Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
104,481
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 36
"Ajim, katakan pada Ayahanda ku, aku mahu meluruskan urat belikat okay?" ujar Al Qin sambil mengenyitkan mata kiri nya pada Ajim. Al Qin membuka satu persatu armor di pakai. Dari seluar hingga ke baju besi hingga ke topi besi berupa kepala burung falcon. Kelihatan renek peluh membasahi ubun-ubun kepalanya. 

"huh?? kau nak kemana?" soal Ajim walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar daripada mulut Al Qin.

"arrghhh..kau..sudah geharu cedana pulak!!"..sahut Al Qin menguntumkan senyuman. 

Peperangan sengit antara puak dalam bangsa Al Hin telah pun seminggu lebih berlalu. Dan kemenangan yang berpihak pada puak Neotharndal disambut dengan penuh kegembiraan. Dimana-mana sahaja di dunia halus itu, pesta kemenangan diraikan dengan pelbagai jenis sajian, tarian dan keramaian. 

"Kau dah bersedia untuk satu lagi peperangan Al Qin?" soal Ajim sambil tangannya mengengam pergelangan tangan Al Qin kuat. "Kita baru sahaja menraikan kemenangan nih...aakuu.aakuu risau kan keadaan kau Al Qin?"..sambung Ajim resah. "Haahh..pasti kiamat kalau Al Qin membawa pulang Qinna kali ini!"..getus hatinya.

"Apa maksud kau Ajim?" ujar Al Qin  sambil mengerling ke arah jemari Ajim yang masih mengenggam kuat pergelangannya. 

"Al Qin, kau tahukan Qinna sedang sarat sekarang? cuma sahaja kandungan dia tidak kelihatan dimata manusia biasa..sebab dia mengandungkan anak kau..kau sanggup nak perjudikan nyawa Qinna dan anak kau?" Ajim masih bersoalan.

"habisss? kau nak aku tinggalkan Qinna dan anak aku macam tu sahaja?..kau patut lebih tahu hati aku Ajim!" tingkah Al Qin sedikit geram.

"hurmmm..kalau kau berkeras jugak..aku mengalah Al Qin...kalau perlukan bantuan, jangan segan cari aku okay? tapi sekarang aku nak jumpa Melati si buah hatiku..bukan kau jek ada buah hati tauu!'"..sahut Ajim tersenyum sumbing. Ajim segera mengibaskan sayapnya dengan laju, dia perlu cepat menyampaikan pesan Al Qin pada Al Idrus sebelum berjumpa Melati. 

"kirim salam aku pada Melati" jerit Al Qin sambil mendongak ke arah Ajim yang sudah pun sepenggalah terbangnya.

"baikkkkkk...aku gerak dulu..hati-hati Al Qin", ujar Ajim tanpa menoleh ke belakang. 


                                                ************************************************

"Salammualaik ya Qinna Nur Laila"..

"huh?" Qinna memusingkan tubuhnya mencari arah suara tersebut. Suara yang sangat dirinduinya sekian lama. 

"Qinna..sayang.."

"Al Qin?"

"Yea..aku datang untuk membawa mu pulang sayang.."

"Al Qinnnn..."serentak dengan itu, Qinna memeluk erat tubuh kekar Al Qin. Biliknya yang berkunci rapat dari dalam memberikan ruang masa yang luas untuk dia melepaskan kerinduan kepada Al Qin. Jemari Qinna mengelus lembut raut wajah Al Qin. Bibir mungil Qinna sedikit terbuka dan tatapan matanya merenung penuh kasih dan sayang terhadap Al Qin. Seketika kemudian, bibir keduanya bertaut rapat. 

"Nggghhh.hhghhh..uummmm"..Qinna mendesah kecil saat Al Qin melepaskan tautan bibir mereka.

"kemana orang tua mu sayang?" soal Al Qin setelah berjaya menenangkan gelora nafsu jantannya. 

"haaa..aku tak tahu.."

"kau sihat sayang?" soal Al Qin apabila dia menyedari tubuh Qinna susut serta kurus tidak seperti kebiasaannya.

"kau berseorangan sahaja dirumah? kau guna tak serbuk bunga hinganbana?" sambung Al Qin yang bimbang dengan keselamatan Qinna. Sewaktu dia memeluk Qinna, bau tubuh Qinna begitu lembut dan manis. Dia bimbang bau itu akan dapat dikesan oleh musuhnya.

"aa'ahhh..aku guna..aku takut kalau konco-konco abang kau datang masa kau berperang dulu.."

"bagus sayang..terima kasih sebab ikut nasihat aku"..sahut Al Qin senang hati.

"ehhh..peperangan puak kau sudah tamat?"soal Qinna semula. 

"yup..sebab tuh aku kesini..aku rindukan kau dan anak kita.." sahut Al Qin sambil jemarinya mengusap-ngusap perut Qinna. 

"Erkk..tttappi..ttaaapii peruttt akuu.."

"hmmm..jangan risau sayang..memang kandungan kau tidak kelihatan di alam manusia..kau mengandungkan  benih aku..bukan benih suami mu.." 

"haaaa..aku ada berita nak sampaikan pada kau pasal perkahwinan aku.."ujar Qinna sambil meraih tangan Al Qin. Dia mengucup lembut telapak tangan Al Qin sambil melemparkan senyuman penuh bahagia.

"aku dah bercerai.."sambung Qinna Nur Laila.


Previous: Bab 35
Next: Finale

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.