Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
104,506
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 30
Hati Nurbaya semakin resah. Sikap dan tingkah laku Qinna selepas dia "pulang" tidak sedikit pun menyerupai dirinya yang asal. Tiada lagi senyuman ceria diukirkan, tiada lagi celoteh manja Qinna bersembang dengannya, bahkan, Qinna seperti menjauhkan diri daripada keluarganya sendiri. Semenjak kepulangan Qinna juga, menantunya Ustaz Syafiqullah hanya menjengah sekali sahaja. "Marahkah dia dengan Qinna?" "Bertahankan perkahwinan mereka?" Sedang Nurbaya tenggelam dalam fikiran sendiri, telinganya menangkap azan yang mula berkumandang.


Sayup-sayup kedengaran suara azan menandakan peralihan waktu daripada siang ke malam. Maghrib mengjelang tiba. Nurbaya segera berwudhuk dan mendirikan solat, Panjang doa dipanjatkan seusai solat agar Qinna selamat daripada mara bahaya. 

Dijeling sekilas bilik Qinna, kelihatan pintu bilik Qinna terbuka luas, namun susuk Qinna tidak kelihatan. "Arghh kemana pulak Qinna ni?" Nurbaya tahu kepantangan terbesar bagi dirinya untuk membiarkan pintu dan tingkap terbuka pada waktu Maghrib. Ketika dimana waktu ini adalah waktu "punch in" untuk makluk halus mula bekerja. 

"owhhh..bulannnnnn aku rindduuuuuu..ooooohhhh..bulannnnnn..mmmmm" 

"huh?" Nurbaya kenal suara itu. Dia bergegas meninggalkan ruang tamu, sebaik sahaja menyudahkan solat Maghrib. "Qinna?" ujar Nurbaya perlahan sambil tanganya cuba menyentuh bahu Qinna. Qinna tercegat dibawah sepohon pokok dibelakang dapur rumah. "buat apa kat sini? dah Maghrib ni sayang..jom masuk rumah.."lembut ajakan Nurbaya pada anaknya.

"tak mauu..Qinna tak mau.."

"tak elok dok kat luar rumah waktu-waktu macam ni sayang..jom ikut ibu masuk rumah"

"aku cakap tak mau..tak mau laaa!! hisshhhh..orang nak tunggu cik bulan tu laaa"

"nanti dia datang aku tak da susah pulakk"..sambung Qinna diiringi ketawa kecil. Jemari Qinna kelihatan mengusap-usap perutnya.

"Qinna tunggu siapa?"

"Tunggu bapak budak dalam perut ni haaa...hmmmm..owhhhh bulannnnn..hmmmmm..bulannnnn"

"Qinnaaaaa..kenapa jadi macam ni anak ibu?" suara Nurbaya lirih dan sayu, diraihnya Qinna dan dipeluk rapat penuh kasih seorang ibu. 

Qinna terkebil-kebil menatap wajah ibunya. Pandangan mata Qinna kosong tiada bercahaya. Seolah-olah semangat Qinna dilarikan sesuatu. Tangan Nurbaya menyentuh perut Qinna dengan perlahan. Diusap-usap seolah mencari sesuatu. "Hmmmm...tiada pun tanda dia mengandung..tapiiii kenapa dia cakap macam tuh?"

"Ehhh kauu perempuann!! lepaskan aku laaa...aku nak duduk sini..aku nak tunggu dia datang ambil aku balik!"

"Qinna..jom masuk sayang..hari makin gelap nih..bahaya dok kat luar rumah malam-malam macam nih"..

"Tuhhh-tuhhh..nampak? Bulan tengah mengambang tuh..aku tau dia mesti datang malam nih.."

"Qinna..dengar sini sayang, apa pun yang berlaku ibu tetap sayangkan Qinna, abah juga..tapi ibu mintak sangat-sangat, jom masuk rumah yea..bahaya kat sini Qinna.."

Bunyi unggas malam semakin kuat berdesing. Keadaan belakang dapur rumahnya yang mengadap ke arah sungai dan belukar kecil menambahkan rasa gerun dihati Nurbaya. Tidak pernah perasaan itu hadir sebelum ini. Nurbaya mengenggam erat tangan Qinna. Selepas puas dipujuk, barulah Qinna bersetuju untuk masuk ke dalam rumah.  Mata Qinna tidak lepas memandang ke arah belukar kecil tersebut. 
"Klak" pintu dapur ditutup. Nurbaya segera membawa Qinna ke bilik air. "Ambil wudhuk Qinna..tadi lama kat luar..tak elok..lepas wudhuk nanti solat Maghrib ye Qinna"..

"hmmmmm.." Qinna menurut sahaja permintaan ibunya. Sebaik sahaja Qinna menjejakkan kaki diatas sejadah untuk menunaikan solat, tiba-tiba sahaja "ploppp"..Qinna jatuh terjelepok diatas sejadah yang dibentangnya.

 "Qinnaaaaaa!!!" 

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.