

Tidakkah
mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas.
Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang beriman. (Surah An-Nahl, Ayat 79)
Suatu
petang selepas selesai solat Asar di Masjidil Haram. Aku berlegar-legar di
sekitar dataran Masjid.
Aku
tidak terus balik ke hotel penginapan tapi melencong ke tepi bangunan Menara
Jam, di situ ada satu kawasan lapang yang dihujani oleh burung merpati yang
sungguh banyak. Aku ingin merakamkan suasana itu pula.
Burung
merpati memang terlalu banyak di Madinah dan Makkah. Di tanah haram Makkah,
menangkap atau mencederakan burung merpati adalah haram sebagaimana mencabut
pokok atau tumbuhan yang ada.
Firman
Allah: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan
ketika kamu sedang ihram.”
Dan
Nabi Muhammad
bersabda. “Sesungguhnya Allah memuliakan Kota
Mekkah, maka tidak halal bagi seseorang sebelumku dan juga setelahku.
Sesungguhnya dia halal bagiku sesaat dari waktu siang. Tidak boleh dicabut
tanamannya, tidak boleh dipotong pohonnya dan tidak boleh diusir binatang
buruannya”
Burung
merpati juga kadang-kadang kelihatan terbang di atas Kaabah seolah bertawaf
mengelilingi Kaabah. Langit Jazirah di Makkah banyak burung pemangsa seperti
helang, namun dikatakan tiada burung merpati yang menjadi mangsa.
Burung
merpati di Makkah dikatakan unik kerana kerana warna dan garis melintang pada
sayapnya. Ramai penulis mengaitkan merpati di Makkah dan Madinah dengan sejarah
hijrah Nabi Muhammad
, terutamanya ketika
bersembunyi di Gua Thur di Jabal Thur bersama Saidina Abu Bakar.
Dikisahkan
sepasang merpati bersarang dan bertelur di hadapan gua yang menjadi tempat
persembunyian sementara Nabi. Nabi lari kerana diburu oleh puak Musyrikin
Makkah. Ketika puak Musyrikin tiba dilihatnya terdapat sarang labah-labah yang
belum disentuh oleh sesiapa di pintu gua serta sepasang merpati yang bersarang
di situ, mereka menyangka bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam Gua Thur
tersebut.
bersambung..