aku memang suka membaca novel romance. Teman-teman aku selalu melabelkan aku ‘Hopeless romantic’ gal. Haha apa taknya aku suka pada perkara-perkara yang romantic. Bila tiap kali kawan baikku Salena bertanya kenapa aku begitu sukakan perkara yang romantic. Jawapanku sama sahaja, ‘Kerana aku tidak dapat merasa pengalaman romantis seperti di dalam cerita-cerita buku yang aku baca’. Yeah aku memang romantic freak. 


Aku menutup buku novel itu lalu meletakkannya kembali di atas meja. Entah mengapa malam ini, aku seperti tidak ada mood untuk membacanya mungkin kerana aku masih tidak dapat melupakan pertemuan aku dengan Encik Haiqal siang tadi di pejabat.


Sudah hampir 3 tahun aku bekerja di syarikat penerbitan majalahnya namun Encik Haiqal tidak pernah memberi aku peluang untuk menulis akan perkara yang aku suka. Katanya aku masih belum bersedia. 


Siapa kata aku belum berpengalaman dan bersedia? Apa 3 tahun masih kurang berpengalaman lagi ke? Aku sudah bosan menulis tentang trend fashion terkini. Aku mahu menulis tentang reality kehidupun orang yang berjaya dan perkara-perkara tentang kehidupan. 


Aku mahu menjadi seperti penulis idolaku ‘ED’. Walaupun ED bukanlah penulis tetap dan hanya penulis bebas, namun aku suka akan tulisannya. ED menulis ruangan ‘Bagaikan mimpi’ tentang perkahwinan dan juga pengalaman mengenai percintaan seseorang. Adakala pengalaman yang ditulis menyedihkan dan ada juga yang mengembirakan. Setiap tulisannya di majalah mahupun di akhbar aku kerat dan simpan di dalam kotak. Begitu obsessnya aku dengan ED. Tiada siapa yang tahu siapa ED kerana ED tidak pernah meletak gambarnya di setiap penulisannya. Hanya diberi initial ‘ED’.


Aku tersentak bila kedengaran dentuman kuat berserta petir kilat sabung menyabung diluar jendela. Nasib baik aku tidak ikut Salena ke Genting. Cuaca hujan lebat dan sejuk begini sesuai untuk duduk di rumah dan tidur. 


Namun mataku masih belum mengantuk dan aku tidak tahu hendak berbuat apa? Aku bangkit dari sofa lalu menuju kearah pintu. Siang tadi lupa pula aku hendak membuka ‘letter box’. Aku mencapai kunci dan payung lalu keluar dari rumah. Macamlah tidak boleh menunggu waktu siang hari untuk membuka peti surat kan? Tapi oleh kerana tahap kebosanan aku sudah memuncak. Aku buat kerja gila itu malam ini juga.  Tidak kisahkan hujan lebat dan petir kilat di luar. Manalah tahu dalam peti surat itu ada brochure ‘Sale’ boleh juga aku tengok-tengok untuk menghilangkan rasa bosan. 


Aku membuka peti surat lalu mencapai surat-surat yang terdapat di dalam peti. Wah!! Banyaknya!! Baru pindah rumah sebulan sudah ramai peminat yang menghantar surat. Macam real! Peminat apanya? Aku mengibas surat yang terkena air hujan dan cepat-cepat masuk ke dalam rumah.


Aku mencampak surat-surat itu di atas meja lalu kembali duduk di sofa. Aku mencapai hot cocoa yang aku bancuh tadi lalu menghirup hot cocoa yang masih berwap perlahan-lahan. Sekeping biscotti yang aku letak di sebelah mug aku capai lalu aku masukkan ke dalam mulut. Mataku melirik kearah beberapa surat yang hampir lencun akibat terkena air hujan. 


Aku membelek setiap sampul surat yang berada di tanganku..Kebanyakkannya surat yang kami terima dari pihak bank dan bil bulanan. Aku mengasingkan surat Salena..! Salena..! Marsha..! Marsha..! Salena…! Aku berhenti menyebut nama yang tertera di sampul surat itu kerana dakwatnya kabur kerana basah terkena dek hujan. Salena?? Atau Marsha??..Aku mengecilkan mataku agar aku dapat melihat dengan jelas akan nama yang tertera di sampul surat tersebut. Salena? Atau Marsha? Haizz!! Susah betul lah! 


Aku mencampak surat itu di atas meja lalu mencapai mug. Setelah meletak mug di atas meja aku kembali membelek-belek sampul surat berwarna beige itu dengan penuh minat. Dakwat biru yang di gunakan benar-benar kelihatan ‘smudge’ basah terkena air hujan. Alamat yang tertera di sampul itu betul dan tidak silap. Surat ini untuk Salena? atau Marsha Insyirah? Aku meneliti sampul surat itu lagi. 


Dari siapa agaknya?? Tulisannya kelihatan begitu kemas dan cantik. Aku jarang sekali menerima surat yang sampulnya tidak di taip kerana surat yang selalu aku terima dari pihak bank dan juga bil-bil. Lagipun mana ada orang hantar surat lagi di zaman sekarang?? Semua main hantar email, watsapp etc. Old school kan hantar surat-surat ni? Aku tersenyum sendiri. 


Yang sebenarnya, aku pun tidak suka menerima surat dari email. Kerana melalui email tidak ada sentuhan peribadi. Jika surat kita boleh menyimpannya dan satu hari nanti kita boleh membacanya semula. It’s sentimental value. Itu pun jika surat itu dari kekasih hati. Wah so romantic! I loike! 


Aku merasa teruja sendiri. Surat itu masih lagi berada di tanganku. Aku membalikkan sampul surat itu. Tertera alamat si pengirim. Sekali lagi aku kerutkan dahi kerana alamat yang tertera tidak familiar di mataku kerana si pengirim mengunakan alamat PO Box. Sampul surat itu ku kipas perlahan. Tengah berkira-kira samada mahu membukanya atau biarkan sahaja tunggu sehingga Salena balik dari Genting, mana tahu surat ini surat nya? 


Aku meletak sampul surat itu di atas meja lalu mencapai mug hot cocoa, namun mataku tidak lepas dari memandang kearah sampul surat berwarna beige itu. Seolah-olah ia memanggil-manggil aku supaya membuka dan membacanya. Isskk..ini tak boleh jadi! Ah buka ajelah!! Kalau surat itu untuk Salena aku pass kat dia nanti. Aku mencapai surat itu lalu membukanya dengan penuh hati-hati agar surat yang basah itu tidak terkoyak dan rosak.


3 lembar surat yang di lipat kemas itu aku buka perlahan kerana aku khuatir surat itu akan terkoyak jika aku tidak membukanya dengan penuh hati-hati.


Salam Lasindah…


“Lasindah…!!! Siapa Lasindah??? Bisikku dalam hati. Dalam rumah ni tiada seorang pun yang bernama Lasindah. Salena adalah! Ohh mungkin Lasindah penyewa rumah yang dahulu. No wonder! 


Sepertimana yang aku katakan pada awal tadi, aku dan Salena tidak pernah menerima surat selain dari surat-surat yang aku sebut. Jadi aku tidak tersengaja terbuka surat penyewa lama. Sebaik sahaja mengetahui bahawa surat itu bukan untuk aku mahupun Salena. Aku melipat surat itu semula dan memasukkan surat itu kembali ke dalam sampul surat dalam beberapa minit sebelum hatiku terdetik untuk menyambung membaca isi kandungan surat tersebut kembali. Naughty me..

Marsha kau sudah buat kesilapan membuka surat yang bukan milik kau! Kenapa kau nak buat kesilapan yang kedua dengan membaca isi kandungannya pula! Bisik hati kecilku.


Alah sudah tidak tersengaja terbuka apa salahnya aku cakap aku tak sengaja terbaca pula! Lagipun tulisannya agar kabur kerana dakwatnya merata. Bukan aku tak amanah. 


Perlukah aku memulangkan semula surat ini kepada si pengirim kerana orang yang bernama Lasindah tidak lagi tinggal di rumah ini? Aku pasti orang yang menghantar surat kepada Lasindah ini tidak tahu bahawa dia sudah berpindah rumah. 


Aku mengerutkan dahi memikirkan sesuatu. Surat itu aku kipas perlahan. Tengah berkira-kira samada aku mahu pulangkan surat ini kepada pengirimnya atau biarkan sahaja. Dan sekiranya kami terima lagi surat untuk Lasindah baru aku pulangkan balik kepada pengirimnya. Ok kan macam tu! 


Aku meletak sampul surat itu di atas meja semula lalu mencapai mug hot cocoa, namun mataku tidak lepas dari memandang kearah sampul surat itu. Read me! Read me! Isskk!!..tak salahkan aku baca lagipun surat ni dah rosak pun. Aku mencapai surat itu lalu membukanya.

Sayang…abang tak sabar hendak mengabarkan berita gembira kepada mama dan papa mengenai kesudian sayang menerima lamaran abang. Sepertimana yang abang janjikan pada sayang dahulu. Abang akan menyayangi sayang hingga ke hujung nyawa insya allah. Abang akan cuba tunaikan permintaan sayang. 


Wahdu Tijah..surat cinta rupanya!! Romantiknya! Err…siapa nama ‘abang’ ni? Aku buka ke lembar terakhir mencari nama si pengirim surat..Ah Erhan Daniel!! Emo pulak aku bila membaca surat cinta Lasindah dari kekasih hatinya. 


Aku mengesat air mataku perlahan kerana tidak dapat menahan rasa sayu dan syahdu sangat bila membaca surat luahan hati Erhan kepada Lasindah si kekasih hati. Sungguh touching! Hatiku benar-benar tersentuh kerana aku dapat merasakan bahawa Erhan benar-benar cinta dan begitu menyayangi Lasindah. Beruntung sungguh si Lasindah ni mendapat lelaki yang benar-benar cinta dan menghargainya. Dari apa yang aku baca dan fahami, Erhan sanggup memberi dan mengadakan apa yang diimpikan oleh Lasindah kerana terlalu menyayangi kekasih hatinya itu. 


Tapi!! Surat ini tidak sampai ke tangan Lasindah kerana Lasindah tidak lagi tinggal di rumah ini! Aku mencapai tisu lalu mengelap air mataku. Oh No! Then how???!! Lasindah tidak tahu akan rancangan Erhan untuk melamarnya dan Lasindah tidak tahu isi hati Erhan. 


But then again..mustahil Erhan tidak tahu cara untuk menghubungi Lasindah kan? Mesti mereka ada phone number untuk berhubung? 


Aku melirik kearah tarikh yang tertera di atas surat tersebut. 2013!!??? What!!! Last year!!! Aiik!!..surat yang di tulis setahun lalu, baru sampai tahun ni? Betul ke tidak ni? Ini bukan macam cerita the The Lake house eh??


Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal. Merasa pelik kerana selama ini aku tidak pernah nampak surat ni di dalam peti surat. Tak kan lah surat ni terselit dalam peti surat selama setahun dan disebabkan itu juga Lasindah tidak perasan akan surat itu. Harus ke aku ‘return to sender’?

 


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.