Ketika
di Madinah aku terkenangkan kisah-kisah para sahabat Nabi Muhammad
yang
mulia. Sahabat-sahabat ini amat kasih kepada Nabi Muhammad
. Tapi bukan macam
kebanyakkan kita yang menyanjungi Nabi Muhammad
.
Kita
hanya ingat Nabi Muhammad
ketika
Maulud Nabi, atau ketika Isra’ Mikraj, Maal Hijrah atau ketika khatib di mimbar
berkata “Innallah hawamala ikatahu sollu…” Ketika sambutan hari kebesaran itu,
kebanyakkan masjid akan mengisahkan tentang Nabi Muhammad
melalui ceramah-ceramah khas.
Di
antara sahabat Nabi Muhammad
adalah
seperti berikut:
Abu
Bakar As-Sidik
Ketika
Nabi telah wafat Saidina Abu Bakar mendapatkan Aishah, anaknya bertanyakan
tentang apa lagi perkara yang Nabi buat tapi dia tidak buat.
“Wahai
Aishah, apa lagi yang Muhammad amal aku tidak amal?” kata Abu Bakar bertanyakan
anaknya Aishah tentang amalan Nabi.
“Ayahku,
ayah telah amalkan apa yang Muhammad buat,” kata Aishah.
“Tidak,
ada lagi amalan yang Muhammad buat, tapi akau tidak lakukan,”balas Abu Bakar.
“Ada
satu yang diamalkan oleh Muhammad. Di hujung pekan Madinah ini ada seorang
lelaki Yahudi yang telah uzur. Yahudi ini selalu menghina dan mengutuk
Muhammad. Setiap selepas Subuh, Muhammad
akan
menyuapkan makanan kepada lelaki Yahudi itu. Itulah perkara yang ayah belum
buat,”balas Aishah.
Mengikut sirah, walaupun Nabi Muhammad
dihina, Nabi tetap menyuapkan makanan kepada
Yahudi, serta menunjukkan kebaikan kepada lelaki Yahudi itu.
Keesokan
harinya, selepas Subuh, Abu Bakar
membawa makanan dan menyuapkan makanan kepada
Yahudi itu. Tiba-tiba lelaki Yahudi itu meludah makanan yang disuap.
“Pak
Cik mengapa meluahkan makanan yang saya suap?” Tanya Abu Bakar
kepada leleki Yahudi itu.
“Kamu
bukanlah lelaki yang menyuapkan makanan ke mulut aku,”kata lelaki itu.
“Tidak,
sayalah lelaki itu,” terang Abu Bakar
.
“Tidak,
bukan kamu. Kamu suapkan makanan kepadaku tidak seperti lelaki itu. Dia
berhemah,” jawab lelaki itu.
“Kamu
bukan lelaki yang suapkan makanan kepadaku. Di manakah lelaki itu?” tambah
lelaki Yahudi sambil mengemukakan soalan yang berat untuk dijawab oleh Abu
Bakar.
Untuk menyebut bahawa Nabi Muhammad
telah wafat, Abu Bakar tidak sampai hati.
Begitu kasihnya kepada Rasulullah
. Dia sebak apabila
hendak menyebut Muhammad
kerana
kasihnya kepada Rasulullah
.
“Siapakah
lelaki itu? Di manakah lelaki itu?”
“Dialah
Muhammad Rasulullah,” kata Abu Bakar
dengan sebak.
“Di
manakah dia?”
“Dia
sudah meninggal dunia,”
Maka menangislah lelaki Yahudi itu.
Setelah menyedari siapa sebenarnya lelaki yang selalu menyuapkan makanan
kepadanya setiap hari. Walaupun dihina dan dikutuk serta dicacinya. Yahudi itu
juga tidak tahu bahawa Muhammad telah meninggal dunia.
“Apakah
lelaki yang aku hina dan kutuk itu, Muhammad?”
“Ya,
lelaki itu adalah Muhammad Rasulullah,”tegas Abu Bakar.
“Wahai
orang muda, ajarkan aku ajaran Muhammad. Aku hendak beriman dengannya,”
Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang mengamalkan
sunah Nabi Muhammad
,walaupun Nabi Muhammad
sudah meninggal dunia, dapat membuka pintu
hidayah hingga menyebabkan seorang Yahudi beriman dengan Allah.
Bilai
bin Rabah
Saidina Bilal adalah seorang muazzin
(bilal) di Masjidil Nabawi ketika Nabi
masih hidup. Bilal juga pernah disiksa oleh
kafir Quraisy[1] di
awal penyebaran Islam. Setelah Nabi Muhammad
wafat,
Bilal enggan mengalunkan lagi azan di Masjidil Nabawi.
Sewaktu Saidina Abu Bakar memujuk
Bilal untuk mengalunkan azan, Bilal tetap enggan. Dia berkata “Aku bukanlah
muazzin untuk kamu, tapi muazzin Rasulullah.”
Bilal tetap enggan mengalunkan azan,
walaupun dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi
sehinggalah Bilal berpindah ke Damsyik. Ketika
zaman Khalifah Umar Al-Khattab, Bilal datang ke Madinah. Dia datang ke Madinah
setelah dikatakan bertemu Nabi melalui mimpinya[2].
Saidina Umar tetap memujuk Bilal
untuk mengalunkan azan.
“Wahai
Bilal, lama kami tidak mendengar engkau mengalunkan azan,” kata Saidina Umar
sambil memujuk.
Bilal
tetap menjawab “Aku bukanlah muazzin kamu, aku adalah muazzin Rasulullah.”
Kemudian datang pula dua orang cucu
Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin yang juga anak kepada Saidina Ali. Mereka
memujuk Bilal. Bila terpandangkan wajah kedua-dua cucu Rasulullah
, Bilal terharu kerana diriwayatkan wajah
kedua-dua cucu Rasulullah
itu seiras baginda[3].
Setelah
dipujuk berkali-kali, Bilal pun berkata “Jika kamu berdua bukan cucu
Rasulullah, aku tidak akan penuhi permintaan kamu.”
Bilal kemudiannya naik ke atas
menara di masjid dan mengalunkan azan. Di permulaan azannya, semua sahabat
menangis apabila Bilal mengalunkan azan. Mereka terkenangkan saat-saat ketika
Rasulullah
masih
hidup[4].
Bagaimanapun,
alunan azannya tersekat-sekat ketika hendak menyebut “Muhammad” dalam kalimah
azannya itu. Dia menangis semahu-mahunya, hingga didengari oleh semua sahabat yang
ada.
“Wahai
Bilal kenapa engkau menangis? Engkau tidak menghabiskan azanmu. Engkau menangis?”
kata Saidina Umar.
“Wahai
Amirul Mukminin, aku kasihkan Rasulullah. Aku tidak mampu menyebut nama
Rasulullah. Ketika aku azan, aku lihat seolah-olah bunyi tapak kaki Rasulullah
keluar dari rumahnya datang ke Masjidil Nabawi,” kata Bilal sambil menangis.
“Aku
seperti nampak Rasulullah datang untuk bersolat bersama kita,” tambah Bilal
lagi yang membuatkan Saidina Umar dan sahabat yang ada turut menangis.
Apakah kita pernah menangis kerana
rindukan Rasulullah
? Kita tidak berkesempatan hidup bersama
Rasulullah
, tapi kita boleh
mendapat syafaat jika kita mengamalkan sunah-sunah Rasulullah
, Insya-Allah.
Jabir
bin Abdullah
Saidina Jabir adalah sahabat
Rasulullah
yang
memainkan peranan penting dalam Perang Khandak. Ketika itu Nabi Muhammad
bersama-sama sahabat menggali parit sejauh 30
kilometer, menggunakan tenaga tulang empat kerat dan sedikit peralatan.
Dalam penggalian parit itu, sahabat menghadapi
masalah kerana terdapat batu yang besar yang sukar dipecahkan. Rasulullah
kemudiannya pergi ke tempat itu bersama
Jabir. Nabi Muhammad
kemudiannya
berjaya memecahkan ketulan batu tersebut. Ketika Nabi Muhammad
memukul
batu, Abdullah bin Jabir terlihat ada dua ketul batu diikat pada perut Nabi.
Jabir pun bertanya.
“Ya
Rasulullah, kenapa tuan mengikat dua ketul batu diperutmu?”
Jawab
Nabi “Wahai Jabir, aku sudah tidak menjamah makanan selama tiga hari.”[5]
Jabir kemudian berlari balik ke
rumahnya untuk mendapatkan apa-apa makanan untuk Nabi Muhammad
. Dia bertanya kepada
isterinya, tentang makanan yang ada.
“Wahai
isteriku, apa makanan yang kita ada?” kata Jabir.
“Ada
dua keping roti di dalam bakul, untuk kita berdua,”balas isterinya.
“Di
belakang rumah ada seekor kambing[6],”tambah
isterinya.
Jabir kemudiannya menyembelih
kambing tersebut dan meminta isterinya memasak kambing tersebut.
“Wahai
isteriku, masak sedap-sedap. Rasulullah sudah tidak menjamah makanan tiga
hari,”
Jabir
kemudiannya apabila sampai ke tempat Nabi Muhammad
, beliau berkata secara
berbisik kepada Nabi Muhammad
.
“Ya
Rasulullah, ada dua keping roti dan kambing yang sedang dimasak oleh isteriku.
Selepas solat Zohor, silalah ke rumah saya,”
Tiba-tiba, Nabi Muhammad
naik ke
suatu tempat yang tinggi dan menjemput semua yang sedang menggali parit itu ke
rumah Jabir untuk jamuan roti dan kambing. Jabir agak terperanjat dengan
keadaan itu. Dia kemudiannya berlari dengan cemas ke rumahnya, mendapatkan isterinya.
“Wahai
isteriku, nanti ramai akan datang untuk jamuan di rumah kita. Apa kita hendak
buat? Kita hanya ada dua keping roti dan sedikit kambing,”berkata Jabir dengan
cemasnya.
Jawab
isterinya dengan tenang “Wahai suamiku, janganlah engkau bimbang, Muhammad itu
Rasulullah. Allah akan bantu dia.”
Kata-kata isterinya seolah-olah satu
suntikan semangat kepadanya. Bagaimanapun dia tetap risau dengan kedatangan
lebih kurang seribu orang tetamu. Sungguh hebat peranan yang dimainkan oleh seorang
isteri ketika itu, untuk menenangkan suami.
Beberapa lama selepas itu, tepat
masa yang dijanjikan. Rasulullah
dan tetamu pun datang. Jabir semakin cemas.
Rasulullah
kemudiannya mengedarkan roti dan kambing yang
ada kepada semua tetamu yang hadir. Semua yang hadir dapat menjamu selera
dengan makanan yang ada.
Kemudian
Rasulullah
pun menjamah hidangan dan berkata “Wahai
Jabir tuan rumah, sekarang engkau dan aku pula menjamah hidangan.”
Apabila
Jabir membuka bekas roti dan kambing, dia hairan melihat dua keping roti di
dalam bekas masih ada seolah-olah langsung tidak diusik. Begitu juga dengan
kambing di dalam bekas hidangan juga tidak berkurang.
Jabir
kemudiannya mendapatkan Rasulullah lalu duduk berhadapan dengan Rasulullah.
Dalam sirah diceritakan Jabir duduk sehingga lututnya bertemu lutut Nabi
Muhammad
. Kemudian dengan penuh
terharu Jabir meluahkan perasaannya kepada Nabi.
Jabir
berkata “Kalau bukti yang begini aku tidak yakin lagi denganmu, siapalah aku ya
Rasulullah?”
Begitulah
serba sedikit kisah sahabat-sahabat yang mencintai Nabi Muhammad
. Mereka semua telah dijanjikan
syurga Allah. Berbagai kisah mengenai sikap dan peranan yang dimainkan oleh
sahabat-sahabat yang lain seperti yang diceritakan dalam kitab “Qisasul Anbiya”
seperti Abu Ayub Al-Ansari, Salman Al-Farisi, Umar Al-Khatab dan lain-lain
sahabat.
[1]Bilal adalah hamba kepada sahabat
Abu Jahal, Umaiyyah bin Khalaf. Apabila diketahui bahawa Bilal telah mengikut
ajaran Nabi Muhammad, Bilal telah disiksa dengan kejam, seketul batu yang besar
diletakkan di atas dadanya. Dia di jemur di atas padang pasir yang panas terik,
supaya dia kembali ke agama asalnya. Tapi, dia tetap beriman dengan ajaran
Nabi.
[2] Suatu ketika Bilal bermimpi
bertemu Rasulullah. Dalam mimpinya dikatakan Nabi bertanya kepadanya mengapa
Bilal tidak menziarahi makam Nabi di Madinah
[3] Selain daripada Hassan dan
Hussin yang mempunyai wajah seiras Rasulullah adalah Abu Sufian bin Harith. Abu
Sufian adalah saudara susu Nabi ketika Nabi menyusu dengan Hamilatul Saadiah,
ibu susu baginda.
[4] Bilal bin Rabah pun memulakan azan
dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua
Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka
merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya
menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله
, Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada
Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui
Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti
ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
[5] Mengikut Dr. ‘Aidh Bin Abdullah
Al-Qarni, Perang Ahzab (Khandak) adalah perang yang paling getir kerana Kota
Madinah dikepung oleh Pasukan Bersekutu yang terdiri daripada berbagai bangsa
Arab yang kafir serta bangsa Yahudi dari Bani Ghathfan dan Bani Quraidzah.
Mereka mengsytiharkan perang terhadap kaum muslimin di Madinah. Bekalan makanan
dan seumpamanya terputus untuk penduduk Madinah.
[6] Ada yang menceritakan seekor
unta atau ayam. Tetapi sejarahwan bersepakat bahawa haiwan yang dimilik oleh
Jabir bin Abdullah ketika itu adalah kambing