Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Prolog

Bab 1

Prolog

Perlawanan sudah memasuki minit ke 75 dan kedudukan kini menunjukkan Real Madrid mendahului United dengan 2-1. Sir Alex tampak gelisah, penyokong juga gelisah dan begitu juga dengan aku yang duduk di barisan pemain simpanan turut gelisah melihat Real Madrid kini sedang menguasai permainan dan pasukan kami hanya bertahan... bahagian tengah pasukan kami seakan kaku dan tidak berfungsi... tiba-tiba;

“Cleverly.. Zaidi... warm up now!!!” kata Sir Alex. Kami bergegas bangun dan ke tepi padang untuk memanaskan badan... sambil-sambil memanskan badan aku menjeling ke arah padang.... 5 minit kemudian kami dipanggil oleh penolong jurulatih.

“Guys... now we depand on you” katanya dan menerangkan strategi yang telah direncanakan oleh Sir Alex. Dia mahu kami merampas bola dari dikuasai Real Madrid dan membuat serang balas kilat. Aku bertindak sebagai penghubung kepada Dan Vissie yang kini terpaksa bermain bawah sedikit untuk mendapatkan bola. Minit ke 84 kami masuk ke padang.. aku menggantikan Andesson manakala Cleverly mengantikan Caryk.

Minit ke 86.... Cleverly berjaya merampas bola dan membawa bola untuk menyerang... kemudian beliau menghantar bola kepada aku dan cuba dihalang oleh Ppe. Aku terpaksa menghantar semula kepada Nani... Nani membawa bola masuk ( masa itu aku lari ke depan dengan cuba mengelirukan pertahanan Ppe supaya datang kepadaku ). Nani menghantar semula kepada aku apabila melihat aku ke depan seperti hendak bertindak menjaringkan gol ( aku tahu kelemahan Ppe... beliau sangat kasar jika ada pemain cuba menunjukkan kemahiran di depannya ). Apabila bola sampai aku membuat turning..... Ppe membentes aku dan menyebabkan aku jatuh di luar kotak penalti. Pengadil meniup wisel dan menghadiahkan sepakan percuma di tempat aku dijatuhkan tadi. Ppe tidak berpuas hati dengan aku dan membuat dakwaan aku sengaja menjatuhkan diri. Ppe dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana membantah dan membuat provokasi kepada aku ( aku bangun dan akan mengambil sepakan percuma tersebut.. ini makanan aku ). Aku melihat jam... minit ke 87... masa sempat untuk menjaringkan gol.. fokus Zaidi... fokus. Setelah pemain pertahanan Real Madrid membuat benteng, aku dengan tenang melakukan sepakan.. sepakan melepasi benteng dan..........

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.