Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kukejar Kau Lari
Bab 30


Di Venesia kota kecil yang terletak di utara Italia, Tuan Daniel dan Puan Suzi sedang menikmati percutian mereka. Kota yang luasnya 412km persegi dengan penduduk seramai 271.663 orang itu amat mengasyikkan. Di setiap sudut kota ini menyimpan keunikannya yang tersendiri. Istimewa kota ini dikelilingi oleh perairan yang menyegarkan mata memandang.

Tuan Daniel dan Puan Suzi tidak mahu melepaskan peluang menaiki Gondola. Gondola adalah pengangkutan air paling mahal. Mereka mambayar tiket sebanyak 80 Euro. Ia adalah perahu tradisional yang berukuran 6 meter dan berwarna hitam. Kenderaan itu dikayuh gondoliner yang memakai baju khas gondoloner, seluar hitam dengan baju belang-belang. Mereka juga memakai topi anyaman.

Dari gondola itu mereka menikmati pemandangan yang indah. Terdapat bangunan antik khas Venesia di sepanjang tepi pantai. Di gondola, mereka dihiburkan oleh penyanyi yang memainkan alat muzik.

Bila dilayan begitu, terasa seperti pasangan muda yang sedang bercinta. Tuan Daniel dan Puan Suzi bertukar-tukar senyum. Tangan saling menggenggam kuat dan aliran hangat cinta yang hidup sekian lama, semakin subur mekar. Mereka mahu menikmati percutian itu sepuas-puasnya.

Keesokan harinya mereka akan bertolak balik ke Malaysia. Berada di Venesia mereka dapat merasai keromtikannya yang hampir setanding dengan kota Paris. Seperti sedang bermadu sebagai pasangan pengantin yang tidak lagi muda.

“Look at the sky! It’s absolutely beautiful! I wish I could lend you my soul, my heart, my eyes to say I love you! I love you my sweetheart!...Suzi, I love you.” Mendengarnya Puan Suzi tersipu.

“Darling...so sweet, It was great. I really had a good time. I love you too! So much. Bahagia! Suzi rindukan saat-saat sebegini. Dah lama sangat kita tak habiskan masa berdua. Hmmm...kalau kita bawak Nadira sekali mesti dia seronok kan bang.” Puan Suzi meletakkan kepala pada bahu Tuan Denial sambil merenung kilauan air jernih yang disuluh sinar bulan..

“Nadira je? Hardy?”

“Ya...ya...Hardy...tapi kita dah pernah bawak Hardy.”

“Itu masa dia kecik lagi. Masih tak tau apa-apa. Jangan bezakan mereka, sayang. Kedua-duanya anak kita.”

Sejak kehadiran Nadira, Tuan Daniel dapat merasakan isterinya terlalu menyayangi Nadira. Hingga kadang-kadang Hardy akan terasa hati. Mungkin itu hanya pada perasaannya saja. Yang pasti Nadira adalah anak yang baik. Selalu mendengar kata dan sangat menghormati orang tua.

“Hardy anak kandung kita. Dah tentu Suzi sayangkan Hardy. Suzi tak pernah melebihkan Nadira. Dua-dua Suzi sayang.”

“Baguslah...Suzi tau kan Hardy tu susah sikit. Kena selalu beli hati dia.”

Tangan kanan Puan Suzi menyentuh air, terasa sejuk. Dia bermain-main dengan air yang jernih itu. Sampan sudah jauh berkeliling kota Venesia tapi mereka masih tidak puas untuk terus berada di perairan itu.

“Suzi tak akan beli hati Hardy lagi bang. Dia mesti lebih bertanggungjawab pada diri sendiri. Pada kita juga, sebagai orang tuanya. Suzi nak dia jadi macam Nadira. Nadira boleh survive walau dicampak ke mana.”

“Dia dah biasa dengan hidup sebegitu.”

“Sebab itu Suzi nak Hardy berubah. Dia lelaki. Lelaki mesti lebih kuat. Suzi tak nak Hardy setakat kuat bergaduh, kuat berontak. Dia pewaris rangkaian pasaraya kita, abang. Suzi takut kalau dia tak ada matlamat dalam hidup. Tak ada arah tuju.”

Tuan Daniel mendengar kata-kata isterinya dengan baik. Dia tidak menafikan tentang apa yang kurang dalam diri Hardy. Apa yang Hardy tahu, dia anak orang kaya. Mesti jalani hidup seperti orang kaya. Hardy kurang bijak menghormati orang yang kurang berkemampuan.

“Suzi nak dia contohi Nadira. Nadira tak pernah silau dengan harta. Dia tak pernah lupa asal-usulnya. Tak pernah sekali pun Nadira melupakan keluarga asalnya di Al-Mustaqim.”

Mengingati Nadira, Tuan Daniel senyum. Selalu benar gadis itu bercakaran dengan Hardy. Hanya dengan Hardy saja dia akan bersikap kasar. Itu bukan salahnya. Hardy yang mengajar dia menjadi seberani itu. Layanan buruk Hardy telah membuat Nadira tidak duduk diam tanpa melawan. Rasa kagumnya pada gadis itu tetap ada tapi tidak dinyatakan.

“Entah apa yang mereka buat sekarang ni.”

“Berperang agaknya, bang. Perang dunia ketiga.” Keduanya sama-sama ketawa.

“Lepas ni kita singgah beli ole-ole untuk budak-budak tu.” Puan Suzi angguk saja.

Gondola sudah pun menghampiri daratan. Puan Daniel dan Puan Suzi segera turun. Mereka mahu pergi ke Jambatan Rialto. Di situ suasana lebih romantis lagi. Di Malaysia, waktu seharian mereka hanya dipenuhi dengan urusan perniagaan.

Tidak ada waktu untuk berehat dengan sebenar-benarnya. 24 jam sehari semalam seakan tidak mencukupi buat mereka. Hanya tidur saja yang menjadi masa rehat mereka yang agak sempurna. Kadang-kadang mereka terfikir, kedegilan Hardy disebabkan mereka kekurangan masa untuk bersama-sama anak tunggal mereka itukah? Sayangnya tugas mereka tidak pernah berhenti.

Ah! Lupakan itu semua untuk sementara. Sekarang adalah bulan madu mereka di kota kecil yang indah dan romatis itu. Mereka bergandingan tangan berjalan seiring. Jambatan itu sangat unik. Ia dihiasi dengan jendela-jendela khas yang cantik.

Puan Suzi mengambil peluang berdiri di tepi jendela untuk mengintai ke perairan. Memang indah! Tuan Daniel mengambil beberapa keping foto untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Ramai penjual mawar hilir mudik di situ. Puan Suzi memberi isyarat agak Tuan Daniel mendapatkan sejambak mawar buatnya.

Sorry dear. Kenapalah abang tak terfikir ni semua. Hah, abang memang tak romantis.”

“Ya...abang memang tak romantis. Tapi sikap tak romatis abanglah yang buat abang sangat menawan pada mata Suzi.” Pandai sungguh Puan Suzi mengambil hati orang yang dikasihi.

“Terima kasih sayang, Suzi terima abang yang memang buta dalam bercinta ni.”

Gelihati pula bila Tuan Daniel berkata begitu. Ia bukan menambah kebosanan Puan Suzi terhadapnya bahkan sudah menyemarakkan lagi kasihnya. Tuan Daniel unik dalam kategorinya yang tersendiri. Romantisnya hanya Puan Suzi saja yang dapat melihatnya.

Lelaki itulah yang berjaya membuat Puan Suzi mengingau dan berjalan sambil tidur satu masa dulu. Tuan Daniel selalu datang dalam mimpinya. Memberi ciuman layang dan mengenyit-ngeyitkan pada padanya. Kemudian Tuan Daniel melambainya tidak sudah hingga tanpa sedar dia berjalan sewaktu tidur.

“Abang sayang, biar buta dalam bercinta tak apa. Jangan buta kasih sayang. Bagi Suzi apa yang ada dalam diri seorang lelaki, semua ada pada abang.”

“Wow! Kalau macam tu, hebatnya abang!” Sengaja Tuan Daniel mahu mengusik.

“Ermmm...abang memang hebat. Seorang lelaki terhebat yang Suzi pernah kenal adalah abang. Abang cinta pertama Suzi...dan mudah-mudahan akan menjadi cinta terakhir Suzi.”

Badannya menggesel manja pada badan Tuan Daniel. Tuan Daniel merangkul pinggang suri hatinya dengan kemas. Indah juga cinta orang tua. Semakin usia menginjak, semakin manis rasa cinta. Ia matang dan membahagiakan. Hanya usia yang bertambah tapi jiwa mereka tetap muda.

Tuan Daniel memanggil salah seorang penjual Mawar merah yang lalu-lalang. Dia memilih sekuntum yang paling indah dan segar. Dihidu sebentar lalu dibayar beberapa peso kepada penjual. Selepas penjual bunga berlalu, Tuan Daniel mengenyitkan mata. Puan Suzi membalas dengan senyum menggoda.

“Mawar untukmu sayang. Satu-satunya wanita yang abang cintai setengah mati. Semoga cinta kita kekal abadi sampai ke syurga...aamiin.”

Tuan Daniel membongkokkan badan seperti sewaktu menyatakan cintanya pada satu masa dulu. Mawar merah dihulurkan buat isteri tercinta lalu disambut dengan rasa bahagia. Puan Suzi mengucup lembut kelopak Mawar dengan mata terpejam. Kewangian kelopak Mawar menghangatkan aliran darahnya. Cinta pun bercambah, melimpah. Bahagia. Terasa seperti di alam remaja.

“Boleh abang cium sayang?”

Tuan Daniel geram melihat pipi Puan Suzi yang memerah. Terasa mahu didakap dan dikucup wanita itu bertalu-talu. Terlupa seketika berapa usianya waktu itu. Denyut jantungnya seperti waktu pertama kali meluahkan rasa cintanya dulu.

“Hmmm...tapi bukan kat sini. Malu kan abang. Kita bukan mat salleh.” Balasnya manja.

“Oh! Ya kan...abang lupa dunia sekejap. Apa taknya, malam ni sayang betul-betul menggoda hati abang. Terasa luluh...cair.”

Sekali lagi Tuan Daniel mengenyitkan mata. Darah yang mengalir dalam badan Puan Suzi bertambah hangat. Tiba-tiba wanita itu terasa hendak balik ke hotel dengan cepat. Tidak mahu membazirkan malam yang masih muda. Ia jauh lebih nikmat berdanding mereka terus berada di jambatan itu dengan ramainya orang yang sedang lalu-lalang.

“Abang...Suzi dah tak seronok kat jambatan ni. Malam pun makin sejuk. Kita balik hotel ya.”

“Suzi tak menyesal tinggalkan jambatan ni? Bukan selalu kita dapat ke mari.” Uji Tuan Daniel yang dapat menghidu perasaan wanita yang dicintainya. Sedangkan dirinya juga mempunyai perasaan yang sama. Perasaan hangat minta dibelai.

“Tak ada yang lebih membahagiakan selain bersama abang. Jambatan ni dah jadi saksi betapa abang tetap cintakan Suzi. Itu dah cukup buat Suzi. Ermmm...Suzi mula mengantuk, abang.”

“Sungguh?”

“Sungguh.” Puan Suzi mengerdipkan mata.

Jari telunjuk Tuan Daniel mencolek hidung isteri kesayangannya. Selepas itu jari itu menjalar ke pipi yang masih mulus. Puan Suzi memejamkan mata beberapa ketika. Gerakan jari Tuan Daniel membuat aliran darahnya bertambah hangat. Sewaktu jari itu singgah pada ulas bibirnya, Puan Suzi meletakkan kepala pada dada Tuan Daniel yang bidang.

“Kita balik hotel.” Tuan Daniel merangkul pinggang Puan Suzi.

“Ya sayang,” lalu mereka berjalan seiring dengan langkah perlahan kurang teratur. Tangan Tuan Daniel masih melingkari pinggang si isteri.

“Diam tak diam dah 24 tahun kita bersama kan abang. Macam baru semalam kita diijab kabul.”

“Ya sayang. Bagi abang, Suzi tetap gadis remaja 21 tahun yang abang kenal dulu. Masih sama dan tetap akan sama. InsyaAllah dengan izin Allah.”

“Abang pun tetap anak muda 23 tahun yang Suzi cintai. Biar berapa umur abang akan datang, perasaan Suzi pun masih sama. I love you abang...forever.”

Sambil berjalan jari-jari Puan Suzi mengusap dada bidang suami tersayang. Sentuhan demi sentuhan membuat cinta kian membara. Yang berusia terasa muda. Mungkin benar kata orang, Vanesia adalah kota yang membangkitkan cinta. Mungkin tidak sama seperti kota Paris tapi ia sudah cukup untuk membuat pasangan itu saling memerlukan.

“Terasa jauh pengingapan kita, abang.”

“Sabarlah sayang...tak akan lari gunung dikejar.”

“Suzi akan sabar.”

“Macam tulah.” Keduanya bertukar senyuman sambil kaki terus melangkah. Yang pasti sebentar lagi cinta mereka akan diterjemah.

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.