Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 42


YES!! Meeting dengan Puan Sarah tadi berjalan dengan baik sebab Encik Haiqal yang banyak bercakap masa meeting tadi dan aku hanya duduk mendengar sahaja. 


Yuhoo! Sepanjang meeting dengan Puan Sarah aku sibuk berkhayal tentang perbualan aku dengan ED. He sound so pleasant on the phone. ED berjanji akan ke pejabat kami sebelum aku menghantar draft pertama aku kepada Encik Haiqal. 


Excited jangan cakaplah sebab akulah orang pertama yang tahu siapa ED. Aku tidak sabar hendak beritahu Eddy. Aku benar-benar berharap Eddy berada di R&R hari ini kerana hampir 2 minggu Eddy tidak berada di R&R. 


Yes! Eddy ada hari ini. Bibirku menguntum senyum bila aku lihat meja yang tempat kami biasa duduk, diduduki seorang lelaki dan dari fisikal badan lelaki tersebut aku tahu lelaki itu adalah Eddy. 


Aku memberhentikan langkahku bila menyedari Eddy tidak duduk bersendirian hari ini kerana dia di temani seorang wanita. Siapa?? Aku berjalan perlahan mendekati mejanya. 


Oh fish! Aku segera berpatah balik dan menuju ke arah kaunter bila menyedari wanita itu adalah isteri Eddy. Isterinya berada di sini?


“Eh Marsha..kenapa you patah balik?,“ tegur Ika bila di lihatnya Marsha berpatah balik ke kaunter. 


Tadinya dia lihat wanita itu mahu menuju ke arah meja yang biasa di dudukinya.


“Patah balik?? Eh mana ada..I saja aje hendak tengok menu hari ini,“ jawabku pura-pura membelek menu di hadapan Ika dengan penuh minat. 


“Oh ok..Mr. Eddy ada hari ini,“ ujar Ika lalu tersenyum. 


Dia sebenarnya tahu Marsha tidak jadi ke meja Eddy kerana Eddy di temani seseorang. Dan tadi Mr. Erhan sudah pesan padanya jangan memberitahu sesiapa tentang dirinya termasuk lah Marsha. Jadi dia berjaga-jaga bila bercakap dengan Marsha tadi agar dia tidak terlepas kata lagi.


“Oh ye ke?? Tak perasan pulak..lagipun tujuan I ke mari bukan hendak bertemu dengannya,“ jawabku pura-pura tidak perasan bahawa Eddy berada di sini. 


Dan aku tidak tahu samada aku ke tempat lain sahaja atau teruskan niat untuk lepak-lepak di sini. Aku tidak yakin aku dapat bertemu dengan Eddy hari ini kerana dia di temani isterinya hari ini. Tapi kalau pergi tempat lain terasa bosan pula kerana tiada siapa yang menemani aku. Kalau ada teman seronok sikit. Haizz!


“Looks like your date is already here?,“ ujar Lieza lalu tersenyum. 


Eddy menoleh ke belakang. Marsha berada di kaunter sedang membelek menu dan tidak perasan bila dia menoleh ke arahnya.


“Did she saw us??,“ tanya Eddy lalu tersenyum.


“I bet she did..sebab itu dia tidak terus ke tempat you...oklah I think I  better go now,“ ujar Lieza lalu bangkit dari sofa.


“Dik Lieza..come here,“ ujar Erhan memberi isyarat agar Lieza hampir kepadanya.


Lieza menjungkitkan keningnya merasa hairan bila Erhan memanggilnya. Lieza berdiri di hadapan Erhan lalu merapatkan telinganya ke mulut Erhan kerana Erhan memberinya isyarat agar dia mendekatinya kerana dia mahu berkata sesuatu dan tidak mahu sesiapa mendengarnya.


“Yes!,“ ujar Lieza lalu menoleh ke arah Erhan.


“Nothing actually, I just want her to see as if I peck your cheek,“ bisik Erhan perlahan.


“Oh..okay..but why?? You still want her to believe that I’m your wife??,“ tanya Lieza merasa pelik. Erhan masih mahu berahsia dengan Marsha. 


Erhan tidak menjawab lalu memegang tangan Lieza dengan wajah selamba.


Lieza mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum kerana dia tahu Erhan sengaja berbuat demikian agar Marsha nampak akan perbuatannya. 


“Ok I think she saw us..aku pergi dulu ya..jangan nakal-nakal ya boss,“ usik Lieza lalu tersenyum dan pergi meninggalkan Erhan. 


Dia pura-pura tidak perasankan Marsha yang masih lagi berada di kaunter lalu menuju ke arah lift.


Aku tidak tahu kenapa aku merasa cemburu bila tiap kali melihat Eddy mesra dengan isterinya. Kenapa Marsha? Kenapa aku harus ada perasaan cemburu? 


Aku sengaja berdiri di kaunter lebih lama kerana tidak mahu menunjukkan begitu ketara bahawa aku sememangnya sudah berada di sini lama. Dan untuk memastikan bahawa isteri Eddy benar-benar sudah keluar dari bangunan. Aku menoleh ke arah tempat Eddy duduk. Lelaki itu seperti biasa menyambung membaca bukunya. 


“Hi Eddy,“ tegurku cukup membuatkan lelaki itu tersentak terperanjat.


“Eh Hi Marsha...if you cepat sedikit you have met my wife..she just left,“ ujar Eddy lalu tersenyum.


Aku membalas senyuman Eddy tanpa memberi sebarang komen. Eh! Apahalnya aku hendak bertemu dengan isterinya. Nak kena minta izin darinya ke? Kalau setakat minta izin untuk bertemu dengan Eddy aku rasa tak perlu kot sebab kami hanya teman biasa dan isteri Eddy tahu dan pernah bertemu dengan aku.  


“Thanks Elena,“ ujar Eddy lalu membuahkan senyuman kepadanya. Elena membalas dan berlalu pergi.


“Take away?,“ ujarku hairan kerana coffee pesanan Eddy diletakkan kedalam take away cup. 


“You hendak santai sini or want to go for a walk with me?,“ tanya Eddy.


“A walk?? I see??..Hmm shall we go to the park nearby!,“ 


“Ok,“ jawab Eddy ringkas lalu bangkit dari sofa. 



                                                                           *****



Pertemuan aku dengan Eddy hari ini berlainan dari hari biasa. Kami tidak menghabiskan masa membaca bersama di R&R sebaliknya kami mengambil masa untuk berjalan bersiar-siar di taman berdekatan. 


Something new! Keadaan cuaca yang redup dan nyaman kerana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cantik sangat! Sesekali aku menyelak anak rambutku yang menutupi mataku bila di ditiup angin. 


Romantik juga kan jalan petang-petang di taman! Kalau aku berjalan dengan Erhan lagi bagus kan! Bisikku dalam hati. Ketika berjalan dengan Eddy aku cuba menjarakkan diri bila berjalan bersebelahan dengannya. 


“So do you feel excited about Erhan plan!,“ ujar Eddy lalu menoleh ke arah Marsha yang kelihatan senyap sejak mereka keluar dari R&R tadi. 


Dia tidak tahu apa yang di fikirkan Marsha. Dia tahu Marsha kepingin sekali bertemu dengannya kerana mereka tidak bertemu hampir 2 minggu lamanya. 


“Excited plus nervous,“ jawabku perlahan. Excited dan nervous dalam masa yang sama. 


Excited sebab hubungan kami sudah naik ke next level dan bukan sekadar sesi kenal mengenal lagi. Kami berdua sudah bersedia untuk mengenali antara satu dengan lain dengan lebih dekat lagi. Dan dalam masa yang sama aku merasa nervous kerana aku tidak pernah bertemu dengan Erhan. 


Aku tidak tahu samada Erhan akan suka pada aku setelah bertemu denganku atau sebaliknya. Aku juga nervous kerana aku tidak tahu samada perasaan aku terhadap diri Erhan akan sama bila bertemu dengan lelaki itu. 


Sebab itu aku tidak mahu over excited kerana aku tiada clue langsung akan tujuan Erhan mahu aku ke Taman KLCC jika dia mengatakan bahawa dia tidak dapat ada di sana. Pelik! 


“Nervous??,“ tanya Eddy lalu duduk di salah sebuah bangku kayu yang tersedia. 


Aku berhenti melangkah lalu duduk di bangku berhadapan dengannya sengaja tidak mahu duduk di sebelahnya.


“Ya nervous..sejak you kata, mungkin Erhan orang yang I kenali dan rapat dengan I, I freak out ok..!! Every guy that I known I suspect Erhan,“ jawabku jujur. 


Aku tidak dapat tidur dengan selesa kerana asyik memikirkannya. Aku benar-benar sangka Azlee yang menyamar menjadi Erhan selama ini. Nasib baik tidak. 


“Every guy?? So you dah narrow down your list?,“ ujar Eddy lalu tetawa kecil bila Marsha menyatakan dia tidak senang hati dan akan terus menyiasat dan mencari Erhan?


“I dah pergi confront dia pun..lucky it’s not him,“ ujarku dengan perasaan lega.


“Confront?? Serious? Siapa yang you confront?,“ tanya Eddy ingin tahu. Dia meneguk coffeenya perlahan.


“Azlee, thank god it’s not him..if not I will hang myself,“ ujarku lalu tersenyum lega. 


Entah kenapa aku benar-benar yakin dan berharap bahawa Azlee itu bukan Erhan kerana hanya Erhan sahaja yang mampu membuatkan diriku rasa special.


“Azlee?? I thought you suka pada Azlee,“ 


“Ya itu dulu..I've got better things to do than dwell on the past,” ujarku malas hendak menceritakan kepada Eddy tentang Azlee. Kalau cerita yang mengembirakan tidak apalah juga. 


“Can I ask you something?,” ujar Eddy lalu memandang tepat ke wajah Marsha.


“Sure!,“ jawabku sambil lewa lalu menyedut Ice Latte dan memandang tepat ke wajah Eddy.


“Why are you willing to go all the way to get to know this Erhan guy? What is so special about him yang you sanggup mengambil risiko dan menolak cinta Azlee? Sedangkan you sendiri have no clue about Erhan? What if Erhan tidak seperti yang you harapkan?,“ 


“Wow! That’s a lot of questions. But I will answer all your questions. My answer to all of your questions are, I really don’t know..siapa sahaja akan menyangka I wanita gila yang sanggup mempertaruhkan cinta buat lelaki yang I tidak pernah kenali dan bertemu sebelum ini, dan tidak memberi peluang kepada lelaki yang selama ini I cuba miliki cintanya..., Crazy isn’t it?? My heart says and strongly believe that Erhan is the one for me,“


“Really?? Amazing!!..I must admit that you really have the courage that not many woman would have it,“


Aku tidak sedikit pun merasa bangga bila Eddy memuji aku punya keberanian sebegitu, kerana aku belum bertemu dengan Erhan, jadi aku tidak berani mengaku bahawa aku wanita yang memiliki keberanian sebegitu. 


“To be frank, siapa yang tak worried kan! What if Erhan tidak seperti lelaki yang I harapkan, jika hubungan kami tidak menjadi..well I’ll guess we can be friends..tak salah kan! Berkawan biar seribu berkasih biar satu, betul tak Encik Eddy?,“ ujarku lalu tersenyum meleret. 


Kawan perempuan mungkin beribu-ribu tapi kawan lelaki aku tidak mahu beribu kerana aku tidak suka hubungan akan menjadi complicated. Tidak ada istilah hubungan platonic. 


Seperti hubungan aku dengan Eddy sekarang. Aku tidak menganggapnya sebagai sahabat mahupun teman. Eddy aku kategorikan sebagai kenalan sahaja. Sebabnya aku tidak mahu ianya menjadi complicated sebab aku sudah mula suka pada Eddy. 


“Berkawan? Seperti hubungan you dengan Azlee?,“ tanya Eddy lagi.


“I‘ll guess so..,“ jawabku tanpa berfikir panjang. Yelah hubungan kawan biasa macam Azlee.


“Fair enough..,“ ujar Eddy lalu tersenyum dan bangkit dari bangku.


“What! Why are you smiling..Eddy tell me???,“ soalku pula kerana Eddy tidak akan bertanya tanpa sebab dan dari senyuman yang diberikannya kepada aku membuatkan aku merasa tidak selesa. Apa pula yang difikirkan Eddy kali ini.


“This is crazy..but since you have ask..I wonder why Erhan tak turn up that day..Maybe??..Oh nevermind!...,“ ujar Eddy lalu mengelengkan kepalanya perlahan tidak meneruskan ayatnya.


“What???,“ ujarku tidak sabar ingin tahu.


“Maybe..he is in prison and that’s the reason why till now dia tak bertemu dengan you,“ ujar Eddy dengan wajah selamba.


“You can’t be serious!! Is that what you think?,“ ujarku dengan wajah terperanjat bila Eddy berkata demikian. Eddy selalu memberi aku kejutan sebegitu dan ia akan membuatkan aku berfikir dan tidak senang hati selagi tidak menemui jawapannya.


Eddy hanya menjungkitkan bahunya bila Marsha bertanyanya soalan sedemikian.


Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.