Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk
bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka
menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon
Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak.
Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung
nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apalagi si seksi yang membuatkan lelaki
hidung belang melopong mulut.
Namun pertama kali bertemu Qara Nisa... ada lagu cinta
merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah,
yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia.
Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya
ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak
selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.
“Kahwin dengan saya, saya akan jaga awak macam saya jaga
nyawa saya sendiri.”
Itu janji
Haq yang menusuk jauh ke hati Qara. Sebuah rumah berwarna
ungu dan keluarga sempurna, bagaikan indah di mata. Ya... pilihan perlu dibuat,
walaupun pilihan itu belum tentu menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan.