Bab 5
Karangan
“Along bangun long...
bangun..... dah pukul berapa tidur lagi ni?” emak mengejutkan aku. Aku
mengeliat dan mengosok-gosok mataku.
“Dah pukul berapa ni
mak?” tanyaku yang sedikit mamai.
“Sudah pukul 6 petang...
kamu ni.. balik sekolah tak mandi ke? Tidak pergi sekolah agama?” aku
bangun..... memang.. balik rumah aku terus tidur dalam bilik.. tak sempat tukar
baju.
“Sorilah mak... saya
memang letih sangat.. tak larat nak pergi.”
“Itulah.. mak dah
kata.... jangan tengok bola pepagi buta... kamu degil... sudah.. pergi mandi.”
“Angah mana mak.. senyap
jer?”
“Dia pergi main entah
kemana... kejap lagi baliklah tu” aku bangun dari katil dan mengambil tuala
mandi.. terus aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi ( dan sebelum mandi..
aku mesti mencium dahi adik bongsuku di buaian... kadang-kadang ini akan
mendatangkan kemarahan emakku bila perbuatanku ini membuatkan adikku yang lena
tidur bangun ).
Selepas mandi dan keluar
dari bilik air... kedengaran ibu sedang sibuk memasak ( aku kagum dengan emak..
walaupun penat baru lepas bekerja... emak akan tetap memasak untuk hidangan
makan malam. Walaupun lauknya ringkas hanya mengoreng telur dadar.. tapi kami
tetap berselera untuk makan ). Aku terus masuk k bilik untuk memakai baju dan
solat Asar. Apabila aku keluar.. angah baru lepas mandi. Aku duduk di ruang
tamu menjaga adik bongsuku yang sudah terjaga.
“Kamu pergi mana tadi
angah” kataku kepada angah yang duduk di ruang tamu berhadapan denganku.
“Macam biasalah long,
pergi rumah Asadi... baca majalah kawan yang baru” katanya perlahan...
sebenarnya adik aku ini hantu membaca. Tidak kiralah komik ke..... majalah atau
apa sahaja yang boleh dibacanya. Malah aku pernah melihat adikku ini membaca
majalah mingguan wanita kepunyaan emak Asadi.
“Kamu ni... asyik pinjam
baca orang punya sahaja. Kalau abang segan gila.”
“Ala long.... kita ni
mana mampu nak beli semua tu.. lagilak kalau komik macam kawan atau gila-gila...
lagilah emak kita tidak bagi baca.”
“Suka hati angah... janji
angah bahagia” Emak datang ke ruang tamu dengan membawa susu adik bongsu
kami...
“Ayah mana mak?”
“Ayah? Entahlah...
katanya ada operasi.... agaknya besok ayah kamu balik.”
“Oooooo. Mak masak apa?”
“Mak masak mana yang
sempat long..... nasi.. lauk ikan goreng sambal dengan sayur campur masak tiram.”
“Sedap tu.. along nak
makan dulu boleh.. laparla mak.”
“Lepas maghrib ye long..
kita solat dulu.. baru makan.”
“Ok” kemudian aku
menyambung membaca akhbar sambil menanti waktu maghrib.. selepas solat... aku
dan angah makan hanya berdua..... emak menidurkan adik bongsu kami. Malam itu
selepas makan.. aku terus menulis karangan yang Cikgu Zakaria suruh buat,, nak
termuntah juga aku membuat karangan sebanyak 300 patah perkataan. Dan
semestinya aku menulis mengenai pasukan kegemaranku... Manchester
United!!!!!!!!!!