Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
11,642
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 11
                              TANDA II


Mata Qinna melilau tidak ketahuan. Sesekali bibir dikertap kriangt-kriutt bunyi giginya. Wajah Qinna bertukar keruh. Mata Qinna dikerdip-kerdip menahan sakit. Entah mengapa, kehadiran Pak Kiai Hasbullah beberapa malam lepas menyebabkan tanda di belakang pelipis telinganya membahang semula. 

Qinna pasti ada sesuatu yang dibuat oleh Pak Kiai Hasbullah hinggakan terasa benar bahangnya tanda tersebut. Namun, Qinna mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan tidak menceritakan hal tersebut kepada suaminya. Entah kenapa, Qinna merasakan perasaan yg aneh dalam dirinya terhadap Al Qin. Seolah-olah memang dia pernah mengenali makhluk itu.

“Terima kasih Cikgu!!”.. Qinna tersentak. Rupanya dia masih berada dalam bilik darjah. Cepat-cepat Qinna melontarkan senyuman manis buat anak muridnya dan melangkah keluar daripada bilik darjah. 

“Cikgu Qinna!..”

“Ehh.. yea.yea.. saya, ada ape Cikgu Harris?”

“Cepat-cepat jalan nih nak kemana?”

“Erkkk.. ehhh masih ada satu kelas lagi Cikgu.. tu yang nak cepat nih!” 

“Owhh.. okay, kalau Cikgu rasa kurang sihat cepat maklum yea Cikgu.. nampak pucat sangat muka tuh”..

Qinna senyum dalam paksa. Dia tahu memang tangungjawab Cikgu Haris sebagai guru kaunseling untuk memantau keadaan emosi murid dan juga guru-guru. 

“Takkk.. saya okay jea Cikgu”... Qinna segera membelok di hujung selekoh yang memisahkan arahnya dan Cikgu Haris. Malas dia mahu berbasa basi lebih lama.

Habis sahaja waktu mengajar, Qinna bergegas menuju ke kereta. Entah mengapa, hatinya seperti dipanggil-panggil oleh seseorang atau sesuatu. Qinna benar-benar ingin segera sampai ke rumahnya. 

Laju sahaja kereta Qinna membelah jalan menuju ke rumah. Sebaik sahaja dia memarkirkan keretanya, Qinna segera membuka daun pintu. 

“Arghhh.. tiada apa pun...! Kenapa lah aku beria-ria bawa kereta bagai nak gila tadi?” hati kecil Qinna bermonolog.

“Rindu saya kot?”

Qinna tercegat seketika. Nafasnya tertahan-tahan. Saat yang sama, dia terbau haruman yang mewangi memenuhi ruang rumahnya.

“Kau?!” 

“Yealahh..mungkin sebab Qinna rindukan saya kot” dengan senyuman menguntum di bibirnya Al Qin nyata gembira melihat susuk Qinna.

“Kenapa tanda yang kau tinggalkan jadi panas semula?” Qinna segera melontar persoalan. 

“Maaf...aku pun tiada jawapan untuk persoalan kau.” “Pada hemat aku, mungkin itu petanda yang kau sepatutnya kembali pada aku”.

“Kembali pada kau?”

“Qinna, rapatkan wajahnya dengan ku..”

Mata Al Qin saat itu merenung tepat ke dalam mata Qinna. Entah kenapa, waktu itu juga Qinna merasakan kehangatan kasih pada pandangan Al Qin.  

Tanpa membantah, Qinna merapatkan wajahnya pada Al Qin. Qinna menjadi semakin biasa dengan situasi itu. Situasi bertemu dengan makhluk yang dia sedari bukan dari golongan manusia.

Tangan Al Qin mengusap belakang pelipis telinga Qinna. Sejuk. Qinna merasakan sensasi hangat, pijar dan membahang itu semakin menghilang. 

“Qinna..” Qinna mendongak menatap wajah Al Qin yang memandang tepat pada wajahnya.

“Mahukah kau kembali pada aku seperti dahulu Qinna?” Semakin lambat kau memberikan jawapan, semakin aku bimbang dengan keselamatan kau Qinna.”

“Apa maksud mu?”

“Aku telah menanda mu Qinna..itu sudah cukup untuk menjadikan kau sasaran puak yang membenci keturunan ku!”ada resah di hujung kata. 

“Kau tahu aku isteri orang kan?”

“Yea.. aku tahu.. aku sedar..cumaaa.. sewaktu aku menanda mu dulu, aku tak fikir kau akan berkahwin bila sahaja kau menjengah usia dewasa.” “Kau tak pernah pun kenal suami kau sebelum berkahwin kan? Seperti mana kau kenal aku? Kita?”

Qinna terdiam. Jelas tergambar di ingatannya, bagaimana ibu dan ayahnya beria-ria menyuruh dia menerima pinangan Ustaz Syafiqullah.  Waktu itu, tiada sekelumit pun perasaan hadir buat tunangnya. Dia hanya mahu menjadi anak yang baik. Maka berkahwin lah dia dengan Ustaz Syafiqullah. Namun tahun demi tahun, dia menanti zuriat yang tidak  kunjung tiba. “Masih sayangkah dia pada aku?” 

“Qinna..kau nak tahu kenapa setelah bertahun kau berkahwin kau masih gagal dapat zuriat?” 

Dahi Qinna berkerut. Matanya masih lagi tertancap pada susuk Al Qin. 

Tangan kanan Al Qin mengusap lembut perut  Qinna yang terlindung dek lapisan baju yang disarung.Senyuman terukir di bibirnya. 

“Rahim ini, khusus untuk zuriat kita sahaja Qinna”.. 

Mata Qinna membulat. Mulutnya terbuka sedikit mahu membantah namun sepantas kilat bibir mungilnya di cium lembut oleh Al Qin. “arghhhmmmm” Qinna terkesima. Lembut bibir Al Qin yang menyentuh bibirnya benar-benar menggoladak jiwa. 

Penasaran Qinna sewaktu Al Qin melepaskan ciuman yang bertaut. Perlahan matanya dibuka. Merona merah wajah Qinna. Selama ini, rasa rindu yang tidak berkesudahan yang sering mengusik hatinya pasti disebabkan lelaki ini!. 

“Kau pasti beranggapan aku perempuan jalang kan?”

“Kenapa kau cakap begitu Qinna?”

“Kerana aku merelakan kau merasai bibirku, mengelus wajah ku, dan memeluk tubuhku..”

“Qinna...kau milik aku sebelum dia.., jadi tolong lahh.. kembali kepada aku Qinna”..

“Tapiii..tapii..itu tak mungkin berlaku..taakk mungkinnn!”

“Qinna??!” 

Qinnaaa?! Terasa badannya digoyangkan-goyangkan,Qinna  lantas membuka matanya. Wajah Qinna berkerut seribu. Ustaz Syafiqullah tegap berdiri didepannya. 

“Kan abang dah pesan kalau nak rehat pun, kenalah bersihkan badan dulu...kan dah mimpi yang bukan-bukan?” “Qinna..Qinna..


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh asmaya ally