Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
15,323
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 33
"Aku rindu sangat pada Qinna dan anak aku..bila Perang Puak ni nak berakhir Ajim ?" lirih suara Al Qin. Sepasang matanya melirik sayu pada pandangan padang jarak padang tekukur yang terbentang saujana mata memandang. Dia kehilangan hitungan kali ke berapa peperangan ini meletus dan meletus. Bau seakan daging hangit terbakar menyelebungi seluruh ruang udara dunia halus mereka. Hijab yang memisahkan alam kasar dan alam halus sememangnya sangat membantu , kalau tidakk...


"Al Qin..sabar..tinggal lagi satu purnama sahaja untuk kau ambil Qinna semula..aku yakin, Qinna selamat disana..lagipun kanda kau dan semua kerabat kau sibuk dengan peperangan nih..tiada yang akan menganggu Qinna di sana.." ujar Ajim cuba menyedapkan hati sahabatnya.

"Aku harap macam tulah..maafkan aku Ajim..sebab fikiran aku yang tidak fokus pada peperangan kali ini, kau banyak kali terpaksa jadi perisai aku.."

"Heyy..itulah gunanya sahabatkann?" sahut Ajim sambil menepuk lembut bahu Al Qin. 

"Tapii..kau dah khabarkan pada ayahanda Tuanku? tentang zuriat kau yang dikandung Qinna?"

"Hurmmm..belum Ajim..aakuu..aaakuu belum ada keberanian untuk itu.."

"laaaa..Al Qin? Kalau Qinna selamat melahirkan anak kau, dia akan jadi satu-satunya zuriat Diraja bagi keturunan ayahanda Tuanku.."

"aku tahu Ajim"

"habis?? kenapa kau masih nak berahsia?"

"aku tak berniat nak berahsia..aku cuma bimbang keselamatan Qinna dan anak aku..kau tahukan? bukan Al Uwais sahaja yang gilakan takhta ayahanda aku? kau fikir kenapa peperangan ini meletus?" 

"haaaa..Al Qin..Al Qin..kalaulah aku boleh putarkan masa..aku takkan benarkan kau melihat langsung ke perut Nurbaya!" kesal bertandang dihati Ajim mengenangkan peristiwa hampir 25 tahun lalu..

Saat itu, ketika Nurbaya sarat mengandungkan Qinna, yang mengidamkan buah katak puru yang susah hendak di cari, menyebabkan Sayid Abdillah mengambil keputusan membawa Nurbaya bercuti disebuah kampung yang menawarkan eko pelancongan. Ketika Nurbaya sedang asyik menikmati buah katak puru, waktu itulah Ajim terpandangkan perut Nurbaya . Kerana sifat mereka yang boleh memasuki tubuh manusia hatta melalui liang roma, Ajim menjengah untuk melihat wajah bayi yang dikandung Nurbaya. "Wahhhh":..Ajim kehilangan kata.. dan apabila Al Qinn turut sama melihatkan pertumbahan bayi didalam kandungan Nurbaya, saat itu Ajim tahu, hati Al Qinn sudah terpaut pada Qinna Nur Laila.

                                             *********************************************************

Kelibat Ustaz Syafiqullah tidak lagi kelihatan di rumah yang pernah dia tinggal bersama Qinna. Bahkan rumah tersebut kelihatan seperti telah lama tidak berpenghuni. Ustaz Syafiqullah juga tidak lagi melawat Qinna dirumah mertuanya. Hancur luluh hatinya tatkala mendengarkan pengakuan Qinna yang tanpa segan silu mengakui telah terlanjur dengan Al Qinn. "Apa perlu aku berusaha menyelamatkan dia lagi? dia telah berzina dengan makhluk terkutuk tuh!!".. marah dan dendam mulai bercambah dihatinya. "Sampai hati kau Qinna, kenapa kau pilih dia? aku suamimu yang sah!!..aku akan ceraikan kau Qinna dengan talak 3!!" dengus Ustaz Syafiqullah. Janjinya yang mahu menyelamatkan Qinna daripada genggaman makhluk halus itu terbang melayang.  "Kalau ini pengakhiran yang kau pilih Qinna.."

Pintu kereta ditutup dengan kasar. Wajah Ustaz Syafiqullah keruh sekeruh air sungai selepas hujan. Dia memandu laju keretanya membelah  jalan menuju ke rumah mertuanya. "Aku enggan menanggung dosa kau berzina Qinna..aku akan lepaskan kau!" Walaupun hatinya sakit bagaikan ditikam puluhan pedang yang tajam, Ustaz Syafiqullah terpaksa menetapkan pendiriannya. 

"Ehhh..Syafiq?? masuukk..masukklahh nak".. ujar Nurbaya sebaik melihat Ustaz Syafiqullah tercegat dihalaman rumah.

"Kenapa lama tak menjenguk Qinna?"

"Maaf..saya sibuk sikit kebelakangan nih.."

"Kesian Qinna.. cuba Syafiq tengok.."ujar Nurbaya seraya meraih tangan Syafiq dan memimpinnya ke bilik Qinna.

Ustaz Syafiqullah hanya merenung kosong sewaktu dia melihat tubuh lesu dan wajah cengkung Qinna yang terbaring kaku diatas katil. 

"Dia terjatuh sewaktu nak solat Maghrib itu hari Syafiq"..sambung Nurbaya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.