Dhia
melangkah turun dari bas dengan tenang. Walaupun keseorangan, dia tidak takut.
Masih ramai orang yang berada di perhentian bas memandangkan jam di tangan baru
menunjukkan pukul 6.30 petang.
Hafiza
masih di rumah keluarganya selepas discaj tempoh hari. Atas permintaan Hafiza,
baik Dhia mahupun Mikhail, tiada siapa pun yang dibenarkan menghubungi gadis
itu. Hanya Hafiza yang akan menghubungi mereka. Sama ada mellui telefon, SMS,
WhatsApp, WeChat, emel, YM, Twitter, Instagram ataupun Facebook.
“Tag gambar
kat Facebook pun tak boleh?” tanya Dhia apabila Hafiza menyauarakan permintaan
tersebut. Bukan permintaan sebenarnya. Lebih kepada arahan.
“Kejamlah
kau!” Mikhail buat muka tidak puas hati.
“Kejam
apa pulak? Okey la tu! Aku tengah bagi kau peluang ni! Inilah masa yang
sesuai!” balas Hafiza, geram.
Peluang?
Masa? Dhia pandang Hafiza dan Mikhail bergilir-gilir. Mereka berdua sedang…
bermain mata? Serta-merta pipi Dhia terasa panas.
“Korang
buat apa ni?”
Hafiza
dan Mikhail tersentak. Spontan Mikhail berpura-pura melihat jam di tangan.
Hafiza pula hanya tersengih.
“Korang
buat apa tadi?”
“Eh, kau
tak tahu ke, Dhia?” Hafiza buat muka teruja. “Kajian mendapati bahawa, bermain
mata antara lelaki dan perempuan adalah baik untuk kesihatan. Itu yang aku cuba
praktikkan dengan Mikhail tu,”
Mikhail
tunduk.
Dhia
tersenyum. Dah mula dah sengal di Hafiza ni. Nanti dia.
“Tapi
kajian itu juga mendapati yang kaedah itu hanya berkesan pada suami isteri je
la,”
Spontan
Hafiza ketawa besar. Pantas Dhia menepuk perlahan bahunya.
“Kau ni
kalau gelak memang tak ingat dunia kan?”
“Maaf,”
Hafiza memperlahankan tawanya. “Kau ni dah pandai loyar buruk kan?”
“Aku
belajar dari kau,”
Hafiza
ketawa lagi. Tergeleng-geleng dia mendengar jawapan Dhia.
Mikhail
hanya senyum melihat tingkah dua sekawan itu.
“Kenapa
kau nak balik rumah keluarga kau, Comot? Diorang kan masih belum memaafkan kau
atas kematian ibu kau,” tanya Mikhail. Dia kenal keluarga Hafiza. Tiada seorang
pun yang datang menjenguknya di hospital, walaupun telah diberitahu. Walhal
jarak antara rumah keluarganya dengan hospital bukanlah jauh sangat.
Hafiza
senyum nipis. “Aku tak nak menyusahkan Dhia. Dia nak belajar. Nanti dia tak
dapat fokus pulak bila aku jadi beban dia… aduh!”
Spontan
Hafiza menggosok pipinya sambil memandang Dhia yang merenungnya tajam. “Kau
kenapa?”
“Jangan
cakap pasal beban lagi, kalau tak nak pipi tu lebam dua-dua belah,” ugut Dhia.
Hafiza
ketawa kecil. “Okey, aku tak cakap lagi,”
Bahu
Dhia dirangkul erat. Barulah Dhia mengukir senyum.
“Buat
apa senyum sorang-sorang?”
Mati
senyum Dhia. Pantas dia menoleh ke belakang. Melihat seseorang yang sangat
dikenalinya.
“Aaron,”
“Awak,
saya…,” Aaron cuba menggapai tangan Dhia namun sempat gadis itu sembunyikan
tangannya di balik tudung.
“Tak
malu ke awak buat macam ni?” Dhia bersuara tegas. “Tolong hormat saya sebagai
seorang wanita,”
“Awak…,”
“Tolong
pergi dari sini,”
“Awak
tak sayangkan saya ke?”
“Saya
sayangkan awak, sebagai seorang kawan,”
“Tapi
saya sayangkan awak lebih dari itu,”
“Aaron,
ingat sikit hubungan kita macam mana. Saya tak mungkin akan terima awak,”
“Tapi
hubungan kita sah! Kita masih boleh berkahwin! Saya cuma anak tiri Papa, bukan
anak kandung dia!”
“Awak
ingat saya akan terima awak ke lepas Mama awak yang ‘bunuh’ Ibu saya?”
Aaron
terkedu.
“Sekarang
baru saya ingat. Mama awak, Syasya Azura, Mama tiri saya. Kenapa saya tak
pernah tahu yang saya ada abang tiri?”
“Awak..,”
“Awak
ingat saya akan pejam mata je dengan semua tu?”
“Awak,
tolonglah…,”
“Awak
ingat saya cintakan awak?”
Sekali
lagi Aaron terkedu.
“Apa
yang awak cakap?”
“Saya
memang sayangkan awak, tapi kalau cinta… maaf, cinta itu bukan milik awak,”
“Habis
selama ni…,”
“Awak
ada tanya saya tak sebelum ni tentang perasaan saya pada awak? Tak, kan? Awak
buat keputusan sendiri, tanpa bertanya pada saya langsung. Sikit pun, awak tak
pedulikan perasaan saya. Awak hanya pentingkan diri sendiri!”
Dhia
terus melangkah pergi sejuus meluahkan perasaannya. Air mata yang mula tumpah
di tubir mata diseka perlahan. Langkahnya tetap, menuju ke rumah. Tanpa
sengaja, dia menjeling peti surat yang tergantung di pintu pagar.
Eh, ada
surat?
Perlahan
dia mengambil surat yang terselit itu. sebentar kemudian, matanya yang bulat
kembali bersinar.
Surat
merah jambu!!!
*****
“Akak!”
Dhia
menoleh. Tersenyum dia melihat seorang budak lelaki berlari, datang kepadanya.
Dia menggenggam erat tangan seorang budak perempuan. Hampir terjatuh dia
mengejar abangnya.
“Adik,
jangan lari! Nanti ja…!”
Gedebuk!
Belum
habis Dhia berkata-kata, budak perempuan itu sudah jatuh terseungkur. Dhia
berlari untuk mendapatkan mereka, namun ada tangan lain yang menyambut mereka
dahulu.
“Abang,
jangan lari. Nanti adik jatuh,”
Lelaki
itu membantu budak perempuan itu supaya berdiri. Abangnya yang masih erat
memegang tangan adiknya turut membantu.
“Saya
minta maaf, bang. Saya nak jumpa kakak tu aje. Dah lama dia tak datang sini,”
kata budak lelaki itu sambil menunjukkan ke
arah Dhia yang masih tegak berdiri.
Dhia
tersentak. Eh, aku pulak yang kena!
Lelaki
itu menoleh dan senyum. Spontan Dhia membalas senyuman itu.
“Abang
Syamil,”
“Kakak!
Adik, inilah kakak yang belanja adik aiskrim hari tu,” beritahu budak lelaki
itu. Dhia mengalihkan perhatiannya kepada budak lelaki itu. Ya, baru dia
teringat.
“Adik
nak aiskrim lagi? Nak akak belanja lagi?”
“Er,
boleh ke?”
“Tak
boleh,” Syamil segera mencelah. “Kali ni, biar abang yang belanja,”
“Yeay!”
budak berdua itu bersorak keriangan. Dhia senyum sambil pandang Syamil.
“Betul
ke abang nak belanja diorang ni?”
Syamil
senyum lebar. “Pertama kali Dhia panggil saya, abang,”
Dhia
tersipu-sipu.
“Kakak!
Abang! Kami nak asikrim keladi!”
“Baiklah
sayang,”
Mereka
berjalan beriringan. Si adik memegang tangan Dhia, si abang memegang tangan
Syamil. Lagak mereka sudah seperti satu keluarga bahagia. Dhia si ibu, Syamil
si ayah.
Oh!
“Sedap?”
tanya Dhia. Si adik mengangguk.
“Ish,
abang ni. Kenapa makan comot ni?” Dhia menegur. Abang tersengih.
“Meh
abang lapkan,” Syamil sudah mengeluarkan tisu. Dhia tidak membantah. Dia hanya
melihat tingkah lelaki itu melayan si abang. Persis anak sendiri.
“Abang,
kakak ni suami abang ke?”
Terkejut
Syamil mendengarnya.
“Bukan
suami la, abang. Suami tu lelaki. Isteri tu perempuan,” tingkah si adik petah.
Dhia ketawa.
“Bukanlah
abang. Kakak ni bukan isteri abang. Tapi kalau jadi isteri, apa salahnya,”
Syamil senyum meleret.
“Kakak,
abang. Terima kasih sebab belanja kami. Sayanggggggg akak,” si adik mengucup
pipi Dhia. Mesra. Kemudian dia dan si abang bermain-main di sekitar kawasan
tasik.
“Dhia…,”
“Abang
Syamil, Aleeya tak datang?” potong Dhia.
“Tak,”
jawab Syamil sepatah.
“Kenapa?”
“Sebab…
abang nak jumpa Dhia Nadhira,”
“Abang
nak jumpa saya? Ada apa ye?”
Syamil
menarik nafas. “Dhia Nadhira…,”
Dhia
pandang wajah Syamil. Jantungnya bergetar hebat.
“Saya
penulis surat merah jambu,”
Dhia
tergamam.