BAB 7: TIBA DI MADINAH

Dan
di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "Arab"
ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah;
mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka
(bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka
berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar. (Surah
At-Taubah, Ayat 101)
Penerbangan
dengan NAS Air ke Madinah mengambil
masa kira-kira tujuh jam. Tidak terasa sebarang letih atau penat.
Banyak
laluan penerbangan merentasi benua dan lautan luas telahku dilalui, tetapi
pengalaman terkena “air pocket” ketika berlepas dari Langkawi sewaktu bertugas ke
KLIA memang amat mengesankan. Kami bersyukur kerana destinasi hampir tiba.
Sepanjang penerbangan anak syurga kami iaitu Iris tidur selepas saja mengambil
makanan, mungkin kerana keletihan.
Aku
tidak banyak menghabiskan masa untuk tidur kerana