Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,200
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 37 B ; Pengetua Baru

Akhirnya orang yang kami ditungu-tunggu tiba.. seorang Pengetua baru perempuan telah dilantik bagi menggantikan Datin. Namanya Puan Azah Mohammad. Panggil kak Azah sahaja.. berumur lingkungan awal 50an. Bekas Timbalan Pengetua rumah ini 10 tahun yang dahulu. Jawatan beliau sebelum ini ialah sebagai ketua Penolong Pengarah kanan bahagian latihan di ibupejabat Putrajaya ( jawatan Pengetua adalah setaraf dengan jawatan ketua penolong pengarah kanan. Beliau meminta untuk bertugas di sini kerana mahu berkhidmat semula di sini sehingga pencen 3 tahun lagi.. kata kak Hasni ( yang juga berkawan baik dengan kak Azah )... Puan Pengetua tidak mahu lagi berulang alik dari rumahnya di Rawang ke Putrajaya. Jawatan Timbalan Pengetua masih dipegang oleh kak Yaya

Pada hari pertama beliau bertugas.....  beliau terus melakukan lawatan tidak formal ke asrama dan berjumpa dengan semua penghuni. Aku yang turut mengiringi lawatan tersebut percaya bahawa Pengetua baru ini berorientasikan manusiawi dan amat peramah sekali. Tiada stigma negatif langsung bergaul dengan penghuni berbanding Datin sebelum ini. Cakapnya juga lemah lembut dan ibarat seorang ibu yang penyayang serta mengambil berat anak-anaknya. Dia berjanji peraturan yang sebelum ini yang tidak relevan dihapuskan. Tapi yang paling menyakitkan hati aku ialah melihat telatah kak Hashimah, terus terang seperti ingin membodek dan mengambil hati Puan Pengetua yang baru ini. Malah ada beberapa penghuni yang memang tidak puashati dengan kak Hasimah memandang teletah kak Hashimah dengan pandangan yang jengkel. Petangnya selepas lawatan ke asrama dan bangunan pendidikan, satu mesyuarat diadakan ;

“Jadi, seperti kamu semua sedia maklum... saya akan menjadi Pengetua kamu. Kamu boleh panggil saya kak Azah sahaja. Tidak payah panggil saya puan.... saya juga telah buat kajian teantang masalah pusat jagaan di bawah pentadbiran sebelum ini. Semua berlaku disebabkan Pengetua sebelum ini kurang turun padang dan beriorientasikan hukuman. Juga terlalu mendengar kata-kata dan laporan orang lain. Akhirnya yang tidak puashati siapa? Pekerja tidak puashati... penghuni. Maka ini menyebabkan suasana tidak harmoni di kalangan warga pusat ini. Saya akan bertindak mengikut cara serta peraturan ala kak Badariah. Dia itu kawan saya dan saya kagum dengan pendekatannya” aku melihat kak Hashimah.. tidak lagi dia tersenyum seperti tadi. Maklumlah terkena batang hidung sendiri.

“Saya sendiri dahulu adalah pegawai disini.. pegawai sosial..kemudian naik jadi timbalan... kemudian saya berpindah ke negeri.. seterusnya ke pusat. Saya memang sengaja meminta untuk ditugaskan disini semula kerana inilah tempat dimana saya mendapat banyak pengalaman. Tetapi sekarang lihatlah.. saya kecewa dengan perkembangan pusat ini sekarang. Dalam masa 6 bulan sahaja semuanya rosak” Puan Pengetua berhenti sebentar dan melihat buku kecilnya.

“Puan Hashimah... saya mendapat tahu kamu tidak duduk di asrama. Saya mahu kamu duduk di asrama.. kenapa kamu masih tidak duduk di rumah ketua warden?” tanyanya tegas.

“Saya susah untuk meninggalkan keluarga saya Puan. Saya nak uruskan anak-anak. Lagipun saya sudah ada rumah di Shah Alam” kak Hashimah memberi alasan.

“Saya dahulu semasa menjadi ketua warden juga telah berkahwin... malah waktu tersebut anak saya masih kecil lagi. Seingat saya, semasa saya menjadi ketua warden 20 tahun dahulu.... tiada rumah ketua warden yang disediakan. Hanya ada bilik warden di asrama. Tapi saya duduk dengan keluarga saya... bilik hanya ada satu sahaja.. dapur pun buat sendiri. Tetapi saya tidak pernah merungutdan menjadikan alasan untuk saya berada dekat dengan penghuni. Malah saya boleh sahaja tinggal bersama keluarga saya di bilik tersebut. Sekarang ini ... rumah ketua warden telah disediakan.. lengkap dengan perabot lagi. Kalau kita ikhlas dan memang mahu menolong mereka. Duduklah di rumah warden tersebut... bukannya duduk berjauhan dengan penghuni. Itu semua alasan.. saya tidak boleh menerima alasan sebegitu” nampaknya dalam kelembutan kak Azah ini ada ketegasannya.

“Jika begitu..... saya minta jasa baik Puan Pengetua untuk melantik orang lain menjadi ketua warden. Saya rasa tidak mampu untuk melakukan tanggungjawab tersebut.” nampaknya kak Hashimah sudah mula panas telinga. Datin mengambil sebuah fail.. dia membelek fail tersebut ( aku jangka itu fail pengurusan.. mungkin melihat nama siapa yang akan mengantikan kak Hashimah ).

“Pengetua sebelum ini telah melantik kamu selama setahun.. jadi habiskanlah kontrak tersebut. Nanti bahagian sumber manusia bising... nak uruskan perlantikan ketua warden baru. Hendak tukar penama elaun baru lagi. Lagipun mengikut dokumen dalam fail ini, kamu yang beria-ia mahu dilantik sebagai ketua warden sehingga jawatan ketua warden sebelum ini yang saya rasa memang bagus dilucutkan. Ini memo kamu yang mahu jawatan Hisham... Betul ke?” kak Azah menayangkan memo yang ditulis tangan yang aku rasa memo yang ditulis oleh kak Hashimah kepada Datin untuk menjawat jawatan ketua warden seterusnya mempengaruhi Datin untuk melucutkan jawatanku. kak Hashimah terperanjat,,, tidak sangka Puan Pengetua membuat kajian dengan begitu mendalam sebelum datang kesini.. tembelangnya pecah.

“Baiklah Puan” kak Hashimah berkata lemah.

“Satu lagi... saya tidak mahu kaki bodek atau kaki ampu.. lemaslah saya. Apa yang saya mahu.. pegawai saya bekerja dan mengikut serta membuat tugas yang diberikan. Jujur, amanah.. tidakkah kamu tahu jujur dan amanah sangat dituntut di dalam Islam. Sabda Rasulullah S.A.W di dalam hadis riwayat Bukhari..... peniaga yang jujur itu bersama dengan Nabi, para sidiqqin, dan para syuhada nanti di syurga.Jadi saya mahu kamu semua bersifat jujur.... saya tidak mahu lagi berlaku kes suruh penghuni jahit baju atau buat kek... tapi bayar pun tidak! Apa ni? Kenapa kita nak ambil kesempatan ke atas penghuni? Sedangkan kita perlu melindungi penghuni. Bukan kerah keringat mereka!” kata Puan Pengetua tegas.. mana pulak dia tahu ada pekerja meminta penghuni menjahit baju dan mengambilnya tanpa memberi upah. Mesti ada seseorang yang dia kenal bekerja di dalam pusat perlindungan ini memberitahunya.. kak Hasni ker? Aku memandang kak Hasni.. dia buat muka bodoh je;

“Jadi.. mana yang rasa dah bersifat zalim itu.... saya nasihatkan cepat berikan mereka semula penghuni upah yang sewajarnya.. kalau upah itu 20 ringgit sepasang baju.. bayarlah. Untung jugakan... kalau diluar paling murahpun 40 ringgit. Ini juga amal jariah kita.. saya bagi sebulan untuk mereka yang terlibat membayarnya. Jika tidak, satu tindakan dalaman akan diambil. Saya tidak akan berkompromi mengenai perkara ini.”

“Begitu juga dengan perbicaraan Parol yang telah dibekukan sebelum ini.. mulai hari ini saya mengumumkan arahan tersebut ditarik balik serta merta. Buat apa kita hendak simpan penghuni yang telah insaf dan berjaya dipulihkan lama-lama. Buang duit kerajaan sahaja... tugas ini saya serahkan kepada ketua wadar dan juga ketua kaunseling. Saya mahu kamu berdua memberi nama-nama yang hendak diparolkan secepat mungkin... hanya mereka yang betul-betul layak saya akan luluskan. Boleh kak Hasni dengan Encik Hisham” Puan Pengetua memandang aku;

“Boleh kak” kataku... ya.. inilah yang aku tunggu-tunggu.. mengeluarkan tahanan yang dirasakan boleh diparol.

“Jadi.. sebagai kesimpulan.. saya mahu anda bekerja bersama-sama dengan saya. laksanakan tugas masing-masing, akhirnya saya tidak akan mengomel lagi.. berleter ke. Saya sudahi dengan assalaimualaikum warahmatullah hiwabarukatuh.” Puan Pengetua keluar,,, kami juga bersurai.. semasa aku keluar dari bilik mesyuarat.. aku dipanggil oleh ketua wadar keselamatan.. katanya hendak berjumpa dengan aku.. riang semacam jer.. aku mempersilakan beliau ke bilikku.

“Akak ni dari tadi riang jer.. asyik tersenyum. Napa? Suka dapat Pengetua baru yer”

“Mestilah. Kalau kamu nak tahu.. dia tu kawan lama akak,”

“Saya tahu kak. Patutlah... jadi akaklah yang beritahu semua pasal yang disebutkan kak Azah tadi.”

“Ye.. tidak syak lagi. Dia minta akak ceritakan pasal masalah atau perkara yang akak tidak suka berkenaan pusat ini. Akak ceritakanlah semua” benar agakan aku.

“Akak dengan kak Azah kawan baik ker?”

“Yup.. tapi akak dua tahun tua dari Azah. Kami sama-sama masuk kerja... dia pegawai, akak wadar. Akak selalu teman dia jadi timbalan warden hinggalah menjadi ketua wadar. Kami memang kawan baik”

“Patutlah..... tapi tak nampak pun akak dengan dia macam kawan rapat. Buat bodoh je dalam mesyuarat tadi.”

“Kita profesional... masa kerja.. kerja. Kat luar baru kami rapat. Kita bukanlah macam Datin secara terang-terangan rapat dengan seseorang tu.. yang lain buat macam kuli.”

“Nampaknya selepas ini semua akan dikembalikan kepada keadaan yang asal.”

“Begitulah hendaknya” kami terus berbual-bual mengenai kerja. Terutama mengenai perbicaraan parol yang sudah 6 bulan tidak diadakan kerana Datin membekukannya... 6 penghuni dikenalpasti untuk perbicaraan Parol secara rawak . Kami perlu membuat laporan dan kertas kerja untuk dinilai oleh Puan Pengetua. Kemudian banyak lagi prosedur yang perlu dibuat.. ke jabatan penjara... ke pejabat Parol... menghadiri perbicaraan.. temuduga pegawai parol dengan penghuni. Sebab itulah Parol perlu dibuat setahun sebelum penghuni dibebaskan. Dalam 3 bulan baru semuanya selesai.. seperti kes kak Haryati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.