Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,230
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 42 ; Kak Hashimah menuduh Hisham

BAB 42

Sabda Rasullullah dalam satu riwayat yang musnadkan oleh imam Ahmad yang bermaksud.... “sesungguhnya menggunakan jampi mantera yang menggunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan al tilawah adalah syirik.”

Januari tahun 2014. Genaplah 2 tahun aku sudah berkhidmat di rumah perlindungan ini.. kini aku berusia 28 tahun. Waktu yang sesuai untuk berumahtangga. Tetapi aku masih lagi menunggu Sofia. Keluargaku? Ayah yang masih lagi enggan menerima Sofia. Emak dan adik-beradik yang lain tiada masalah untuk menerimanya. Malah angah pernah cuba memujuk ayah.. tetapi ayah masih lagi keras hati untuk menerimanya. Takpe Hisham... sabar.... Insya Allah Allah bersama dengan kamu. Emak juga menasihatkan supaya aku bersabar... Insya Allah ayah akan menerima hasrat hati aku. Emak pula mahu berjumpa dengan Sofia... aku akan cuba dapatkan waktu yang sesuai. Sedang aku mengelamun sebentar di pejabat, pintuku diketuk bertalu-talu. Aku menyuruh si empunya ketukan masuk.. kak Hashimah rupanya.. di meluru ke arahku

“Kau cakap apa dengan Encik Azlan? Kau mengadu ye?” aik.. ni apahal pulak ni.. masuk tak beri salam... tiba-tiba main tuduh jer.

“Ini kenapa tiba-tiba marah saya ni... saya tidak tahu hujung pangkal pun. Cuba akak istifar... tarik nafas... kenapa kak?” aku menenangkan keadaan;

“Pagi ini akak terima surat tunjuk sebab ketidakhadiran akak dalam mesyuarat kaunselor akhir tahun lepas. Kamukan yang mengadu?” marahnya.

“Astafirullahalazim. Itu semua fitnah... akak jangan dengar cakap orang. Dengar penjelasan saya... Encik Azlan hanya bertanya.. maka menjadi kewajipan saya untuk menjelaskan ketidakhadiran akak. alasan yang selalu akak gunakan. Tapi memang betulkan akak sudah berapa kali tidak hadir mesyuarat peringkat negeri. Sebab itu Encik Azlan bagi surat tunjuk sebab kak.”

“Alasan apa?”

“Alasan yang akak sudah puas berkursus dan sibuk dengan kegiatan asrama.”

“Kau nak perli akak ye?”

“Perli apanya kak. Betullah kan... akak selalu guna alasan tersebut.takde saya tokok tambah atau memandai-mandai.”

“Kamu ini sakit hati dengan akak kan? Dari tahun lepas kamu cuba hendak jatuhkan akak kan? Kamu tidak puashati dengan akak kan... kamu buat semua tindakan ini supaya boleh naikkan nama kamu. Nama akak busuk.. betul tak?” main tuduh jerkan.

“Ya Allah... apalah yang akak tuduh saya macam itu. Tiada niat pun saya nak buat akak. semua masalah yang ditimbulkan ini disebabkan oleh akak sendiri. Bukannya orang lain.”

“Argggggghhhh! Alasan” katanya sedikit meninggi.

“Ini apa yang bising-bising ni? Dari bawah dengar?” Puan Pengetua terpacul di muka pintu.. mungkin terdengar pergaduhan kami dari bawah yang menempatkan pejabatnya.

“Ini.. si Hisham ini. Tidak habis-habis busuk hati dengan saya” kata kak Hashimah.

“Busuk hati pasal apa?” tanya Puan Pengetua.

“Hisham pergi lapor kepada Cik Azlan pasal selalu saya tidak hadir mesyuarat dan kursus” adu kak Hashimah.

“Oh.. itu masalahnya” Puan Pengetua menutup pintu bilikku.. mungkin dia tidak mahu orang lain mendengar pergaduhan kami.

“Hashimah... apa yang Cik Azlan buat itu betul.. sebagai seorang ketua kamu peringkat negeri.. dia berhak tahu kenapa pegawainya iaitu kamu selalu tidak menghadiri diri dalam sebarang kursus, seminar dan mesyuarat yang dianjurkan oleh pejabatnya.”

“Tapi saya kan sibuk dengan urusan asrama. mana ada masa Puan” alasan lapuk.

“Iya.. saya tahu. Saya dulu pun sibuk dengan urusan asrama.. Hishampun dulu jadi ketua warden pun sibuk juga. Tapi kami berdua boleh sahaja menghadiri kursus... asrama kitakan sudah ada wadar,,, kita ini hanya memantau sahaja... malah kita ada timbalan. Jika kita tiada di asrama.. timbalanlah yang berkuasakan?” Puan Pengetua duduk di kerusi.

“Saya.. saya.. saya” kata kak Hashimah tersekat-sekat

“Dulu.. semasa kamu tidak jadi warden pun.. kamu enggan juga pergi bila diarahkan. Semuanya saya tahu melalui pembacaan fail kamu.”

“Saya bukan tidak mahu pergi. Saya rasa kursus atau seminar itu saya sudah pergi. Itu sahaja pengisiannya.. sama sahaja isinya.”

“Walaupun tajuknya mungkin sama... tapi pengisiannya lain. Sekarang tahun 2014. Mana sama dengan cara kaunseling tahun 90an.. kamu kena tahu.. budak-budak sekarang mengalami masalah sosial yang berbeza dengan zaman kita. Saya dengar sistem fail dan auditnya juga telah bertukar. Tapi kamu masih lagi buat sistem cara lama,... bila Hisham hendak ajar kamu tidak mahu.. apa masalah kamu dengan Hisham?”

“Dia yang busuk hati dengan saya!!!” sambil menunjukkan tangannya ke arahku.

“Dia ker kamu? Kamu yang menganggap Hisham ini busuk hati dengan kamu.. sedangkan apa yang dia buat semuanya adalah mengikut ketetapan. Kamu tidak mahu mengikut arahannya kerana kamu cemburu Hisham menjadi ketua kamukan. Sebab itulah kamu tidak mahu mengikut arahannya... sebab kamu rasa lebih senior dari Hishamkan?”

“Semua orang hendak menyebelahi Hisham... Hisham.. Hisham..Hisham. dari penghuni, tukang kebun, kontraktor, tukang cuci dan Puan Pengetua sendiri menyebelahi Hisham. Saya tidak tahu kenapa semua orang ikut cakap Hisham. Hisham.. kau pakai minyak pengasih ke supaya semua orang sukakan engkau” wah.. ini sudah lebih;

“Astafirullah hal azim.. itu semua syirik kak... takkanlah saya nak mensyirikkan Allah. Saya tidak cium bau syurga nanti.... Sabda Rasullullah dalam satu riwayat yang musnadkan oleh imam Ahmad yang bermaksud.... sesungguhnya menggunakan jampi mantera yang menggunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan al tilawah adalah syirik... . syirik maksudnya menduakan Allah kerana mempercayai sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.. sedangkan kita diseru untuk mendapatkan sesuatu dengan berdoa kepada Allah. Besar kak dosa mensyirikkan Allah. Dalam satu hadisyang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu. Tuduhan akak tu berat tu kak... ini satu fitnah.”

“Betul tu Hashimah.. berat tuduhan kamu itu.”

“Baiklah.. kalau Puan Pengetua menganggap saya ini bersalah.. tidak boleh atau menyumbang kepada pusat jagaan ini. Saya akan meletakkan jawatan sebagai ketua warden.. saya juga akan meminta ditukarkan ke tempat lain. Puan Pengetua boleh melantik Hisham ini kesemua jawatan nanti... Hisham sahajakan yang bagus membuat kerja dalam pusat jagaan inikan” Puan Hashimah terus keluar dari bilikku.. nampaknya dia betul-betul marah kepadaku.. lagi bertambah marah apabila Puan Pengetua menyebelahi diriku. Aduh.. pening betullah aku dengan politik kerja ini.

“Sabarlah Hisham.. akak pun kalau ikutkan hati akak... nak jer akak bagi tindakan ke atas Hashimah. Apa yang Encik Azlan buat itu betul... malah apa yang kamu buat dan cakap juga betul. Tapi akak tidak tahu kenapa kak Hashimah melayan kamu begini. Tapi mengikut firasat akak, dia cemburu kanu dilantik ke jawatan ini. Betul ke?” aku mengangguk.

“Hmmmm.. susah kalau orang perempuan sudah cemburu ni. Tapi untuk keharmonian pusat ini... akak akan cuba mendamaikan kamu berdua,”

“Terimakasih kak.”

“Baiklah... takde apa-apa lagi.. saya balik dulu ke pejabat. Jika ada masalah lagi.. beritahu saya.”

“Terimakasih kak” Puan Pengetua bangun dari kerusi dan keluar menuju pejabatnya.. aku bangun dan menutup pintu... baru aku hendak menutup pintu... telefon pejabat berbunyi... aku lekas mengangkatnya. Panggilan dari pihak penjara.... ayah Sofia dimasukkan ke dalam wad kerana hatinya semakin membengkak.... keadaan kesihatan ayah Sofia semakin merosot. Selepas menjawab panggilan, aku bergegas ke pejabat Pengetua.. aku ingin meminta izin untuk melawat ayah Sofia yang sakit. Puan Pengetua mengizinkan serta merta..... aku terus menelefon warden untuk untuk membawa Sofia keluar pada petang nanti. Banyak dokumen yang perlu ditandatangi sebelum Sofia boleh dibawa keluar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.