Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,450
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
16

"Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta kecil warna merah, boleh kubawa ke sekolah... Eh, bukan sekolah la, dah masuk kolej dah pun. Tapi tak apa la. Kira sekolah juga kan?"

Hafiza ketawa kecil. Dia terus menyanyi sambil berjalan sehinggalah dia tiba di hadapan rumah.

"Assalamualaikum,"

Nyanyian Hafiza terhenti. Lantas dia menoleh.

"Waalaikumsalam warahmatullah. Eh, Aleeya! Dan ini siapa pula?" Tanya Hafiza hairan apabila melihat kelibat seorang lelaki di belakang Aleeya.

"Oh, ini abang saya. Namanya Syamil Khairan," Aleeya mempeekenalkan abangnya kepada Hafiza. Syamil dan Hafiza sama-sama mengangguk walaupun danam hati Hafiza...

"Macam aku pernah lihat lelaki ni. Tapi di mana ya?"

"Hafiza?" Panggil Aleeya, memecahkan lamunan Hafiza.

"Ah, ya! Cari Dhia ke? Tapi Dhia tak ada di rumah. Katanya tadi, dia ikut Aaron balik rumah keluarga dia,"

Air muka Syamil berubah. Namun tidak disedari oleh Hafiza. Tetapi Aleeya dapat menjangka reaksi abangnya walaupun tidak melihat wajah lelaki itu.

"La, ye ke? Tadi aku cuba telefon dia tapi tak dapat,"

"Bateri telefon habis agaknya. Korang nak tunggu dia balik ke?"

Aleeya merasakan lengan bajunya ditarik. Faham dengan isyarat itu, dia bersuara, "Tak apa la. Malam nanti aku telefon dia. Kami ada hal lain ni. Saja datang jenguk sebab aku tak dapat telefon dia. Kirim salam dengan dia ya? Kami gerak dulu. Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam warahmatullah," Hafiza hanya menghantar dua beradik itu ke kereta dengan pandangan matanya. Hilang sahaja mereka dari pandangan, Hafiza segera memulas tombol pintu.

"It’s my life... it’s now or never... eh?"

Terkejut Hafiza melihat sekujur tubuh dittupi selimut terbaring di atas katil...

"Dhia?"

Hafiza menghampiri katil Dhia. Cuba menyentuh tubuh itu. Tiba-tiba....

"Hai sayang...,"

Hafiza terkejut. Wajahnya pucat bagaikan mayat.

*****

“Assalamualaikum warahmatullah…,”

Salam kedua diberikan sambil wajah dipaling ke kiri. Dhia meraup lembut wajahnya sambil bibirnya basah melafaz zikir memuji kebesaranNya. Kemudian dia menadah tangan, membaca doa.

Rasa sayu dirasai sebaik sahaja Dhia meraup wajahnya usai membaca doa. Air mata mengalir di pipi.

“Yaa Allah, aku tahu Engkau menyayangiku. Kerana itu Engkau mengujiku…,”

Dhia mengesat air mata. Peristiwa petang tadi masih berkesan di mindanya.

“Papa…,”

Lelaki itu bingkas bangun. “Dhia, Papa cari kamu selama ni…,”

“Nanti kejap!” pintas Aaron. “Papa kenal kekasih saya ni? Dhia, awak kenal Datuk Azlan, papa saya?”

“Datuk Azlan?” Dhia menyebut nama itu sepatah.

“Jadi betullah kau ingin kaut kekayaan keluarga aku?” sahut satu suara dari belakang. Dhia dan Aaron sama-sama menoleh. Datin Azura masuk ke dalam bilik bacaan dengan wajah sombong.

“Betul kan, sangkaan aku? Papa kau mahu, anak pun kau rembat,”

“Azura! Jaga mulut tu!”

“What? Betul kan kata I? You memang ada hubungan sulit dengan betina ni kan?”

Mata Dhia sudah berkaca.

“Mama, Papa. Apa ni, saya tak faham…,”

“Perempuan ni…!” Datin Azura menunjal dahi Dhia kasar. “Dia muncul hanya untuk mengikis harta keluarga kita! Dia ada hubungan dengan Papa!”

“Azura! Jangan tuduh sebarangan!”

“Dia memang perempuan sundal!”

“Azura!”

Pang! Spontan tangan Datuk Azlan melayang ke pipi Datin Azura. Meraung wanita itu dibuatnya. Aaron terkejut. Dhia terkedu. Datuk Azlan merangkul erat bahu Dhia.

“You jangan nak hina anak I!”

Raungan Datin Azura terhenti.

“Apa you cakap?”

“Ya, Dhia Nadhira anak I. Anak I dengan isteri pertama I yang meninggal dunia tujuh tahun lalu. Puas hati you?”

“Datuk…,” Dhia meleraikan rangkulan di bahunya. “Saya minta maaf kerana elah memporak perandakan keluarga Datuk. Saya janji tak akan datang lagi,”

Dhia terus keluar dari rumah agam itu. Aaron mengejarnya.

“Dhia, tunggu!”

Langkah Dhia terhenti. Dia memusingkan badannya. “Awak balik la. Kita tak ada jodoh. Macam mana kita nak kahwin kalau kita ni adik beradik tiri?”

“Dhia, tolong katakan ini semua satu pembohongan. Katakanlah!”

“Kalaulah ini semua hanya satu mimpi, tamparlah pipi awak sekarang. Cubit tangan awak!”

Diam.

“Aaron, semua ini satu kebenaran. Kita tak dapat nafikannya. Selamat tinggal,” Dhia terus berpaling dengan bercucuran air mata. Kesedihannya tidak dapat terbendung lagi.

Ibu, kenapa semua ini terjadi pada Dhia?

*****

“Cik Dhia!”

Lamunan Dhia terlerai. Pantas dia mengangkat muka dan melihat seorang jururawat berada di muka pintu.

“Ya?”

“Kawan awak, Hafiza dah sedar,”

“Baik, terima kasih,” sebentar tadi Dhia ada berpesan dengan jururawat yang bernama Hayati tadi, bahawa dia ada di surau untuk bersolat. Apa yang berlaku hari ini benar-benar mengejutkannya.

Keluar sahaja dari kawasan perumahan mewah yang menempatkan rumah agam keluarga Aaron, telefonnya menjerit nyaring. Berkerut dahi Dhia apabila melihat nama yang terpampang di skrin. Aleeya!

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam. Dhia! Tadi aku cuba telefon kau tapi tak dapat,”

“Talian tak cantik sangat kat rumah Aaron. Kenapa?”

“Tadi aku ke rumah kau. Cari kau la. Tapi Hafiza cakap kau ke rumah Aaron,”

“Ha, ye la tu. Kenapa?”

“Lepas tu kitorang balik. Kemudian aku terlupa yang aku nak bagi barang kat kau. Aku patah balik. Sampai je kat rumah kau, pintu rumah kau terbuka luas,”

Jantung Dhia tiba-tiba berdegup kencang.

“Aku masuk ke dalam rumah, aku tengok Hafiza dah terbaring berlumuran darah,”

“Yaa Allah!”

Hampir terlepas telefon yang dipegang Dhia.

“Dhia?”

“Er, aku kat sini lagi,” jawabnya terketar-ketar. “Hafiza macam mana?”

“Kitorang dah hantar ke hospital. Tapi belum tahu keadaan dia lagi,”

“Kitorang?”

“Ye la, aku dengan abang aku,”

“Aku datang sekarang,”

“Cepat sikit,”

Tanpa salam dan pamitan, Dhia menamatkan panggilan. Keselamatan Hafiza lebih penting!

*****

“Hafiza,”

“Dhia…,” Hafiza menyahut lemah panggilan Dhia. Sayu hati Dhia mendengarnya. Lantas, tangan Hafiza yang pucat itu digenggam erat.

“Sakit lagi?”

“Tak la. Rasa macam tengah ada kat lading strawberi. Lagi mau tanya…,”

Dhia tersenyum pahit. Dalam keadaan macam ni pun…

“Ikut laporan polis, kau diserang dan ditikam tujuh kali,”

“Alhamdulilah, Allah panjangkan usia aku lagi,” Hafiza tersenyum lemah.

“Tapi polis kata, tiada unsur rompakan. Sebab barang-barang kat rumah kita tak ada yang hilang,”

Berubah air muka Hafiza mendengarnya.

“Kau kenal kan orang yang serang kau? Siapa, Hafiza?”

“Dhia, aku…,”

“Cik Dhia, maaf. Doktor nak periksa pesakit,” suara jururawat yang muncul secara tiba-tiba itu membantutkan kata-kata Hafiza. Dhia angguk perlahan. “Aku keluar dulu,”

Jururawat itu menghampiri Dhia. “Ini barang-barang Hafiza. Saya lupa nak bagi tadi,”

Dhia tersenyum. “Terima kasih,”

Di luar, Dhia hanya memerhati gelagat orang ramai yang keluar masuk di wad kecemasan itu. Aleeya tidak dapat menemaninya kerana dia mendapat panggilan telefon dari maknya yang tidak sihat. Jadi dia bersama abangnya terpaksa pulang dahulu.

“Apa-apa hal, kau telefon aku,”

Dhia angguk. Dia sedikitpun tidak perasan yang sepasang mata kuyu sedang memerhatikannya dari jauh. Teringat dengan barang-barang Hafiza di tangan, dia membeleknya satu persatu. Dan dia tertarik dengan telefon Hafiza. Dia membelek-belek perlahan, dan terkejut apabila membaca mesej terakhir yang diterimanya.

“Hafiza, dah gila. Dia dah mengamuk dah sekarang ni! Aku rasa, ada kemungkinan dia akan bunuh kau! - Kaisara”

Darah Dhia menyirap. Hanya satu nama difikirkan sekarang ini.

Niki Ardilla!

Previous: 15
Next: 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.