Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
105,077
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 35
"Panggggggg!!!"..Ustaz Syafiqullah tersentak. Tamparan kasar daripada Sayid Abdillah mengejutkan dirinya. Berbekas tamparan itu pada pipi. "Tergamak kau nak ceraikan isteri kau dalam keadaan dia seperti sekarang nih hah Syafiq?" jerkah Sayid Abdillah yang meluru masuk ke bilik. "Suami apa kau nih?! kau ingat kami suka-suka kahwinkan kau dengan Qinna? Ayah kau dah berjanji akan bantu kami menjaga Qinna, dan dia pinangkan Qinna untuk kau!..tapii?? hanya sebab Qinna terlanjur dengan mahkluk tuh kau nak ceraikan dia? Syafiq? Qinna tuh bukan dirinya lagi..dia tak sedar apa yang dia buat!!..kau sebagai suami sepatutnya bantu dia Syafiq!!"..sambung Sayid Abdillah dengan nada marah bercampur kesal. Saat itu, Nurbaya terjelepok disisi katil dengan juraian air mata. Dalam kekaburan, dia mengusap lembut ubun kepala Qinna yang masih terlena seolah-olah tiada apa yang berlaku disekelilingnya.


"iiibuuu..aaabahh.." Qinna perlahan-lahan membuka matanya seakan bertindak balas pada usapan ibunya. Mata Qinna tidak bermaya. Tiada segaris cahaya kehidupan pada sinar matanya. Renungan mata Qinna hambar melihat susuk tubuh Ustaz Syafiqullah yang masih memgusap lembut pipinya. 

"Qqqiinnaa..aarghhh..Qiinnnaaa.." Qinna tidak dapat menghabiskan baki ayat. Hakikatnya dia dapat mendengar dengan jelas ungkapan cerai daripada mulut si suami sebentar tadi. "Arghhh..akhirnya.." Qinna tersenyum sumbing. 

"Aabbahhh..iibuu..kkalau abang Syafiq nak ceraikan Qinna, Qinnaaa redha..Qinna redha ibu..abahh"..sambung Qinna semula. 

"Qinnnaaa...maafkan abang.."..

"hurmmm..takkkpee lahhh..abbangg..mungkin jodoh kita setakat ni sahaja.." dan bibir Qinna mengukirkan senyuman hambar. 

"Qinna? kenapa nakkkk?? kenapaaa?? soal Nurbaya. Air mata nya kembali merembes. Berjurai-jurai membasahi pipi. Sungguh Nurbaya bimbang dengan keselamatan Qinna. Kalau dia bercerai dengan Ustaz Syafiqullah, tiada lagi tali yang dapat menambat Qinna dengan dunia manusia. 

"Abanggg??" wajah Nurbaya cemas. Dia meraih tangan Sayid Abdillah. "Kalau makhluk jahanam tu tahu Qinna dah sah bercerai macam mana? tujuh purnama hampir berlalu banggg!"..resah kedengaran dihujung kata. 

"Syafiq, aku sungguh kesal dengan sikap kau!!..keluar kau sekarang!!..keluarr!!." tinggi melengking suara Sayid Abdillah. Hati tuanya bergelora menahan amarah pada menantu yang pernah diharapkan untuk membantu nya memastikan Qinna kekal di dunia manusia. Namun apa kan daya.. jodoh mereka tidak panjang seperti yang dirancang.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.