Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,422
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab

“Kajian yang dijalankan oleh Bussing bertajuk Spirituality, Religiosity and Dealing with Illness in Arabic and German Patients telah menguji kewujudan dan konsep tawakal dalam kalangan pesakit Muslim Arab di Palestin dan pesakit di Jerman yang 85% daripadanya bukan Muslim.

“Pesakit Muslim Arab didapati mempunyai skor yang tinggi dalam skala kajian tersebut berbanding pesakit Jerman terutamanya pada item “Mencari sokongan yang bermakna”, “menaruh harapan tinggi” dan “memandang positif terhadap penyakit”.Hurm, menarik,” ujar Dhia. Kemudian dia menyambung bacaannya.

“Hasil kajiannya juga mendapati 95% pesakit muslim Arab menerima penyakit mereka dengan reda dan menanggungnya dengan tenang, berbanding hanya 1/3 daripada kalangan pesakit Jerman.Wow! Betul ke ni?”

“Selain itu, 94% pesakit Muslim Arab meyakini mereka tiada kuasa terhadap penentuan keadaan hidup mereka kerana ketetapan takdir, tetapi 54% pesakit Jerman menolak konsep takdir. SubhanAllah… Agungnya kuasaMu,” Dhia menarik nafas. Kemudian menghembusnya perlahan.

“Dhia!”

Panggilan namanya itu membuatkan Dhia menoleh. Tersenyum apabila melihat kelibat Hafiza yang datang kepadanya.

“Kau buat apa tadi, Dhia? Khusyuk je aku tengok,”

“Baca ni,” Dhia menutup Majalah Solusi yang dipegangnya.

“Wah, Hati Emas! Bagus tajuknya. Tapi aku belum sempat beli lagi,” wajah Hafiza bertkuar murung.

“Tak apa la, nanti aku boleh pinjamkan pada kau. tapi, tunggu aku habis baca la,” Dhia tersenyum.

“Eh, sebelum aku lupa, ada surat untuk kau,” Hafiza menghulurkan sepucuk surat berwarna merah jambu. Dhia menyambutnya dengan dahi berkerut.

“Surat ni lagi?”

“Kenapa? Kau selalu ke terima surat macam ni?”

“Selalu la juga…,” lambat-lambat Dhia membuka sampul surat itu.

“Selalu juga? Selalunya orang tu tulis apa?”

“Macam-macam la, tapi tak pulak dia cerita pasal cinta,”

“Tak cerita pasal cinta? Habis cerita pasal apa?”

Dhia diam tidak menjawab. Dia ralit membaca isi kandungan surat merah jambu yang baru diterimanya.

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya yakin, saudari pasti tertunggu-tunggu surat seterusnya dari saya. Maafkan saya jika surat saya tidak menjengah peti surat rumah saudari minggu lepas dek kerana kesibukan yang menghimpit. Namun sesibuk manapun saya, pasti nama saudari akan ada dalam setiap doa saya. Insya Allah.

Minggu ini, adalah lebih baik kita teruskan dengan terjemahan surah-surah pilihan saya pula.Kali ini, surah yang menjadi pilihan saya adalah Surah Luqman.

Bismillahirahmanirahim…

[1]Alif, Laam, Miim.

[2]Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

[3]Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik

[4]Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.

[5]Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Kenapa saya bagi cuma lima ayat dahulu? Supaya saya mahu saudari sentiasa memikirkan tentang kebesaranNya.

Insya Allah saya akan berkongsi lagi dengan saudari tentang ayat-ayat cintaNya.

Wsalam.

“Dhia!”

“Oi!” Dhia melatah.Hafiza tertawa kecil.

“Bila masa kau dah pandai melatah?”

“Kau ni…!” Dhia tarik muncung sedepa. Apa lagi, makin galak tawa Hafiza.

“Gelak la lagi.Ingat comel sangat ke gelak macam tu.Jatuh saham ada la. Tak ada yang nak meminang,”

Tawa Hafiza tiba-tiba mati. Dhia pula yang menahan tawa melihat telatah Hafiza itu.

“Dhia,”

“Apa dia?”

“Tu,” Hafiza menjuihkan bibirnya ke satu arah. Pantas Dhia menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh rakannya itu.

Ah! Dia ni lagi! Spontan tangannya mengemas barang-barang di atas meja.

“Kenapa?” tanya Hafiza. Walhal dia sudah tahu jawapannya.

“Kita gerak dari sini. Malas aku nak tengok wayang ‘free’. Kalau dapat pahala tak apa juga. Ini dosa bertimbun, nak tambah lagi buat apa?” sengaja Dhia tidak merendahkan suaranya apabila menyedari kelibat yang tidak disenanginya itu semakin menghampiri. Pasti mendapat respon yang ‘baik’ daripada mereka.

“Apa kau cakap?”

Ha, kan dah kata.

“Tak ada apa-apa,”

“Hey, kau!” Niki Ardilla sudah berdiri di hadapan Dhia, menghalang laluannya. “Baik kau ulang apa yang kau cakap tadi sebelum penampar aku naik ke muka kau!”

Hafiza sudah menarik-narik lengan baju Dhia. “Jom la, Dhia,”

“Kau boleh ketepi tak?” marah betul Niki Ardilla dengan Dhia, sampaikan Hafiza turut menjadi mangsa. Ditolaknya gadis itu sehingga jatuh tersungkur.

“Apa ni? Sampai nak tolak-tolak orang semua?”

“Peduli apa aku?” Niki bersuara angkuh.

“Kau nak apa sebenarnya ni?” malas sebenarnya Dhia ingin mencari pasal dengan gadis popular di kolejnya ini.

“Aku nak kau ulang apa yang kau cakap tadi, sebelum aku sampai ke sini,”

“Kau nak aku ulang? Tak menyesal?” tanya Dhia, berani. Niki menjeling tajam ke arahnya.

“Aku cakap, baik aku pergi dari sini dari tengok kau berkepit dengan kasanova baju ketat ni!Bukan boleh tambah pahala, buat tambah dosa je,” Dhia bersuara selamba. Sempat dijeling lelaki yang bersama Niki Ardilla tadi. Dhia nampak raut wajah lelaki itu berubah riak.

“Berani kau cakap macam tu?” tangan Niki Ardilla sudah mahu singgah di wajah Dhia.

“Niki, jom pergi,”

Kata-kata lelaki itu mematikan gerakan tangan Niki Ardilla. Pantas dia menoleh ke arah lelaki itu.

“You, dia buat I marah,”

“Jom pergi,” lelaki itu bertegas.Niki buat muka tidak puas hati.

“Jom,” lelaki itu mula membuka langkah, mahu berlalu dari situ.

“Jaga kau. aku belum habis lagi dengan kau,” ditunjalnya kepala Dhia sebelum terkedek-kedek mengikut langkah lelaki tadi. Dhia hanya mengekori mereka dengan pandangan mata.

“Dhia,” panggilan Hafiza mematikan tumpuan Dhia pada pasangan tadi. Lantas Dhia tersenyum memandang Hafiza.

“Kau kenal ke Niki Ardilla tu?”

*****

“Siapa Niki Ardilla ni?”

Suasana kelas yang tadinya bising, serta-merta menjadi senyap apabila suara lantang Puan Latifah bergema di kelas 5 Anggerik.

Seorang gadis gedik bangun. “Saya, cikgu. Nama saya Niki Ardilla,”

“Bila masa pulak awak tukar nama awak?”

“Di rumah, Mama dan Papa saya panggil saya Niki,”

“Jangan nak mengarut! Ini bukan rumah awak! Nah!” Puan Latifah membaling buku yang dipegangnya. Terkejut Niki dengan tindakan gurunya itu.

“Ini sekolah! Awak masih pelajar saya! Jangan nak buat awak tu superstar pulak. Tulis nama betul awak!Jangan nak letak Niki Ardilla lagi! Tulis saja nama sebenar awak! Norkiah Tukiman!”

Seisi kelas ketawa.

“Apa yang kelakar?”

Seisi kelas kembali senyap. Bagai dilanggar garuda.

“Ala, cikgu!Budak kat depan tu pakai nama ‘glamour’ tak apa pulak!”

Dhia yang sedari tadi menghafal jadual berkala unsur, terkedu mendengar kata-kata itu. Tahulah dia, Niki memaksudkan dirinya.

“Dia tu memang dah namanya begitu dalam surat beranak dan kad pengenalan! Sudah! Saya mahu awak tukar semua nama yang awak tulis pada buku latihan awak ni. Kalau tidak, awak saya denda!”

Niki Ardilla menjeling tajam ke arah Dhia.

*****

“Sejak dari hari itu dia semacam anti dengan aku,” Dhia menghabiskan ceritanya.

“Sebab nama pun, dia boleh buat musuh? Teruk la dia tu,” rungut Hafiza. “Tapi kan, kelakar la. Nama popular Niki Ardilla, macam nama penyanyi Indonesia tu. Alih-alih nama sebenar Norkiah. Hehehe…,”

“Jangan bangkitkan isu ni depan dia, kalau tak mahu kena ganyang dengan dia tu,” Dhia mengingatkan.

Hafiza buat gaya zip mulut.Dhia hanya tersenyum.

“Aku nak tanya sikit,”

“Apa dia?”

“Siapa lelaki yang datang dengan Niki tadi tu?” tanya Dhia.

“Siapa? Mikhail?”

“Mikhail nama dia?”

“Iya, Mikhail Adam. Jejaka idaman di kolej ni. Kacak kan?” bersinar-sinar mata Hafiza bercerita mengenai lelaki itu.

“Kau kenapa buat muka macam tu?”

“Biarlah. Ekpresi muka memainkan peranan penting, tau?”

“Peranan?Untuk apa?”

“Untuk menunjukkan yang aku meminati dia,”

“Macam dia pandang kau,”

“Memang la dia tak pandang aku. Tapi dia pandang kau,”

Bacaan Dhia terhenti. Dia mengangkat muka memandang Hafiza. “Jangan buat cerita boleh?”

“Tahu pun kau takut!”Hafiza ketawa besar. Dhia mengeluh lega.Tergeleng-geleng melihat Hafiza yang ketawa geli.

“Hafiza…,”

“Iya?”

“Banyak ketawa mati hati,” ringkas namun sangat bermakna. Hafiza berhenti ketawa.

“Maaf Dhia. Aku lupa,”

“Lagpiun, banyak ketawa nanti lelaki takut nak dekat. Ketawa banyak sangat,” Dhia angkat kening.Mengusik.

“Dhia! Merajuk dengan Dhia lima minit,” Hafiza menarik muncungnya.

“Countdown from now,” Dhia buat-buat tengok jam.

“Mengada-ngada la kau. Balik rumah la macam ni,” Hafiza angkat kaki.

“Hafiza!”

Langkah Hafiza terhenti.

“Aku yang patut angkat kaki,”

Hafiza pandang wajah Dhia tidak berkelip.

“Kenapa?”

“Sebab, aku tak ada kelas petang ni. Kau ada kelas dengan Miss Susila pukul tiga nanti,” Dhia tersengih.

Dhia ni kan, pendiamnya jangan dibuat main. Sekali dia mengusik, terduduk jadinya. Hafiza tidak tahu ingin berkata apa lagi. Akhirnya sang bibir mengukir senyuman.

*****

“Assalamualaikum,”

Tiada jawapan. Dhia pelik. Kemudian dia teringat sesuatu. Hafiza ada kelas petang ini. Patutlah bilik hostel sunyi sepi.

Dia merebahkan diri di atas katil. Melepaskan lelah yang dari tadi seakan enggan membiarkannya tenang. Hampir terlelap dia apabila mengingatkan surat berwarna merah jambu yang diterimanya tadi. Dhia membuka semula surat itu dan membacanya.

Sudah agak lama… sejak dia menerima surat yang pertama semasa di sekolah menengah. Namun sehingga kini dia tidak mengetahui siapa pengirimnya. Hendak tahu bagaimana, sang pengirim sendiri tidak pernah memberitahu alamatnya. Akhirnya Dhia termangu sendiri.

Dhia tersenyum. Dia bangun dan mencapai fail keras berwarna merah jambu yang terletak di atas meja.Dibuka perlahan. Surat-surat dari pengirim misteri itu dikepilkan dalam satu fail. Mudah untuk dia menyemaknya jika ada masa terluang. Dah hampir tebal fail ni. Kena beli baru ni, fikirnya. Tanpa membuang masa, Dhia terus menyimpan surat itu.

Siapa engkau wahai sang pengirim? Kenapa setelah sekian lama, kau masih tidak mahu menunjukkan diri.

Di satu sudut, seorang lelaki terbatuk-batuk perlahan.

“Tengok, kan dah terbatuk. Lain kali jangan gelojoh sangat,” tegur ibunya.

“Eleh, abang tersedak sebab kekasih dia sebut la tu! Rindu!” usik si adik pula.

“Apa adik ni?” si abang menafikan.

“Eleh, kalau tak betul, kenapa muka tu merah macam pakai ‘blusher’ je?”

“Malas abang nak layan adik ni,” si abang bangun.

“Eh, pecal lele ni tak nak makan ke? Bukan ke ini kegemaran abang?”

“Malas! Adik sajalah yang habiskan,” terdengar bunyi pintu ditutup.

Si adik mengeluh. “Baru cakap sikit dah merajuk. Ini baru adik, belum isteri lagi…,”

“Adik…,”

Si adik diam menggerutu.

Next: 02

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.