Bab 2
Treble tahun 1999
Penghujung Mei tahun 1999, jam dinding rumahku menunjukkan pukul 4 pagi…..
aku dan ayah terpaku di depan televisyen untuk menonton perlawanan akhir liga
juara-juara eropah di antara Manchester United melawan Bayer Munich di stadium Nou
Camp Barcelona. Kini permainan telah memasuki minit ke 88 perlawanan dan dijangkakan
akan tamat pada 2 minit lagi. Aku ( Nama sebenar aku Zaidi Bin Abu ) merupakan
seorang penyokong tegar pasukan
Manchester manakala ayah aku pula ( pak Abu ) menyokong Bayern Munich. Ole
Gunner Soksjer dimasukkan untuk menggantikan Dwight Yoek;
“Ala… lagi berapa minit
sahaja nak habis game ni.. buang masa ja pi tukaq pemain. Bayern mesti menang
punya…. Along tengoklah” kata ayah sambil menghirup kopi kampungnya.. ternyata
ayah percaya kemenangan kini di tangan Bayern.
“Harap Soksjer dapat
sumbat gol ayah. Yoek pun sudah letih” kataku penuh mengharap.
“Sumbat gol? Yoek pun
terhegeh-hegeh nak lepas pertahanan Bayern” tingkah ayah.. nampaknya ayah sudah
yakin bahawa pasukannya akan memenangi piala eropah.
“Bayern main bertahan
ayah lepas score. Tak adillah...” aku memberi alasan.
“Hahahahahahaha..
biasalah… dah leading.. mestilah bertahan. Mana dia Andy Cole along? Tak nampak
pun?” kata ayah memperliku.
“Kita tengoklah je lah
ayah” kata aku bengang. Memang aku bengang apabila ayah menperkotak-katikkan pemain kesayangan iaitu
Andy Cole. Malah di sekolah…. aku turut diejek dengan panggilan Andy Cole…. Ini
kerana warna kulitnya yang persis seperti pemain pujaannya itu ( tapi tidaklah
gelap sangat macam Negro.. macam India pun tidak... ayah aku anak mamu manakala
emak aku melayu sejati ). Malah jurulatih bola sepak sekolah aku iaitu Cikgu
Adham turut memanggil namaku Andy Cole. Beliau bukanlah
pemain penyerang utama pasukan bolasepak sekolahnya.. hanyalah pemain tengah
menyerang. Malah badan aku juga tidak sebesar mana seperti pemain pujaan ..
badan aku agak kurus melidi tetapi agak laju apabila berlari membawa bola.
Malah aku juga sangat licik apabila melepasi pertahanan dan mempunyai idea
untuk membuat gerakan-gerakan yang menarik untuk menjana serangan. Satu lagi
kelebihan aku adalah aku mampu membuat sepakan sudut atau percuma di luar
kawasan penalti pihak lawan. Kelemahan aku hanyalah susuk tubuh yang pendek dan
agak kecil menyebabkan aku mudah terjatuh apabila dikasari oleh pihak lawan.
Aku kini menjadi pemain utama pasukan sekolah rendah buat 3 tahun
berturut-turut dan menjadi naib kapten pasukan. Aku pernah dipanggil untuk
menjalani latihan pemilihan pasukan negeri tetapi terpaksa ditolak kerana emak
tidak membenarkan aku meneruskan minat di dalam permainan bolasepak ke
peringkat tertinggi. Emak aku berkata bola sepak tiada masa depan.. hanya
pelajaran sahaja yang boleh membantu aku untuk berjaya. Malah emak siap menyediakan jadual untuk aku bila masanya aku boleh bermain bola. Aku hanya
dibenarkan bermain bola pada waktu petang sahaja selepas Asar. Selepas itu aku
perlu membaca buku atau mengulangkaji pelajaran serta membuat kerja sekolah.
Ayah aku? Ayah hanya
mempersetujui aku bermain untuk sekolah sahaja… dan aku perlu berjanji untuk
memastikan mata pelajarannya tidak terjejas apabila bermain bola. Mujurlah
janjinya ditepati oleh aku.. aku tidak mahu emak tidak mengizinkan bermain
permainan kesukaan aku hanya disebabkan keasyikannya bermain bola. Malah
keputusan peperiksaan tahunan aku juga amat membanggakan. Aku selalu mendapat
tempat 5 terbaik di dalam kelas... tahun ini aku bakal mengambil peperiksaan
UPSR yang dijangka pada bulan 6 nanti... aku sudah berjanji dengan keluarganya
inilah perlawanan terakhir beliau berjaga untuk melihat pasukan kesayangannya
beraksi di akhir liga juara-juara.. kemudian akan kembali fokus untuk
mengulangkaji pelajaran sehingga peperiksaan UPSR nanti.