BAB 6: TERBANG BERSAMA ANAK SYURGA

Dan
ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi
ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Surah
Al-Anfal, Ayat 28)
Austistic
atau autisma adalah sejenis “masalah
pembelajaran” yang disebabkan oleh kecelaruan fungsi otak yang dikenali sebagai
“spectrum disorder”. Kecelaruan ini menyebabkan seseorang kanak-kanak yang
mengidapi autisma tidak mempunyai
pemikiran yang stabil.
Kanak-kanak
autisma seperti juga kanak-kanak Down syndrome dan pengidap ADHD[1]
dikenali sebagai “anak syurga”. Kanak-kanak yang tidak ada sebarang dosa kerana
aqal yang tidak sempurna dan Insya-Allah akan membawa kedua ibu dan bapanya ke syurga.
Memetik
kata-kata dari Professor Madya Dr. Ridzuan Tee Abdullah "Sesungguhnya
beruntunglah orang yang mendapat anak istimewa yang kekurangan samada fizikal
atau mental kerana anak yang normal belum tentu dapat membawa kita ke syurga
lantaran seluruh anggotanya mempunyai kebarangkalian untuk membuat dosa atau
maksiat tetapi anak istimewa pasti tidak, berikutan akalnya yang tidak sempurna
atau kecacatan anggota yang mana mungkin untuk dia melakukan atau pergi ke
tempat maksiat. Insya-Allah, syurgalah untuk dirinya dan kedua ibu bapanya.”