Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
104,404
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 24
                                                           KEPULANGAN

Kerinduan di hati Qinna menggunung tinggi. Ingatan kepada kedua ibu dan bapanya tidak pernah padam. Hanya sesekali dia merasakan cebisan rindu pada si suami Ustaz Syafiqullah. Qinna tahu perasaan sayang yang semakin terhakis buat Syafiqullah berpunca daripada kehadiran Al Qin yang semakin mengambil ruang cinta di hatinya. Walaupun dia benar-benar teringin untuk pulang ke alam manusia, sehingga kini Al Qin masih lagi enggan melepaskan.

 "Sudah berapa lama aku di alam halus ini?". Putaran masa yang tidak sama dengan alam manusia menyebabkan Qinna tidak dapat membezakan waktu di sini. Entah bila siang akan berakhir entah bila malam akan menjelma..kadang-kadang siangnya terlalu panjang dan malamnya terlalu sekejap, kadang-kadang malamnya bagaikan kesiangan. Sesekali keluhan Qinna terkeluar daripada mulut. "Arghhh..bila aku boleh jumpa ibu dan bapa aku? anak-anak murid aku macam mana?"

"Ehh..Qinna, terkumat kumit mulut tuh?! jampi apa?" Al Qin menegur. Langkahnya dipercepatkan agar segera sampai di sisi Qinna.

"aa'ah..mana ada jampi apa-apa..aku rindu nak balik ke alam manusia..izinkan aku balik Al Qin" ujar Qinna separuh merayu. Mata Qinna melirik memandang tubuh tegap Al Qin yang sudah pun didepan mata. 

"sayangg..aku boleh benarkan kau balik..tapi dengan syarat.." 

"huhh??betul nihh??"

"iyaa..betul..kau cuma perlu pastikan setiap malam Jumaat, kau akan  menyapu herba ini di setiap sendi tubuh kau..termasuk menyapunya di wajah kau"..Al Qin menyambung seraya menghulurkan bungkusan seakan uncang kecil berwarna merah jambu.  

"ehh..hmmmm wanginyaaaa" ulas Qinna sambil hidungnya menghidu uncang tersebut. 

"kenapa aku perlu guna benda alah nih?"

"bukan benda alah Qinna..kalau kau mahu selamat, tolong gunakan herba nih.."

"apa nama herba nih, dan apa fungsinya? bagaimana pulak aku akan selamat kalau guna benda nih?"

"namanya serbuk bunga higanbana atau serbuk bunga kematian...kawan aku yang dapatkan untuk kau, bila aku hantar kau ke luar daripada alam ini, pastikan kau jangan lupa menyapu serbuk ini di setiap sendi kau..setiap malam Jumaat..aku ulang, setiap malam Jumaat. 

"untuk apa?" berkerut kening Qinna.

"bau serbuk ini akan memagari bau tubuh kau, juga ia telah bersatu dengan bau tubuh aku, aku pasti dengan cara ini, sekurang-kurangnya bau kau tidak akan dapat dikesan oleh konco-konco Azrail mahupun kanda aku Al Uwais. 

"maksud kau nyawa aku dalam bahaya kah?" 

"hmmm..aku mahu kau berterus terang Qinna..kau mengandung atau tidak?"

"kenapa kau tak jawab soalan aku tadi? aku dalam bahaya kann?"

"Qinnna Nur Laila..dah banyak kali aku cakapkan..kau adalah nyawa aku..cinta hati aku..dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan kau selamat..bukan sahaja di alam halus tetapi juga di alam manusia"..

"kenapa aku dalam bahaya Al Qin..jawab pertanyaan aku?"

"Qinna..kakak ipar aku Mikalya,masih belum melahirkan zuriat penyambung takhta diraja bangsa Al Hin. Keberadaan kau disini membahayakan kedudukan kanda aku Al Uwais."

"erkkk..apa maksud kau?"

"sebab tuh aku nak kau cakap jujur dengan aku sebelum bidan diraja datang nanti. Tolong jujur dengan aku..kita dah dua kali bersama Qinna..mustahil kalau kau masih belum mengandungkan benih aku.."

"kau bersama aku kerana mahu aku mengandungkan anak kau?! bukan sebab kau sayangkan aku? kau cakap kau sanggup mati untuk aku, kau memang jenis lidah bercabang kan?!!" nada Qinna meninggi tiba-tiba.

"Qinna..buubukkan itu maksud aku..ma..maaf sayanggg.."

"kau juga gilakan takhta ayahanda kau macam abang kau kan?!"

"Qinna..bukan itu yang aku maksudkan..tolong jangan salah faham sayangg..keselamatan kau masih keutamaan aku sekarang"..

"baikkkk..kau nak aku jujur dengan kau kan?..sejujurnya aku nak balik ke alam manusia sekarang jugakk!! bawak aku balik sekarang jugakkk!! Qinna menjerit lantang. 

"haaahh.." serentak dengan itu tangan Al Qin menekup mulut Qinna dan segera menenangkannya.

"sabar Qinna..kenapa kau menjerit-jerit macam nih? Aku akan hantar kau balik lepas kita jumpa bidan diraja tuh. Jangan risau, aku akan pastikan keberadaan kau disini hanya diketahui oleh aku, sahabat baik aku dan bidan tuh sahaja." 

"arghhhh.."Qinna mendengus dan  meronta-ronta mahu melepasan diri daripada pelukan Al Qin.

                                                   *********************************************

"Macam mana Mak Nggal?" 

Mak Nggal perlahan-lahan meraba-raba perut Qinna menggunakan juraian tali perutnya. Dia penanggal, mana ada tangan?..

"hmmmm..kalau ikut firasat aku, memang benih Tuanku sudah berada di rahim perempuan manusia nih...tapii.."

"tapi apa?"

"Tuanku masih  belum memperisterikan dia, walaupun Tuanku telah menanda dia sebagai pasangan?"

"erkkk,...tapii apa Mak Nggal? jawab persoalan aku dulu"..Al Qin mendesak..

"Aku cadangkan Tuanku ikat terus dia disini..maksud aku, kahwini dia, Tuanku tidak menanda isteri orang kan?" sambil mata Mak Nggal mencerlun tajam ke arah Al Qin.

"erkk..akkuu..aku akan jelaskan nanti...tapi apaaa Mak Nggal?"

"hmmm..kalau Tuanku mahu dia dan kandungannya selamat, biarkan dia mengandung di alam sana..bukan disini.. tapi ikat dia dengan pernikahan yang sah.. dengan cara itu, anak Tuanku akan menjadi penyelamat kepada dia dan Tuanku"..

"maksud Mak Nggal memang sah Qinna mengandung?" bercahaya wajah Al Qin.

"yeaa..dia mengandungkan benih Tuanku.. tapi masih sangat baru..hati-hati dengan kandungannya.."

"Qinna"..Al Qin tersenyum memandang Qinna.

"Aku tak peduli..aku nak balik sana sekarang juga!!" ujar Qinna berang.

"Tuanku, ragam orang mengandung ni macam-macam..aku harap Tuanku boleh bertahan.."senyuman sinis terukir di hujung bibir Mak Bidan Nggal.

"baikklah Mak Nggal, ingatt!! jangan sesekali pecahkan rahsia pertemua kita hari ni pada sesiapapun.. kalau aku terdengar yang tidak-tidak kepala Mak Nggal yang pertama aku buru!! ujar Al Qin memberikan amaran. 

Seketika kemudian, kelihatan kepala Mak Bidan Nggal melayang-layang keluar daripada sarang  penginapan Al Qin. 

Qinna masih lagi mendengus marah. Tiada riak gembira diwajahnya sewaktu dikhabarkan dia mengandungkan anak Al Qin. "Qinna?..kau marah sebab mengandungkan benih aku?"

"huhhh.." Qinna memalingkan wajah. Dia turut membelakangkan  Al Qin. "Sayangg..tolong laa..jangan macam nih.." Al Qin cuba memujuk.

"baikklahh..aku akan hantar kau balik ke alam sana hari ini juga, cuma, pastikan kau jangan lupa pesanan aku!..lagi-lagi kau sekarang membawa benih aku,tolong jaga kesihatan diri kau sayang!"

"hmmm.." hanya itu jawapan balas Qinna.

"Kita akan bertolak petang nanti untuk kesempadan pintu dunia Halsar. Untuk waktu ini, aku harap kau dapat bersabar dulu yea.."

"Aku tak sabar nak pulang ke alam manusia Al Qin..tempat aku bukan di sini!!.. hati Qinna berbolak balik antara kerinduan buat orang tuanya, dan juga sayang yang semakin bercambah buat Al Qin yang bukan manusia biasa.


                                                                     


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham