Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
235,022
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 44 B ; Panel siasatan menyoal Hisham

Petang itu seperti yang dijanjikan... tepat pukul 3 petang, panel siasatan dalaman datang ke pejabatku untuk mengambil keterangan. Terdiri daripada 4 orang, diketuai oleh Encik Azlan... timbalannya ialah seorang pegawai undang-undang JKM di Putrajaya dan seorang lagi pegawai merupakan penolong pengarah bahagian kewangan JKM negeri. Seorang lagi merupakan ketua kerani yang akan mencatat keterangan dan membuat mendokumentasi kes aku ini.

“Jadi Encik Hisham... kamu mengaku kesemua tuduhan seperti yang tertulis di dalam surat layang ini?” tanyanya.

“Itu bukan tuduhan... itu fitnah. Saya mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan” jawabku tegas.

“Alasannya?” tanya pegawai undang-undang yang memperkenalkan dirinya Encik Ghazali... seorang peguam berusia awal 40 an.

“Alasan? Saya tidak perlu alasan untuk meningkah segala tuduhan dalam surat tersebut. Siasatan panel ini akan menentukan bahawa saya benar-benar tidak bersalah” tegasku/// berani kerana benar!!!

“Ok.. atas tuduhan yang pertama.. benarkah awak memberi kuliah agama dan kuliah awak memesong dari ajaran Islam? katanya awak menggunakan pemahaman awak sendiri.. tidak mengikut panduan” tanya Encik Azlan.

“Masya Allah.. saya tidak pernah memberi kuliah agama yang memesong dari sepatutnya. Saya tahu.. saya bukan kelulusan agama. Saya hanya memberi kuliah apabila ustaz atau ustazah yang sepatutnya memberi ceramah tidak dapat menghadirkan diri.. tapi atas kebenaran Pengetua dahulu saya tidak berani memandai-mandai terutama dalam memberikan kuliah agama. Berdosa besar saya nanti..... dalam hadis sahih Ibnu Majah Rasullulah bersabda yang bermaksudDan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan(atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi(atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.”

“Apa kuliah yang kamu sering sampaikan” tanya Encik Ghazali.

“Hanya tajuk yang mudah-mudah yang saya pernah membaca.. soal mati, hormat kepada orang tua, puasa, raya, sakit, dan macam-macam lagi yang mudah... dan saya tidak akan memberi kuliah yang saya tidak benar-benar faham akannya.”

“Kamu ada menggunakan petikan ayat Al-Quran atau hadis yang salah?”

“Saya memetik ayat Al-quran sama seperti yang termaktub dalam mushaf Al-Quran yang suci itu. Tidak pernah menambah walau satu ayat pun. Begitu juga dengan hadis.. saya mengambil hadis sahih yang saya tahu,”

“Tapi kamu tidak ada tauliah untuk mengajar agama”

“Saya mengakui memang tidak mempunyai tauliah. Tapi saya belajar tuan... saya belajar dari atuk saya yang merupakan seorang imam masjid. Saya juga telah hafaz Al-Quran sejak saya berusia 10 tahun. Dan saya juga mengambil kertas Bahasa Arab, Tassawur Islam dan kertas Al-Quran dan hadis semasa pepperiksaan SPM. Malah semasa saya mengambil ijazah... saya ada mengambil kertas kaunseling Islam. saya ada pengetahuan mengenai Islam yang mungkin agak mendalam. Lagipun majoriti penghuni di sini beragama Islam.. apa masalahnya saya menggunakan pendekatan kaunseling secara Islam juga. Salah ker?” jelasku.

“Baiklah... nanti kita tanya penghuni dan pekerja samada tajuk anda lari dari ajaran Islam atau tidak. Kami juga perlu mengambil buku-buku rujukan kamu yang kamu gunakan untuk memberikan kuliah. Untuk pastikan kamu menggunakan buku yang sepatutnya dalam memberikan kuliah.”

“Saya izinkan... datanglah ke rumah saya dan ambillah buku yang Tuan mahukan. Tiada apa yang saya hendak sorokkan.”

“Ini ada satu lagi tuduhan.... kamu mengurat pelatih dan cuba melakukan gangguan seksual dengan beberapa orang penghuni? Benar?” tanya Encik Azlan.

“Itu kamu boleh tanya semua pelatih saya samada saya pernah melakukan gangguan seksual. Tapi saya menafikan sekeras-kerasnya. Lagipun saya melakukan sesi kaunseling ditemankan oleh wadar keselamatan.. bukan berdua-duaan. Malah pintu bilik saya sentiasa terbuka apabla bersama dengan pelatih di dalam bilik.”

“Baiklah. Tuduhan terakhir.. adakah kamu mempunyai hubungan cinta dengan Sofia?” alamak... apa yang aku nak jawab ini. Aku tidak boleh menipu,, nanti dia akan tanya soalan yang serupa jugak. Aku terdiam seketika... akhirnya ;

“Ya.. saya ada mengakui ada mempunyai hubungan dengan Ani sofia.. tetapi bukan hubungan yang gelap. Saya mengakui saya mencintai cik Sofia. Ada masalah dengan itu?”

“Tapi dari segi etika kerja salah Hisham” tingkah Encik Ghazali.

“Salah? Apa yang salahnya.. saya bukannya bercinta bagai nak rak sehingga kerja saya terjejas. Encik boleh tengok buku log saya dan ketua wadar keselamatan... berapa kali dalam seminggu saya berjumpa dengan Sofia. Encik Azlan akan dapati saya mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa audit dalaman sendiri untuk berjumpa dengan Sofia.. malah saya tidak pernah pergi asrama atau berjumpa di luar waktu kaunseling lagi.”

“Jadi tidak benarlah tuduhan Encik Hisham dating dengan cik Sofia berdua di taman?”

“Sudah setahun saya hanya melakukan sesi kaunseling pesakit-pesakit saya di dalam bilik ini. Tiada lagi sesi kaunseling di taman.”

“Jadi tiadalah adegan ringan-ringan?” tanya Encik Azlan tersenyum... kerani yang mencatat pengakuanku tersenyum sipu...

“Hahahahahahaah.. saya pun tergelak apabila membaca terma adegan ringan-ringan dalam surat itu.. kalau saya buat adegan ringan-ringan di dalam.. mesti wadar nampak.. penghuni nampak.. Puan Pengetua mesti sudah tegur saya. jadi.. mesti sudah tercatat di dalam buku disiplin saya yang menyatakan saya ada membuat perkara tidak senonoh dengan penghuni.”

“Kamu agak apa tujuan se penulis ini membuat surat layang seperti ini?” tanya Encik Ghazali... gaya Encik Ghazali ini persis pendakwaraya yang sedang menyoal pesalah pula.. ada karisma.. i like,

“Tak lain dan tak bukan sebab cemburu dengan prestasi saya.. mungkin cemburu sebab saya dinaikkan pangkat hingga melangkau senior yang lain. Saya tak tahulah motif yang sebenar.. dan saya tidak mahu menuduh.”

“Adakah kamu maksudkan kak Hashimah?” tanya Encik Azlan.. Encik Azlan memang tahu karenah kak Hashimah...

“Kemungkinan besar dia.. sebab dari mula saya jadi ketua kaunselor sampailah sekarang,,, dia tidak pernah berbaik dengan saya. Saya hanya mengalah dan bersabar... tapi dia tetap dengan egonya.. entahlah encik.. saya malas nak komen mengenai hal ini. Encik siasatlah nanti” kemudian aku terus ditanya mengenai isi kandungan surat layang tersebut,, pukul 5 petang panel siasatan habis bertanya soalan. Satu hari yang panjang bagi aku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.