Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,442
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
09

Dhia mengatur langkah dengan pantas. Sebentar lagi, kelas Puan Sakinah akan bermula. Dia tidak mahu mendengar leteran wanita itu setiap kali ada pelajarnya yang lewat masuk ke kelasnya. Perutnya yang memulas sebentar tadi diusap perlahan.

“Perutku sayang, jangan meragam ye. Tuan kamu ni nak cari ilmu. Kalau nak buat hal, tunggu satu jam kemudian ye,” Dhia berkata sendiri. Kemudian dia tersenyum. Kalau orang lain tengok, pasti dikatakan Dhia ni kurang siuman!

“Dhia…,”

Langkah Dhia terhenti. Dia mengeluh perlahan.

“Mikhail, saya nak cepat ni. Ada kelas. Awak tak masuk kelas awak ke?”

“Ada, tapi saya tak masuk,”

“Awak ponteng kelas? Kenapa?”

“Saya ada benda penting nak cakap dengan awak,”

Air muka Dhia berubah. “Awak ikut saya dari tadi?”

Mikhail angguk.

“Maknanya, awak ikut saya sampai ke tandas tadi?”

“Eh, saya tak la sampai masuk ke tandas perempuan tu! Saya masih waras okey!”

“Habis tu, kenapa awak ikut saya sampai awak sanggup ponteng kelas?”

Mikhail diam, tunduk memandang lantai.

“Cepatlah Mikhail, saya dah lambat ni…,”

“Saya nak minta awak… jauhkan diri daripada Aaron,”

“Hah?” Dhia separuh menjerit. “Apa yang awak cakap ni?”

“Saya minta awak jauhkan diri daripada Aaron. Tolonglah awak. Saya tahu Aaron tu macam mana,”

“Saya dengan Aaron cuma kawan biasa saja. Macam saya dengan awak juga,”

“Aaron nak ambil kesempatan kat awak je,”

“Mana awak tahu?”

“Saya kenal dia,”

“Saya kawan saya!”

‘Saya pun kawan dia juga… dulu,’ desis hati Mikhail.

“Mikhail, saya hargai keprihatinan awak tu, tapi lebih baik kita jauhkan diri masing-masing dulu,”

“Apa?”

“Ya, lebih baik begitu. Saya tak mahu Niki serang saya membabi buta. Ini tak adil untuk saya,”

“Awak anggap saya kawan awak kan?”

Dhia angguk perlahan.

“Jadi jauhkan diri daripada dia!”

“Awak cuma kawan saya, bukan suami saya. Awak tak boleh halang saya daripada berkawan dengan sesiapa sahaja!”

Mikhail terkedu. Dhia melihat jam di tangannya.

“Saya dah lambat, awak tahu tak?”

Dhia terus berlari ke dewan kuliah, meninggalkan Mikhail yang termangu keseorangan. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhati. Cemburu.

*****

“Niki, jangan la macam ni!”

“Kau ingat aku akan duduk diam je tengok semua ni? Aku nak ajar dia! Dia ingat, dia boleh rampas kekasih aku?”

“Niki, bawa bersabar…,”

“Kesabaran aku dah habis bila aku tengok mereka berdua tadi!” Niki menjerit kuat. Terkejut Kaisara mendengarnya.

“Dhia, kau keluar!”

“Niki, dahlah tu…,”

“Kau diam, Sara! Duduk kat tepi diamd-diam!”

“Niki…!”

“Dhia! Keluar kau! Aku nak selesaikan perkara ni malam ni jugak!”

“Kau ni kenapa…,” Dhia keluar dari rumah dengan mata sedikit terpejam. Sempat dia melihat jam di dinding. Pukul dua petang. Apa yang minah ni buat di sini waktu-waktu begini? Tak ada kelas ke?

“Aku ni kenapa? Hey, aku nak tanya kau tu kenapa!” dahi Dhia ditunjal keras. Segar terus mata Dhia menerima tunjalan tersebut.

“Kenapa? Aku tak kacau kau pun!”

“Tak kacau? Yang kau pergi kacau kekasih aku tu kenapa?”

“Kekasih kau? siapa?”

“Lagi mahu tanya!” dahi Dhia ditunjal lagi.

“Kau ni kenapa? Aku dah cakap kan, kalau kau nak Mikhail tu kau ambillah. Aku tak hadap pun,”

“Orang yang kau tak hadap tu la yang kau kejar selama ni kan?”

“Kau merepek apa ni?”

“Kau jauhkan diri kau daripada Mikhail, kalau tak…!”

“Kalau tak, apa?”

“Aku pecahkan muka kau!” dan sesaat kemudian baru Niki tersedar sesuatu.

“Kuat benar muka kau nak pecahkan muka orang,”

Niki menoleh. “Kau siapa?”

“Aku? Nama aku Aaron,”

Aaron melangkah mendekati Dhia yang kebingungan. Sebentar kemudian Hafiza muncul.

“Maaf, Dhia. Dari jauh aku nampak kau dengan Niki tadi. Itu yang aku cari Aaron tadi tu,” bisik Hafiza pantas di telinga Dhia. Barulah Dhia mengerti.

“Buat apa kau datang sini? Kau nak bela budak ni? Kau nak bela perampas ni?”

“Dia nak rampas siapa?”

“Dia nak rampas kekasih aku!”

“Atas sebab apa dia nak rampas kekasih kau, sedangkan dia kekasih aku?”

Niki terkejut. Kaisara terkedu. Hafiza terdiam. Dhia tergamam.

*****

“Aaron Aziz bercinta dengan Dhia Nadhira!”

“Biar betul?”

“Betul la! Aku dengar sendiri dari mulut dia semalam. Ayat dia lebih kurang begini, ‘Atas sebab apa dia nak rampas kekasih kau, sedangkan dia kekasih aku?’”

“Dia cakap dengan siapa?”

“Dia cakap dengan siapa lagi? Niki Ardilla la,”

“Hamboi, sampai tercebik-cebik bibir. Tak payah la buat ekspresi muka sampai macam tu sekali,”

“Biarlah! Aku punya suka la. Lagipun aku memang tak sukakan Niki Ardilla tu. Perasan cantik. Dhia Nadhira lagi cantik,”

“Aaron Aziz yang ini kacak tak?”

“Muka dia macam Aaron Aziz betul!”

“Ye ke? Kalau macam tu, sesuai la Dhia dengan Aaron Aziz tu!”

Mikhail yang berada di belakang meja mereka mengepal tangannya. Kuat. Dan minah gosip itu terus bercerita.

Mikhail tidak tahan lagi. Dia terus mengemas barangnya dan terus keluar dari perpustakaan itu. Dan dia harus melalui meja minah-minah gosip itu untuk keluar.

Dan minah-minah gosip itu terkedu melihat kelibat Mikhail.

“Alamak Joyah, dia dengar ke kita cerita tadi?”

“Entah la Senah. Dengar la kot. Sebab muka dia ketat semacam je,”

“Ala, macam mana ni?”

“Biarkan aje la,”

*****

“Hafiza…,”

“Aku dah cakap dengan dia. Dia tak mahu jumpa kau,”

“Cakap la dengan dia, ada hal penting yang aku nak sampaikan,”

“Untuk apa? Untuk Niki sampai ke sini lagi buat kacau? Tak payah la Mikhail. Betul juga tindakan Dhia kali ni. Baik kau balik je la,”

“Sampai hati kau kan Hafiza…,”

Hafiza hanya diam.

“Kau tak kesiankan aku ke?”

“Aku lagi kesiankan Dhia. Setiap kali dia jumpa kau, mesti si Niki tu akan serang dia. Kalau serang mulut tu tak apa la juga. Ni dengan tangan-tangan sekali naik, apa cerita?”

Giliran Mikhail pula yang diam.

“Aku rasa buat masa sekarang ni, jangan la jumpa dia,”

Mikhail diam lagi. Namun hatinya sakit. Sakit sangat.

*****

“Adik,”

Adik yang sedang leka di komputer ribanya memanjangkan leher. Melihat ke arah dapur.

“Ada apa, mak?”

“Mana Abang ni? Tak balik balik lagi?”

“Banyak kerja kot, mak,”

“Kalau banyak kerja, dia mesti beritahu mak. Ini langsung tak telefon. Mak risau,”

“Mak ada telefon Abang ke?”

“Tak ada kredit,” Mak tersengih.

Adik ketawa kecil. “Cakap la suruh Adik telefon Abang…,” telefon bimbit dicapai dan Adik mula mendail. Raut wajahnya yang ceria tadi bertukar muram.

“Kenapa, Adik?”

“Abang tak jawab. Adik cuba telefon lagi,”

Diam seketika.

“Masih tak berjawab,”

“Macam mana ni…,” kata-kata Mak terhenti apabila mendengar bunyi enjin kereta yang kemudian dimatikan. Sebentar kemudian Abang muncul di muka pintu. Dengan wajah yang masam.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam. Abang ke mana? Kenapa tak angkat panggilan telefon kami?” tanya Mak bertalu-talu.

“Telefon tertinggal di rumah,”

“Abang…,” Adik cuba bersuara.

“Abang tak sihat. Maaf,” Abang terus mesuk ke bilik. Adik dan Mak berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa dengan Abang tu, Mak?”

“Kan Abang cakap, dia tak sihat,” Mak terus berlalu ke dapur. Adik senyum nipis. Selalunya bila Abang atau Adik tak sihat, Mak akan buat tidak tahu. Tapi kemudian Mak akan masakkan yang sedap-sedap untuk anak-anaknya yang tidak sihat itu.

Tapi Adik tahu, Abang bukan tak sihat. Ada sesuatu yang membelenggu fikirannya. Kerja? Abang tak pernah bawa masalah kerja pulang ke rumah. Habis tu, apa?

Dhia…

Di dalam bilik, Abang menghempaskan tubuhnya ke katil. Dia rasa penat. Penat sangat. Teringat peristiwa petang tadi, sewaktu dia cuba menghantar surat ke rumah Dhia. Siapa lagi kalau bukan untuk Dhia tersayang. Kata-kata itu masih jelas di telinganya.

“Aku cintakan Dhia. Aku cintakan Dhia Nadhira,”

“Kau dah gila ke? Mana kau nak letak Niki Ardilla tu?”

Tidak semena-mena, air mata mengalir dari tubir mata Abang.

Dhia cintakan lelaki itu ke?

*****

“Aaron,”

Aaron menoleh. Menjeling sesuatu di celah jari Mikhail.

“Kau kata kau dah berhenti merokok,”

“Aku tertekan. Kau tahu siapa yang buat aku tertekan?”

Aaron angkat kening.

“Kau!”

Aaron ketawa. “Jadi, pasal ni la kau nak jumpa aku ni?”

Mikhail mendengus.

“Kau nak tanya apa je sebenarnya ni?”

“Aku nak tanya pasal kau dengan Dhia,”

Aaron ketawa sinis. “Tamak juga kan kau ni. Niki kau nak, Dhia kau nak…,”

“Tolong jawab soalan aku, Aaron,”

“Okey. Apa yang kau nak tahu sangat pasal aku dengan Dhia?”

“Apa betul ke gosip yang aku dengar pasal kau dengan Dhia? Yang kalian…!”

“Pasangan kekasih?” potong Aaron sebelum sempat Mikhail habiskan soalannya. Mikhail menggerutu. Tak pernah berubah dari dulu!

“Ya, aku dengan Dhia pasangan kekasih,”

“Sejak bila?”

“Tak perlulah kau tahu,”

Suasana sepi seketika.

“Aku dalam perancangan ingin meminang Dhia,”

Mikhail terkejut!

*****

“Aku dalam perancangan ingin meminang Dhia,”

Masih terngiang-ngiang kata-kata Aaron di telinga Mikhail. Stereng kereta digenggam kuat.

“Aku dalam perancangan ingin meminang Dhia,”

“Mikhail, saya hargai keprihatinan awak tu, tapi lebih baik kita jauhkan diri masing-masing dulu,”

“Kau dah gila ke? Mana kau nak letak Niki Ardilla tu?”

Niki Ardilla bukan kekasih aku!

PONNNNNNNNN!!!!!!

Bunyi hon lori yang panjang mengejutkannya. Namun semuanya sudah terlambat…

Previous: 08
Next: 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.