
Demi
sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan
pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia
diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati
mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas
mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. (Surah Al-Fath, Ayat 18)
Hari
ke 9 Isnin 20 Mei 2013. Selepas selesai Solat Subuh berjemaah di Masjidil
Haram, semua jemaah kembali ke hotel Mesna
Mawaddah. Bersarapan pagi kerana tepat jam 8.30 pagi, kami akan bergerak ke
Hudaibiyah.Pada hari ini diadakan aktiviti lawatan ke ladang unta dan
menziarahi Masjid Hudaibiyah untuk bermiqad, berniat ihram umrah.
Ladang
unta yang terletak kira-kira 30 km dari Makkah memang menjadi tumpuan jemaah.
Ustaz Zul berkata “Kita nak pi tengok artis padang pasir.” Memang unta glamour macam artis. Itu belum kira yang
mengambil kesempatan bergambar bersama unta di kandang.
Perjalanan
dari hotel Mesna Mawaddah diteruskan
apabila semua jemaah siap sedia. Ketua kumpulan memastikan semua jemaah yang
akan mengikut ke Hudiabiyah telah berada di dalam bas.
Jemaah
lelaki semuanya memakai ihram kerana selepas melawat ladang ternakan unta,
perjalanan akan diteruskan sehingga ke Masjid Hudaibiyah. Di sana jemaah perlu
berniat ihram untuk mengerjakan umrah, samada umrah sunat atau umrah Badal.
“Siapa
yang nak buat umrah sunat, niat umrah sunat,” Ustaz Zul mengingatkan Jemaah.
“Siapa
yang nak buat umrah untuk ibu atau bapa yang meninggal dunia, niat umrah Badal. Ingat yang telah meninggal dunia
saja,” Ustaz Zul sekali lagi mengingatkan niat ihram, mengikut tujuan Umrah.
Kami
semua telah memakai ihram bergerak menaiki bas merah itu. Isteri dan anakku,
Iris tidak mengikut kami kerana cuaca di padang pasir agak panas, tambahan pula
Iris kurang sihat. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul,
Iris tidak mengikut ziarah kali ini.Biarlah Iris tinggal di dalam hotel.
Kami
berhenti di tepi lebuhraya atau jalan yang dikenali sebagai “Old Mecca Jeddah
Road”. Kelihatan banyak bas yang membawa Jemaah berhenti di sana. Ladang unta
berkenaan diusahakan oleh Kaum Arab Badwi, yang hanya terdiri daripada
kandang-kandang dalam kelompok-kelompok atau kumpulan penternak unta. Ianya
bukanlah ladang yang luas yang mempunyai ladang ragut. Unta diletakkan di dalam
kandang yang dipagar dengan kayu.
bersambung....
Kami
berhenti di sebuah ladang ternakan unta. Beberapa petugas ladang sedang sibuk
melayan pelanggan yang terdiri daripada jemaah umrah, berpakaian ihram. Susu
unta dijual dengan harga lima puluh riyal bagi 500 mili liter. Rasa susu unta memang lemak berkrim. Kami sempat
membeli dua botol susu unta.
Ramai
jemaah bergambar dengan unta. Memang unta kelihatan seperti artis dan jemaah
seperti peminatnya. Bagi kami yang pernah menunggang unta di Australia,
tidaklah merasa pelik melihat kelakuan unta atau merasai bulu unta yang keras
dengan tapak tangan.
Dalam
sirah Nabi, Unta adalah kenderaan utama bagi para Nabi dan Anbiya’ termasuk
Nabi Muhammad SAW. Ketika remaja Nabi menaiki unta membawa dagangan ke Syam
(Syria)
Selain
daripada itu terdapat beberapa kisah dalam Sirah Nabawi yang mengisahkan
tentang unta dan Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah diceritakan bagaimana
seekor unta yang diburu oleh tuannya dengan pedang, kemudian unta itu
diselamatkan oleh Baginda.
Dikisahkan
bahawa ketika Uqa’il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada
seekor unta yang melompat dan lari ke hadapan Rasulullah SAW. Unta itu meminta
pertolongan kerana hendak dibunuh oleh tuannya. Setelah disiasat didapati unta
itu enggan mengikut arahan tuannya kerana tuannya tidak menunaikan solat Isya’.
Setelah perjanjian dibuat barulah Unta tersebut rela kembali kepada tuannya.
Rasulullah
diceritakan juga mempunyai seekor unta yang dinamakan Qaswa yang bermaksud “boleh
berjalan jauh”. Qaswa turut digunakan semasa Nabi Muhammad berhijrah ke
Madinah. Orang-orang Ansar dikatakan berlumba-lumba menawarkan tempat tinggal
kepada Rasulullah untuk berehat. Rasulullah menggunakan kebijaksanaannya dengan
membiarkan di mana Qaswa berhenti di situlah Baginda akan berhenti berehat.
Akhirnya Qaswa berhenti di sebuah tempat milik dua orang anak yatim bersaudara
iaitu Sahl dan Suhail bin ‘Amr.

bersambung....