Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,456
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
13

“Pakcik, saya nak ais krim keladi tu dua,”

“Yang ini? Harganya dua ringgit sebatang,”

Budak lelaki itu menyeluk saku dan mengira duitnya. “Alamak, duit cukup untuk beli satu je la. Pakcik, saya nak beli satu je,”

“Betul ni?”

“Iye, saya nak beli satu aje,”

Pakcik penjual ais krim itu terus member sebatang ais krim kepadanya tanpa banyak soal lagi. Tersenyum dia berlari sebaik sahaja ais krim berada di tangannya.

“Terima kasih, pakcik!”

Sempat dia menoleh sambil berlari. Namun sebaik dia memandang ke hadapan, dia tersepak batu.

“Aduh!”

Ais krimnya hilang entah ke mana.

“Ala…,”

Budak kecil itu mula menangis. Dan tangisan anak kecil itu menarik perhatian Dhia yang sedang duduk di bangku lantas dia menoleh. Sejurus, dia melihat seorang budak lelaki sedang duduk sambil menyapu-nyapu lututnya. Ais krim tadi berada tidak jauh daripadanya, diselimuti pasir.

“Jatuh barangkali,”

Dhia bangun, menghampiri budak lelaki itu. “Sakit ke, Adik?”

Tergeleng-geleng kepala budak lelaki itu. Dhia senyum. “Habis tu nangis kenapa?”

“Ais krim saya jatuh,”

“Beli la yang lain,”

“Ibu saya cuma beri duit cukup untuk beli satu je ais krim tu,”

“Akak belikan ye?”

“Betul ke ni?”

Dhia mengangguk. Budak lelaki itu bangun dalam kepayahan. Ditarik perlahan tangan Dhia. “Jom!”

“Ke mana?”

“Beli ais krim,”

Dhia tersenyum lagi. Budak ni memang comel! Mereka berjalan perlahan menuju ke kedai ais krim tidak jauh dari situ.

“Pakcik, ais krim tadi terjatuh. Saya nak beli lagi satu boleh?”

“Eh, tadi bukan ke kamu kata duit tu cukup beli satu ais krim?”

“Ais krim tu jatuh…,” wajah budak lelaki tadi muram.

“Tak apa, biar saya yang belikan untuk dia kali ni,” potong Dhia.

“Betul ni?”

“Iye…,”

Penjual ais krim itu menghulurkan sebatang lagi ais krim keladi pada budak lelaki itu. “Jangan lari lagi. Nanti jatuh lagi pula,”

Budak lelaki itu menyambut huluran itu namun dia tidak membuka bungkusan ais krim itu. Dhia pelik.

“Kenapa tak makan?”

“Ais krim ni untuk adik saya. Dia tengah tunggu saya kat rumah,”

Mata Dhia berkaca. Cepat-cepat dia mengesat matanya.

“Akak belanja lagi satu. Adik boleh makan. Abang ni pun boleh makan,” Dhia mengusap rambut budak lelaki itu lembut.

“Betul ke ni?”

Dhia angguk. “Satu lagi ais krim keladi, bang,” penjual ais krim itu angguk tanpa bicara. Dia terus menghulurkan sebatang lagi ais krim keladi pada budak lelaki itu.

“Yeay!”

“Jangan lari!”

“Terima kasih, kak!”

Dhia senyum. Dia kemudian menghulurkan not RM5 pada penjual ais krim itu. “Simpan bakinya,”

“Terima kasih, adik manis!”

Dhia tersenyum. Pandangan matanya kembali meliar mencari seseorang. Seseorang yang belum pernah ditemuinya.

“Di manakah kamu, wahai pengirim surat merah jambu?”

Menjelang petang, tiada siapa yang Dhia rasa adalah pengirim surat merah jambu. Dia kecewa.

“Kalau begini, keputusan aku menerima Aaron adalah tepat,”

Dengan langkah yang berat, Dhia meninggalkan kawasan tasik itu.

“Abang!” Adik berlari mengejar Abang yang sudah laju di hadapan. Abang ni, dah tahu kaki panjang, tak payah la jalan laju-laju! Semput aku dibuatnya!

Mata Abang meliar mencari seseorang. Tapi tiada!

“Adik, surat tadi mana?”

“Bukan kat Abang ke?”

“Kan tadi Adik baca surat tu dalam kereta?”

“Takkan dalam kereta? Abang, Abang letak kereta tadi jauh kot!” gila la Abang ni nak suruh aku patah balik!

“Cuba tengok dalam beg Adik,”

Dengan nafas yang tidak cukup, Adik menyelongkar begnya. “Jumpa!”

Pantas Abang merampas surat itu dari tangan Adik. Dibaca laju. Sebentar kemudian…

“Adik,”

“Apa?”

“Surat ni bertarikh minggu lepas,”

“Jadi?”

“Dia nak jumpa Abang minggu lepas,” Abang mengeluh. Kecewa. “Abang dah terlambat,”

Adik diam tidak terkata.

*****

“Majlis hari jadi?” tanya Hafiza.

“Iya. Aaron kata majlis hari jadinya dibuat setahun sekali…,”

“Memang la. Umur dia bertambah setahun sekali aje. Bukan sebulan sekali,”

“Aku tak habis cakap lagi la,” Dhia tarik muncung

“Sejak bila kau pandai buat muka empat belas ni?”

“Tolong la bagi aku habis cakap dulu,”

“Okey…,” Hafiza tersenyum. Dah pandai merajuk dah Dhia ni, fikirnya.

“Majlis hari jadinya dibuat setahun sekali, serentak dengan majlis penghargaan terhadap klien ayahnya,”

“Mesti ayahnya seorang ahli perniagaan yang berjaya, sehinggakan semua kliennya dihargai sebegitu sekali,” Hafiza silang kaki.

“Aaron kan tak pernah cerita tentang keluarga dia,”

“Jadi untuk majlis hari jadi kali ini, dia ingin memperkenalkan kau sekali?”

Dhia angguk.

“Sebagai apa? Kekasih? Tunang?”

Dhia diam. Tidak tahu jawapannya.

“Kau yakin dengan apa yang kau buat ni?”

Bunyi hon kereta di luar rumah merencatkan perbualan mereka. Dhia mengambil tas tangan di atas meja. Kemudian melihat sekilas di cermin. Memastikan penampilannya untuk kali terakhir sebelum berjumpa dengan Aaron.

“Yakin atau tidak, kita kena hadapinya, Hafiza,”

“Aku tak faham dengan kau, Dhia,”

“Kadang-kadang, diri sendiri pun kita tak faham,”

“Dah tu, nak buat apa?”

Dhia angkat bahu. “Redah je la,”

Hafiza ketawa kecil. “Apa-apa je la. Good luck,”

“Insya Allah. Aamin. Aku pergi dulu,” Dhia mencapai kasut lalu melangkah keluar. Sebaik pintu ditutup, Hafiza mengeluh.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam. Cantik Dhia malam ni,” puji Aaron. Pandai Dhia menggayakan baju yang dibelinya.

“Terima kasih. Jom,”

“Jom,” Aaron membukakan pintu kereta untuk Dhia. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhati. Dengan hati yang hancur.

“Awak dah bersedia untuk berjumpa dengan Mama saya?” tanya Aaron ketika kereta yang dinaiki sudah memasuki perkarangan sebuah rumah yang mewah.

Dhia pandang wajah Aaron. “Kenapa tanya macam tu?”

“Tapi takkan awak tak bersedia kan? Kalau tak, kita tak ada di sini sekarang,” Aaron tersengih.

Dhia pandang Aaron dengan wajah pelik. Ni dah kenapa dia jawab soalan yang dia sendiri kemukakan? Spontan Dhia geleng kepala.

“Awak tak sedia lagi?”

“Hah?” terkejut Dhia dengan soalan Aaron.

“Tu, geleng kepala tu,”

Pecah tawa Dhia. “Tak ada apa-apa la. Jom,”

Cepat-cepat Aaron membukakan pintu untuk Dhia. Hendak tunjukkan sifat romantiknya. Dhia hanya berlagak biasa. Tiada apa-apa yang istimewa pada pandangannya. Namun dia mengukir senyuman manis buat Aaron. Senyuman yang mencairkan hati lelaki itu. Aaron menghulurkan tangannya namun dhia tidak menyambutnya.

“Kenapa?” tanya Aaron.

“Bukan mahram,”

“Oh, lupa,” Aaron menepuk dahi. “Jom la masuk,”

“Awak jalan dulu. Awak kan tuan rumah,”

Aaron akur. Dia berjalan di hadapan Dhia. Beberapa orang tetamu yang sudah sampai hanya melihat gelagat mereka berdua. Pastinya, dengan pandangan mata yang pelik. Namun Dhia tidak kisah. Dia tidak pedulikan pandangan mata manusia. Yang dia takutkan adalah pandangan Allah padanya. Dia keluar dengan bukan mahram ini pun sudah cukup menakutkan baginya. Ini kali pertama dia melakukan perkara sebegini.

“Mama dengan Papa ada kat dalam?” tanya Aaron pada pembantu rumahnya.

“Ada di dalam,” jawab pembantunya sopan. Aaron terus masuk ke dalam. Tidak dipedulikan pembantu yang menunggunya sejak tadi.

“Terima kasih,” Dhia pula yang mengucapkannya. Sedikit sebanyak hati pembantu itu tersentuh. Selama dia bekerja di sini, perkataan itu tidak pernah keluar dari bibir majikannya. Hari ini, kalimah itu keluar dari bibir orang luar yang baru ditemuinya hari ini. Matanya berkaca.

“Eh?” spontan Dhia mengambil sapu tangan yang dibawanya. Sejak Mikhail memulangkan sapu tangan itu, Dhia sangat berhati-hati. Dhia menyapu lembut air mata yang mengalir di pipi wanita itu dengan sapu tangannya. Makin laju air matanya mengalir.

“Dhia?”

“Iya?” Dhia menoleh. Aaron sudah berada di belakangnya.

“Buat apa kat sini? Jom pergi sana, jumpa Mama,”

“Okey,”

Dhia menarik tangannya dari wajah wanita itu, namun tidak semena-mena wanita itu memegang tangannya. Wajah wanita itu sayu memandangnya.

“Dhia, jom,” suara Aaron seakan mendesak.

Dhia senyum, meleraikan pegangan tangan wanita itu. Entah kenapa, rasa sayu menjentik hatinya. Namun dikuatkan hati.

“Mama,”

Datin Azura yang sedang bercakap dengan tetamu menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Tersenyum seketika apabila melihat kelibat anaknya, namun senyumannya sedikit kendur apabila melihat wajah gadis yang berdiri di sebelah anaknya itu.

“Siapa ni, Aaron?”

“Ini, Dhia Nadhira, bakal isteri saya,”

Datin Azura memandang Dhia tidak berkelip.

*****

“Macam mana?” tanya Hafiza.

“Macam mana apa?” tanya Dhia kembali. Dia tidak faham.

“Ye la, kau kan pergi jumpa bakal mak mertua semalam…,” usik Hafiza. Dhia diam, malas melayan usikan itu.

“Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok kau senyap je. Dalam kelas tadi pun kau tak banyak cakap,”

“Aku letih. Semalam balik lambat,”

“Dhia Nadhira, kau tak pandai berbohong,”

Dhia pandang wajah Hafiza tidak berkelip. “Maksud kau?”

“Ada sesuatu yang berlaku malam tadi kan?”

“Apa kau merepek ni?”

“Betul kan cakap aku?”

Dhia menarik nafas. “Hafiza, sebenarnya…,”

“Mikhail!”

“Apa?”

“Mikhail. Tu, kat hujung sana,”

Dhia menoleh, melihat arah yang ditunjukkan oleh Hafiza. Terlihat kelibat Mikhail dan seorang yang sangat dikenalinya. Niki Ardilla.

Dhia pandang Hafiza kembali. “Biarlah,” Dhia mengemas buku-bukunya dan bingkas bangun.

“Eh, kau nak ke mana?”

“Dah pukul berapa ni. Aku nak solat Dhuha. Kau tak nak ikut, tak apa. Aku pergi surau sorang,”

“Eh, aku ikut!” Hafiza ikut mengemas buku-bukunya lalu mengejar langkah Dhia yang sudah jauh di hadapan. Sempat dijeling pasangan Mikhail dan Niki di hujung sana.

Mikhail nampak jelingan itu.

“Sayang…,” Niki mula merengek manja. Lengan lelaki itu cuba diraihnya namun…

“Hesh, apa ni?” pantas Mikhail menepis tangan Niki yang mulai meliar.

“Sayang, you tak rindu kat I ke?”

“Apa main sayang-sayang ni?”

“You tak rindu kat I ke?”

“Niki, tolong bagi saya ruang untuk bernafas, boleh tak? Saya rimas la awak buat macam ni!” Mikhail membuka langkah perlahan. Tongkat masih setia menemaninya.

“Mikhail, you nak pergi mana?”

Mikhail tidak menjawab. Dia terus meninggalkan Niki di situ. Geram Niki apabila diperlakukan sedemikian oleh Mikhail. Tambah geram apabila ada beberapa pasang mata yang memerhati.

“Apa pandang-pandang?”

Mesti Mikhail tu pergi cari Dhia. Siap kau Dhia!

Previous: 12
Next: 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.