Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 7B ; Berpindah ke Seremban

Pertengahan bulan Disember... hari kami berpindah dari Taiping ke Seremban. Dari awal pagi.. 4-5 orang kawan ayah datang untuk membantu kami berpindah. Jiran-jiran berek pun ada yang datang untuk membantu. Ayah menyewa lori besar tentera untuk mengangkut barang. Geng aku pun datang sekali untuk membantu dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Emak dan orang perempuan memasak mee untuk orang-orang yang datang membantu... dalam pukul 10.30 pagi semua barang telah dimasukkan ke dalam lori. Kemudian kami semua makan dan minum yang disediakan oleh emak dan kawan-kawannya;

“Sedihlah Andy Cole mau pindah sana Seremban” kata Muthu.

“Sedih sekejap jer,,,, besok kamu sudah sekolah menengah... jumpa kawan-kawan baru. Sudah lupa sama saya” kataku.

“Zaidi ni ok lagi.. dekat.... aku ni lagi jauh..... Sabah” kata Jo.

“Bila kau pindah?”

“Seminggu lagi... tapi barang dekat rumah aku separuh sudah hantar pakai kapal laut. Lagi separuh akan dihantar semasa aku pindah. Kau tahu.. peti ais dekat rumah aku pun sudah dihantar ke Sabah. Bengang betul aku tak dapat minum ais kosong.”

“Hahahahahahahaha.. habis mak kamu simpan sayur dengan ikan dekat mana?”

“Mak aku belilah.. mana ada masak.”

“Perghhhhhh makan kedailah kau sebulan ini ye. Kami ni makan kedaipun sebulan sekali pun susah... ini hari-hari. Ayah kau pegawai besar takpelah.”

“Muaklah.. mak aku asyik beli dekat kedai mamak... kari.. kari.. kari... aduh.”

“Oit... Zaidi.. Zaidi... tu...” Ahmad mencuit tanganku... aku melihat ke arah yang dimuncungkan oleh Ahmad. Kelihatan Nadiya dan ibunya datang ke rumah kami ;

“Datang juga Nadiya ni.... datang masa makan pula tu.... bukannya nak menolong.”

“Ala... anak Doktorkan.. mana hendak buat kerja berat-berat ini. Datang makan jelah.”

“Agaknyalah.... aku takut dia lapor yang kita pergi Port Weld” kata Ahmad.

“Ala relaks jer.. lagipun cuti sekolah... takkan jalan-jalan kat sini jer” kemudian Nadiya bersalaman dengan ayahku... kemudian emak aku mendapatkan Nadiya... mereka berpelukan.. kelihatan emak aku menangis. Lagi meluat bila melihat Nadiya juga turut menangis sama... berlakon je tu..... emak aku menangis mungkin sedih sebab meninggalkan anak angkat kesayangannya ini. Tapi aku gembira.... lepas ini tiada lagi yang akan menganggu aku. Selepas makan, lori terus bergerak ke Seremban.. manakala aku dan keluarga akan berkereta ke Seremban ( kereta proton wira sahaja ). Kami berkemas dahulu... selepas berkemas ... kami bersalam-salam dengan semua jiran... kemudian tiba masa aku bersalam dengan kawan-kawan baikku.... aku memeluk mereka bertiga.

“Jangan lupa nanti telefon kami ok.. nombor telefon adakan?” kata Ahmad.

“Iya.. nanti aku telefon. Korang semua bila aku takde.... jangan nakal-nakal yer,”

“Hahahahahahaha.. aku rasa kamu yang paling nakal antara kami bertiga.. semoga cita-cita kau nak jadi pemain bola tercapai... masa itu aku akan sokong Team yang kau main.”

“Walaupun team yang aku main bukan team kesukaan kau Jo?”

“Demi kawan.... aku akan sokong tema kawan baik aku main,”

“Terima kasih Jo” aku memeluk Jo. Akhir sekali Nadiya.. dia menungguku di tepi kereta;

“Jumpa lagi nanti” kata Nadiya menghulurkan salam.

“Aaaaaaa.. maaf yer.. kita bukan muhrim” puas hati aku kenakan Nadiya buat kali terakhir.. selama ini aku je yang kena.

“Kamu masih lagi marah dengan saya ke Zaidi?”

“Ehhhhh.. mana ada marah... suka sangat” kataku memperlinya.

“Maafkanlah aku jika selama ni Nadiya banyak jadi tukang lapor kepada makcik. Tapi makcik yang minta tolong kita tengok-tengokkan Zaidi.... makcik tak mahu Zaidi hanyut dengan bola sahaja. Semua Nadiya buat untuk kebaikan Zaidi” jelasnya.

“Baiklah sangat..... tapi takpelah.. disebabkan kita nak blah dari sini. Kita maafkan awak.... gembiranya saya.. lepas ni takdelah yang menyibuk pasal saya.. yang ngikut kemana saya pergi” kataku tersenyum. Kemudian Nadiya berlalu pergi mendapatkan emak aku.. mereka bersalaman dan memeluk emakku sekali lagi... menyampahnya aku.......

Kami sekeluarga masuk ke dalam kereta.. kemudian ayah memandu perlahan-lahan keluarga dari halaman rumah... aku membuka tingkap dan melambai-lambai kepada kawan-kawanku. Sayu rasa di hati meninggalkan mereka... tapi apa boleh buat..... tapi aku berjanji dengan mereka.. aku akan gapai cita-cita aku bermain bola walaupun apa sahaja rintangan yang aku hadapi.. apa sahaja.......

{{{{{{{{{{{{{{{{

Sepanjang perjalanan mengikut lebuh raya utara selatan aku mengitar kenangan semasa 4 tahun berada di Taiping. Kenangan bersama-sama dengan Muthu, Ahmad dan Jo. Sesungguhnya aku merasa seronok bersama mereka.. melakukan aktiviti bersama mereka.. belajar bersama... membuat jahat bersama... malah kena sebat dengan Cikgu Zakaria pun bersama-sama. Malah keempat-empat kami juga bermain bolasepak untuk pasukan sekolah. Tiba-tiba aku terkenangkan Nadiya.... aku tersenyum... boleh dikatakan aku dengan dia selalu sahaja bergaduh... malah guru kelas mengatakan kami berdua ibarat anjing dengan kucing. Tiba-tiba mak aku menegurku..

“Jauh termenung long? Sedih tinggalkan kawan-kawan?”

“Teringat kenangan di Taiping mak. Sedih juga tinggalkan kawan baik di situ. Mana kami pergi.. semua berempat mak.”

“Yelah.. mana kamu pergi semua berempatkan.. termasuklah ke Port Weldkan?” sah Nadiya beritahu emak aku ni..... aku dah blahpun dia masih sempat memberi laporan.

“Nadiya beritahukan?”

“Memanglah.. diakan perisik mak,”

“Mak marah ker?”

“Mak nak marah kamu sebenarnya.. tapi Nadiya beritahu jangan marah kamu. Katanya itu kali terakhir kamu keluar berempat bersama. Takpelah.. mak tak marah” perghhhhh.. lega.

“Sebenarnya ayah ada berita gembira ni long” ayah menyampuk.

“Apa dia ayah?”

“Ayah dinaikkan pangkat” kata emak.

“Iya.... sekarang ayah jadi Sarjanlah sekarang?”

“A ah” kata ayah tersenyum.

“Tahniah ayah... bolehlah belanja saya beli but baru.. jersi baru ker” emak membuntangkan mata.

“Hahahahahahahahahahaha... takpelah emaknya. Lagipun dia dapat 4A haritu kita belum bagi hadiah. Lagipun but yang dia ada tu dah lama sangat.... biarlah dia rasa but baru pula” kata ayahku.

“Tapi kat rumahkan dah ada dua but” kata emak.

“But pasar malam Mah....lagipun anak kita ni makin besar. Takpelah....sekali sekali kita beli but mahal pula.. lagipun dia dah kotakan janjikan... belajar pandai-pandai” pujuk ayahku.

“Yelah.. janji dengan mak.. lepas ni belajar pandai-pandai.. masuk universiti. Main bola sebab nak bersenam sahaja tau.. nak lepaskan tekanan.. suka-suka sahaja.”

“Baik mak” kataku akur.... main untuk lepaskan tekanan? Aku main bukan untuk suka-suka.. aku nak main dengan Manchester mak..... tapi aku diamkan sahaja.... nanti makaku taknak belikan aku but pula;

“Kamu dengar cakap mak kamu long..... belajar... jangan asyik hendak main sahaja” ayah menyokong kata-kata emak.

“Baik Sarjan!!!!” aku memberikan tabik persis seorang soldadu memberikan tabik kepada Sarjan. Ayah dan emakku ketawa. Kami sampai di Lenggeng lebih kurang pukul 5 petang.. sebelum itu lori telah menunggu di Nilai untuk dan bersama-sama ke rumah kami di Lenggeng... kemudian sampai sahaja kami terus memunggah barang dari lori ( jiran sekampung juga turut membantu.. boleh dikatakan semua jiran mengenali mak... malah jiran di hadapan rumah kami merupakan bapa saudara mak.. aku turut mengambil kesempatan berkenalan dengan sepupu dan saudara mara sebelah emakku). Dalam pukul 9 malam barulah selesai kami mengemas barang.. letih jangan ceritalah. Rumah arwah datuk aku ni adalah rumah papan dan agak besar. Ada 5 buah bilik.... rumah atas dan rumah bawah ( dapur dan bilik air di bawah ). Aku duduk di bilik bawah bersama adikku ( rumah bawah rumah batu ). Manakala emak dan ayah serta adik tidur di ruang atas ( bilik gadang ). Rumah ini walaupun agak lama.. tapi masih kukuh malah sudah dicat baru ( ayah aku kata,,, dia sudah mengupah orang kampung mengecat dan memperbaiki rumah ini sebelum kami berpindah ). Di rumah inilah aku duduk bersama arwah datuk dan nenek semasa keluarga aku berpindah ke Sabah. Banyak juga kenangan aku dalam rumah ini. Besok aku bercadang hendak mencari kawan-kawan lama aku semasa aku duduk di sini dahulu. Ah Seng, Dobob, Asyaf, Munir dan San... merekalah kawan-kawan aku semasa aku menetap disini dahulu. Mandi sungai, memancing, ronda-ronda satu Lenggeng ( pakai moto honda Cup arwah Datuk aku.... atuk aku tidak melarangnya ) dan sebagainya dengan mereka bertiga inilah. Aku terus terlelap keletihan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.