Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 5 full ; Ponteng sekolah agama

Bab 5

Karangan

“Along bangun long... bangun..... dah pukul berapa tidur lagi ni?” emak mengejutkan aku. Aku mengeliat dan mengosok-gosok mataku.

“Dah pukul berapa ni mak?” tanyaku yang sedikit mamai.

“Sudah pukul 6 petang... kamu ni.. balik sekolah tak mandi ke? Tidak pergi sekolah agama?” aku bangun..... memang.. balik rumah aku terus tidur dalam bilik.. tak sempat tukar baju.

“Sorilah mak... saya memang letih sangat.. tak larat nak pergi.”

“Itulah.. mak dah kata.... jangan tengok bola pepagi buta... kamu degil... sudah.. pergi mandi.”

“Angah mana mak.. senyap jer?”

“Dia pergi main entah kemana... kejap lagi baliklah tu” aku bangun dari katil dan mengambil tuala mandi.. terus aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi ( dan sebelum mandi.. aku mesti mencium dahi adik bongsuku di buaian... kadang-kadang ini akan mendatangkan kemarahan emakku bila perbuatanku ini membuatkan adikku yang lena tidur bangun ).

Selepas mandi dan keluar dari bilik air... kedengaran ibu sedang sibuk memasak ( aku kagum dengan emak.. walaupun penat baru lepas bekerja... emak akan tetap memasak untuk hidangan makan malam. Walaupun lauknya ringkas hanya mengoreng telur dadar.. tapi kami tetap berselera untuk makan ). Aku terus masuk k bilik untuk memakai baju dan solat Asar. Apabila aku keluar.. angah baru lepas mandi. Aku duduk di ruang tamu menjaga adik bongsuku yang sudah terjaga.

“Kamu pergi mana tadi angah” kataku kepada angah yang duduk di ruang tamu berhadapan denganku.

“Macam biasalah long, pergi rumah Asadi... baca majalah kawan yang baru” katanya perlahan... sebenarnya adik aku ini hantu membaca. Tidak kiralah komik ke..... majalah atau apa sahaja yang boleh dibacanya. Malah aku pernah melihat adikku ini membaca majalah mingguan wanita kepunyaan emak Asadi.

“Kamu ni... asyik pinjam baca orang punya sahaja. Kalau abang segan gila.”

“Ala long.... kita ni mana mampu nak beli semua tu.. lagilak kalau komik macam kawan atau gila-gila... lagilah emak kita tidak bagi baca.”

“Suka hati angah... janji angah bahagia” Emak datang ke ruang tamu dengan membawa susu adik bongsu kami...

“Ayah mana mak?”

“Ayah? Entahlah... katanya ada operasi.... agaknya besok ayah kamu balik.”

“Oooooo. Mak masak apa?”

“Mak masak mana yang sempat long..... nasi.. lauk ikan goreng sambal dengan sayur campur masak tiram.”

“Sedap tu.. along nak makan dulu boleh.. laparla mak.”

“Lepas maghrib ye long.. kita solat dulu.. baru makan.”

“Ok” kemudian aku menyambung membaca akhbar sambil menanti waktu maghrib.. selepas solat... aku dan angah makan hanya berdua..... emak menidurkan adik bongsu kami. Malam itu selepas makan.. aku terus menulis karangan yang Cikgu Zakaria suruh buat,, nak termuntah juga aku membuat karangan sebanyak 300 patah perkataan. Dan semestinya aku menulis mengenai pasukan kegemaranku... Manchester United!!!!!!!!!!

Previous: Bab 4B ; Sazali

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.