Bab 7
Berpindah ke
Negeri Sembilan
November tahun 1999, bermulalah cuti sekolah akhir tahun..... keluarga
kami akan berpindah ke Lenggeng pada pertengahan bulan Disember nanti. Jadi
cuti sekolah ini, aku dan angah sibuk mengemas rumah untuk berpindah. Semua
baju dan buku-buku kami serta barang peribadi mula dimasukkan ke dalam kotak.
Sebelah petang aku akan pergi bermain bola dengan budak lain berek aku. Malah
aku juga telah dilantik sebagai ketua pasukan bolasepak budak-budak di berek
kami... selalunya kami akan melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan
lain samada dengan pasukan berek lain, berek polis ataupun dengan pasukan
kampung Janaa dan kampung Assam.
Mak tidak marah jika aku
bermain bola pada setiap petang cuti sekolah ini. Keputusan UPSR aku yang
cemerlang menyebabkan mak mengizinkan aku bermain bola dengan syarat tidak
mengabaikan pelajaran. Aku juga berdebar-debar untuk mengetahui keputusan sekolah
mana yang menerima permohonan aku. Aku sangat berharap mendapat peluang belajar
di sekolah menengah KGV ataupun SDAR. Sekurang-kurangnya aku jauh dari tukang
lapor tentang aktiviti aku di sekolah ( si Nadiyalah.. siapa lagi kalau bukan
dia yang suka kepoh pasal aku ). Aku berazam untuk bermain sehingga mewakili
negeri ( tahun ini aku dipanggil untuk latihan peringkat negeri... tapi emak
aku tidak mengizinkan atas alasan tahun ini ada peperiksaan besar ). Petang itu
aku berjumpa dengan 3 orang sahabat baikku untuk memancing di Sungai
Kamunting..... sambil memancing kami berbual-bual ;
“Lepas ini kita semua
akan terpisahla. Zaidi balik Seremban, Ahmad duduk sini, Muthu sekolah Inggeris
di Taiping manakala aku bakal ikut orang tua aku ke Sabah” kata Jo... kami
semua terperanjat... Jo ke Sabah?
“Ehhhh... bukan kau
kata.. kamu hendak sekolah di MRSM Seberang Perai ke? Borangpun sudah isi”
tanya ku
“Ayah aku ditukarkan ke
Sandakan... kamu tahulah tentera.... selalu berpindah ke sana sini” jawabnya.
“Ayoyoyo.... tahun depan
semua pecah..... macamana kita punya geng?” Muthu mengelengkan kepala.
“Ala.. kita ni bukan geng
samseng nak sentiasa ada berhampiran. Lagipun bukannya kita suka-suka keluar
dari Taiping ni...... kita semua sambung belajar, mencapai cita-cita atau ikut
keluarga masing-masing” kata aku.
“Mencapai cita-cita?”
tanya Ahmad kurang faham.
“Ialah.. macam aku...
pergi sekolah KGV sebab nak main bola secara profesional... Muthu masuk sekolah
inggeris sebab nak sambung belajar di England.... Jo ikut keluarga. Jadi kita
semua ada sebab. Cuma Ahmad sahaja yang tinggal disini... itupun kita tidak
tahu berapa lama lagi.. ayahnya juga askar.. kamu tahulah askar ni.. selalu
berpindah” mereka semua mengangguk faham.
“Kamu sudah nekad ke nak
jadi pemain bola ni Zaidi” tanya Jo.
“Bukan nekad lagi.. tapi
dah tahap berani mati dah. Sebab itu aku minta sekolah jauh dari sini. Kalau
aku sekolah dekat sini lagi..... si Nadiya itu yang akan menghalang cita-cita
aku. Akupun tak tahu kenapa dia tu selalu menyibuk hal aku,,,,, aku takdepun
sibuk hal dia. Memang itu cita-cita aku dari dulu... nak main dengan
Manchester..... kamu tengoklah... setiap hari aku keluar dengan kamu semua...
aku pakai baju Manchester... aku fanatik
Manchester” sambil mencium logo Manchester baju yang aku pakai ( Jersi tiruan
buatan siam yang aku beli di pasar malam ).
“Entahlah dia tu...
dulu... dia pernah lapor kat mak aku pasal aku tak buat kerja sekolah.. terus
mak aku tak bagi tengok Televisyen malam-malam... bengkak je aku. Mungkin sifat
orang perempuan kot.. suka nyibuk hal orang” kata Jo bengang.
“Itulah sebab itulah aku
nak jauh dari dia.. tahun depan kita sekolah menengah.. kita bukan budak-budak
lagi. Nak ada orang tengok kita.. kita perlu berdikari beb” kataku.
“Jadi... kita masih jauh
antara satu sama lain?”
“Kawan tetap kawan....
surat ada.... telefon ada.... bila kita senang... kita jumpalah balik. Geng 101
berek marksman tetap hidup” kataku bersemangat.
“Hehehehehehehehehehe........
eih.. kail aku mengena” Ahmad menaikkan kailnya yang dimakan ikan.... ternyata
seekor ikan lampam sebesar tapak tangan yang memakan umpan Ahmad.