Prang!!!!
Hafiza
terkejut lantas dia menoleh. Serpihan kaca yang bertaburan memeranjatkannya.
“Dhia,
kau kenapa?”
“Entah,”
jawabnya perlahan. “Tiba-tiba rasa berdebar-debar. Tak tahu kenapa,”
“Kau ni
cuai sangat,” tapi Hafiza cukup tahu. Dhia sangat cermat. Setakat bawa hanya
segelas air kosong, tiada masalah baginya.
“Entahlah.
Banyak fikir kot,”
“Apa
yang kau fikirkan, Dhia?”
“Pasal
Aaron,”
“Kenapa?
Kau bercinta ke dengan dia?” nada suara Hafiza mula berubah.
“Bercinta?
Aku kalau boleh tak nak la bercinta sebelum kahwin,”
“Mana la
tau kau ada hati dengan Aaron tu,”
“Ni
apahal pulak suara kau kedengaran cemburu ni? Ke kau yang ada hati dengan dia?”
Hafiza
mula gelabah. “Mana ada la!”
Dhia
senyum. “Mengaku je la yang kau ada hati dengan….,” kata-katanya terhenti
apabila melihat telefon bimbit Hafiza menyala-nyala. “Ada orang telefon kau,”
“Ni
bukan panggilan, ni ada mesej yang masuk…,” Hafiza mencapai telefon bimbitnya
dan membelek perlahan. Kemudian…
“Dhia,”
“Apa?”
“Mikhail
kemalangan,”
Entah
kenapa, kaki Dhia rasa lemah semacam.
*****
“Kau
boleh bagitahu aku tak kenapa kita kena ke hospital?” tanya Dhia.
“Kenapa,
kau tanya? Mikhail kawan kita. Kita kena la jenguk dia,” balas Hafiza selamba.
Dhia mengerutkan dahi.
“Tapi
kenapa?”
“Macam
yang aku cakap tadi, Mikhail kawan kita,”
“Kenapa
kau suka ulang jawapan yang sama?”
“Sebab
aku tak ada jawapan lain untuk soalan kau,”
Dan dhia
diam. Tidak bercakap sepatah pun. Hafiza hanya menjeling sekilas pada wajahnya.
“Kau nak
masuk ke wad kecemasan tu ke?”
“Biarkan
aku tunggu di sini,”
“Betul
ni?”
“Kau nak
pergi tengok dia, pergi je la. Tak payah nak tunggu aku,”
“Betul?”
“Betul…,”
Dhia tersenyum. Cuba meyakinkan Hafiza.
“Aku
masuk dulu. Kau jangan ke mana-mana tau,”
“Okey,”
Hafiza
meluru masuk ke wad kecemasan, meninggalkan Dia yang setia berdiri di luar.
Seketika, Dhia berfikir. Apa yang dia lakukan di sini? Apa yang patut dia
lakukan di sini?
Dhia
tunduk, membaca ayat-ayat yang dihafalnya. Matanya terpejam. Air matanya
mengalir apabila mengenangkan Mikhail sedang bertarung nyawa di dalam sana.
“Yaa
Allah, selamatkan Mikhail. Aku menyayanginya keranaMu, Yaa Rahman…,”
“Dhia…,”
Dhia
menoleh sebaik mendengar namanya dipanggil. Hafiza memandangnya. Matanya merah.
Hafiza menangiskah?
“Kenapa?”
“Mikhail…,”
dan Hafiza terus memeluk Dhia yang kebingungan.
*****
“Mikhail
kekurangan darah. Bekalan darah di sini tak cukup untuk tampung kekurangan tu,”
Dhia
hanya diam mendengar penjelasan Hafiza.
“Macam
mana ni?”
“Kau tak
buat sesuatu ke?”
“Darah
aku tak sama dengan dia. Kalau tak dah lama aku derma darah aku ni. Darah aku
jenis AB. Darah dia jenis O,”
Tegak
telinga Dhia mendengarnya. “Kau kata darah dia jenis O?”
“Yup.
Darah jenis O kan susah sikit sebab dia hanya terima darah yang sama dengannya.
Bukan macam darah AB yang terima semua jenis darah,”
“Hafiza,”
“Ya,”
“Kalau
aku derma darah aku, boleh ke?”
“Kau…
kau darah jenis O?”
Dhia
angguk. Wajah Hafiza berubah dari mendung kepada cerah.
*****
Alunan
Surah Yassin begitu merdu kedengaran di telinga Mikhail. Seakan memanggilnya
untuk sedarkan diri. Namun sebentar kemudian dia keliru. Ini bukannya suara
Dhia?
“Aduh…,”
Dhia
berhenti membaca Surah Yassin apabila mendengar suara Mikhail. Lantas dikejutkan
Hafiza yang terlena dari tadi. Terpisat-pisat Hafiza membuka matanya. Demi
melihat Mikhail sudah sedarkan diri, Hafiza terus menerpa ke arahnya.
“Mikhail,
kau okey?”
“Sakit
sikit,” adu Mikhail. “Aku kat mana ni? Kenapa kalian kat sini?”
“Kau
kemalangan la. Kereta kau berlanggar dengan lori malam tadi,”
Dhia
terkejut. Hafiza tak cakap pun pasal ni!
“Aku
pengsan ke?”
“Tak la.
Kau tidur mati. Apeda…,”
“Aduh…,”
Dhia
hanya mendengar perbualan mereka berdua. Tidak terlintas walau sedikitpun mahu
mencelah perbualan itu. Sebenarnya, dia tidak tahu apa yang ingin dibualkannya.
“Apa
awak buat kat sini, Dhia?”
“Er…,”
“Mikhail,
tadi dia…,”
Dhia
genggam kuat tangan Hafiza. Kepala digeleng perlahan. Tanda dia tidak mahu
hebohkan perkara itu.
“Kau suruh
dia keluar sekarang juga,”
Dhia
terkejut.
“Apa ni,
Mikhail?”
“Kau
suruh dia keluar sekarang juga. Aku tak nak tengok muka dia,”
“Dia
datang jenguk kau, Mikhail. Sebagai kawan,”
“Aku tak
nak jumpa dengan bakal isteri orang,”
“Bakal
isteri orang? Siapa bakal isteri siapa?”
“Dhia.
Bakal isteri Aaron,”
Dhia
tergamam. Hafiza terkejut.
*****
Hafiza
menulis sesuatu di dalam buku notanya. Sesekali, matanya dilirikkan ke arah
buku rujukan yang menjadi tumpuannya ketika ini. Dia ingin cepat menyalin
nota-nta penting yang terdapat di dalamnya. Beli? Buku itu sukar didapati di
Malaysia. Oleh sebab itu, harganya mahal. Tidak mampu Hafiza membelinya.
“Assalamualaikum,”
Gerak
lincah tangan Hafiza terhenti. Dia memdongak sedikit. Aaron berdiri di hadapannya,
tersenyum sinis. Meluat Hafiza melihat senyuman itu.
“Kau tak
nak suruh aku duduk ke?”
“Duduklah,”
Aaron
mengambil tempat di hadapan Hafiza. Matanya tidak lepas daripada menatap setiap
inci wajah Hafiza sehinggakan gadis itu menjadi sedikit rimas.
“Awak ni
takde kerja lain ke?”
“Aku
tengok kau je. Bukannya aku kacau kau pun,”
“Bukan
pasal ni. Pasal awak dengan Dhia,”
“Kenapa
dengan Dhia? Tak sihat ke?”
Hafiza
menggelengkan kepalanya. “Awak tahu apa yang awak dah buat?”
“Buat
apa?”
“Awak
tahu kan Mikhail kemalangan?”
“Tahu.
Kan berita kemalangan tu terpapar di portal pelajar,”
“Awak
tahu tak dia kemalangan sebab awak?”
“Apasal
aku pulak?”
“Dia
kemalangan lepas jumpa awak,”
“Dia
kemalangan sebab dia cuai! Bukan sebab aku!” suara Aaron sedikit tinggi.
“Tapi
kenapa dia cuai? Dia leka. Kenapa? Fikirannya terganggu dengan apa yang awak
cakap dengan dia sebelum tu. Betul tak?”
Aaron
diam.
“Saya
nak tanya awak, betul ke apa yang awak cakap dengan Mikhail tu?”
“Kau ni
kawan siapa sebenarnya? Kawan Dhia ke kawan Mikhail?”
“Saya
berkawan dengan sesiapa sahaja, termasuk awak. Tapi saya tak suka kalau ada
orang nak runtuhkan hubungan antara kawan-kawan saya. Tak cukup lagi ke gosip
awak dengan Dhia yang tengah kecoh ni?”
“So
what? Aku cintakan Dhia. Aku akan buat apa sahaja untuk pastikan Dhia jadi
milik aku. Kalau Mikhail mati terus malam tu kan lebih bagus!”
“Aaron!”
terkejut Hafiza dengan kata-kata yang keluar dari bibir Aaron. Sungguh tak
sangka…
“Orang
akan sanggup lakukan apa sahaja kerana cinta,”
“Pernah
tak awak tanya Dhia pasal perkara ni?”
“Tak
perlu kot. Sebab aku tahu, Dhia sayangkan aku. Jadi kau jangan nak sibuk kacau
daun,”
“Aaron!”
*****
“Baik-baik,
Mikhail,”
“Terima
kasih, mama,”
“Eh,
apeda mama! Suka hati kau je panggil aku mama!”
Mikhail
ketawa. “Maaf la Comot, aku terpanggil kau mama pulak,”
“Ah
takde, kau sembuh nanti kau kena belanja aku makan. Suka hati je kau panggil
aku mama. Aku belum kahwin lagi tau!”
“Kau dah
ada calon ke?”
“Calong
macam haprak ada la,”
“Eh
apeda calong? Bila masa kau jadi orang Terengganu ni?”
“Eh, aku
salah cakap la!”
Mikhail
ketawa. Langsung terlupa sakit yang sedang dihadapi sekarang ini.
“Mama
kau mana?”
“Penerbangan
dari Hong Kong akan sampai malam ni. Dia tak boleh balik awal sebab semua
penerbangan dah penuh,”
“Patutlah
Mama kau minta aku jemput kau hari ni,”
“Erm,
Comot…,”
“Apa
dia?”
“Terima
kasih,”
“Jangan
buat drama Samarinda kat sini! Aku patahkan tangan kau kat sini kang!”
“Hui,
garangnya!”
“Aku
garang dengan kau je…,” Hafiza tersengih. Baru sahaja Mikhail ingin membalas
kata-kata Hafiza namun…
“Mikhail
sayang!”
“Alamak,
dia dah sampai daa...,”
“Mikhail,
aku pergi ambil kereta dulu ya,”
“Eh,
tunggu la aku, Comot!”
“Kau
tunggu kat situ. Biar aku ambil kereta,”
“Comot
ni…,” namun Comot telah hilang di sebalik puluhan kereta di situ.
“Mikhail
sayang!” Niki muncul betul-betul di hadapan wajah Mikhail. Hilang senyum di
wajahnya.
“Kenapa
keluar hospital tak bagitahu?”
“Kenapa
saya kena bagitahu awak?”
“Mestilah
you kena bagitahu I. I kan kekasih you,”
“Bila
masa saya cakap saya kekasih awak?”
Pantas
lengan Mikhail dipaut kuat membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.
“Eh,
sakit ke?”
Mikhail
jeling tajam ke arahnya. Dah tahu lagi mahu tanya!
“Maaf
la, apa kata Niki hantar Mikhail balik rumah?”
“Tak
payah. Saya boleh balik sendiri,”
“You!
You nak balik dengan siapa?”
“Dengan…,”
Mikhail nampak kelibat Dhia di situ. “Dhia!”
“Apa?
Dengan Dhia?”
Dhia
yang mahu masuk ke dalam kawasan hospital terkejut apabila mendengar namanya
disebut-sebut. Tambah terkejut apabila melihat siapa yang sibuk-sibuk menyebut
namanya itu.
Niki dan
Mikhail!
“Dhia,
mari sini,”
Tanpa
kata, Dhia menapak menghampiri Mikhail. Eh, apa yang aku buat ni?
“Saya
balik dengan dia. Kenapa? Tak puas hati?”
“Eeee…
kau memang tamak, Dhia!Mikhail kau nak, Aaron pun kau nak jugak! Jaga kau!”
Niki
menghentakkan kakinya dan tersu berlalu dari situ. Dhia dan Mikhail saling
berpandangan.
“Awak…,”
Dhia
terus membuka langkah.
“Awak…!”
“Awak
tak nampak ke tadi, macam mana Niki marahkan saya? Saya dah cakap, saya tak
mahu ada apa-apa masalah lagi! Jadi jangan dekat dengan saya lagi!” Dhia terus
berpusing membelakangi Mikhail.
“Kalau
awak tak nak masalah kenapa awak yang jaga saya di sini?”
Dhia
diam. Dia terus pergi. Namun hatinya merintih sepi.
Kenapa
hati aku bagai dirobek dengan belati ni?
*****
Dhia
melangkah longlai masuk ke rumah. Tidak dipedulikan Hafiza yang sedang
terbaring di ats katilnya. Dia duduk di mejanya. Dicapai fail merah jambu yang
terdapat di atas meja itu.
“Hafiza,”
“Iya,”
“Dah
lama aku tak dapat surat merah jambu tu,”
Hafiza
bangun dari pembaringan. “Kau rindu dia ke?”
Dhia
mengeluh kecil. Namun dapat didengari oleh Hafiza.
“Rindu
sangat kau dengan dia ni,”
“Aku
terfikir, kenapa dia tak muncul saat begini? Aku betul-betul perlukan
nasihatnya,”
“Mengadu
dengan Allah. Itu lebih baik,”
Dhia
pandang Hafiza yang sudah turun dari katil. “Betul cakap kau. Mengadu dengan
Dia,”
“Tapi
kan, waktu Asar belum masuk lagi. Kau dah solat Zuhur?”
Dhia
angguk. Dia solat di hospital tadi. Sebenarnya tadi, dia nampak Mikhail di
pintu hospital dengan seorang wanita. Tahulah dia bahawa Mikhail sudah
dibenarkan pulang. Jadi dia mengambil keputusan untuk singgah di surau hospital
untuk menunaikan solat Zuhur. Tapi lain pula jadinya.
Tapi
Hafiza tidak tahu tentang itu.
“Apa
yang kau buat kat hospital tadi?”
Erk!
“Tak
kisah la. Eh, kau tahu tak yang Aaron nak meminang kau?”
“Apa?”
ternganga Dhia mendengarnya. “Mana kau tahu ni?”
“Aku
jumpa Aaron hari tu. Lupa pulak nak cakap. Kau macam mana? Kau terima dia ke?”
“Dia tak
pernah tanya aku pasal perkara ni,”
Suasana
sepi seketika.
“Hafiza,”
“Hurm…,”
“Aku
rasa, aku buntu dengan perasaan aku sendiri,”
“Hah?”
giliran Hafiza pula yang terkejut.