Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,436
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
07

“Dhia,”

“Ya,” sahut Dhia. Namun matanya masih melekat pada buku yang bertajuk Geger Sokmo tulisan Dato’ Haji A. Aziz Deraman.

“Kau kenal tak siapa Malik Bennabi?”

“Kenal,”

“Siapa?”

“Orang,”

Hafiza mendengus. “Kau ni, main-main pulak,”

"Ye la. Orang la. Kau ingat siapa?"

"Dhia, aku serius ni,"

Dhia tersengih. "Okey la. Aku bagitahu. Malik Bennabi tu seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Dilahirkan di Konstatin, sebuah kota di Algeria Timur. Karyanya yang terkenal adalah buku Fenomena Al Quran. Huh, dari dulu lagi aku cuba cari buku tu,"

"Itu aje?"

"Itu aje la. Maklumat lanjut kau boleh baca di Internet. Sekarang ni macam-macam kita boleh jumpa kat Pakcik Google tu,"

Sopntan Hafiza tergelak. "Tak sangka kan, boleh tahan kau punya loyar buruk,"

"Hari-hari makan nasi lemak lauk kerang, sekali sekala nak jugak makan nasi lemak lauk ayam. Sambal lebih..."

"Hey! Macam kenal la dialog tu! Drama mana ek?"

"Filem Bohsia 2, Jalan Kembali,"

Hafiza ketawa kuat.

"Hafiza, kawal la tawa tu... Dah malam ni,"

Spontan Hafiza menutup mulutnya. Namun sisa tawa masih kedengaran.

"Dah la. Jom tidur. Esok ada kelas pagi,"

Tanpa banyak bicara Hafiza terus melompat naik ke katil. Mencapai bantal dan selimut. Dhia meletakkan buku yang dibacanya tadi dan membelek fail merah jambu yang membawa sejuta makna itu.

"Dhia,"

"Aku tak tahu banyak pasal Malik Bennabi tu,"

"Bukan pasal tu,"

"Habis tu?"

"Surat merah jambu ada sampai?"

"Hafiza!"

Hafiza ketawa tertahan-tahan.

*****

Niki Ardilla menghirup kopi panasnya perlahan-lahan. Dia mengerling jam di tangan. Kemudian pandangan matanya dihalakan ke pintu masuk kafe itu. Mana perempuan ni tak sampai-sampai lagi?

“Niki,”

“Sampai pun kau, Kaisara,”

Niki memandang Kaisara dengan pandangan tidak puas hati.

“Maaf la Niki, tadi aku ada perbincangan dengan pensyarah,”

“Huh, bincang-bincang pun tak pandai juga,”

Kaisara terkedu dengan kata-kata Niki itu. Namun Niki buat tidak peduli. “Ada bawa benda yang aku suruh tu?”

“Oh, ada,” Kaisara mengeluarkan sebuah folio kepada Niki. Niki hanya melihatnya sekali lalu.

“Kau yakin yang aku boleh dapat markah tinggi untuk tugasan ni?”

Kaisara mengangguk cepat. Niki mencapai dompetnya. Mengeluarkan beberapa keeping not RM10 dan dihulurkan kepada Kaisara. Gadis itu mengerutkan dahinya.

“Kenapa?” tanya Niki.

“Kau janji nak bagi aku seratus ringgit,”

“Ini hanya pendahuluan. Bila aku dapat markah tinggi nanti, baru aku bagi kau selebihnya,”

Lambat-lambat Kaisara mengambil wang itu.

“Aku nak kau buat lagi benda macam ni. Aku tahu kau perlukan duit. Jadi, kerja dengan aku. Buatkan tugasan untuk aku. Tak susah kan,”

Kaisara diam. Niki bangun. menghulurkan sehelai kertas kepadanya.

“Ini senarai tugasan dan tarikh akhirnya. Pastikan kau buat dengan sempurna,” Niki tersenyum jahat. Kemudian dia berlalu keluar dari kafe itu. Di pintu masuk, dia bertembung dengan Hafiza.

“Mana anak panas tu?”

“Siapa?”

“Dhia Nadhira,”

“Mana aku tahu. Aku bukannya ambil kursus yang sama dengan dia,”

“Bagitahu anak panas tu, jauhkan diri daripada Mikhail. Nanti panasnya sampai kepada lelaki tu. Dia juga yang susah!”

Belum sempat Hafiza berkata apa-apa, Niki terus berlalu dari situ. Hafiza memandang ke dalam kafe dan nampak kelibat Kaisara sedang berdiri di situ. Tahulah Hafiza yang dilakukan oleh Niki sebentar tadi. Dia tidak jadi masuk ke dalam kafe.

*****

“Mari kita cari buku…,”

Dhia menyanyi kecil sambil membelek buku-buku yang terdapat di rak itu. Niatnya cuma ingin mencari sebuah buku yang perlu digunakan untuk tugasannya kali ini. Kata Hafiza, buku itu cuma terdapat di tingkat ini.

“Mari kita cari buku… ops!”

“Maaf,”

Terdengar suara lelaki meminta maaf. Dhia telan liur. Tidak berani dia mengangkat muka.

“Awak, saya minta maaf ni,”

“Er, saya pun minta maaf. Saya tak nampak awak,” langsung tidak mengangkat muka. Suara lelaki itu kedengaran macho. Seksi!

Tapi hanya sementara. Mata Dhia bulat memandang sesuatu di tangan lelaki itu. Buku yang Dhia nak pinjam tu!

Spontan Dhia mengangkat muka. Namun lelaki yang dilanggarnya tadi sudah jauh meninggalkannya. Dhia sedih.

Eh, buat apa aku nak sedih? Baik cari buku tu lagi. Mungkin ada lagi satu dua salinannya. Cepat-cepat Dhia cari salinan buku itu.

Tapi...

Tiada lagi buku sebegitu di rak buku. Dhia pasrah. Perlahan dia turun ke kaunter.

“Ye dik, apa boleh saya bantu?”

Sambil mencapai kertas kecil di atas meja dan menulis sesuatu, Dhia bertanya, “Kak, buku ni ada lagi tak dalam perpustakaan ni? Kalau ada di perpustakaan lain, di mana?”

Pembantu perpustakaan itu meneliti seketika helaian kertas yang dihulurkan oleh Dhia tadi. Kemudian jari jemarinya mengetuk papan kekunci. Setelah beberapa jeda…

“Maaf dik, semua buku ni dah dipinjam. Buku terakhir baru sahaja dipinjam sebentar tadi. Adik lambat sikit je,”

Dhia mengeluh kuat. “Macam mana ni kak? Tak ada kat perpustakaan lain ke?”

“Tak ada, dik. Buku tu cuma disediakan di sini.,”

Wajah Dhia menjadi semakin mendung. Bagaimana dia ingin menyiapkan tugasannya?

*****

“Dhia, aku ada sesuatu nak bagitahu kau…,”

Hafiza melangkah lemah masuk ke bilik. Kepenatan menjalar ke seluruh tubuhnya. Sedari pagi, kelas yang dihadiri membuatkan dia sedikit keletihan. Dhia pun tidak sempat ditemunya pagi tadi meski telah berjanji. Mujur Dhia memahami.

Namun sebaik masuk ke dalam bilik, dia melihat wajah mendung Dhia. Keningnya bercantum. Selalunya kalau begini…

“Kau tak dapat bahan untuk tugasan kau ke?”

Dhia hanya mengangguk perlahan. “Satu buku itu aje yang ada kat sana. Dah dipinjam. Kena tunggu sekurang-kurangnya tiga minggu untuk dapatkan buku tu balik,”

“Cakap macam buku tu hak milik kau sorang je,” kutuk Hafiza. Dhia jeling tajam ke arahnya. Peduli apa aku, desis hati Hafiza.

“Sampai hati kau cakap macam tu. Patutnya kau ikut bersedih dengan aku…,”

“Apa barang bersedih atas perkara yang masih boleh diusahakan? Kan ada perpustakaan awam. Kita pergilah cari di sana,”

Tegak badan Dhia mendengar kata-kata Hafiza. “Haah la. Ye tak iye juga kan. Esok kita ke sana la,”

“Kau ni kenapa?”

“Kenapa?”

“Esok kita ada kelas kan,”

Dhia diam sebentar. Berfikir. “Esok kita ke sana lepas kelas. Nak? Petang esok kau ada kelas tak?”

Giliran Hafiza pula yang berfikir. Berkerut-kerut wajahnya. “Rasanya… rasanya…,”

“Ala, kan ada jadual waktu ni!” Dhia menghulurkan sehelai kertas kumal kepada Hafiza. “Letak lagi merata-rata. Kan dah ronyok!”

Hafiza tersengih. Dia malu sendiri. Pantas dia menelek butiran yang tertulis di atas kertas itu.

“Esok petang aku tak ada apa-apa. Jadi bolehlah kita ke sana,”

“Alhamdulilah!” Dhia meraup tangannya ke wajah. “Esok jam dua ya? Aku tak nak tangguh-tangguh,”

“Okey. Ish kau ni, macam aku tak kenal kau. Kau tak akan duduk diam selagi tugasan kau tak siap,”

Dhia senyum meleret.

“Tugasan kau yang lain dah siap ke?”

“Tugasan lain semua dah siap dua hari lepas. Yang ini je yang tinggal. Eh, tadi kau bukan nak bagitahu sesuatu ke?”

“Er, aku memang nak bagitahu tapi aku lupa pulak nak cakap apa tadi. Nanti-nanti, bila aku ingat, aku bagitahu ye,”

Dhia tersenyum lalu mengangguk. Hafiza menghela nafas lega.

*****

“Alhamdulilah, nasib baik sempat sampai!”

Berulangkali Dhia mengucap syukur. Mana tidaknya, sebaik melangkah masuk ke perpustakaan awam, hujan turun dengan lebatnya.

“Nasib baik la sangat. Siapa lambat tadi?”

Dhia tersengih. “Ala, maaf la. Perut aku meragam tadi,”

“Malam tadi kau tak makan kan. Asyik ingat buku tu aje. Cuba la ubah sikit perangai kau yang satu tu. Tak dapat pinjam buku macam tak dapat keluar dating!”

“Hamboi! Agak-agak la nak keluarkan kenyataan rasmi pun!”

Hafiza tergelak. Namun tidak lama…

“Eh, itu Kaisara kan? Kawan si Niki Ardilla tu?”

Berderau darah Dhia mendengar nama Niki. Meliar matanya mencari kelibat gadis itu.

“Mana Niki?”

“Apa benda yang kau cakap ni?”

“Kau cakap tadi kau nampak Niki,”

Hafiza tepuk dahi. “Kau dah masuk air hujan ke apa? Aku cakap aku nampak Kaisara kawan si Niki tu,”

“La, kalau Kaisara ada, mesti si Niki pun ada jugak kan,”

“Tapi aku nampak dia sorang je,”

“Ah, tak kisahlah. Jom teman aku cari buku tu,”

Dhia terus melangkah ke rak buku. Tapi Hafiza masih di situ. Memerhatikan gelagat Kaisara yang ralit dan tenggelam dengan kerja-kerja yang dilakukannya.

Kaisara kerja kat sini?

“Hafiza!”

“Iya!”

Terburu-buru Hafiza mendapatkan Dhia. “Ada apa?”

“Boleh tak kau tolong aku carikan buku tu sekali? Aku takut kalau aku cari sorang-sorang, kita tak sempat sampai rumah sebelum malam,”

Hafiza mengangguk setuju. Namun fikirannya masih tertumpu kepada Kaisara.

Siapa Kaisara sebenarnya?

*****

‘Mikhail, jom kita keluar makan malam – Niki’

Mikhail mengeluh berat. Teringat peristiwa malam tadi bila Mikhail tidak sempat menjawab panggilan Niki. Bukan apa, ketika itu dia sedang mandi. Takkan nak jawab panggilan telefon dengan buih syampu penuh di kepala? Tapi Niki tidak percaya. Dia tuduh Mikhail sedang berfoya-foya dengan gadis lain.

Berfoya-foya? Itu bukan sikapnya.

“Buku tu tak ada…,”

Terdengar suara Dhia di belakangnya.

“Ala Dhia, jangan la macam ni…,”

“Buku tu tak ada… macam mana aku nak siapkan kerja aku?”

“Kau tunggu la sampai orang tu pulangkan buku tu…,”

“Kalau la aku boleh tunggu buku tu tiga minggu lagi. Kalau dia pulangkan buku tu tepat pada masanya tak apa la juga. Kalau dia lanjutkan peminjaman…,”

“Ye tak ye juga kan,”

Dhia merebahkan kepala di atas meja. “Macam mana ni?”

Mikhail bangun. menjawab mesej yang dihantar Niki tadi. Kelibatnya langsung tidak disedari oleh Dhia dan Hafiza, walaupun Mikhail duduk betul-betul di belakang mereka.

“Takkan tak ada penyelesaian kot?”

Dhia diam.

“Dhia, kau dah letakkan nama dalam senarai menunggu untuk buku tu?”

“Ada,” jawab Dhia polos. Tiba-tiba hidungnya dipicit kuat Hafiza.

“Sakitlah!”

“Buat lagi. Kalau kau dah letakkan nama kau dalam senarai menunggu, orang yang pinjam buku tu tak boleh buat pembaharuan pinjaman lagi,”

“Kalau dia buat atas talian?”

Giliran Hafiza pula yang diam. Sebentar kemudian hidungnya pula menjadi mangsa picitan Dhia.

“Adoi!”

“Rasakan!”

Dhia dan Hafiza sama-sama tergelak. Mikhail melihat mereka dari jauh.

*****

“Niki,”

“Ya?”

“Awak tiap-tiap hari nak keluar dengan saya. Awak tak bosan ke?”

“Erm, tak. Sebab I sayangkan you,” Niki bersuara manja.

“Tapi saya tak ada hati dengan awak,”

Wajah Niki berubah riak.

“Maaf,”

“Tak boleh ke you bagi peluang untuk I buktikan cinta I pada you,”

“Saya dah cuba. Tapi tak boleh. Maaf,”

“Sebab budak tu kan?”

“Budak mana?”

“Dhia Nadhira. Sebab dia kan?”

“Tak ada kena mengena pun dengan dia. Kenapa awak cemburu sangat dengan dia ni?”

Niki diam.

“Awak ni, selalu sangat keluar ke sana ke mari. Tugasan yang pensyarah bagi tu dah siapkan ke belum?”

“Ala, nanti kalau ada masa, I buat la. I tak boleh berada dalam keadaan tertekan. Nanti hasil tugasan I tak hebat,”

Mikhail menggeleng. Dia curiga sebenarnya dengan jawapan Niki. Namun dia hanya diam menikmati makanan yang dipesan sebaik sahaja makanan itu sampai. Kata-kata Niki selepas itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

*****

“Dhia, ada surat!” selamba Hafiza memanggil sambil menghulurkan sepucuk surat merah jambu kepada Dhia. “Rindu ek?”

Dhia senyum meleret. “Kau nak pergi beli makanan ke?”

“Nak kirim ke?”

“Beli burger boleh?”

“Macam biasa ek? Burger ayam, sayur lebih, sos lebih,”

Dhia angguk.

“Aku ingat. Pergi dulu,” Hafiza menutup pintu. Tinggal Dhia keseorangan di bilik. Dia membuka surat merah jambu itu dan membacanya.

Assalamualaikum Warahmatullah…

Saya tak nak membebankan saudari yang sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang pelajar. Tapi hati saya kuat menyatakan yang saudari rindukan kalam cinta daripada saya. Atau hanya saya seorang yang merindu sepi?

Hari ini saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang saya rasa, sesuai untuk saudar. Tajuknya Buka Semangat Baru. Hayati liriknya ya.

hello teman semua

ayo kita sambut, hari baru telah tiba

apa yang kurasakan, ku ingin engkau tahu

dan berbagi bersama

buka kita buka hari yang baru

sebagai semangat langkah ke depan

jadi pribadi baru

buka kita buka jalan yang baru

tebarkan senyum wajah gembira

damai suasana baru

bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru

coba diam walau hanya tuk sejenak,

dengarkan kata dari s'gala yang ku ucap,

ku jelang pagi ini nikmati damai di hati,

dalam waktu penuh arti karena aku dicintai,

ku ingat kemarin suasana tak bersemangat,

namun kini ku jalani dan semua rasanya tepat,

bersama kita coba wujudkan harapan,

membuka jalan dalam 'gapai setiap tujuan.

mentari bersinar... selalu

ini yang ku minta penuh semangat tertawa

bersamamu teman semua

kar'na ini saatnya kita nyanyi bersama

buka kita buka hari yang baru

sebagai semangat langkah ke depan

jadi pribadi baru

buka kita buka jalan yang baru

tebarkan senyum wajah gembira

damai suasana baru

dengarkan hatimu, pastikan pilihanmu

esok mentari kan datang, bawa sejuta harapan

kita jumpa di sana, berbagi bersama

dan kita tahu, pelangi yang satukan kita

buka kita buka hari yang baru

sebagai semangat langkah ke depan

jadi pribadi baru

buka kita buka jalan yang baru

tebarkan senyum wajah gembira

damai suasana baru

bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru bukalah bukalah semangat baru bukalah bukalah semangat baru bukalah bukalah semangat baru bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru

bukalah bukalah semangat baru

Nak lagunya? Carilah sendiri. Heheheeeee

Wsalam.

Geram Dhia dengan pengirim surat ini. Ada ke dia kata aku rindukan dia! Tapi memang rindu pun. Akhirnya Dhia tersenyum.

Previous: 06
Next: 08

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.