Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,423
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
10

Prang!!!!

Hafiza terkejut lantas dia menoleh. Serpihan kaca yang bertaburan memeranjatkannya.

“Dhia, kau kenapa?”

“Entah,” jawabnya perlahan. “Tiba-tiba rasa berdebar-debar. Tak tahu kenapa,”

“Kau ni cuai sangat,” tapi Hafiza cukup tahu. Dhia sangat cermat. Setakat bawa hanya segelas air kosong, tiada masalah baginya.

“Entahlah. Banyak fikir kot,”

“Apa yang kau fikirkan, Dhia?”

“Pasal Aaron,”

“Kenapa? Kau bercinta ke dengan dia?” nada suara Hafiza mula berubah.

“Bercinta? Aku kalau boleh tak nak la bercinta sebelum kahwin,”

“Mana la tau kau ada hati dengan Aaron tu,”

“Ni apahal pulak suara kau kedengaran cemburu ni? Ke kau yang ada hati dengan dia?”

Hafiza mula gelabah. “Mana ada la!”

Dhia senyum. “Mengaku je la yang kau ada hati dengan….,” kata-katanya terhenti apabila melihat telefon bimbit Hafiza menyala-nyala. “Ada orang telefon kau,”

“Ni bukan panggilan, ni ada mesej yang masuk…,” Hafiza mencapai telefon bimbitnya dan membelek perlahan. Kemudian…

“Dhia,”

“Apa?”

“Mikhail kemalangan,”

Entah kenapa, kaki Dhia rasa lemah semacam.

*****

“Kau boleh bagitahu aku tak kenapa kita kena ke hospital?” tanya Dhia.

“Kenapa, kau tanya? Mikhail kawan kita. Kita kena la jenguk dia,” balas Hafiza selamba. Dhia mengerutkan dahi.

“Tapi kenapa?”

“Macam yang aku cakap tadi, Mikhail kawan kita,”

“Kenapa kau suka ulang jawapan yang sama?”

“Sebab aku tak ada jawapan lain untuk soalan kau,”

Dan dhia diam. Tidak bercakap sepatah pun. Hafiza hanya menjeling sekilas pada wajahnya.

“Kau nak masuk ke wad kecemasan tu ke?”

“Biarkan aku tunggu di sini,”

“Betul ni?”

“Kau nak pergi tengok dia, pergi je la. Tak payah nak tunggu aku,”

“Betul?”

“Betul…,” Dhia tersenyum. Cuba meyakinkan Hafiza.

“Aku masuk dulu. Kau jangan ke mana-mana tau,”

“Okey,”

Hafiza meluru masuk ke wad kecemasan, meninggalkan Dia yang setia berdiri di luar. Seketika, Dhia berfikir. Apa yang dia lakukan di sini? Apa yang patut dia lakukan di sini?

Dhia tunduk, membaca ayat-ayat yang dihafalnya. Matanya terpejam. Air matanya mengalir apabila mengenangkan Mikhail sedang bertarung nyawa di dalam sana.

“Yaa Allah, selamatkan Mikhail. Aku menyayanginya keranaMu, Yaa Rahman…,”

“Dhia…,”

Dhia menoleh sebaik mendengar namanya dipanggil. Hafiza memandangnya. Matanya merah. Hafiza menangiskah?

“Kenapa?”

“Mikhail…,” dan Hafiza terus memeluk Dhia yang kebingungan.

*****

“Mikhail kekurangan darah. Bekalan darah di sini tak cukup untuk tampung kekurangan tu,”

Dhia hanya diam mendengar penjelasan Hafiza.

“Macam mana ni?”

“Kau tak buat sesuatu ke?”

“Darah aku tak sama dengan dia. Kalau tak dah lama aku derma darah aku ni. Darah aku jenis AB. Darah dia jenis O,”

Tegak telinga Dhia mendengarnya. “Kau kata darah dia jenis O?”

“Yup. Darah jenis O kan susah sikit sebab dia hanya terima darah yang sama dengannya. Bukan macam darah AB yang terima semua jenis darah,”

“Hafiza,”

“Ya,”

“Kalau aku derma darah aku, boleh ke?”

“Kau… kau darah jenis O?”

Dhia angguk. Wajah Hafiza berubah dari mendung kepada cerah.

*****

Alunan Surah Yassin begitu merdu kedengaran di telinga Mikhail. Seakan memanggilnya untuk sedarkan diri. Namun sebentar kemudian dia keliru. Ini bukannya suara Dhia?

“Aduh…,”

Dhia berhenti membaca Surah Yassin apabila mendengar suara Mikhail. Lantas dikejutkan Hafiza yang terlena dari tadi. Terpisat-pisat Hafiza membuka matanya. Demi melihat Mikhail sudah sedarkan diri, Hafiza terus menerpa ke arahnya.

“Mikhail, kau okey?”

“Sakit sikit,” adu Mikhail. “Aku kat mana ni? Kenapa kalian kat sini?”

“Kau kemalangan la. Kereta kau berlanggar dengan lori malam tadi,”

Dhia terkejut. Hafiza tak cakap pun pasal ni!

“Aku pengsan ke?”

“Tak la. Kau tidur mati. Apeda…,”

“Aduh…,”

Dhia hanya mendengar perbualan mereka berdua. Tidak terlintas walau sedikitpun mahu mencelah perbualan itu. Sebenarnya, dia tidak tahu apa yang ingin dibualkannya.

“Apa awak buat kat sini, Dhia?”

“Er…,”

“Mikhail, tadi dia…,”

Dhia genggam kuat tangan Hafiza. Kepala digeleng perlahan. Tanda dia tidak mahu hebohkan perkara itu.

“Kau suruh dia keluar sekarang juga,”

Dhia terkejut.

“Apa ni, Mikhail?”

“Kau suruh dia keluar sekarang juga. Aku tak nak tengok muka dia,”

“Dia datang jenguk kau, Mikhail. Sebagai kawan,”

“Aku tak nak jumpa dengan bakal isteri orang,”

“Bakal isteri orang? Siapa bakal isteri siapa?”

“Dhia. Bakal isteri Aaron,”

Dhia tergamam. Hafiza terkejut.

*****

Hafiza menulis sesuatu di dalam buku notanya. Sesekali, matanya dilirikkan ke arah buku rujukan yang menjadi tumpuannya ketika ini. Dia ingin cepat menyalin nota-nta penting yang terdapat di dalamnya. Beli? Buku itu sukar didapati di Malaysia. Oleh sebab itu, harganya mahal. Tidak mampu Hafiza membelinya.

“Assalamualaikum,”

Gerak lincah tangan Hafiza terhenti. Dia memdongak sedikit. Aaron berdiri di hadapannya, tersenyum sinis. Meluat Hafiza melihat senyuman itu.

“Kau tak nak suruh aku duduk ke?”

“Duduklah,”

Aaron mengambil tempat di hadapan Hafiza. Matanya tidak lepas daripada menatap setiap inci wajah Hafiza sehinggakan gadis itu menjadi sedikit rimas.

“Awak ni takde kerja lain ke?”

“Aku tengok kau je. Bukannya aku kacau kau pun,”

“Bukan pasal ni. Pasal awak dengan Dhia,”

“Kenapa dengan Dhia? Tak sihat ke?”

Hafiza menggelengkan kepalanya. “Awak tahu apa yang awak dah buat?”

“Buat apa?”

“Awak tahu kan Mikhail kemalangan?”

“Tahu. Kan berita kemalangan tu terpapar di portal pelajar,”

“Awak tahu tak dia kemalangan sebab awak?”

“Apasal aku pulak?”

“Dia kemalangan lepas jumpa awak,”

“Dia kemalangan sebab dia cuai! Bukan sebab aku!” suara Aaron sedikit tinggi.

“Tapi kenapa dia cuai? Dia leka. Kenapa? Fikirannya terganggu dengan apa yang awak cakap dengan dia sebelum tu. Betul tak?”

Aaron diam.

“Saya nak tanya awak, betul ke apa yang awak cakap dengan Mikhail tu?”

“Kau ni kawan siapa sebenarnya? Kawan Dhia ke kawan Mikhail?”

“Saya berkawan dengan sesiapa sahaja, termasuk awak. Tapi saya tak suka kalau ada orang nak runtuhkan hubungan antara kawan-kawan saya. Tak cukup lagi ke gosip awak dengan Dhia yang tengah kecoh ni?”

“So what? Aku cintakan Dhia. Aku akan buat apa sahaja untuk pastikan Dhia jadi milik aku. Kalau Mikhail mati terus malam tu kan lebih bagus!”

“Aaron!” terkejut Hafiza dengan kata-kata yang keluar dari bibir Aaron. Sungguh tak sangka…

“Orang akan sanggup lakukan apa sahaja kerana cinta,”

“Pernah tak awak tanya Dhia pasal perkara ni?”

“Tak perlu kot. Sebab aku tahu, Dhia sayangkan aku. Jadi kau jangan nak sibuk kacau daun,”

“Aaron!”

*****

“Baik-baik, Mikhail,”

“Terima kasih, mama,”

“Eh, apeda mama! Suka hati kau je panggil aku mama!”

Mikhail ketawa. “Maaf la Comot, aku terpanggil kau mama pulak,”

“Ah takde, kau sembuh nanti kau kena belanja aku makan. Suka hati je kau panggil aku mama. Aku belum kahwin lagi tau!”

“Kau dah ada calon ke?”

“Calong macam haprak ada la,”

“Eh apeda calong? Bila masa kau jadi orang Terengganu ni?”

“Eh, aku salah cakap la!”

Mikhail ketawa. Langsung terlupa sakit yang sedang dihadapi sekarang ini.

“Mama kau mana?”

“Penerbangan dari Hong Kong akan sampai malam ni. Dia tak boleh balik awal sebab semua penerbangan dah penuh,”

“Patutlah Mama kau minta aku jemput kau hari ni,”

“Erm, Comot…,”

“Apa dia?”

“Terima kasih,”

“Jangan buat drama Samarinda kat sini! Aku patahkan tangan kau kat sini kang!”

“Hui, garangnya!”

“Aku garang dengan kau je…,” Hafiza tersengih. Baru sahaja Mikhail ingin membalas kata-kata Hafiza namun…

“Mikhail sayang!”

“Alamak, dia dah sampai daa...,”

“Mikhail, aku pergi ambil kereta dulu ya,”

“Eh, tunggu la aku, Comot!”

“Kau tunggu kat situ. Biar aku ambil kereta,”

“Comot ni…,” namun Comot telah hilang di sebalik puluhan kereta di situ.

“Mikhail sayang!” Niki muncul betul-betul di hadapan wajah Mikhail. Hilang senyum di wajahnya.

“Kenapa keluar hospital tak bagitahu?”

“Kenapa saya kena bagitahu awak?”

“Mestilah you kena bagitahu I. I kan kekasih you,”

“Bila masa saya cakap saya kekasih awak?”

Pantas lengan Mikhail dipaut kuat membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

“Eh, sakit ke?”

Mikhail jeling tajam ke arahnya. Dah tahu lagi mahu tanya!

“Maaf la, apa kata Niki hantar Mikhail balik rumah?”

“Tak payah. Saya boleh balik sendiri,”

“You! You nak balik dengan siapa?”

“Dengan…,” Mikhail nampak kelibat Dhia di situ. “Dhia!”

“Apa? Dengan Dhia?”

Dhia yang mahu masuk ke dalam kawasan hospital terkejut apabila mendengar namanya disebut-sebut. Tambah terkejut apabila melihat siapa yang sibuk-sibuk menyebut namanya itu.

Niki dan Mikhail!

“Dhia, mari sini,”

Tanpa kata, Dhia menapak menghampiri Mikhail. Eh, apa yang aku buat ni?

“Saya balik dengan dia. Kenapa? Tak puas hati?”

“Eeee… kau memang tamak, Dhia!Mikhail kau nak, Aaron pun kau nak jugak! Jaga kau!”

Niki menghentakkan kakinya dan tersu berlalu dari situ. Dhia dan Mikhail saling berpandangan.

“Awak…,”

Dhia terus membuka langkah.

“Awak…!”

“Awak tak nampak ke tadi, macam mana Niki marahkan saya? Saya dah cakap, saya tak mahu ada apa-apa masalah lagi! Jadi jangan dekat dengan saya lagi!” Dhia terus berpusing membelakangi Mikhail.

“Kalau awak tak nak masalah kenapa awak yang jaga saya di sini?”

Dhia diam. Dia terus pergi. Namun hatinya merintih sepi.

Kenapa hati aku bagai dirobek dengan belati ni?

*****

Dhia melangkah longlai masuk ke rumah. Tidak dipedulikan Hafiza yang sedang terbaring di ats katilnya. Dia duduk di mejanya. Dicapai fail merah jambu yang terdapat di atas meja itu.

“Hafiza,”

“Iya,”

“Dah lama aku tak dapat surat merah jambu tu,”

Hafiza bangun dari pembaringan. “Kau rindu dia ke?”

Dhia mengeluh kecil. Namun dapat didengari oleh Hafiza.

“Rindu sangat kau dengan dia ni,”

“Aku terfikir, kenapa dia tak muncul saat begini? Aku betul-betul perlukan nasihatnya,”

“Mengadu dengan Allah. Itu lebih baik,”

Dhia pandang Hafiza yang sudah turun dari katil. “Betul cakap kau. Mengadu dengan Dia,”

“Tapi kan, waktu Asar belum masuk lagi. Kau dah solat Zuhur?”

Dhia angguk. Dia solat di hospital tadi. Sebenarnya tadi, dia nampak Mikhail di pintu hospital dengan seorang wanita. Tahulah dia bahawa Mikhail sudah dibenarkan pulang. Jadi dia mengambil keputusan untuk singgah di surau hospital untuk menunaikan solat Zuhur. Tapi lain pula jadinya.

Tapi Hafiza tidak tahu tentang itu.

“Apa yang kau buat kat hospital tadi?”

Erk!

“Tak kisah la. Eh, kau tahu tak yang Aaron nak meminang kau?”

“Apa?” ternganga Dhia mendengarnya. “Mana kau tahu ni?”

“Aku jumpa Aaron hari tu. Lupa pulak nak cakap. Kau macam mana? Kau terima dia ke?”

“Dia tak pernah tanya aku pasal perkara ni,”

Suasana sepi seketika.

“Hafiza,”

“Hurm…,”

“Aku rasa, aku buntu dengan perasaan aku sendiri,”

“Hah?” giliran Hafiza pula yang terkejut.

Previous: 09
Next: 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.