Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
105,018
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 29
                          PERANG PUAK! 

“Ayahanda!! kita harus segera menggerakkan batalion di dermaga, kalau lambat puak Poppy akan menyerang balas!!” ada resah dihujung kata. Al Uwais tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya. 

Rancangan untuk memgenakan adindanya Al Qin terpaksa ditunda. Dalam keadaan sekarang adalah lebih baik dia mengembleng tenaga bersama  Al Qin untuk membantu Ayahanda mereka Al Idrus memenangi perang puak yang bakal meletus. 

“Berapa kekuatan batalion kita di dermaga Selatan?” soal Al Idrus.

“40,000 li Ayahanda”

“Musuh kita? Kau tahu anggaran kekuatan mereka?” 

“Kurang lebih 25,000 li sahaja..tttaapii”

“Tapi apa?”

“Ada desas desus yang anakanda dengar.. puak Poppy akan dibantu oleh puak Narsise  Ayahanda!”

“ hah?? Puak Narsise?”

“ Ayahanda, puak Narsise jumlahnya kecil tapi puak mereka terkenal dengan kebengisan dan keganasan, tubuh mereka juga lebih agam dari puak kita Ayahanda, kekuatan seorang dari mereka menyamai hampir 20 bangsa Hin puak kita Ayahanda”.

“ urghhh..” Al Idrus mendesah seketika. “Kenapalahhh Tuhanku?? Kenapa lahh kau hukum bangsa Al Hin sebegini rupa?” Daripada 7 puak utama dalam bangsa Al Hin, hanya empat puak sahaja yang masih kekal didunia  selepas Nabi Adam turun ke bumi. “Aku perlu satukan semua puak bangsa Al Hin!.. aku perlu menang peperangan ini!”

“Kau tahu dimana Al Qin?”

“Aargh.. kenapa Ayahanda bertanyakan dia?”

“Jawab saja pertanyaan aku!”

“Kalau tak silap perkiraan anakanda, dia berada di dermaga Utara.”

“Panggil dia mengadap!” 

“Titah dijunjung Ayahanda Tuanku” ujar Al Uwais seraya mengangkat sembah dan berjalan mundur ke luar daripada Bilik Kemangi. 

                          *************************

“Al Qin, kau dengar kan khabar dari dermaga? Bangsa jembalang air sudah semakin banyak naik ke daratan?” soal Ajim.

“Yeaa.. aku tahu..”

“Perang akan meletus lagikan Al Qin?”

“Ayahanda aku yang arahkan bangsa jembalang air naik ke daratan..”

“Huh?! Untuk apa?”

“Untuk selamatkan dioranglah!.. kau tahukan bangsa jembalang air kesemuanya betina?”

“ erkkk.. owhhh.. yealahhh” sahut Ajim sambil menggarukan kepalanya. 

“Macam mana dengan Qinna kau?”

“Aku dah hantar dia ke alam manusia, buat masa sekarang aku terpaksa bantu kekanda aku untuk memerangi puak Poppy. Puak aku Neonthardal pernah sekali kalah kepada mereka.. tak mungkin Ayahanda aku mahu kekalahan itu berulang!”

“Kau tak bimbang kalau puak Poppy mengesan anak kau dalam kandungan Qinna?”

“Aku dah bekalkan Qinna dengan dua uncang serbuk bunga higanbana.. aku harap dia akan gunakan sebaik mungkin!”.

“Al Qin, aku akan kerahkan semua jeneral bangsa Jin untuk membantu puak kau dalam peperangan ini! Dasim di pintu utara, Zanbar di pintu selatan, Zinnara di pintu timur dan Qodim di pintu Barat.” 

“Aku percaya kau akan bantu puak aku Ajim.. cuma aku dengar perkhabaran yang kurang baik”

“Maksud kau?”

“Puak Narsise.. khabarnya mereka akan membantu puak Poppy!”

“Huhhh???! Biar betul Al Qin?”

“Aku harap tak betul la Ajim..”

“Puak Narsise lebih agam daripada puak aku..cuma nasib baik puak aku bersayap tapi puak mereka tidak..kurang-kurang masih boleh terbang melarikan diri lebih pantas kalau keadaan semakin memburuk di medan perang nanti”..sambung Al Qin. 

“Arghhh.. ni semua bala Al Qin!”

 “Bala atau tidak, kita tak punya pilihan Ajim..aku akan lupakan dulu perselisihan antara Al Uwais dengan aku, lebih baik aku membantu dia dan ayahanda memerangi puak Poppy..” 

“Tapi.. perang ni akan ambil masa yang lama Al Qin”

“Kita perlu pastikan kemenangan puak aku dalam tempoh 7 purnama Ajim!”


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham