Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
11,645
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 28
                                                            7 PURNAMA


"Nghh..arghh"..terpisat-pisat Qinna sewaktu berusaha membuka matanya. Dia menoleh kiri dan kanan. Mata Qinna menatap siling putih. Kemudian melorot memandang keadaan sekeliling. "Kat mana aku nih?" Sewaktu Qinna berusaha untuk bangun, dirasakan sakit di tangannya seperti digigit semut api. "Owhhh..!!..hospital?" barulah Qinna tahu dia terbaring di atas katil hospital dengan drip di pasang pada tangan kanannya. Cecair jernih kelihatan mengalir melalui drip yang dipasang. "Tuk..tukk..tukk". Mata Qinna segera beralih ke arah pintu. 

"Siapa?"

"Abang ni Qinna.."

"huhh..masuklahh"

Sebaik pintu di buka kelihatan Ustaz Syafiqullah bersama dengan indvidu tidak dikenalinya selain ibu dan juga abahnya. Qinna berusaha bangun dan perlahan-lahan menyandarkan tubuhnya mencari sedikit keselesaaan. 

"Erkkk..Qinna, tak perlu..Qinna baring jea.." ujar Ustaz Syafiqullah dengan segera cuba menampung tubuh isterinya. 

"ehh..takk pee bangg..saya okayy.." sahut Qinna seraya di tepis lembut tangan Ustaz Syafiqullah.

"Qinnaaaaa anakk ibuuu!!" serentak dengan itu Nurbaya segera memeluk tubuh Qinna dan mencium wajah anak kesayangan berkali-kali. "Qinna ke manaaa nakkk??!" Linangan air mata Nurbaya berjerubai membasahi wajahnya. "Qinna ke mana sayang?"Soal Syahid Abdillah marah bercampur bimbang. Marah kerana anak gadisnya hilang begitu sahaja selama 3 bulan dan bimbang kiranya firasat dia menjadi kenyataan. "Tak mungkinlah berulang kan?!" Syahid berusaha menyorokan eksperesi wajahnya daripada Nurbaya. Nurbaya menghadapi depresi yang agak teruk sewaktu kali pertama Qinna hilang dan sekarang?! "Ya Allah..kau selamatkanlah anak gadis ku daripada mara bahaya!"

"Qinna..kenalkan, ini Ustaz Azhar", Ustaz Syafiqullah tidak mengambil masa panjang memperkenalkan Ustaz Azhar pada Qinna.

"Assalamualaikum Qinna Nur Laila".. dengan senyuman manis Ustaz Azhar menyapa Qinna.

"Waalaikumusalam Ustaz.." sahut Qinna perlahan. 

"maccammm..maana saya ada kat sini?' Qinna menyambung sambil matanya memandang tepat pada Ustaz Syafiqullah. Seingatnya, dia berada di rumahnya dengan Al Qin bila tiba-tiba suaminya muncul di pintu rumah. "Arghhhh.. Al Qin? kemana dia?" Qinna menundukan kepala. Fikiranya menjadi berat tiba-tiba. Entah kenapa hati Qinna terasa sakit yang teramat. Mengingatkan dirinya ditinggalkan secara tiba-tiba seperti itu. "Kau janji takkan tinggalkan aku Al Qin!..penipuuuu!!". 

"Qinna..lepas keluar dari hospital nanti Qinna akan tinggal dengan ibu dan abah yea?" ujar Nurbaya sambil membelai lembut rambut anak gadisnya.

"Ibu abah sihat?" sahut Qinna tanpa menjawab cadangan ibunya.

"Tuhan sahaja yang tahu Qinna..ibu kau ni hari-hari berendam air mata sejak hari Qinna hilang"..ujar Syahid Abdillah. 

"Owhh..maafkan Qinna ibu". Qinna meraih tangan ibunya dan dikucup lembut penuh kasih. Tak pernah terlintas dihatinya untuk membuatkan ibu dan abah bimbang dan risau dengan keadaan dirinya. Tapi Qinna juga sedar dia anak tunggal dalam keluarga. Hanya dia anak ibu dan abahnya. "Bagaimana mungkin dapat aku tinggalkan mereka?"

"Ustaz Azhar..saya ada satu benda saya nak cakap" Ustaz Syafiqullah menarik tangan Ustaz Azhar ke tepi dinding. Agak jauh daripada Qinna dan mertuanya. 

"Yea Ustaz? kenapa?"

"erkkk..sseebenarrnya..saya pernah di ganggu oleh makhluk selain daripada monyet liar besar yang saya cakap pada Ustaz Azhar tempoh hari".

"maksud Ustaz?" 

"waktu pertama kali saya di ganggu, saya hanya dapat mendengar suara sahaja Ustaz.."

"suara ?!"

"yaa..dan suara tu bagitahu saya, "setelah 7 purnama Qinna akan dipulangkan pada yang haq!"

"hurmmmm..." Ustaz Azhar sedikit gelisah. "Habislahh..adakah aku terlambat nak bantu Ustaz Syafiqullah?" gumamnya.


                                                       ***************************************

Sebaik sahaja keluarganya pulang, Qinna menyelubung tubunnya dengan comforter yang dibawa oleh ibunya. Doktor di hospital hanya membenarkan Qinna discaj keesokan hari. "Penipu!" hati Qinna masih panas mengenangkan sikap Al Qin yang terus menghilang."Kemana dia? kenapa dia tinggalkan aku? Apa akan jadi pada aku kalau konco-konco abangnya datang dan bunuh aku?" .. tubuh Qinna menggigil menahan kebimbangan. Tiada satu pun diluahkan pada keluarga sewaktu mereka melawat. Qinna merasakan adalah lebih baik dia menyimpan sahaja rahsia hubungannya dengan mahkluk halus Al Qin itu. "Kandungan aku pasti akan membesar kan? bagaimana nak aku sorokkan?" resah dijiwa semakin bercambah. "Al Qinnnnnn!!! dimana kauuuu?? bangsaattt!! pengecutt!! penipuuuu!!".. air matanya terasa semakin laju mengalir. 

"ssshuhh"..

"huh?"

"sshuhh..jangan menangis sayang.."

"kau?"

"yea..aku disini"

"kkkenapaaa barru sekkarang kau datangg?"

"maafkan aku Qinna..aku terpaksa serahkan kau pada suamimu pada hari kau jatuh pengsan di rumah tempoh hari.."

"huh?"

"kau manusia Qinna..aku bimbang dengan keadaan tubuh kau yang lemah..lebih-lebih lagi dengan keadaan kau sekarang..kau faham kan maksud aku?" ujar Al Qin cuba untuk mendekat dengan Qinna yang masih terbaring di atas katil. Namun langkahnya terhenti. Disekeliling katil Qinna terdapat lingkaran putih bercahaya yang menghalang Al Qin daripada terus merapati Qinna. Melihatkan Al Qin hanya tercegat Qinna kehairanan. 

"kau memang tak sayangkan aku lagikan Al Qin?" ujar Qinna perlahan.

"ttidakkk Qinna..ttolongg jangan salah faham".. Al Qin tahu, Qinna tidak dapat melihat lingkaran putih bercahaya yang memagari katilnya.

"dah tuhh?? kenapa kau tercegat di situ?'

"aahhh..Qinna..aakuuu..aakuu.." sukar untuk Al Qi jelaskan.

"kau penipu Al Qin! kau janji takkan kacau keluarga aku! tapiii.."

"Qinna..aku tak kacau ibu dan abah kau kan? aku tak pernah ganggu mereka!"

"owhhh..habis Syafiqullah bukan suami aku? dia bukan keluarga aku?" Qinna membentak.

"huhhhh??! Qinna..aku tak pernah pandang dia seperti suami mu sayanggg! Dia rival aku!"..

"kau tahukan kekuatan kau dan dia tidak setanding? bukankah kau cakap kalau aku rela mengikut kau seluruh keluarga aku akan selamat?"

"Qinna..aakuuu..aaakuu..arrghh..maafkan aku sayanggg!!"

"........................."

"Qinna..jaga anak kita dalam kandungan kau, dan dengar, aku Al Qin Al Idrus akan datang mengambil kau selepas cukup 7 purnama kau di sini!, walau apa pun yang terjadi Qinna!!'..aku berjanji dengan nyawa aku..Qinna Nur Laila binti Sayid Abdillah."

dan bayangan Al Qin di balik tabir putih menghilang sekelip mata.

"Al Qinnnnnn.." tangan Qinna tertahan di udara melihatkan bayangan itu lenyap begitu sahaja.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh asmaya ally