Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
11,798
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 14
                                                                           AZRAIL 

"Arghhh!! ..kuranggg ajarrrrr"!!.. tempikkan Azrail bergaung di dalam gua kelam yang berbau tengik dan busuk. Marah benar dia tatkala kepala Farel tergolek di hadapannya. Kepala tanpa badan itu menyeringai tepat ke arahnya. 

"pangggg..." sepakkan kuat daripada Azrail menyebabkan kepala itu terpelanting jatuh jauh ke dasar kolam yang berada di tengah-tengah gua. Marah benar dia. "Aku akan pastikan perempuan manusia yang kau tanda itu mati!!", getus hatinya bersama dendam yang semakin membusung. 

                                                                **************************

"Kau apa?!" sambil menjegilkan matanya Ajim merenung tajam wajah sahabatnya.

"Aku bunuh si Farel tuh.." bersahaja nada Al Qin. 

"Qinn?? kau tahu kan Azrail tu konco kanda kau?..kau fikir Uwais akan biarkan macam tu sahaja?" berkerut kening Ajim masih melekat didahinya.

"Kau tahu apa yang cuba si bedebah tu buat pada Qinna?! Dia mencabul Qinna aku!! memang pedang aku lah makanannya!!" masih tersisa amarah pada nada Al Qin.

"Qinnn..pasti Azrail akan melaporkan hal ini pada Uwais, aku fikir buat masa sekarang kau patut kurangkan masa kau di dunia manusia. Yeaa..aku tahu kau sayangkan Qinna, cuma aku nak ingatkan kau, kita bangsa halus..dia bangsa kasar..mana mungkin dapat bersama Qin..kalau pun boleh, satu-satunya cara adalah dengan membawa dia ke dunia kita..aku tahu kau memang akan cuba bawa dia ke sini, tapi Qin..nyawa taruhannya.." panjang lebar nasihat Ajim pada sahabatnya.

"Aku dah bersama dengan dia, Ajim". Al Qin menundukkan kepala seakan sedikit kesal.

"Maksud kau apa?" soal Ajim.

"Aku..aku..erkkk..aku...dah tanam benih aku pada rahimnya"..Al Qin berterus terang.

"Apaaaaaaaa????!!! terbelalak mata Ajim kali ini. Rahang nya terasa seakan mahu terjatuh ke tanah.

"Aku terlalu sayangkan dia Ajim..kau pun tahukan?? tak ada sesiapa pun dalam bangsa kita yang dapat memutuskan hubungan kami Ajim. Aku akan pastikan Qinna selamat kalaupun aku terpaksa membawa dia ke sini." sambung Al-Qin.

"Kau dah bersenggama dengan dia? dia tidak menolak? kau memakai wajah manusia mu kan? kau fikir kalau dia melihat wajah sebenar mu dia akan merelakan dirinya di ratah oleh kau?" soal Ajim bertalu-talu.

"Satu-satu la sahabat..yea, aku dah bersetubuh dengan dia, dan dia tak menolak, memang aku memakai wajah manusia aku, aku fikir itu bukan satu masalah kan? lagipun wajah asal ku pun tidak lari dari iras manusia..hanya berubah bergantung pada niat manusia yang melihat ku, dannnn aku tidak "meratah" dia Ajim..aku sayang dan cintakan dia sepenuh hati aku!"..jelas Al Qin.

"keturunan kau kan sudah disumpah Qin? bagaimana mungkin?" Ajim masih bersoalan.

"Ntah la Ajim..cumaaa sewaktu aku bersama dia, memang aku pasti aku telah menanam benih di rahimnya..aku sangat berharap aku dapat membawa dia ke sini sebelum perutnya mulai memboyot.." sahut Al Qin.

"Kau tak bimbangkan keselamatannya Qin?? Membawa dia kesini, umpama meletakkan dia di atas bara api neraka Qinn", Ajim meluahkan kebimbangannya. 

"Aku ada kau kan Ajim?" seraya mempamerkan senyuman manis pada sahabatnya Ajim.

"Dahh agakkkkk"..sahut Ajim.

"Ajim, kau sahaja yang tahu rahsia aku ni..tolong jangan sesekali kau ceritakan pada sesiapapun!"

"Demi kau sahabat..kelaut api pun aku sanggup!" sambil ketawa kecil Ajim memberikan jaminannya.

Saat kedua mereka beredar, tanpa disedari, susuk tubuh hitam legam segera membuka langkah meninggalkan kawasan tersebut, setelah hampir kesemua maklumat yang didengari di hadam. "Aku perlu segera melaporkan pada ketua Azrail".

                                                               ******************************

Bilik tidurnya terasa berkuap. Panas membahang. Qinna kehairanan. Suhu pada pendingin hawa sudah pun 16 darjah Celsius. "Kenapa masih panas berkuap?" getus hatinya.

Qinna membaringkan tubuhnya di atas katil. Membolak balikan dirinya ke kanan dan ke kiri. Dia sedikit resah. Merasakan ada sesuatu yang berlaku pada dirinya namun dia benar-benar terlupa. "Apakah yang telah aku lakukan? kenapa aku seakan merasakan aku telah berdosa pada suamiku?" 

Anehnya Qinna langsung tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku. Seakan-akan memorinya telah dipadamkan oleh sesuatu. 

"Assalamualaikum sayang"..dengan senyuman manis Syafiqullah menegur sang isteri.

"Ehhh..walaikummusalam..lambat abang balik hari nih?" Qinna menegur.

"A'aah..banyak kerja sikit..terpaksa stay back".. ujar Syafiqullah.

"Qinna ok? nampak macam gelisah jea..kenapa nih?" seraya jemarinya cuba menyentuh dahi Qinna.

"Ehh..Qinna ok.."sepantas kilat ditepis tangan suaminya. Serentak dengan itu juga, Qinna memohon maaf.

"Erkk..takpe..takpe..kalau Qinna betul tak sihat, kita boleh ke klinik, nak??" ujar Syafiqullah. Memang dia keletihan, namun kalau benar isterinya sakit, dia tidak kisah untuk segera membawa Qinna ke klinik.

"Qinna ok..Qinna ok bang..sihat jea, erkk..jom Qinna temankan abang makan malam?" seraya tangannya meraih jemari Syafiqullah.

"Yealah..yealah..tunggu abang mandi dulu kay?? melekeit-lekit badan nih hah"..ujarnya sambil tersenyum.

Sewaktu Qinna dan sang suami melangkah keluar daripada bilik tidur mereka, langsung tidak mereka sedari sepasang mata merenung tajam pasangan itu. "Arghhh..aku mahu kau segera disisi aku Qinna"..gumam Al Qin.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh asmaya ally
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham