Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
11,795
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 18
                                                                           JANIN


Malam yang tanpa bintang sebutir pun di langit direnung penuh asyik oleh Al-Qin. Hitam pekat seluruh semesta tidak sedikit pun mendatangkan gentar di hati. Dia sudah biasa begitu. Lagipun keupayaan mata makhluk halus seperti dirinya sangat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan manusia. Kalau dalam keadaan gelap gelita seperti sekarang pun dia dapat melihat dengan jelas, apatah lagi di siang hari?..

Cumaaa, makhluk sepertinya kurang menggemari sinar mentari. Panah membahang dan berkeringat!! barangkali itu yang menyebabkan bau badan manusia mudah dibezakan daripada makhluk yang tak nampak dek mata.Al Qin tahu pada tubuh manusia terdapat sistem kelenjer peluh yang merembeskan sisa toksin dalam bentuk keringat yang sebenarnya berfungsi sebagai penyejuk tubuh manusia. 

Golongan mereka juga mempunyai cara untuk menyejuk badan cuma kerana keadaan fizikal mereka yang amat berlainan antara satu sama lain, mana mungkin golongan halus menggunakan cara yang sama seperti manusia ?..."kalau jembalang air,yang berumah di maura dan alur lautan tentu-tentu tidak perlu menyejukkan badannya kan?"... 

Mungkin juga kerana itu, mereka lebih gemar keluar dan melakukan aktiviti harian di malam hari walaupun hakikatnya di dunia mereka tiada istilah siang atau malam. Aktiviti mereka pula lebih kepada satu perkara sahaja. Menyesatkan manusia. "Ahhggg..hisshh.hisshhh" lintasan haruman tubuh Qinna yang melewati hidung Al Qin sedikit meresahkannya.Kembang kempis hidung Al Qin mencium bau tersebut.

Bau tubuh Qinna amat berbeza daripada manusia lain. Tubuh Qinna menghasilkan bau yang kuat dan Al Qin tahu bau yang harum itu turut dapat dihidu oleh makhluk halus lainnya. "Argghhh..tengah datang bulan kah dia? kenapa semakin kuat bau yang dihasilkan?"desis Al Qin sewaktu dia bertenggek di pohon ara tidak jauh dari rumah Qinna. 

Al Qin merenung tajam ke arah susuk Qinna yang kelihatan sibuk memasak sesuatu di dapur. "Masih sama.." getus hatinya. Tiada sebarang perubahan ketara pada bentuk tubuh Qinna. Al Qin tidak pasti adakah dia gembira atau tidak dengan keadaan Qinaa sekarang. Jauh di sudut hati ,Al Qin berdoa alangkah bagus kalau Qinna mengandungkan benihnya!. 

Alasan itu cukup kuat untuk dia membawa Qinna ke alam mereka. Sekiranya Qinna mengandungkan zuriat keturunan bangsa Al Hin, Al Qin pasti ayahandanya tidak akan bertindak semborono menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka.

 Rahim Qinna juga sentiasa di "bersihkan". Sepanjang usia perkahwinan Qinna dengan Ustaz Syafiqullah,  Al Qin sentiasa memastikan tiada janin daripada zuriat lelaki itu boleh hidup lebih daripada 4 minggu dalam rahim Qinna. Hampir setiap keguguran yang terjadi ke atas diri Qinna, dialah penyebabnya!!. Tidak sedikit pun Al-Qin merasa sekelumit  rasa bersalah terhadap Qinna apatah lagi Syafiqullah yang dianggap merampas insan kesayangannya!.

                                                                ********************************

"Heyyy!" tepukan yang kuat di bahunya hampir sahaja menyebabkan dia hilang imbangan. "Arghh kauuu!!..tak reti bagi salam ke?" sedikit tinggi nada suara Al Qin.

"Dah kau asyik sangat dok tenung Qinna tu macam nak telan dia, apa hallll??" Ajim menjuihkan bibirnya

sambil membetulkan posisi di dahan pohon ara tersebut. 

"Aku risau nih Ajim.."

"Hmmm.."

"Kau pun tahukan maksud aku?"

"Bau dia makin kuat kan?"

"Yaaa..dan sangat lembut dan wangi..aakkuu..takut kalau aku pun tak dapat menahan diri aku Ajim"..

"Kau fikir aku macam mana? kau tahu sekarang aku sedang menahan nafsu yang menggila nak makan dia?" ujar Ajim dengan pancaran cahaya merah menyala dari matanya yang melihat lurus ke arah Qinna.

"Pakkk..hiayakkk!!" serentak dengan itu satu tumbukan padu dilepaskan tepat ke wajah Ajim.

"Kedebukkkk!!!"

Seperti nangka busuk jatuh ke bumi begitulah Ajim yang tergolek ke tanah. Ajim bingkas dan mendongak memandang tepat pada wajah Al Qin. "Kauuuu!!!" sambil jari telunjuknya menunding ke arah Al Qin. "Apaaa?" Al Qin menjerit dari atas pohon ara. 

"Lainkali mulut tuh berlapik skit bila bercakap!!..suka hati kau jea cakap nak makan Qinna aku!!" jerkah Al Qin. 

"Okayy..okayy..aku mintak maaf!!" sahut Ajim yang enggan memanjangkan cerita.

Ajim mengibaskan sayapnya dan dan sepantas kilat bertenggek semula di sisi Al Qin. Ajim tahu, pada Al Qin keselamatan Qinna adalah keutamaannya sekarang. Apatah lagi, Al Qin bukan setakat telah menanda Qinna sebagai pasangan tetapi juga telah bersatu dengan Qinna. Bau Al Qin juga sedikit sebanyak telah berlegar disekeliling tubuh Qinna. 

"Arghh..parahhh..kalau ketahuan dek ayahanda dan kekandanya, "desis Ajim. Walaupun Al Qin cuba memberitahu kepada ayahandanya tentang Qinna, namun kehadiran Al Uwais yang membawa kepala Dayang Ku Lanka Permana tempoh hari menyekat peluang Al Qin untuk berbicara. "Aku perlu cari masa yang sesuai untuk beritahu ayahanda, kalau tidakkkk.. masaaakkkk akuu!!"

"Ajim...boleh aku tanya kau sesuatu?"

"Pasal apa?"

"eerk...pasalll..pasall..kakak ipar kau.."

"huhhh..kenapa pulak dengan dia?"

"hmm...macam mana dia hidup dengan abang kau dulu?..maksud aku dia pun manusia kan?"

"haaa..kau nak tahu rahsia macam mana abang aku sembunyikan bau tubuh kakak ipar aku dulu kannnn"

"bagitau la Ajim.."

"ginilahhh..aku pun sebenarnya  tak tahu sangat macam mana atau apa yang abang aku buat pada kakak ipar aku dulu, cuma yang aku perasan tiap kali mahu tidur, kakak ipar aku akan sentiasa disorokkan dibawah kepaknya..tapi mungkin juga abang aku ada mengunakan herba-herba yang boleh kurangkan bau manusia pada kakak ipar aku..."

"yang sorok kat kepak tu tak jadi hal..tapi kalau aku kena panggil berperang macam mana aku nak tinggalkan Qinna sorang diri nanti?"

"ahhh kauu Qin.. berangan sungguh..belum tentu si Qinna tu nak ikut kau ke alam kita!" tingkah Ajim mematikan angan Al Qin.

"Nanti kau bantu aku dapatkan herba-herba tuh ya Ajim..owhh,,macam mana pertemuan kau dengan Syafiqullah tempoh hari?"

"bab herba tu kau kena tunggu lama skit laa..sebab aku kena geledah balik rumah lama abang aku..tapi bab jumpa suami si Qinna..hhmmm..aku rasa dia mungkin terkincit dalam seluar kot lepas dengar suara aku!!..ahahhahahahaha.." ujar Ajim seraya berdekah-dekah kuat mengenangkan keadaan Ustaz Syafiqullah yang pengsan tempoh hari.

"Beria dia cabar aku..aku pun apa lagiiii..ingat jantan sangat!!..hahahahha, sekali pinsan bahhhh!" Ajim mengajuk percakapan Sabahan.

"hahahahahha...amek habuannn!!" Al Qin mengiakan.

                                                          ***********************************

Selesai mengemas dapur, Qinna beringak ke ruang tamu. Bacaan ayat suci Al Quraan berkemundang daripada corong radio kecil yang terletak diatas rak deko tidak jauh daripada televisyen. Sambil mengusap-ngusap perutnya, mulut Qinna terkumat kumit mengikuti bacaan ayat suci tersebut. Sudah seminggu tidur Qinna terganggu. Qinna dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku pada dirinya. 

Tetapi dia benar-benar lupa. Hampir seminggu jugalah Qinna tidak tidur sebilik dengan sang suami. Hidungnya menjadi sangat sensitif dengan bau badan Ustaz Syafiqullah. Lincah jemari Qinna turun naik menekan screen telefonnya melayari laman sosial sewaktu perkataan "ibu" terpapar di screen menunjukkan terdapat panggilan untuknya. Segera ditekan ikon telefon yang berwarna hijau.

"Heloo..assalamualikummm" terdengar suara lembut di hujung telefon.

"Waalaikumsalammm  ibuuu!!" girang sekali Qinna mendengarkan suara si ibu.

"Qinna sihattt? dah makan ke?"

"Alhamdullilah sihat buu..dah makan tadi..ibu sihat?"

"Sihat....suami?"

"Owhh..aahh..abang Syafiq sihat-sihat jaa buu"

"Ye ke..takde apa-apa berita ke?"

"Ehh..berita apa buu?"

"Alaahhh Qinnaa nihhh..sudah geharu cendana pulakkk?"

"Alamakkk ibuuu..Qinna kena sambung ke ?"

"Hahhaah..tak payahh..nihh ibu serius nak tanya..belum ada lagi ke?"

"hmmmm..entah la ibu, badan Qinna tak sedap seminggu dua nih"

"haaa..tak sedap macam mana tuhh? ada rasa pening-pening? mual? demam?"

"iskkk ibu nihhh.. bukan tu lahh.. Qinna cuma rasa macam jadik pelupa pulak sekarang nih!"

"laaaaa...dah minum semut banyak sangaatttt..."

"ibuuuuu...mana der Qinna minum semut! Qinna minum air laaa!"

"okaylahh..okaylahh..ibu nak bagitau nih, minggu depan ibu dan abah nak datang rumah Qinna.."

"owhh..boleh-bolehhh! datang la ibu, Qinna pun rindu sangat dengan ibu dan abah!!" gembira bukan kepalang Qinna mendengarkan hasrat ibunya.

"kan cuti sekolah, jadi boleh la Qinna bawak ibu dan abah jalan-jalan kan??"

"Yea-yea!!..boleh sangat buuu!" senyuman manis menguntum di bibir Qinna.

"hmmm..okaylah, jap lagi abah kau balik, nanti kita sambung lagi yea? kirim salam kat menantu  ibu yea?"

"baik ibu..assalamualaikummm" 

"waalaikumusalamm" 

                                                 ***************************************

Kerana kepenatan, malam itu Qinna terlelap seketika di atas sofa di ruang tamu. Dia menunggu kepulangan Syafiqullah yang tidak juga sampai-sampai. Akhirnya mata Qinna tidak mampu lagi menahan kantuk. Sesaat kemudian, Qinna yang masih mamai merasakan seperti ada sesorang yang mengangkat tubuhnya. Tetapi sepasang mata Qinna terlalu berat untuk dibuka. Maka Qinna membiarkan sahaja tubuhnya diangkat. Dia betul-betul tidak berdaya. 

"Tidur lahh sayangku..." 

Suara itu bagaikan menyentap hati Qinna, susah payah dia berusaha membuka matanya. Dengan pandangan yang kabur, Qinna mengerlipkan mata berulang kali. Susuk tubuh itu bingkas bangun selepas meletakkan Qinna di atas katil. "Tunggu"..Qinna bersuara sambil tangannya memegang hujung jari Al Qin. 

"Kenapa lama kau tidak jumpa aku?" soal Qinna sambil berusaha bangun dan menyandar di kepala katil.

"Aaa..aku ada urusan yang perlu dibereskan.." Al Qin bersuara.Sedikit gugup.

"Ada apa-apa yang kau mahu beritahu aku?" Qinna melontarkan rasa hati.

"Maksud kau?"

"Aku tahu kau ada sesuatu yang kau sorok dari aku kan?" mata Qinna membugar kembali. Kali ini susuk kabur itu jelas di matanya. Mahkluk yang berwajah kacak persis manusia dengan mata yang cantik berkilau, sayap yang putih kebiruaan, rambut yang hitam panjang mengurai..badan yang tegap dan sasa..daaannn..saat itu mata Qinna melorot melewati kawasan intim Al Qin. "Arghhh..ke situ pulakk!" 

Menyedari dirinya ditatapi sebegitu rupa, oleh insan kesayangan, Al Qin semakin tidak senang berdiri. Di kibas-kibas lembut kepaknya buat menghilangkan resah hati. 

"Apa yang kau sorok kan dari aku?" Qinna kembali menekan persoalan tersebut.

"Ahh..tiada apa lah Qinna..apa saja yang perlu aku sorok dari kau?"

"Kenapa aku selalu mengingati kau akhir-akhir ini? apa kau dah buat pada aku selain tanda yang kau tinggalkan nih?" ujar Qinna sambil jemarinya mengelus belakang pelipis telinga yang tertera tanda seakan  tatoo yang menandakan dia pasangan Al Qin. 

"Bila dah tiba masanya nanti, kau akan tahu Qinna." ujar Al Qin.

"Bila tuh bila?"

"bila tiba masanya..cuma aku nak pesan, jaga diri dan kesihatan kau Qinna..dannn kalu boleh elakkan keluar di waktu Magrib okay sayang?"

"kenapa?"

"sebab aku sayanggg kan kau...tolong dengar cakap aku.."
"hmmm...sini kau"

Al Qin mendekat sedikit pada Qinna yang masih menyandar di katil. Qinna mendongakkan kepalanya dan memandang tepat ke arah mata Al Qin. "wahhhh..cantik betul mata dia, kagum Qinna dengan keindahan mata Al Qin. Perlahan-lahan  Qinna mengangkat tanganya dan disentuh lembut raut wajah Al Qin. Dupp..dapp..dupp..dappp.. terasa mahu tercabut jantung Al Qin.  Qinna mendekatkan wajahnya dengan Al Qin. Nafas dan bau tubuh Qinna menyesakkan dada Al Qin. "Aku tahu kau ada mengambil memori aku kan? kau kata kau sayangkan aku!..kembalikan memori aku supaya aku dapat ingat siapa kau di hati aku!".. Al Qin tersentak dengan permintaan Qinna. "Arghhh..sudah sampaikah masanya?"






Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh asmaya ally