Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
232,033
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 21 ; sepucuk surat

BAB 21

Awal bulan Januari tahun 2013, aku menerima sepucuk surat yang tidak dijangka dari Pengarah Sumber Manusia ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Putrajaya. Di dalam surat itu menyatakan bahawa aku bakal dinaikkan pangkat sebagai ketua kaunseling pusat jagaan ini. Manakala ketua pusat kaunseling pusat ini sekarang iaitu kak Yaya akan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengetua. Seperti dijangka, Datin dinaikkan pangkat menjadi Pengetua pusat jagaan ini. Nampaknya pusat jagaan ini bakal menjadi seperti penjara di bawah pentadbiran Datin yang terkenal dengan sikap yang agak tegas dan kurang terbuka dalam pentadbiran ( kecuali kak Yaya yang agak terbuka dengan cara yang aku gunakan dalam memberikan sesi kaunseling.. malah dia turut mengubah sesi kaunselingnya mengikut cara aku... lebih kepada perbualan dan mendapat kepercayaan penghuni ). Aku juga tidak menyangka apabila aku mengenepikan senioriti seorang lagi kaunselor iaitu kak Hashimah untuk dilantik ke jawatan tersebut. Aku rasa kak Hashimah mesti kurang senang dalam lantikan ini. Beliau tidak menegurku bila mendapat tahu aku dilantik sebagai ketua kaunselor.

Azilah pulak sudah banyak berubah. Dia semakin mendekatkan diri kepada Allah dan sudah berjaya menguasai kemahiran solat dan mengaji dengan baik. Malah dia tidak memberontak lagi seperti dulu dan mengikut semua disiplin dan peraturan yang ditetapkan. Dia juga mengikuti kelas jahitan dan diajar oleh Sofia. Kak Haryati pula sudah mendapat surat pengampunan dari lembaga parol. Beliau akan dibebaskan pada akhir bulan Januari ini... 8 bulan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Alhamdullilah. Aku berjumpa dengan Puan Pengetua sebaik sahaja aku menerima surat tersebut;

“Puan... nampaknya saya kena ubah stail saya dalam memberi kaunseling apabila Datin menjadi Pengetua nanti. Datin tidak suka cara saya yang saya gunakan sekarang. Paling mengejutkan apabila saya dilantik sebagai ketua kaunselor di sini. Kak Hashimah macam tak suka jer... sudah beberapa hari dia tidak bercakap dengan saya Puan.”

“Datin tak suka cara awak? Bukan sahaja dengan cara awak dia tidak suka... dengan cara menguruskan pusat ini pun dia tidak suka. Lain orang lain caranya. Sebenarnya saya yang mencadangkan nama awak kepada pengarah sumber manusia untuk melantik awak. Awak memang layak.... cara awak berkesan..... berbanding kak Hashimah.”

“Datin pernah memberi amaran kepada saya bulan lepas... dia telah terserempak apabila saya berbual dengan Sofia. Sedangkan saya hanya bertanya khabar sahaja. Dia kata bila Datin naik jadi Pengetua.. dia mahu saya jalankan sesi kaunseling di dalam bilik sahaja. Tidak boleh lagi berjalan-jalan dan bersembang-sembang santai lagi. Lagi satu, Puan.. saya rasa tak layak lagilah jadi ketua kaunselor.. saya rasa dari segi senioriti.. kak Hashimah yang paling layak memegang jawatan ini” aku masih merasa kurang senang dengan tawaran perlantikan ini.... kalau aku terima jawatan ini... mungkin hubungan aku dengan kak Hashimah semakin keruh.

“Lain padang., lain belalang Hisham. Kamu cuba sesuaikan diri kamu tu dengan cara Datin. Mungkin pada mulanya dia tidak suka dengan cara kamu. Tapi manalah tahu lama-lama dia sedar cara kamu lebih berkesan. Dan kamu janganlah melawan sangat dengan Datin.. dia suka kalau orang mengikut caranya. Kamu akan selamat.. akhirnya kamu akan diberikan kebebasan sepenuhnya. Percayalah cakap saya ni. Pasal jawatan ketua kaunselor tu.... kamu dipilih kerana kamu lebih layak dari kak Hashimah.. percayalah cakap saya.”

“Saya lebih layak dari kak Hashimah????” tanyaku kehairanan.

“Iye... kamu sanggup korbankan raya kamu untuk bersama penghuni ini. Kamu sanggup korbankan masa kamu untuk menjadi ketua warden.. teman mereka makan. Menjadi imam solat. Kamu menjadi contoh. Kamu juga sanggup korbankan wang kamu... kamu sanggup ke Kedah mencari keluarga Azilahkan?”

“Macamana puan tahu?” aku buat semua ini secara diam-diam dan ikhlas kerana Allah.. bukannya suka-suka sahaja.

“Saya tanya sendiri kepada mak Azilah.. macamana dia tahu Azilah berada di sini... sedangkan Azilah sendiri yang enggan memberikan alamat kampungnya untuk kami hubungi keluarganya” terang Puan Pengetua lagi.

“Itu usaha saya. niat saya ikhlas nak menyatukan dua keluarga yang terpisah. Saya tiada niat lain. Saya hanya menggunakan hubungan keluarga untuk memberi kekuatan kepada Azilah. Buktinya sekarang alhamdulillah Azilah sudah mula kembali ke pangkal jalan. Kadang-kadang keluarga memainkan peranan yang lebih besar untuk kita memulihkan penghuni.. keluarga mereka akan memberikan adalah orang yang sangat disayangi dan lebih bermakna kepada penghuni. Insya Allah dengan sokongan keluarga... mereka akan bersemangat untuk pulih” terangku.

“Sebab itulah yang saya katakan kamu adalah yang terbaik untuk dilantik. Berbanding kak Hashimah.. tapi saya tidak mahulah cerita keburukannya... sebab itulah saya syorkan nama kamu kepada pihak atasan. hendak terima tak? Terimalah Hisham.... saya percaya kamu boleh buat yang terbaik apabila kamu menjadi ketua kaunselor. Kamu akan menjadi air yang akan menenangkan keadaan pusat jagaan nanti” aku tidak mengerti dengan maksud kata-kata Puan Pengetua.

“Maksud puan?”

“Saya jangka.. sebaik sahaja Datin ambil alih tugas saya di pusat ini... Datin akan memansuhkan beberapa peraturan yang saya perkenalkan. Datin akan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sepenuhnya berbanding saya yang agak bertolak ansur.. jadi kamulah airnya.. kamu menjadi tempat penghuni untuk mengadu nanti” jelas Puan Pengetua.. aku menggangguk faham dengan maksud kata-katanya tadi;

“Kamu mahu terima atau tidak tawaran ini?” Puan Pengetua mengulangi pertanyaannya tadi yang masih tidak dijawab olehku.

“Baiklah saya terima... demi kebaikan penghuni rumah perlindungan ini” akhirnya aku akur.. demi penghuni.

“Bagus..ingat.. buat secara perlahan-lahan. Buat sikit-sikit seperti mana Nabi Muhammad berdakwah. Lama-lama orang akan terima cara kau.. percayalah.”

“Baiklah akak.. saya ikut nasihat akak tu.”

“Kau minat Sofia ker?” soalan yang mengejutkan aku.

“Kenapa akak cakap macam tu” tanyaku.

“Biasalah.. Datin buat laporan yang dia selalu terserempak dengan Sofia dan kau berada didalam keadaan mesra” aduh.. Datin Datin... baru aku rasa lega dah ada cerita terbaru.

“Taklah. Saya anggap Sofia adik saya.. bukan saya mesra dengan Sofia juga... saya juga mesra dengan semua penghuni dan pekerja di rumah perlindungan ini. Kecuali kak Hashimah dan Datin. Puas saya cuba berbaik dengan mereka berdua... tapi entahlah.”

“Bagi akak begini.... akak memang tahu cara Hisham. tapi orang lain pandang lain pulak sebab tak tahu hal sebenar. Jadi bagi akak.. kalau nak mengelakkan sesuatu terjadi kat kau atau mungkin akan datang fitnah yang lebih besar... kau janganlah berbual berdua sahaja dengan Sofia. Mesti ada orang temankan” aku terdiam sejenak...

“Baiklah kak. Saya ikut pandangan akak tu” selepas itu kami berbual-bual dengan pelbagai perkara terutama dekripsi tugas aku yang baru sebagai ketua kaunselor.

Previous: Bab 20 ; Datin

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.