Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 27

SEJAK dari hari itu, aku dan Eddy selalu sahaja bertemu. Bukan pertemuan yang di rancang akan tetapi kami kerap kali juga terserempak. Jika di R&R memang selalu kerana Eddy pelanggan tetap R&R. Dan aku akan menjadi teman coffeenya bila tiap kali aku ke R&R kerana Eddy akan reservedkan kerusi di hadapannya itu untuk aku. 


Haha. Kami sudah menjadi best coffee buddies dan tidak bergaduh seperti dahulu. Ada sahaja bahan kami jadikan cerita. Kami teman tapi mesra, title yang pernah aku berikan kepada Azlee dahulu dan kini aku berikan kepada Eddy. 


Kami share same common interest. Kami sama-sama ulat buku. Eddy tidak pernah menceritakan kepada aku tentang dirinya, mungkin dia tidak mahu hubungan kami menjadi complicated dan too personal. 


Jadi bila kami berbual dia banyak bertanya tentang diri aku dan tentang lelaki yang aku kenali melalui surat iaitu Erhan. Aku tidak merasa janggal lagi berbual dengannya mengenai hubungan aku dengan Erhan. 


“Membetulkan keadaan?? Apa maksudnya dia cuba untuk membetulkan keadaan?,” tanya Eddy lalu menoleh kearah Marsha yang duduk di sebelahnya.


“Entah mungkin dia ada masalah di tempat kerja dan mahu membetulkan keadaan?,” jawabku sambil lewa. 


Malas hendak memikirkan akan maksud Erhan bahawa dia mahu membetulkan keadaan sebelum bertemu denganku. Apa maksudnya?


“Mungkin dia sudah berkahwin dan ada family?,” ujar Eddy memikirkan maksud dari surat Erhan.


Aku membesarkan bola mataku bila Eddy berkata demikian. 


“What???!! Tak mustahil bukan? I’m just saying, doesn’t mean it’s true, I’m sure you ever ask him before if he is married?,” ujar Eddy menoleh kearah Marsha lagi.


“Tak..,” jawabku perlahan antara dengar dengan tidak. 


Harus ke aku tanya pada Erhan? Kalau hendak tanya pun sudah terlambat. Soalan mengakal kan? Buatnya Lasindah kekasih gelap Erhan. Ah naya! Sebab mereka hanya berurusan melalui surat menyurat. No sorts of other contact. Aku mula merasa tidak senang hati bila memikirkan kebenaran kata-kata Eddy tadi. 


“Tak!!..Why you didn’t ask him??,” 


“Coz surat yang dia beri kepada Lasindah semua bersayang-sayang..so I just assumed Lasindah itu kekasih hatinya,” jawabku teragak-agak kerana merasa cemas. 


Aku main assumed sahaja yang Lasindah itu kekasih Erhan. Buatnya Lasindah itu kekasih gelap Erhan. Ah sudah!


“You should ask him?,” ujar Eddy lalu bangkit dari kerusi. 


“You think I should???,” tanyaku lagi turut bangkit dari kerusi. 


Hampir sejam lamanya kami meluangkan masa di coffee bean. Pagi sabtu aku jarang bersarapan di rumah aku suka bersarapan di luar kerana aku tidak suka jogging jadi aku hanya mampu berjalan kaki dan menghirup udara pagi yang nyaman dan segar. Dan aku selalu singgah di coffee bean. Tidak sangka Eddy turut berada di coffee bean tadi. Dia yang meminta aku duduk bersama dengannya. Dan seperti selalu aku akan ceritakan kepadanya tentang Erhan. 


“Yah,” jawab Eddy lalu membuka pintu untuk aku. 


“Ok..since kita selalu bump into each other..why not next week kita jumpa lagi di sini?,” cadangku kerana aku mahu memberitahu Eddy akan jawapan yang Erhan berikan nanti bila aku bertanya samada dia sudah berkahwin. Bagus juga kan ada teman seperti Eddy. Dapat juga aku meminta pendapat darinya mengenai lelaki. 


“Sure, same time same place, see you next week,” jawab Eddy lalu berjalan menuju kearah parkir kereta.


“See you,” jawabku pula lalu berjalan menuju kearah lain kerana aku sudah berjanji akan pergi ke supermarket dengan Salena untuk perbelanjaan dapur kami. 





****



Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada mesyuarat yang Encik Haiqal adakan kerana asyik memikirkan saranan Eddy sabtu lepas. 


Aku belum sempat menulis surat kepada Erhan kerana hatiku berbelah bagi. What if apa yang Eddy katakan adalah benar? Bahawa Erhan sememangnya sudah berkeluarga? 


Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan Erhan. Aduh sakit pula kepala ini bila memikirkannya. Aku tidak kira selepas meeting nanti aku akan tulis surat kepada Erhan. Aku hendak tahu samada dia sudah berkahwin atau belum.


“Marsha I nak you handle assignment ini, no other person better than you,” ujar Encik Haiqal lalu memandang wajah Marsha Insyirah.


Semua mata memandang kearah Marsha bila Marsha seakan berkhayal dan tidak berkata apa bila pengarah editor mereka memberikan tugasan kepada Marsha, Marsha tidak mengambil perhatian.


Salena menyinggul lengan Marsha bila wanita itu masih lagi berkhayal.


“Sakitlah apa??,” ujarku lalu menoleh ke arah Salena tidak senang akan perbuatannya itu. 


“Marsha..you boleh handle assignment yang I beri?,” ulang Haiqal lagi. 


Dia tahu Marsha tidak mengambil perhatian pada perkara yang di bincangkan di mesyuarat tadi kerana wanita itu kelihatan keliru. 


“Assignment?? Assignment apa Encik Haiqal?,” tanyaku lalu membetulkan kedudukanku kerana aku tidak ambil perhatian langsung dan tidak tahu apa assignment yang Encik Haiqal mahu aku buat kali ini. 


Aku mencapai fail yang berada di hadapanku. Fail yang aku tidak sedar bila ketika ia berada di hadapanku. Aduh masak aku di buatnya. Aku melirik kearah Puan Sarah. Matanya terarah kepadaku reaksi wajahnya menunjukkan dia tidak senang dengan perlakuan aku. Habislah mesti kena sound nanti.


“Tulis tentang ED, tak ada orang lain yang sesuai untuk saya berikan tugas ini selain dari awak..staff di sini semua tahu awak die hard fan ‘ED’…so fix appointment dan bertemu dengannya, this article I want it to be ready untuk our magazine anniversary edition,” ujar Haiqal lalu memandang wajah Marsha.


“Tulis tentang ED??,” tanyaku lagi untuk memastikan bahawa aku tidak tersalah dengar. 


Adakah aku bermimpi? Setahu aku ED tidak suka di termuramah apatah lagi mahu mendedahkan dirinya. 


“That’s all for today..thank you,” jawab Haiqal tanpa menjawab soalan Marsha.


Semua yang hadir mesyuarat bangkit dari kerusi dan beredar keluar dari bilik mesyuarat. Hanya aku masih lagi tidak berganjak menunggu semua staff keluar kerana aku mahu bercakap dengan Encik Haiqal. Tidak sabar ingin tahu tentang assignment yang dia berikan kepada aku. Aku tahu Encik Haiqal marah pada aku kerana aku tidak focus semasa mesyuarat tadi.


“Encik Haiqal..I’m sorry tadi I tak focus, serious ED nak I cover his story??,” ujarku lalu menghampiri Encik Haiqal yang masih menyusun fail yang di gunakan untuk mesyuarat tadi.


“Sit,” ujar Haiqal dengan wajah serious tanpa menjawab soalan Marsha.


Aku menelan air liur bila Encik Haiqal kelihatan benar-benar serious tidak seperti selalu. Takut juga aku melihat wajah garang pak su. 


Seperti yang di suruh aku menarik kerusi lalu duduk dan memandang wajahnya.


“Are you serious with your work?,” tanya Haiqal lalu memandang wajah Marsha.


Aku menganggukkan kepala perlahan. Kalau pak su dah sound begitu aku tahu dia benar-benar marah pada ku. 


“If you can cover ED story well, then I will consider your promotion,” jawab Haiqal dengan wajah serious. 


Dia tahu sudah hampir 3 tahun Marsha memintanya mempertimbangkan permintaannya mahu menjadi penulis serious. Namun Haiqal tidak pernah meluluskan kerana padanya Marsha belum bersedia untuk mendapat ruangan itu. Kali ini dia mahu memberi peluang kepada Marsha untuk membuktikan bahawa Marsha benar-benar fokus dan yakin dia boleh menjadi penulis yang serious.


“Betul ni??,” ujarku dengan wajah gembira. Apa yang membuatkan Encik Haiqal mempertimbangkan permohonan aku untuk menjadi penulis yang serious. 


Tidak sia-sia aku mendapatkan diploma dalam jurusan malay literature jika aku tidak dapat mengetengahkan bakatku dalam bidang penulisan.


“Don’t get too excited..I said only If you can write well, jika tidak you still have to do the same thing,” jawab Encik Haiqal.


“Ok..I won’t disappoint you..Pak su apa yang membuatkan ED change his mind?? Setahu I, dia tidak sukakan publicity..and you trust me to write story about him??!! This is big! Really big you know? What if I can’t deliver it?,” tanyaku merasa teruja bila di beri assignment sepenting ini. 


“So don’t let me down..ED yang request you to cover his story,” jawab Haiqal lalu mencapai failnya. 


“ED request for me???,” tanyaku dengan nada terperanjat bila Encik Haiqal mengatakan penulis idola aku itu meminta aku menulis tentang dirinya. Pelik..mana ED tahu bahawa aku die hard fan dia?


Haiqal memejamkan matanya seketika. Dia terlepas kata. Dia tidak sepatutnya memberitahu Marsha bahawa ‘ED’ yang mahu dia membuat cover story mengenai dirinya bila dia mengatakan ada seorang staffnya yang begitu meminati ED. Dan ED meminta dia memilih Marsha untuk menulis tentang dirinya.



Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.