Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
11,786
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 1

PROLOG

“Allahuakbar!!...tercungap-cungap nafas Qinna, berombak-ombak dadanya…nafasnya turun naik dengan cepat. Tangannya menggeletar

 mengusap raut wajahnya sendiri. Peluh dingin perlahan-lahan menuruni pipi putih gebunya. Anak rambut Qinna kelihatan basah dengan peluh

 dingin yang seakan tidak mahu berhenti mengalir.

“Kenapa aku?” Qinna mula bersoal dengan dirinya sendiri.“Siapa DIA?” Qinna berpaling ke sisi, Ustaz Syafiqullah, suaminya masih tenang

 dalam lena yang sedikit pun tidak terganggu. Dengan perlahan Qinna menuruni katil. Dia melangkah dengan cermat supaya tidak mengejutkan

 suaminya. Hati Qinna rawan. Mengadapkan wajahnya ke jendela, mata Qinna jauh menerobos gelap malam,entah kenapa, dia merasakan kekerapan mimpi itu semakin mengganggu rutin hidupnya. Seperti ada sesuatu yang memerhatinya, Qinna bingung.

******

“Maafkan aku Qinna Nur Laila”…wajah bersih dan mulus itu tidak sedar dirinya diperhati dan setiap pergerakkanya di ekori oleh aku… Siapa

 AKU? Aku hanya “seorang”..ehh bukan..aku bukan ORANG..aku..aku bukan seperti Qinna Nur Laila, pujaan hati ku itu…Dalam hayat ku yangmenjangkau jutaan tahun atau tepatnya usia sebenar ku ialah 4 juta 230 ribu tahun, baru kini hati aku diketuk hebat oleh perempuan keturunan

 Al-Insaan. “Qinna Nur Laila, sayangnya kau sudah berpunya. Perlukah aku terus melewati mimpi mu atau membuka saja hijab antara kita??”…

Al Qin Al Idrus meraup wajahnya resah. Dadanya terasa berat. “Perlukah aku benar-benar membuka hijab antara kita, Qinna Nur Laila?”.

******

Dia sedar akan perubahan pada isteri kesayangannya. Ustaz Syafiqullah tahu ada sesuatu  yang menggugah kehidupan Qinna. Walau wajah Qinna cerah azali, serinya sudah hilang. Entah kenapa terdetik di hati, Qinna Nur Laila menyorokkan sesuatu darinya. Apa yang dia cuba sembunyikan? Adakah Qinna curang pada aku, suaminya??... “arghhh pergi jauh-jauh Dasim tak guna!! anak kesayangan Iblis nih tak abis-abis Na k suburkan kebencian terhadap isteri aku!!”.. Ustaz Shafiqullah merenung belakang Qinna Nur Laila tanpa disedarinya,“buka hati mu

 Qinna...kita rungkai bersama apa jua yang melanda, kerna aku suamimu”…

******

 

 


 

BAB 1

MIMPI

“Asssssalaaaamualaikkkumm Cikgu!”…serentak salam diberikan oleh tiga puluh empat orang murid kelas 3 Jannah sebaik melihat Qinna Nur 

Laila terpacul di depan pintu. “Waalaikummussalam semua”, dengan lirikan manis Qinna menjawab salam daripada anak muridnya. Buku latihan 

murid diletakkan di atas meja guru di sudut paling hadapan kelas 3 Jannah.

“Baiklah semua, latihan dalam buku aktiviti Bahasa Melayu muka surat 24, dah siap ke?” soalan pertama yang terbit dari bibir mungilnya

 membuatkan kelas 3 Jannah riuh seketika.

“Arghhh…saya belum siapkan lagi Cikgu, seraya tangan diangkat, Fadhil Rahman mengakui kesalahannya.

Qinna mengangguk, “ada lagi yang belum siap?”

 “Semua dah siap cikgu, saya dah kutip semua,kecuali Fadhil cikgu”, ujar Balqish Umra, penolong ketua kelas, seraya menyerahkan buku aktiviti

  Bahasa Melayu yang di kutip kepada Qinna.

“Okay Balqish, terima kasih”, sahut Qinna dan tangannya segera menyambut huluran buku aktiviti daripada Balqish. “Baiklah semua murid-

murid, Cikgu ada mintak siapkan karangan betul tak? Daripada minggu lepas kan? Ada sesiapa dah siapkan?”, Mata Qinna melingas kiri dan

 kanan mengamati kesemua tiga puluh empat orang anak muridnya. Semua muridnya bagaimanapun hanya berpandangan sesama sendiri.

“Saya dah siapkan Cikgu”, Umar Habib mengangkat tangannya.

“Owhh…bagus.., yang lain? tanya Qinna lagi.

 “Lupa Cikgu”…hampir serentak anak-anak muridnya menjawab soalan Qinna.

“Aduhaiii la anak murid”…Qinna hanya mampu tersenyum… “nak aku marah, tengking-tengking kang dah macam mak nenek pula…hmmm, tak

 pe la, aku bagi esok hari last untuk siapkan karangan tuh”, getus Qinna dalam hatinya.

“Banyak yang tak siap la nih?”, kalau macam tuh semua kena siapkan karangan tu esok?!, pagi-pagi Cikgu nak semua karangan ada atas meja

 cikgu dalam bilik guru, faham semua?? Qinna meninggikan sedikit suaranya..”sesekali perlu tegaslah”..hati Qinna berbisik…Qinna mengalihkan

 pandangannya kepada Umar Habib.

“Boleh Cikgu tengok karangan kamu Umar?”,

“ni cikgu, seraya menghulurkan buku latihan karangannya, Umar Habib segera berlalu ke tempat duduknya.

“Karangan Umar tajuk Mimpi?” berkerut dahi Qinna tatkala dia memandang Umar Habib yang telah pun duduk di bangkunya.

“Yea cikgu Qinna, sebab saya selalu mimpi..hehehe” tersengih-sengih Umar Habib memberitahu sebab dia memilih tajuk karangannya.

“Kringgggggggggg…kringggggg…kringggg”…nyaring loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pertama telah pun habis. Sebentar lagi guru

 lain pula akan masuk dan mengajarkan subjek seterusnya.

“Baiklah kelas, esok jangan lupa siapkan karangan kamu semua okay??, Balqish, tolong kutip dan hantar ke meja cikgu esok pagi yek?? Qinna 

memberikan arahan.

“Baik Cikgu”sahut Balqish tersenyum.“Terima kasihhhhh Cikgu”..serentak murid kelas 3 Jannah mengucapkan terima kasih kepada cikgu 

Bahasa Melayu mereka.

 “Sama-sama kelas”,jawab Qinna sambil tersenyum. Qinna melangkah keluar kelas sambil ditangannya mengelek buku-buku aktiviti Bahasa

 Melayu murid-muridnya. “Sebab saya selalu mimpi cikgu..”terngiang-ngiang jawapan daripada Umar Habib di cuping telingan Qinna. “Argghh…

aku juga selalu bermimpi…bahkan semakin lama semakin kerap pula”..getus hati kecilnya.

“Bukkk!!..buku-buku aktiviti Bahasa Melayu murid kelas 3 Jannah jatuh bertaburan.   “Ehh..maafkan saya cikgu, saya tak sengaja, kecut dan

 halus suara murid yang terlanggar dengan Qinna memohon maaf.

“Haishhh..kamu nih,lain kali jangan berlari-lari macam nih, kan dah jatuh terlanggar cikgu?”,Qinna mencerlun matanya memandang kearah susuk kecil murid tersebut.

“Maafkan saya Cikgu..lain kali saya tak buat lagi..erkkkk..saya tolong cikgu kutip yek?”seraya tangan kecil murid itu ligat mengutip buku-buku aktiviti yang bertabur.

“..lain kali jangan berlari-lari lagi okay? Qinna mengambil huluran buku-buku tersebut dan tersenyum bagi meredakan resah di wajah murid tersebut.

“Baik Cikgu”, riang suara murid bertubuh kecil itu, dengan segera dia berlari anak meninggalkan Qinna.

“Laaa…baru saja pesan jangan berlari..” Qinna hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dengan langkah kemas, Qinna melangkah menuju ke

 kelas seterusnya. 


Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Qinna segera bergegas menyelesaikan tugas dimejanya. Dia enggan berlama-

lamaan di sekolah. Mahu sahaja dia segera terbang pulang ke rumah. “Alangkah bagusnya kalau aku ada sayap..tak yah susah-susahnak drive

kereta”, gerutu hatinya. “Nak mengadap jalan yang sesak satu hal lagi…aiyohhh..bosan betul”, sungut Qinna lagi. Hari ini merupakan hari

 istimewa. Qinna mahu segera sampai. Dia sudah merancang untuk meraikan hari kelahiran suaminya Ustaz Shafikullah. Ingin dibuat kejutan

 buat suami tercinta. Harapnya agar dia berkesempatan. Qinna memandu kereta dengan fikiran yang sarat dengan pelbagai perancangan

 untuk meraikan hari kelahiran suaminya. Hendak memasak kah? Hendak makan di luar kah?Hadiah birthday boy?”..Akhirnya

 Qinna memutuskan untuk membawa suaminya keluar makan diluar sahaja. Lebih menjimatkan tenaga.


Dia hanya perlu membelikan sebiji kek hari lahir perisa pandan kegemaran suaminya   dan hadiah birthday sahaja.. “Hmmm..okaylah

 tuh..lagi pun aku masih ada buku –buku aktiviti murid-murid yang perlu aku tanda malam nanti”…getus hatinya. Qinna memarkir keretanya

 betul-betul di bawah bumbung porch. Usai mengangkut segala macam khazanah dari perut kereta, Qinna mengunci keretanya. Mata Qinna

 melingas kiri dan kanan melihat keadaan rumahnya. “Allahuuu…naper la aku tak kemas umah sikits ebelum kuar mengajar tadi?”…penat 

matanya melihatkan keadaan ruang tamu rumahyang agak berselerak. Sakit mata dan hatinya.

Qinna, walaupun bukanlah seorang yang sangat pengemas, tetapi kalau barangan berselerak tetap dia tak gemar. Qinna mula lincah mengemas

 sudut-sudut ruang tamu rumahnya, bantalkusyen disusun rapi, majalah-majalah agama dan hiburan disusun kemas di bawah rak televisyen.

 Mujurlah dia bekerja sebagai guru. Sekurang-kurangnya, masih ada waktu sebelum suaminya pulang dari kerja. Mengahwini seorang ustaz, 

yang dijodohkan oleh keluarga pada mulanya agak sukar untuk dia terima. Apatah lagi ketika itu hatinya telah diserahkan pada seseorang.

 Siapa? biarlah rahsia.Hanya dia yang tahu, walaupun tidak pernah dia bertemu dengan pemilik hatinya di alam manusia.

 Yang ada hanya rasa, rasa sayang pada seseorang atau tepatnya,sesuatu yang tidak kelihatan dek mata kasarnya.


Bagaimanapun, Qinna tidak berniat membantah hasrat ibu dan abahnya. Pasti ada sebab kenapa ibu dan abahnya menerima pinangan

 daripada Ustaz Shafikullah bin Haji Daud  hampir lima tahun yang lalu.

“Sudah lima tahun rupanya…” Qinna seperti mengeluh. Betapa Ustaz Shafikullah bersabar dengan setiap ulahnya, bersabar dengan rezeki anak

 yang belum kunjung tiba. Bukan sekali dua Qinna mendengar orang keliling bercakap-cakap tentang dirinya dan suami. Kena buatan orang kah 

dia? Ada jin menumpangkah? Sebab itukah kandungan tidak pernah lekat?? Bukan sekali tapi sudah tiga kali dia keguguran!, Apa

 benih suaminya tidak cukup kuat kah? “Arghhh…semak kepala otak saja kalau aku fikir-fikir!”..Qinna segera mematikan lamunannya. “44 mulut

 tempayan boleh la aku tutup…tapi nak tutup mulut puaka seorang manusia bukan senang”..dengus Qinna. Hatinya sebal tiba-tiba.


“Prangggg!!!..Qinna bingkas menoleh ke arah bunyi tersebut. Terhenti sebentar dengupan jantungnya. “Ah..siapa pula??” Qinna

 melangkah perlahan menuju ke arah bunyi tersebut. Setahunya, hanya dia seorang sahaja dirumah ketika ini. “Oyen gamaknya”…sekadar 

menyedapkan hati sendiri, di rumah itu hanya dia, suaminya dan Oyen, kucing kampung berbulu oren kesayangan dia dan suaminya sahaja 

yang tinggal. Tapi, Oyen sudah lama tidak pulang ke rumah.Tidak ketahuan kemana hilangnya kucing peliharaan mereka itu. Semakin

 hampir dengan sumber bunyi tersebut, semakin berdebar jantungnya.

Perlahan-lahan dia menolak langsir putih berbunga kecil yang memisahkan ruang dapur dan ruangtamu, lalu menjengahkan kepalanya. Qinna

memandang sekeliling dapur, matanya melorot dari kabinet dapur, ke meja makan, ke dapur gas ke almari pinggan mangkuk kaca di sudut

 dapur. Mata Qinna terpaku seketika di situ. Bayangan susuk tubuh seseorang atau sesuatu berdiri, jelas kelihatan di cermin almari tersebut. 

Bertubuh tinggi tegap, berbulu halus berwarna putih kebiruan seluruh badannya, seakan bercahaya dan berSAYAP?? Wajahnya hampir tidak

 kelihatan.Samar-samar, tapi yang pasti mata makhluk itu seakan-akan merenung sayu kearahnya. Qinna segera berundur.

 “Allahhuakbar!” “Allahuakbar!!..”“Allahuakbar”!!..siapa KAU??” Qinna sendiri tidak pasti pada siapa dia bertanya.


Bayangan itu menghilang bagaikan kabus sebaik Qinna menyeru nama Allah. Qinna terduduk. Terasa lemah kakinya. Jantungnya masih deras

 berdegup. “Mengapa macam pernah aku lihat susuk itu?” hati Qinna rawan. Entah mengapa hari ini terasa sangat panjang. Perlahan dia 

meraup wajahnya..beristigfar berkali-kali. Qinna sedar dia perlu segera membereskan kerja-kerja mengemas rumah yang tertangguh dek tetamu

 tidak diundang tersebut. Qinna mengerling jam di tangan. “Arghhh..sudah pukul 3.30 petang?,aku belum solat Zuhur…Allahuuu..hampir saja aku

 terlupa”..bergegas Qinna menuju ke bilik mandi, selesai sahaja mandi, dia segera mendirikan solat Zuhur. Walau hatinya masih walang

 memikirkan peristiwa tadi, Qinna perlu segera bersiap.


“Kau dah kenapa?” soal Ajim, tajam pandangan matanya mencerlung melihat susuk sahabatnya, yang tinggi tegap,  berbulu halus putih

 kebiruan seluruh tubuh, dengan sepasang sayap putih tersisip kemas di belakang belikatnya.

“Kenapa apa? Salah ke aku nak tengok dia?” Al Qin mendengus sebal. Dia mengepakkan sayapnya sedikit tanda kurang berpuas hati. “Bukan

 aku muncul terang-terangan pun…sekadar bayangan sahaja”…getus hati kecilnya.

“Al Qin..kau jangan cari pasal. Keturunan kita dan dia tak sama!”. Ajim buat kali yang ratusan ribu, mengingatkan sahabatnya itu. Hairan dia

 melihat Al Qin. “Apalah yang ada dalam diri manusia perempuan yang bernama Qinna Nur Laila tu?”..bagi Ajim,Qinna tidak setaraf langsung 

dengan Al Qin.

“Kau kena ingat Qin..tidak pernah keturunan kau tidur sebantal, mimpi sekatil dengan golongan dia. Tidak pernah!” keras nada Ajim.

“Kau tahu kan Ajim..selama hidup aku yang dah 4 juta 230 ribu tahun ini tak pernah hati aku terbuka untuk sesiapa kan?” Al Qin membalas.

“Dah tuh? Kenapa sekarang?, kenapa dia? Apa istimewanya dia? Dia MANUSIA! Qin..dia bukan daripada bangsa kau atau aku!? Ajim menyoal, 

enggan mengalah.


Al Qin diam membatu. Dia tidak langsung menjawab pertanyaan sahabatnya, Ajim. Dia tahu, bahkan sangat sedar. Sumpahan yang dikenakan

 keatas bangsanya amat dahsyat. Tak mungkinlah dia boleh bersatu dengan cinta hatinya. Tapi…semakin lama semakin sayang itu kuat dan

 berganda-ganda. Semakin di simpan semakin sakit hatinya.Bukan sekali sebenarnya dia mengawasi Qinna Nur Laila. Boleh di katakan, hampir

 setiap masa, kecuali sekiranya dia di seru untuk menjalankan amanahnya. Al Qin  kaku disitu.

“Qin, lupakah lah manusia perempuan tuh…kau tahukan? Sumpahan keatas bangsamu pun tidak memungkin kau untuk mendapatkan zuriat mu

 sendiri?” Ajim bernada lembut cuba memujuk.

Sumpahan itu. Al Qinmerenung kosong kehadapan. “Arghhh…kenapa?? Ya Allah..kenapa beratnya sumpahan yang Kau kenakan ke atas

 bangsa ku?.” Al Qin masih lagi dibungkus sepi. Setiap kali di ungkit sumpahan keatas bangsanya, sakit hatinya tidak terperi, terasa seperti

 ditusuk-tusuk berulang kali dengan belati. Onar yang dibuat oleh oyang-oyangnya jutaan tahun yang lalu, menyebabkan bangsanya hanya

 berbaki 7000 sahaja.Disumpah pula Sang Penguasa, agar tidak bersambung zuriat keturunannya.

“Sudah la Qin..mari?”seraya menghulurkan tangannya kepada Al Qin, Ajim sudah bersiap mengibarkan sayap hitamnya.

“Maafkan aku Ajim,boleh beri aku waktu?”ujar Al Qin masih yang membatu di situ. Di atas sepohon Ara yang tidak jauh dari rumah Qinna Nur

 Laila. Matanya seakan menerobos keseluruhan rumah itu. Angin semilir malam itu sesekali meniup lembut bulu-bulu halus berwarna putih

 kebiruan di tubuhnya.


“Qin..aku tahu apa yang kau rasa..tapi aku pasti kau tak lupa apa yang jadi pada abang aku dulu kan??”Ajim sekali lagi mengingatkan. Ada

 sebab kenapa dia menghalang keras hasrat sahabatnya itu. Tak mungkin dia akan melupakan apa yang menimpa abangnya 1000 tahun yang

 lalu. Ajim sangat sedar besar padahnya kalau mereka membuka hijab antara dua alam, semata-mata kerana cinta. 

“Ajim,..aku…aku..sangat-sangat cintakan dia..” lirihan sayu Al Qin itu hampir mustahil didengar oleh Ajim.“Dari dia dalam kandungan lagi, 

Ajim..kau tahu kan??? sambung Al Qin sayu.

“Qin…tak boleh kah kau simpan saja perasaan tuh? Sahut Ajim yang dapat menangkap butir lirih Al Qin.

“Argghhh…ya Allah kenapa kau lemparkan perasan ini dalam hati aku?!”..Al Qin mendengus, meraup wajahnya dengan tangan menggeletar 

menahan seribu perasan yang bermukim dihati. Irasnya sama saja seperti manusia. Bahkan susuk tubuhnya juga sama.Bezanya kejadian

 mereka bukan dari Tanah tapi mereka diciptakan dari unsur air,udara dan cahaya,  oleh sebab itu tubuh mereka seakan mengeluarkan cahaya

 berwarna putih kebiruan dan mereka berbulu halus dan bersayap. Itu saja. Yang pasti makhluk sepertinya juga ada hati dan perasaan!.


Kibasan sayap kedua makhluk halus itu tidak didengari oleh sesiapa pun kecuali makhluk-makhluk halus lain yang turut menghuni alam yang

 sama. Berat hati Al Qin untuk terbang pergi meninggalkan rumah si pencuri hatinya. Apakan daya…ada urusan yang perlu diselesaikannya. 

Kalau tidak, pasti ayahanda nya akan mengamuk. Tak habis-habis dengan berperang. “Bukan dengan bangsa lain pun…dengan bangsa aku

 juga cuma lain puak sahaja!” getus hatinya, malas dan jemu bertangkai di hati Al Qin.“Tak pa lah, malam nanti aku akan ziarah dia lagi”…Al Qin

 berkira-kira dalam hatinya.

“Dalam mimpinya”…Al Qin menguntum senyum manis, seraya mengibarkan sayapnya dengan lebih laju. Kelajuan Al Qin Al Idrus terbang di 

udara jauh mengatasi pancaindera manusia, tidak tercapai dek kapal terbang yang paling laju pun yang pernah tercipta di dunia manusia.

Semakin ditekan pedal keretanya, Ustaz Syafiqullah semakin tidak sedap hati. Sesekali dia mengerling jam di tangan. “ Argh..kalau la tidak

 kerana aku menumpangkan nenek tua tuh…mesti sekarang dah sampai rumah”, rungut Ustaz Syafiqullah. “hishhh…tak baik betul aku 

nih..ikhlaskan hati Syafiqullah, dapat juga pahala,” gumamnya sendirian.  “Sudah 7.45 petang…lewat benar aku nih”.Waktu di antara Asar membawa ke Maghrib, dan berada pula di luar rumah bukanlah waktu kegemaran Ustaz Syafiqullah. Dia tahu sangat, waktu itu, umpama waktu subuh merangkak ke pagi bagi makhluk di alam sana. Jadi seeloknya, lebih baik berada dalam rumah, dengan pintu dan tingkap ditutup rapat-rapat. Pesan ibu dan abinya terpahat kukuh di hati. “ Kalau tak berada dalam rumah pun, kalau dalam kereta misalnya, cermin tingkap tuh..jangan dibiar terbuka, konon nak angin petang masuk..udahnya benda lain yang menumpang nanti!”.. masih terngiang-ngiang pesanan itu ditelinganya.

 

Qinna masih setia menanti di rumah. Sudah dua kali dia menjengah keluar. Tiada bayang pun.“Haii..kenapa lambat pula hari ni?, encik suami 

tahu ke aku nak buat surprise kat dia nih?” Hati Qinna mula berbolak balik. Resah tatkala matanya singgah ke arah jam dinding. “Dah

 hampir 8.00 malam nih…haishhh…lambatnya??” hati Qinna makin tak keruan. Peristiwa petang tadi masih bersisa di ingatannya. Qinna

 membatalkan hasrat membeli kek memandangkan jarak Bakery Husna, agak jauh, lagi pun sudah lewat petang. Dia tidak mahu tersangkut

 dalam kesesakan lalu lintas. Bagaimana dia nak sambut birthday suaminya tanpa kek? Macam tak lengkap pula. Sudahnya, Qinna

 menggunakan segala kepakaran yang ada, maka terhasillah sebiji kek pandan homemade khas buat suami tercinta.

Tapi, hingga ke sudah bayang si suami tak kunjung tiba. Qinna masih lagi setia menunggu di meja makandengan kek tersedia. Lilin di atas kek

 tidak dinyalakan. Bimbang pula kehabisan terbakar sia-sia lilin tersebut. Sesaat kemudian matanya tiba-tiba terasa sungguh berat.


“Salammualaik ya Qinna Nur Laila binti  Sayid Abdillah”…halus seakan berbisik.

Qinna tersentak. Matanya melilau mencari arah suara tersebut. “Siapa?” soal Qinna cemas. Kegagalannya mengesan empunya suara itu, 

dengan segera menyebabkan darahnya menderu-deru. Jantungnya mengepam udara dengan lebih pantas. Peluh dingin mulai merenik-renik di 

ubun-ubun kepalanya. “Siapa yang menyeru nama penuh ku?” Qinna teraba-raba dalam kegelapan. Dia tidak faham bagaimana dia boleh

 terperangkap dalam kegelapan itu. “Bukankah tadi aku sedang menunggu suami aku di meja makan?” hati Qinna mulai gusar.

“Siapa?” ulang Qinna.

“Aku..maafkan aku Qinna Nur Laila..” ujar si pemilik suara.

“Kau siapa?” ujar Qinna yang masih teraba-raba dalam kegelapan.

“Wahai tulang rusuk kiri ku, pulang lah segera kepada pemilik mu yang sebenar”, suara itu membalas tanpa memberikan jawapan kepada 

soalan Qinna.

“Tulang rusuk kiri?”berkerut dahi Qinna cuba memahami.

“Sudah terlalu lama Qinna..terlalu lama…sayangilah aku..terimalah aku”…suara itu kedengaran sayu dan lirih.

“Aku tak mahu…kau siapa hah??” Qinna mula panas hati..ditanya siapa tidak berjawap, alih-alih disuruh terima entah siapa-siapa..Perasaan

 cemas tadinya semakin reda, diganti dengan rasa ingin tahu yang tinggi ,bahkan ketakutan juga semakin hilang.

“Qinna Nur Laila..kau benar-benar ingin tahu aku siapa?” ulang suara itu mengajuk soalannya.

“Tak perlu kau terangkan..aku dah tak ingin nak tahu..kau yang bermain tarik tali bukan aku!,sekarang kau berambus! Jangan ganggu aku!”

 bentak Qinna semakin menyinga.

“Berambus aku cakap!”..sambil tangannya tergawang-gawang di udara seperti menghalau sesuatu.

“Qinna??..Qinna, sayang?”bangun…bangun sayang..”, Ustaz Syafiqullah tercacak disebelah Qinna. Digoyang lembut bahu isteri kesayanganya.

 “Bismillahhirahmanirahhim”.. di tepuk bahu isterinya tiga kali berturut-turut.

“Ahh??ehh…?!aa..abangg?..Qinna kat mana nih?” terpisat-pisat Qinna membuka mata..tangannya mengenyeh-genyeh mata yang pejam celik-

pejam celik..imej di hadapannya kabur.

“Kat rumah la sayang…”sahut Ustaz Syafiqullah sambil tersenyum.

“Lama Qinna tunggu abang tau…kenapa lambat sangat balik?” seraya matanya mengerling ke arah jam didinding. “ehhh dah pukul 9.30

 malam?, mimpi ke aku tadi?” gumam Qinna dalam hatinya.

“Dah abang balik ,Qinna halau pulak.. “berambus..berambus kau..”..haaa Qinna cakap camtuh tau tadi…kecik hati abang..” Ustaz Syafikullah

 berseloroh sekadar menutup resah dijiwanya. Entah kenapa dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengganggu isterinya. Persoalannya

 siapa?, galau hati Ustaz Syafiqullah bukan kepalang.

“Eh..mana ada Qinna halau abang…Qinna daripada tadi petang tunggu abang balik. Selalu abang awal…kenapa hari nih lambat?” 

Qinna menyoal.

“Tuhh..tuh..” muncung mulut Qinna menunjukkan kek pandan homemadenya.

“dah tak cantik dah creamnya.. sambung Qinna seakan merajuk.

“Maafkan abang sayang,bukan abang sengaja lewat..ada urusan sikit tadi..dah la, meh sini abang pujuk…kita potong kek sama-sama yek?

 Ustaz Syafiqullah meraih tangan Qinna,tanpa menyalakan sebatang pun lilin, kek itu di potong-potong kepada kepingan kecil.


“Selamat hari lahir abang..Qinna sayangkan abang..semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan

 Allah SWT hendaknya”..ujar Qinna tersenyum seraya menyuapkan potongan kek tersebut ke mulut suaminya.

“Terima kasih day ang…maaf yek? Abang tak sengaja lewat hari nih..kalau la abang tahu Qinnanak buat surprise!”.. ujar Ustaz Syafiqullah.

“Eh..tak surprise la namanya kalau dah abang tahu”..sambil tersenyum Qinna membalas. Hatinya lega bukan kepalang bila suaminya berada 

disisi. Perasaan resah gelisah lewat mimpinya tadi cuba di lemparkan jauh-jauh.

“Dah agak lewat nih abang, kita makan kat luar la yek? Qinna dah takde mood nak masak…hehehh”sambil tersengih Qinna memberikan

 cadangan kepada suaminya.

“Ye la..kita dinner kat luar je..cepat sikit siap,jangan lupa basuh muka tuh..sememeh ngan air liur basi”…

“Ehhh..mana ade? Abangni kannn??!” Qinna protes seraya jemarinya menghadiahkan cubitan halus ke paha si suami.

‘Auchhh…sakit la day yanggg oiii!”..Ustaz Syafiqullah mengerang manja.

Di satu sudut rumah tersebut, tanpa disedari oleh merpati dua sejoli itu, sepasang mata merah menyala merenung tajam seakan mahu ditikam 

susuk si suami dengan pandangan yang dilemparkan. “Huhh!!..” Dengusan dilepaskan oleh pemilik mata tersebut nyata mengandungi amarah

 yang menggunung. “Kalau tak kerana ada suaminya disisi,pasti Qinna akan menjadi milik aku!”, gumam Al Qin. Dia mula menyimpan

 dendam membara terhadap insan yang tidak pernah pun berdosa kepada dirinya.“Arghhh..dia pendosa..dia berdosa pada aku kerana

 merampas hak aku!”..Al Qin masih  lagi membatu di sudut rumah itu. Sebenarnya, di sudut berhampiran laluan menuju ke bilik utama itulah 

tempat dia di rumah Qinna.  Nyaris sahaja dia menampakkan dirinya pada  Qinna jika tidak kerana kemunculan suaminya yang membantutkan

 hasrat Al Qin.Dia tidak lagi mahu muncul hanya dalam mimpi mahupun secara samar bayangan sahaja. Dia mahu Qinna Nur Laila tahu dan

 sedar akan kewujudannya.

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh asmaya ally