Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
128,950
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Finale
"Akhirnya kita bersama jua kan sayang?" senyuman manis menguntum di bibir Al Qin. Qinna telah bebas selamanya  daripada cengkaman suami tak gunanya itu. "Aku janji aku terus melindungi dan menyayangimu Qinna sayang"..ujar Al-Qin seraya melepaskan sebuah kucupan hangat di bibir mungil Qinna. Qinna mendesah lembut. 

"Kau, aku dan anak kita akan hidup sebagai keluarga yang bahagia Qinna..aku janji!".Qinna tersenyum bahagia. Pancaran mata Qinna saat memandang tepat pada wajah Al-Qin jelas menjadi bukti nyata, hatinya telah lama dimiliki oleh Al-Qin. 

"Qin..kalau apa-apa terjadi pada aku sewaktu melahirkan anak kita, aku harap kau jangan tinggalkan aku.." ujar Qinna sambil mengusap lembut perutnya yang kempis seperti anak dara. Tiada langsung tanda-tanda dia mengandung pada pandangan mata manusia biasa. Hanya Qinna yang dapat merasakan setiap gerakan halus makhluk hybrib yang sedang membesar didalam tubuhnya. Selama pernikahanya dengan bekas suami, tak pernah Qinna merasa sebahagia ini. "Akhirnya aku dapat menjadi seorang ibu..akhirnyaaa Tuhan kabulkan doa aku.." Qinna tersenyum bahagia.

"Qinna..kenapa cakap yang bukan-bukan?..kau tahu aku sanggup berperang dengan sesiapa saja yang cuba menyakiti mu kan sayang?" ujar Al-Qin. Wajahnya berubah sedikit keruh. Sejujurnya, dia masih kelelahan selepas perang yang melanda alam mereka. Mujur juga kemenangan berpihak pada bangsanya, maka dia dapat mencuri masa untuk bersama Qinna kesayangannya.

Berita Qinna sudah bercerai juga ibarat paracetemol buat dirinya, hilang segala kesakitan dan luka peperangan juga tidak bersisa.  Al-Qin merasakan sudah tiada lagi halangan maha besar untuk dia hadapi seandainya dia berhajat membawa Qinna tinggal bersamanya di alam sana. Tempat paling selamat untuk kesayangannya itu adalah tinggal di sisinya. "Qinna perlu di jaga keselamatannya  24 jam" desis hati Al-Qin. 

Al-Qin sedar, bau tubuh Qinna yang amat lembut dan wangi, akan mendedahkan Qinna kepada bahaya yang sekali gus dia pasti akan dapat dihidu oleh kuncu-kuncu abangnya. "Sayang..kalau aku bawa kau ke alam aku, kau mahu? aku akan pastikan kau kekal bahagia dan selamat sayang...tiada siapa lagi yang dapat pisahkan kita, kecuali kematian.." ujar Al-Qin sambil memandang lembut penuh kasih ke dalam mata Qinna.

"Betul ke ni?" sahut Qinna "kau selalu berjanji..tapi kau juga meninggalkan aku berbulan lamanya..tinggal sahaja aku tak menjadi gila akibat rindukan kau Al-Qin..kau tahukan?" 

"Qinna..maafkan aku sayang..maafkan aku..kali ini, aku janji aku takkan sesekali meninggalkan kau lagi.." aku janji sayang..aku janji aku akan sentiasa bersama kau selepas ni..hanya maut yang akan memisahkan kita Qinna...hanya maut yang mampu pisahkan kau dan aku"....


                                                                            -Tamat-


nota: Al-Qin part 2 akan menyusul..terima kasih pada semua pembaca siapa pun anda..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.