"Assalamualaikum, Hafiza,"
Tersenyum
nipis Hafiza apabila mendengar suara itu. Perlahan dia membuka matanya.
"Awal
kau sampai hari ni, Dhia,"
"Aku
tak boleh tidur. Dah seminggu kau masuk hospital, dan sejak seminggu itulah aku
tak boleh tidur,"
"Kau
ingat aku ni bantal busuk kau? Tak boleh tidur pulak bila aku takde,"
"Tak
la. Kau bukannya bantal busuk. Tapi kau tu jam loceng," jawab Dhia
selamba.
Hafiza
tertawa tertahan-tahan. Dia menekan-nekan lembut perutnya yang masih berbalut.
"Dah
tau kau tu sakit lagi mahu gelak besar tu kenapa?"
"Dah
kau buat lawak, aku gelak la. Karang kalau takde orang gelak nanti kau tak
boleh masuk uji bakat Raja Lawak pulak. Adoi!" Hafiza menjerit kecil
apabila sebiji bantal kecil hinggap di kepalanya.
"Tak
padan dengan sakitnya," Dhia bersuara geram.
"Kau
tak kesian dengan aku ke,Dhia?"
"Dengan
kau tak payah nak kesian," sengaja Dhia menjelirkan lidah.
"Sampainya
hati...," Hafiza mula menyanyi. Sumbang pula tu.
"Aku
nak merajuk la dengan kau,"
"Berapa
lama?"
"Dua
minit,"
Tergeleng-geleng
Dhia mendengarnya. "Sementara kau merajuk ni, aku nak pergi basuh pasu
bunga ni. Nak tukar bunga baru. Boleh?"
Hafiza
tidak menjawab.
"Alamak,
aku lupa kau merajuk dengan aku," Dhia tersengih. "Aku pergi
dulu,"
Cukup dua
minit, Dhia kembali. Tanpa melihat wajah Hafiza, dia terus mengisi bunga segat
segar ke dalam pasu.
"Apa
jadi sebenarnya,Dhia?"
Dhia
menoleh. Terkedu apabila melihat Hafiza dengan telefon bimbit di tangan.
"Aleeya
cakap kau kena serang dengan Papa Niki di hospital. Betul ke?"
Dhia
telan liur.
*****
Dhia
melipat lembut kain telekung yang digunakannya tadi. Sebentar tadi, dia
menunaikan solat Maghrib dan membaca surah Yasin sementara menunggu waktu
Isyak. Kemudian barulah dia menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Sedikit
sebanyak, Dhia kagum dengan pengurusan surau hospital itu. Sungguhpun kecil,
namun ia bukan alasan untuk tidak merebut pahala solat berjemaah walaupun
ahlinya sedikit.
Bukan
sengaja dia meninggalkan Aleeya untuk menunggu Hafiza seorang diri. Tapi
kenyataan yang dilontarkan oleh Aleeya sebentar tadi benar-benar meruntun
perasaannya.
“Kau
mengelak dari menjawab soalan aku,”
“Maafkan
aku, Aleeya. Aku masih bingung dengan apa yang terjadi hari ini. Segala-galanya
berlaku terlalu pantas,” Dhia mengesat air matanya perlahan. Kata-kata hina
yang dilemparkan Datin Azura masih berbekas dalam hatinya.
Setelah
memastikan bilik itu kemas dan bersih, barulah Dhia melangkah keluar dari surau
itu. Namun sebaik sahaja Dhia melangkah keluar…
Pang!
Dhia
tidak sempat mengelak. Dia terjelepuk di atas lantai.
“Anak
haram tak guna! Kau tuduh anak aku? Kau tu siapa, anak aku nak buat
pasal? Anak aku ni orang baik, takkan buat benda macam tu la!”
Kerana
terlalu geram, Datuk Affandi menendang sehingga gadis itu mengerang kesakitan.
Itupun, dia masih belum puas!
“Hentikan!”
Datuk
Affandi terasa bahunya ditolak kuat ke belakang. Dia mendongak. Aleeya yang
baru tiba dipanah dengan padangan menyinga. Aleeya tunduk, membantu Dhia untuk
bangun.
“Ini
hospital! Jangan jadi budak-budak!”
“Kau yang
budak ke aku yang budak?”
“Kalau
Datuk rasa yang Datuk tu dah besar, dah dewasa, Datuk tak sepatutnya buat
begini di tempat macam ni! Ini kalau pesakit dengar ni, elok-elok dia dah
sihat, boleh jatuh sakit balik!”
“Kurang
ajar kau! kau tak kenal siapa aku!”
“Saya
cukup kenal Datuk. Cukup kenal. Datuk adalah ayah kepada Niki Ardilla yang
perasan diva tu, padahal namanya hanya Norkiah Tukiman!”
Terkedu
Datuk Affandi mendengarnya.
“Aleeya,”
tegur Dhia perlahan.
“Apa? Biar
dia tahu yang perangai anak kesayangannya tu macam setan!”
“Kau
memang kurang ajar kan?” tangan Datuk Affandi sudah mula naik.
“Datuk
ingat saya ni Dhia Nadhira?” mata Aleeya sudah mula merah. Petanda dia sangat
marah.
“Datuk
ingat saya ni macam Dhia yang hanya diam bila Datuk sepak terajang macam tu je?
Maaf Datuk, saya terpaksa berkurang ajar dengan Datuk. Tapi Datuk kena ingat,
sekali Datuk cederakan saya, saya sendiri akan pastikan yang Datuk akan masuk
penjara,”
“Aku ni
Datuk Affandi! Berani kau nak penjarakan aku?”
“Aku
peduli apa kau Datuk ataupun Tan Sri! Anak raja pun aku pernah penjarakan,
inikan pula orang biasa macam kau ni!”
“Kau
memang kurang ajar… aku nak ajar kau sikit! Eh??”
Terkejut
besar Datuk Affandi apabila secara tiba-tiba, tangan nya dipulas ke belakang
oleh dua orang anggota polis yang tiba di situ.
“Maafkan
saya, Datuk. Kami terpaksa tahan Datuk atas dakwaan mendatangkan kecederaan
kepada orang awam,”
“Eh, kau
orang tak kenal aku ke? Aku Datuk Affandi la! Lepaskan aku,”
“Bawa dia
pergi,” arah pegawai polis berpangkat Inspektor itu. Bunyi bising yang keluar
dari mulut Datuk Affandi langsung tidak dihiraukan.
Aleeya
menghela nafas lega. “Terima kasih, Hakim,”
“Sama-sama,
Aleeya,”
Dhia
mengerut dahi. “Kau orang memang kenal ke?”
Aleeya
senyum. “Nanti aku ceritakan pada kau. Terima kasih sekali lagi, Hakim,”
“Sama-sama.
Aku pergi dulu,” Inspektor Hakim berlalu meninggalkan mereka di hadapan surau
itu.
“Er,
Aleeya,”
“Iya?”
“Kau kata
tadi, ‘Anak raja pun aku pernah penjarakan’. Betul ke?”
Aleeya
tersenyum pahit.
*****
“Kenapa
kau tak pernah bagitahu aku selama ni yang kau pernah dirogol, Comot?”
marah Mikhail. Dia tidak menyangka yang Comot menyimpan rahsia sebesar ini
daripadanya.
“Untuk
apa? Untuk menagih simpati?” Comot bersuara sebak. Sedih dan terharu bercampur
baur. Dia tidak pula menyangka sebegini respon Mikhail terhadapnya.
“Untuk
apa, kau cakap? Aku ni siapa pada kau? bukan kawan baik kau ke?” Mikhail hentak
meja yang berada di hadapannya.
Comot
terangkat bahu. Terperanjat dengan jawapan berbentuk soalan yang diberikan
Mikhail. Seketika kemudian dia tunduk.
“Sampai
hati kau simpan derita ni seorang. Sampai hati kau tak nak kongsi dengan aku,”
Mikhail sudah merendahkan nada suaranya. Sedih dia apabila melihat Comot
begitu.
“Apa
masalah aku, kau dengar je. Kau tolong aku selesaikan. Tapi kau…!”
Suara
Mikhail kedengaran sedikit sebak.
“Aku tak
tahu nak bagitahu kat siapa. Aku… aku….!”
Sudah
terdengar esak tangis daripada Comot. Sakit hati Mikhail mendengarnya. Pertama
kali sepanjang persahabatannya dengan Comot, gadis itu mengalirkan air mata.
“Aku
malu. Aku takut…!”
“Sepatutnya
kau bagitahu aku. Aku boleh lindungi kau,”
Tidak
terdengar balasan daripada Comot. Hanya esak tangisnya yang kedengaran.
“Biar aku
yang bertanggungjawab kali ni,”
“Tidak!”
Comot bersuara tegas. “Jangan sesekali kau lakukan itu!”
“Ini soal
maruah kau, Comot!”
“Jangan
sesekali kau korbankan perasaan kau hanya demi aku yang memang dah tak ada
apa-apa ni!”
“Comot!”
“Mikhail…,”
suara Comot kembali kendur. “Aku tahu kau cintakan dia. Kejarlah cinta itu.
Jangan buat macam ni. Nanti hati aku sakit,”
“Tapi,
kau…!”
“Kau
masih boleh lindungi aku walau kau bersama dia, kan? Kau kan kawan aku,”
Comot
tersenyum nipis. Tidak mampu Mikhail membalas senyuman itu.