Biodata Penulis
Dr.
Mohd Afandi bin Md Amin (Dr. Fendi Ameen) dilahirkan di Daerah Yan, Kedah.
Beliau adalah seorang Pegawai Kanan Kastam yang sedang bertugas di Bahagian
Perancangan Korporat, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya. Beliau
mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan selama 22 tahun.

Beliau
telah dianugerahkan ijazah kedoktoran dalam bidang Teknologi Maklumat dari Queensland University of Technology (QUT),
Brisbane, Australiapada tahun 2012.
Beliau
sebelum ini telah menceburi bidang penulisan ilmiah. Beberapa artikel beliau telah
diterbitkan di dalam jurnal teknologi maklumat dan pengurusan perkastaman di
peringkat antarabangsa. Selain daripada itu beliau juga menulis di dalam blog serta laman sesawang novel online seperti ilham Karangkraf.
Travelog bertajuk “Tasbih Baitullah” ini adalah buah tangan pertama dari beliau.