BAB 8: HIJRAH RASUL DAN
PERKEMBANGAN ISLAM
Sesungguhnya penghijrah Nabi Muhammad
dari Makkah ke Madinah membawa satu
pengertian yang besar dalamperkembangan Islam. Nabi Muhammad
dan Saidina Abu Bakar
keluar dari Kota Makkah setelah mendapat
wahyu dari Allah.
Mengikut Kitab Sirah Nabawiyah yang dikarang oleh
Al-Rahiq Al-Maktum[1],
Parlimen Quraisy[2]
yang dikenali sebagai Darul Nadwah yang diketuai oleh Abu Jahal, telah
membincangkan langkah-langkah yang perlu bagi menyekat penyebaran Islam di
Makkah dan kawasan sekitarnya.
Pemuka-pemuka Quraisy bimbang dengan penyebaran agama
Islam melalui penghijrahan penduduk Makkah ke Yathrib (Madinah). Ini kerana
pada tahun ke-12 kenabian, baginda
telah membuat pertemuan dengan penduduk
Yathrib ketika musim haji. Ekoran dari Bai’ah ‘Aqabah, seramai 12 orang
penduduk Yathrib telah bertemu dengan Nabi
di ‘Aqabah, Mina. Baginda kemudiannya
mengutuskan Mus’ab ibnu Umair ke Yathrib untuk mengajarkan penduduk Yathrib
tentang Syari’at Islam.
Lanjutan daripada itu, pada tahun ke-13 kenabian, seramai
70 orang lelaki dan dua orang perempuan di kalangan penduduk Yathrib telah
datang ke Makkah menunaikan haji. Ekoran daripada pertemuan mereka dengan Nabi
, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian ‘Aqabah Ke-dua telah
dimetrai. Kandungan perjanjian itu lebih serius di mana mereka berjanji dengan
Nabi Muhammad
untuk taat kepadasuruhan dan melindungi Nabi
Muhammad
dalam apa cara sekali pun. Seramai 12 orang
Naqib telah diutuskan oleh Nabi Muhammad
ke Yathrib bagi membimbing hal berkaitan
Syari’at Islam.
Selepas perjanjian ‘Aqabah ke-dua, Yathrib mula menjadi
tapak baru perkembangan Islam. Penghijrahan sahabat-sahabat Nabi Muhammad
ke Yathrib kemudiannya bermula sedikit demi
sedikit walaupun menghadapi halangan yang sukar seperti terpaksa meninggalkan
keluarga dan harta benda di Makkah.
Dalam sirah diceritakan bagaimana Abu Salamah, Ummu
Salamah dan anaknya telah dipisahkan oleh kafir Quraisy apabila cuba berhijrah
ke Madinah. Ketika itu Abu Salamah dilepaskan berhijrah ke Yathrib, manakala
isterinya Ummu Salamah dan anaknya dihalang untuk berhijrah. Selepas setahun
barulah Ummu Salamah dibenarkan berhijrah.
Selain daripada itu terdapat juga kisah Suhaib yang
dirampas harta bendanya oleh kafir Quraisy dan kemudiannya dilepaskan berhijrah
ke Yathrib. Seorang yangbernama ‘Iyash juga diperdaya oleh kafir Quraisy
dengan ancaman untuk menjemur ibunya di tengah panas matahari. Bagaimanapun,
‘Iyash telah ditangkap dan diikat kemudian diarak ke Kota Makkah. Begitulah
sebahagian dari cabaran dan halangan yang dihadapi oleh mereka yang berhijrah
ke Yathrib.
Kedudukan Yathrib yang begitu strategi telah mencemaskan
ketua-ketua kabilah kafir Quraisy. Mereka bimbang perdagangan mereka terjejas
di samping Islam mula diterima oleh penduduk Yathrib.
Oleh itu pada hari Khamisbersamaan 26 Safar tahun ke-14
kenabian, Darul Nadwah telah sebulat suara mengambil keputusan untuk
menjalankan usaha membunuh Rasulullah
. Puluhan pemuda Quraisy telah dipilih dari setiap kabilah untuk
menjalankan gerakan itu. Cadangan itu telah dikemukakan oleh seorang tua dari
Najd dan diterima oleh Abu Jahal serta seluruh ahli Darul Nadwah. Sesetengah
riwayat menyatakan bahawa orang tua itu adalah iblis yang menyerupai manusia.
Cadangan tersebut dikatakan mampu menghentikan penyebaran
syari’at Islam dan melemahkan Bani Hashim yang perlu berperang dengan banyak
kabilah Arab Quraisy, jika untuk membalas dendam. Beberapa tindakan kafir
Quraisy sebelum ini seperti pemboikotan ekonomi terhadap Bani Hashim dan
pujukan Abu Talib tidak mendatangkan kesan.
“Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah perkasa dari setiap
kabilah, kita bersatu menangkap dan menghapuskan Muhammad, “ kata Abu Jahal
menyeru ahli Darul Nadwah.
”Kita sanggup membayar denda jika keluarga Bani Hashim
menagih dendam,” Abu Jahal bersorak dengan yakin untuk kejayaan yang bakal
dicapai itu. Maka tersenyum gembira orang tua dari Najd itu, puas baginya.
Setelah mengetahui rancangan jahat kafir Quraisy,
Rasulullah
bergegas ke rumah Abu Bakar
sebaik sahaja mendapat wahyu dari Allah, untuk
berhijrah. Ketika itu cuaca amat panas kerana musim kemarau sedang melanda
Makkah. Abu Bakar
telah dapat meneka rancangan hijrah yang
diceritakan oleh baginda.
“Adakah Tuan mahu saya ikut serta?” Abu Bakar
bertanyakan kepada Nabi
Muhammad
. Nabi Muhammad
mengakuinya.
Rasulullah
kemudiannya kembali ke rumahnya dan menunggu sehingga waktu malam untuk
bergerak keluar dari Kota Makkah.
“Kumpulkan sebelas orang pemuda yang gagah berani, kepung
rumah Muhammad, jangan biarkan dia terlepas!” perintah Abu Jahal.
“Bunuh dia di tempat tidurnya!” seru seorang ketua kabilah.
Pada malam 27 Safar itu, sebelas orang pemuda kafir
Quraisy mengepung rumah Rasulullah
. Mereka merancang untuk membunuh Rasulullah
ketika waktu tengah malam itu. Namun
perlindungan Allah kepada baginda mengatasi kesempurnaan perancangan jahat
kafir Quraisy.
Pada ketika itu Saidina Ali bin Abu Talib telah melakukan
pengorbanan yang amat besar dan membahayakan dirinya. Ali tidur di tempat
Rasullah
tidur dan menggunakan kain selimut
Al-Hadrami berwarna hijau. Nabi
kemudiannya mengambil segenggam pasir dan
membacakan ayat ke-9 dari Surah Yasin, kemudian menaburkan pasir itu di luar
rumahnya, ketika pemuda-pemuda Quraisy sedang menanti Nabi
keluar.
Dengan izin Allah, baginda
dapatkeluar dengan selamat dari rumahnya tanpa disedari oleh
pemuda-pemuda yang sedang berkawal. Dijadikan oleh Allah tutupan bagi
menghalang penglihatan pemuda-pemuda yang sedang berkawal itu, sesuai dengan
Firman Allah melalui ayat ke-9 dari surah Yasin yang berbunyi seperti berikut:

Lalu
Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan
yang benar).
Rasulullah
berjaya keluar dengan selamat dan kemudiannya
menuju ke rumah Abu Bakar
. Baginda
berdua kemudiannya keluar meninggalkan Kota
Makkah sebelum fajar.
“Aku lihat Muhammad dan Abu Bakar telah berjaya
melepaskan kepungan. Bagaimana kamu semua mengawal?” seru seorang pemuda kafir
Quraisy kepada pemuda-pemuda yang sedang mengepung rumah Nabi.
Pemuda itu datang termengah-mengah kepada kumpulan pemuda
itu, setelah melihat kelibat dua orang bergegas keluar dari Makkah.
Seruan pemuda tersebut mengejutkan semua pemuda yang
sedang berkawal. Mereka merasa amat hairan kerana sepanjang malam mereka
berkawal, namun Nabi tidak kelihatan keluar meninggalkan rumah baginda.
“Kita tunggu sehingga menjelang fajar, aku yakin Muhammad
masih ada di dalam,” gesa seorang pemuda dari kalangan mereka.
“Dia sedang tidur dengan nyenyaknya berselimut,” kata
seorang pemuda yang telah mengintai ke dalam rumah baginda. Dia Nampak
seseorang sedang berselimut di tempat tidur Nabi
.
Setelah menjelang fajar, kumpulan pemuda yangmengepung
tadi masuk ke dalam rumah Nabi
. Mereka hampa apabila selimut ditarik dan pedang dihunuskan, orang yang
sedang tidur itu adalah Ali bin Abi Talib.
Ketika itu Rasulullah
telah berjalan bersama Abu Bakar
sejauh lima batu ke selatan Makkah dan mendaki
Jabal Thur. Walaupun Yathrib terletak ke utara Makkah, Rasulullah
bergerak ke arah selatan bagi mengelakkan
risiko dikesan oleh kafir Quraisy yang sedang menjejaki baginda. Ketika sampai
di Jabal Thur, kaki baginda melecet.
Abu Bakar
memapah baginda hingga sampai di sebuah gua yang kemudiannya dikenali
sebagai Gua Thur. KedudukanGua Thur memang tinggi sayup kelihatan dari kawasan
dataran di tepi lebuhraya, ketika kami sampai dan menziarah di sana.
“Demi Allah jangan engkau masuk ke dalam gua ini, biarlah
aku yang masuk dulu. Jika ada apa-apa bahaya biarlah aku yang kena, asalkan
tidak tuan,” kata Abu Bakar
kepada Rasulullah
ketika hampir ke pintu gua. Begitu kasihnya
Abu Bakar
kepada bagindaNabi
.
Abu Bakar
kemudiannya
menutup beberapa lubang yang terdapat di dalam gua dengan kain bajunya. Lubang
itu mungkin mengandungi binatang berbisa seperti ular dan kala jengking.
Setelah dirasakan keadaan selamat, barulah Abu Bakar
memapah baginda Nabi Muhammad
masuk ke dalam gua.
Diriwayatkan dalam Sirah Nabawiyah, Nabi Muhammad
kemudian masuk dan tertidur di atas
ribaan Abu Bakar
. Kemudiannya, sejenis binatang berbisa telah menyengat Abu Bakar
dari lubang yang ditutupi dengan
kain tadi. Beliau menahan sakit sehingga menitiskan air mata lalu jatuh di atas
muka baginda yang mulia. Rasulullah
terbangun dan kemudian bertanyakan
apa yang telah berlaku. Rasulullah
kemudiannya merawat kesakitan yang dialami
oleh Abu Bakar.
Dalam riwayat itu mengatakan bahawa Nabi Muhammad
dan Abu Bakar
bermalam selama tiga malam di Gua Thur. Bersama mereka terdapat dua orang
yang membantu, iaitu Adullah bin Abu Bakar (anak Abu Bakar) dan Amir bin
Fuhayrah yang merupakan pembantu Abu Bakar
. Kedua-dua mereka memainkan peranan yang amat besar di mana Abdullah
bermalam berdekatan Jabal Thur, menjelang subuh beliau akan kembali ke Makkah
dan mengintip rancangan jahat kafir Quraisy. Abdullah akan melaporkannya kepada
Nabi Muhammad
pada waktu malam.
Manakala ‘Amir akan menghalau kambing milik Abu Bakar di
sekitar jalan menuju ke Gua Thur. Beliau membekalkan susu kambing yang segar
kepada Rasulullah
dan Abu Bakar
. Kambing-kambing tersebut akan dibawa kembali ke Makkah melalui jalan yang
dilalui oleh Abdullah.
Dengan itu mereka berdua seolah-olah berada di Makkah dan
jejak Abdullah bagi menyampaikan maklumat kepada baginda di Gua Thur dapat
dihapuskan dengan jejak kambing-kambing yang dibawa oleh ‘Amir.
Ketua-ketua
Kabilah kafir Quraisy sangatmarah kerana rancangan mereka menemui kegagalan.
Nabi Muhammad
telah terlepas dari kepungan dan tidak dapat
dikesan. Asma’ binti Abu Bakardan Ali bin Abu Thalib telah dipukul dalam usaha
untuk mendapatkan maklumat. Namun mereka gagal.
“Sesiapa yang dapat menjejaki Muhammad dan Abu Bakar dan
berjaya membawa mereka kepadaku, 100 ekor unta sedang menunggu sebagai
balasan,” Abu Jahal berseru kepada ketua-ketua kabilah, sebagi satu usaha baru
memburu Nabi dan Abu Bakar.
Tawaran 100 ekor unta amat menarik perhatian seorang
pemuda Quraisy, beliau adalah Suraqah bin Malik bin Jus’syum. Seorang pemuda
yang gagah berani serta amat cekap mengendalikan kuda di padang pasir. Beliau
juga dikatakan seorang tokoh terkemuka di daerah Najd dan berasal dari Bani Kinanah.
“100 ekor unta untuk mendapatkan Muhammad dan Abu Bakar
memang lumayan, aku akan menjadi orang kayadi Makkah,” Suraqah mula
membayangkan imbuhan yang bakal diterimanya.
Setelah berada selama tiga hari di dalam Gua Thur, pada
bulan Rabiulawal, Nabi dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur menuju ke Yathrib
denganbantuan seorang penunjuk jalan yang mahir tetapi belum Islam. Beliau
adalah `Abdullah bin Urayqit al-Laythi. ‘Abdullah membawa dua ekor unta sebagai
kenderaan untuk membawa Nabi
ke Yathrib. Salah seekor unta dibeli oleh Nabi daripada Abu Bakar
dengan harga empat ratus dirham, walaupun Abu Bakar pada mulanya ingin
menghadiahkannya kepada Nabi Muhammad
. Unta itu kemudiannya dikenali sebagai Qaswa.
Bersama-sama dengan Nabi
adalah pembantu Abu Bakar
iaitu ‘Amir. Asma’ kemudiannya berjumpa
ayahnya, Abu Bakar
dan membekalkan bekalan untuk perjalanan yang jauh ke Yathrib.
Sementara itu Suraqah telah mendapat maklumat dari salah
seorang dari kaumnya yang telah melihat sekelompok orang sedang berjalan di
pesisir. Kemungkinan kelompok itu adalah Nabi
dan Abu Bakar
serta pembantunya.
“Aku melihat sekumpulan orang sedang berjalan di awal
pagi, mungkinkah Muhammad dan pengikutnya[3]?” kata seorang rakan
Suraqah.
“Bukan, mungkin juga si fulan yang pergi kerana tidak
ingin dilihat, atau mencari binatang ternakan mereka, “ujar Suraqah yang
bimbang maklumat itu diketahui oleh orang lain.
Secara diam-diam dia menyuruh pembantunya menyiapkan
segala kelengkapan untuk mengejar kelompok orang yang dia percaya kemungkinan
besar adalah Nabi Muhammad
dan Abu Bakar
yang sedang dicari oleh kaum
Quraisy.
“Siapkan kudaku yang terbaik dan segala kelengkapan
perburuan!” Suraqah menyuruh pembantunya bersiap.
Suraqah bergerak secara diam-diam dan menuju ke arah
lokasi yang dimaklumkan oleh rakannya tadi. Dengan pantas Suraqah memacu
kudanya hingga sampai hampir di belakang Nabi Muhammad
yang sedang menunggang unta Bagaimanapun kuda Suraqah yang terbaik itu tersangkut
di dalam pasir dan tidak mampu bergerak.
Kudanya tersangkut di dalam pasir, setiap kali dia cuba
menghampiri Nabi Muhammad
dengan pedangnya di tangan. Ketika kali
terakhir kudanya tersangkut, dia terlihat seolah-olah ribut pasir sedang mengelilinginya.
Rasa takut dan bimbang menghantui dirinyaketika itu.
Setelah itu Suraqah pun terfikir dan terdetik di
hatinya bahawa mangsanyabukanlah
sebarangan orang.
“Sesungguhnya Muhammad ini adalah seorang yang istimewa,”
detik hatinya.
Dengan secara spontan rasa keinsafan muncul lalu Suraqah
pun menyeru kepada Nabi Muhammad
.
“Ya Muhammad, aku adalah Suraqah Ibnu Malik, tunggulah
aku, aku ingin berkata-kata denganmu. Aku berjanji tidak akan menganggumu,”
teriak Suraqah dari arah belakang.
“Katakan olehmu mengapa engkau memburu kami?” Abu Bakar
bersuara meminta penjelasan setelah
diminta oleh Nabi Muhammad
berbuat demikian.
“Tuliskan sepucuk surat untukku agar dapat aku menjadikan
bukti, bahawa aku adalah pengikutmu[4],” Suraqah berkata dan meminta
sebah perjanjian.
Di atas persetujuan Nabi, Amir kemudiannya menulis surat
perjanjian pada sebatang tulang. Tulang itu kemudiannya diserahkan kepada
Suraqah. Dengan girangya Suraqah menyambut pemberian itu. Lupa niat asalnya
untuk menangkap Nabi
.
“Wahai Suraqah, mahukah kamu jika suatu ketika nanti kamu
akan memakai mahkota Kisra?” Nabi Muhammad
bersabda kepada Suraqah[5].
Ketika itu Kerajaan Parsi jauh lebih gagah dan besar,
sedangkan kerajaan Islam Madinah masih belum muncul. Suraqah mendengar sabda
Nabi Muhammad
dengan keadaan hairan dan terpegun sambil tertanya-tanya dalam dirinya.
“Adakah yang dimaksudkan adalah Kisra, Raja Parsi?”
“Maksud tuan, Kisra bin Hurmuz?” Tanya Suraqah kepada
Nabi Muhammad
. Nabi Muhammad
hanya tersenyum sambil bergerak
meneruskan perjalanan hijrah ke Yathrib.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab
, kerajaan Parsi telah dikalahkan oleh tentera Islam melalui Perang
Al-Qadasiyah. Saad bin Abi Waqas telah berjaya mengalahkan Panglima Rustum dan
menawan istana putih, lambang kemegahan kerajaan Parsi
Pada tahun yang sama dan bulan yang hampir sama angkatan
perang di bawah pimpinan panglima Khalid Al-Walid[6] menggempur tentera Rom
Timur di dalam Perang Yarmuk.
Dalam Perang Yarmuk, Khalifah Umar
mengirimkan seramai 45,000 orang[7] tentera di bawah pimpinan
Khalid Al-Walid. Perang yang dikenali dalam sejarah barat sebagai “Battle of
Hieromyax”, yang berlaku selama enam hari mulai 15 hingga 20 ogos 663 Masihi
adalah titik tolak gelombang perluasan pengaruh Islam ke luar jazirah Arab serta dunia Barat. Parsi[8] ketika itu adalah tanah
jajahan Empayar Rom Timur (Bizantine) yang diketuai oleh Heraclius[9]
Sesungguhnya Perang Yarmuk telah memperlihatkan kehebatan
dan semangat juang yang tinggi umat Islam dari kaca mata Barat. Pejuang-pejuang
Islam rela mengorbankan jiwa dan raga mereka demi Islam berkembang. Secara
matematiknya dinisbahkan seorang lawan lima. Pimpinan tentera Islam yang pintar
serta pertolongan dari Allah telah melumpuhkan tentera musuh yang terdiri
daripada berbagai kaum dari jajahan takluk Empayar Byzantineseperti Armenia, Slavia, Arab Kristian (Sassanid) dan
orang-orang Rom.
Seorang orientalis barat bernama David Nicolle pernah
menulis dalam bukunya yang bertajuk “Yarmuk 636 A.D.: The Muslim Conquest of
Syria” dan mengatakan bahawa jika Perang Yarmuk dimenangi oleh Empayar Bizantine menguasai peperangan itu,
pasti pengaruh Yunani-Romawi akan terus berlangsung di wilayah Timur Tengah.
Kemenangan Islam di dalam perang ini juga membawa kepada
penaklukan bumi Syria (Syam) dan beberapa negara lain sehingga ke Afrika Utara.
Selain daripada itu juga wilayah-wilayah seperti Palestin dan Mesopotamia turut jatuh ke tangan Islam,
sertamembawa Islam dan dikembangkan sehingga ke wilayah-wilayah Afrika Utara,
pada tahun-tahun berikutnya.
Ini turut menyemarakkan kemenangan Islam dibawah
beberapa empayar Islam seperti penaklukan Andalusia (Sepanyol) di bawah
pimpinan Panglima Tariq bin Ziad dan pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad
Al-Fateh dari Empayar Uthmaniyah dan seterusnya.
Musa bin Nusair, Gabenor Islam di Afrika ketika
pemerintahan Empayar Umaiyyah mengarahkan Panglima Tariq bin Ziad membawa
angkatan perang seramai 3,000 orang mara ke Hispania pada tahun 711 Masihi.
Tariq dan tenteranya mendarat di Gibraltar pada 30 April
711 dan kemudiannya bergerak ke utara. Setahunberikutnya Musa bin Nusair
membawa angkatan tentera dan bergabung dengan Tariq. Banyak wilayah-wilayah di
Semenanjuang Liberia jatuh ke tangan Islam, yang kemudiannya digabungkan dan
dikenali sebagai Andalusia (Andalus), bermulalah pemerintahan Islam di bumi itu
sehingga menjangkau 781 tahun.
Istanbul[10] atau Constantinople yang dibina oleh Maharaja Empayar Byzantine yang bernama Constantine I. Constantinople pernah dijadikan ibu kota
empayar ini. Pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M,
SultanMuhammad Al-Fateh memimpin 250,000 orang tentera mara ke kota ini dan
menawannya[11].
Ketika Yazid bin Muawiyyah menjalankan kempen ketenteraan
untuk menakluk Istanbul[12], Abu Ayyub turut serta,
ketika itu umurnya telah menjangkau 98 tahun. Beliau amat uzur dan akhirnya
menghembuskan nafasnya terakhir. Beliau berwasiat agar dikebumikan di tepi
tembok Constantinople.
Selepas pembukaan Constantinople
oleh Muhammad Al-Fateh, sebuah masjid dibina bagi mengenangkan jasanya. Pada
masa sekarang masjid ini dikenali sebagai “Eyub Sultan Mosque” dan menempat
sebuah perkuburan yang dikenali sebagai Perkuburan Eyub Sultan[13].
Constantinoplepernah disebut
di dalam sabda Nabi Muhammad
ketika Perang Khandak. Imam Ahmad meriwayatkan
Nabi Muhammad
bersabda yang bermaksud
“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik
raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. “
Dalam Sahih Muslim juga disebutkan bahawa Nabi Muhammad
bersabda yang mafhumnya “Sesiapa yang membuka
Istanbul akan masuk ke Syurga”.
Seorang sahabat Nabi Muhammad
yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari pernah mendengar
Nabi Muhammad
bersabda bahawa akan ada seorang sahabat yang
akan dikuburkan di sana. Beliau berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika
dia gagal membuka Constantinople, dia
berharap dapat mendengar derap bunyi kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.
Abu Ayyub tidak melepaskan peluang untuk menyertai sebarang peperangan sejak
zaman Nabi
hinggalah kezaman Khalifah Umaiyyah.
Janji Allah dan Rasulullah
tetap benar. Rasulullah
pernah memberitahu sahabat ketika
kerja-kerja menggali parit di dalam persediaan Perang Khandak, Rom dan Parsi
akan jatuh ke tangan Islam dan Istanbul akan ditawan oleh seorang raja[14].
Bahkan Allah telah berfirman melalui Surah Ar-Rum pada
ayat yang ke-2-4 yang bermaksud:
“Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka
sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai
sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum
berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom)
itu, orang-orang yang beriman akan bergembira”
Setelah perang tamat, harta rampasan perang dibawa balik
ke Madinah. Khalifah Umar
terkenangkan janji Nabi
kepada Suraqah. Beliau kemudiannya
mendapatkan mahkota yang dimaksudkan memanggil Suraqah dan berkata
"Pakailah mahkota[15] ini, naiklah ke mimbar
dan angkat tanganmu, lalu katakan Maha benar Allah dan RasulNya."
Suraqah menuju ke mimbar, kemudian ia melakukan seperti
apa yang diusulkan oleh Khalifah Umar
.
Dengan penuh terharu kotak fikirannya kembali memainkan
adegan yang telah berlaku ketika dia memburu Nabi Muhammad
untuk ditukarkan dengan 100 ekor unta yang ditawarkan oleh Abu Jahal,
beberapa tahun dulu.
“Ah! Sungguh benar kata-kata Muhammad kepadaku,”getus
hatinya dengan penuh kesayuan.
Ketika Nabi Muhammad
menawarkan mahkota Kisra itu kepadanya dia mendengar dengan penuh
kehairanan dan agak sinis kerana dia tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah
kerajaan yang gagahdan berdiri ratusan tahun mampu dikalahkan oleh Islam, yang
belum tentu berkembang, dengan berbagai halangan dan ancaman dari majoriti
kabilah Arab ketika itu.
Ahli-ahli sejarah[16] tidak dapat memastikan
samada Suraqah memeluk Islam ketika peristiwa memburu Nabi Muhammad
semasa berhijrah. Ada pendapat mengatakan
bahawa Suraqah memeluk Islam selepas Nabi kembali dari Haji Wida’. Bagaimanapun
ketika mahkota Kisra berada di tangannya dia telah menjadi sebahagian saksi
kepada kebenaran kata-kata Nabi Muhammad
, walaupun dia terpaksa bertahun-tahun untuk melihat kebenarannya.
Kembali
ke kisah hijrah, dengan bantuan ‘Abdullah bin Uraiqit Al-Laity, baginda
Rasululah
dan
Abu Bakar
bergerak
ke Yathrib dengan menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, yang jarang
digunakan oleh orang. Kemudian menuju ke arah barat melalui Tihamah, di pesisiran
pantai Laut Merah. Setelah sampai di
kawasan yang agak terpencil, baginda membelok ke arah utara berhampiran Laut
Merah menuju ke Yathrib dan akhirnya pada 8 Rabiuawal, Rasulullah
sampai
di Quba’, yang terletak dua batu dari Yathrib.
Di
Quba’ baginda Rasulullah
singgah
dan menetap di rumah Kalthum bin al-Hadam selama empat hari sehingga hari
Khamis. Di situ Rasulullah
mendirikan
sebuah masjid yang kemudiannya dikenali sebagai Masjid Quba’ yang pada masa
sekarang adalah kedua tercantik selepas Masjidil Nabawi di Madinah.
Baginda
Nabi Muhammad
solat
di dalam masjid itu. Kemudian Nabi Muhammad
meneruskan
perjalanan ke Madinah. Amir bin Yassir telah diarahkan untuk menjaga masjid dan
mengimamkan solat. Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa
selepas baginda Rasulullah
menjadi
Rasul.
Sebahagian
besar daripada penduduk Yathrib datang ke Quba’ untuk menyambutkedatangan Nabi.
Pada hari Jumaat, Nabi dan rombongan penduduk itu berjalan ke Yathrib.
Di
pertengahan jalan mereka berhenti di sebuah lembah yang bernama Rahuna. Nabi Muhammad
dan rombongan itu menunaikan solat Jumaat.
Ini adalah solat Jumaat yang pertama setelah berhijrah. Dalam khutbahnya Nabi Muhammad
sentiasa menekankan bahawa perpaduan adalah
asas yang kukuh untuk bersatu.
Sabda
Nabi yang bermaksud “Sebarkan salam! Hubungkan silaturrahim! Berilah orang
makan, lakukan sembahyang malam ketika orang tidur nescaya syurga dan keamanan
balasannya.”
Penduduk
Yathrib keluar beramai-ramai menyambut Nabi di pinggir Kota Yathrib. Mereka
mengalunkan sebuah nasyid yang masih dilagukan sekarang ini dengan meriahnya.
Kebanyakkan
penduduk di Yathrib mengharap dan meminta supaya Nabi Muhammad
singgah
dan tinggal bersama mereka. Unta Nabi Muhammad
terus berjalan. Beberapa orang cuba memegang
tali unta tanda penghormatan sambil berharap Nabi
singgah di kediaman
mereka. Bagaimanapun Rasulullah
menolaknya
dengan lembut dan berkata “Biarlah unta ini berjalan kerana ada yang
menjaganya.”
Beberapa
penghuni dari rumah-rumah berdekatan juga turut menawarkan tempat tinggal
kepada Rasulullah
. Bagaimanapun, jawapan
yang sama diberikan oleh baginda. Sehinggalah unta yang ditunggangi bersama Abu
Bakar
kemudiannya berhenti di lokasi Masjidil
Nabawi sekarang ini.
Unta
itu berhenti sambil melutut di lokasi tersebut, bangun semula dan bergerak ke
hadapan. Kemudiannya, kembali ke lokasi mula-mula dia berhenti. Nabi Muhammad
dan Abu Bakar
kemudiannya turun dari unta tersebut.
Lokasi
tempat akhir unta itu berhenti adalah milik dua orang anak yatim yang bernama
Sahal dan Suhail. Kedua-dua mereka dijaga oleh Muaz bin Ufrak yang mengusahakan
tempat tambatan unta itu. Kedua anak yatim itu dari BaniNajjar, yang dikatakan
ada hubungan persaudaraan di sebelah ibu baginda Rasulullah
.
Rumah
yang terletak bertentangan lokasi unta berhenti itu adalah milik Abu Ayyub
Al-Ansari. Abu Ayyub dengan berbesar hati menjemput Rasulullah
ke rumahnya. Sementara itu, Abu Bakar
kemudiannya pergi ke sebuah rumah saudaranya
dan tinggal di sana.
Rasulullah
membeli tanah tersebut dengan harga 10 dinar
emas, walaupun tuan punya tanah itu mahu menghadiahkankan kepada baginda. Ini
bagi membela nasib kedua-dua anak yatim tersebut. Rasulullah
tinggal
di rumah Abu Ayyub selama 15 hari. Sepanjang tempoh itu baginda Rasulullah
membangunkan sebuah masjid di atas sebidang
tanah yang telah dipilih khusus itu.
Nabi Muhammad
kemudiannya mentadbir Kerajaan Islam Madinah
berdasarkan Perlembagaan Madinah atau disebut “Piagam Madinah” atau “Sahifah
Madinah”. Safihah Madinah menjadi
asas dan peraturan dan tanggungjawab Ketua Negara Islam bagi melaksanakan
pemerintahan dan menyatukan orang-orang Islam dan orang bukan Islam.
Safihah Madinahdirangka pada
tahun 622 Masihi. Piagam ini penting untuk mendapat kerjasama kaum bukan Islam
yang majoritinya adalah kaum Yahudi dari Bani Qainuqa, selain dari dua kaum
Yahudi yang lain seperti Bani Quraizah.
Piagam Madinah menjadi perlembagaan bertulis pertama di
dunia dan turut dikaji oleh orientalisbarat.
Ianya turut menggariskan kuasa pemerintahan, ekonomi, kebebasan beragama,
perdagangan serta Islam sebagai agama resmi Madinah.
Kaum Yahudi dari Bani Qainuqa’ kemudiannya diusir dari
Madinah setelah bersekongkol dengan kafir Quraisy melalui Peperangan Ahzab yang
berlaku pada tahun 627 Masihi. Perang Ahzab diceritakan oleh Allah dalam
Al-Quran melalui Ayat ke-9 surah Al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada
kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada
mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang
kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu
lakukan.”
Dinamakan Al-Ahzab yang bermakna gabungan kerana terdapat
gabungan yang besar di antara kaum Yahudi di Madinah dari Bani Natdhir dan
lain-lain, serta musyrikin Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufyan, memerangi kaum
muslimin di Madinah. Hal ini adalah seperti apa yang sedang berlaku di bawah
Tentera Pakatan yang diketuai oleh USA menyerang Afghanistan dan Iraq, serta
beberapa negara lain.
Perang Ahzab juga disebut Perang Khandak (bermaksud Parit
dalam bahasa Parsi), kerana Sulaiman Al-Farisi yang berbangsa Parsi
mencadangkan kepada Nabi Muhammad
supaya digali parit sebagai kubu. Selain
daripada PerangAhzab, beberapa siri peperangan telah berlaku setelah Nabi
Muhammad
berhijrah ke Yathrib.
Di antaranya adalah Perang Badar pada tahun 624 Masihi
serta Perang Uhud yang berlaku setahun selepas Badar iaitu pada 625 Masihi.
Manakala Perang Uhud yang berlaku di kawasan Jabal Uhud
menyaksikan Nabi Muhammad
bersama 1000 orang bala tentera ke medan
perang. Bagaimanapun hanya 700 orang sahaja direkodkan menyertai perang kerana
300 orang lagi terpedaya dengan Abdullah bin Ubai, yang dikatakan ketua
orang-orang munafiq.
Di dalam peperangan Uhud, Nabi Muhammad
sendiri mengalami kecerderaan dan bapa
saudara baginda, Hamzah gugur telah syahid. Kesan peninggalan peperangan ini
masih boleh dilihat di Bukit Pemanah dan makam para syuhada’ di Uhud.
[1] Sirah Nabawiyyah diterjemah oleh
Abdullah dan diterbitkan oleh YADIM
[2] Rumah Qusaiy bin Kilab
dipercayai dijadikan tempat perbincangan
[3] Seorang pemuda dari Bani Mulhij
[4]
Suraqah menggunakan surat
ini untuk membuktikan keislamannya pada satu ketika yang lain-sila rujuk
kejadian ini dari Latif Talib
[5]Seperti
yang diceritakan dalam Buku Al-Quran Berjalan (Rahmat bagi sekelian Alam)
karangan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Sesetengah pengarang dan pendakwah
menceritakanyang
dijanjikan oleh Rasulullah adalah sepasang gelang.
[6] Seorang panglima perang Islam
dipanggil ke Al-Qadasiyah membantu Saad.
[7]Pendekar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Ksatria Islam yang
Gagah Berani, Asyraf Muhammad al-Wahsy, Gema Insani Press, 2011
[8] Parsi di dalam Empayar Iran
(Iranian Empires) ditakluki oleh Empayar Byzantine melalui beberapa siri
peperangan yang bermula pada tahun 92 BC (Sebelum Masihi). Siri peperangan ini
dikenali sebagai “Roman-Persian Wars”
[9] Heracluis Augustus atau nama sebenarnya Flavious Heraclius adalah seorang Maharaja bagi Empayar Bizantine(Byzantine Emperor). Beliau
menaiki takhta pada 5 Oktober 610 hingga 11 Februari 641. Beliau dikatakan
pernah menerima perutusan daripada Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam
menyeru supaya tunduk pada pemerintahan Islam. Dalam sejarah Barat dia
dikatakan gagal mempertahankan Syam (Syria) dari jatuh ke tangan pemeritahan
Islam.
[10] Istanbul adalah nama yang
diberikan oleh Mustafa Kamal. Beliau menguatkuasakan satu undang-undang yang
melarang penggunaan nama Konstantinople dalam urusan resmi kerajaan. Syeikh
Imran Hussein berpendapat bahawa ini adalah satu jenayah yang dilakukan oleh
Mustafa Kamal kerana mengabaikan nama kota yang disebut oleh Nabi Muhammad
iaitu ‘Qustantiniya” dalam Bahasa Arab. "Lataftahanna al-Qustantiniyya wa lani`ma al-amiru amiruha wa lani`ma
al-jayshu dhalika al-jaysh."- al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir 2:81 and
al-Saghir 1:306
[11] Penguasaan Kota Konstantinople
pada tahun 1453 ketika itu bukanlah apa yang disebut dalam kejadian di akhir
zaman menzahirkan ramalan Nabi. Ini kerana dalam hadith Sunan Abu Daud,
diriwayatkan bahawa selepas penguasaan Konstantinople berlaku ‘khuruj’ yang
dibawa oleh Dajjal dalam tempoh tujuh bulan. Khuruj adalah kerosakan yang
dibawa oleh Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa.
[12] Narrated Mu'adh ibn Jabal:Book 37, Number 4282:The Prophet (peace_be_upon_him)
said: The greatest war, the conquest of Constantinople and the coming forth of
the Dajjal (Antichrist) will take place within a period of seven months.
[13]
Seorang rakyat Malaysia, Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam telah
disemadikan pada 2 November 2013 di situ, setelah syahid dalam kemalangan.
Perkuburan itu juga turut disemadikan 60 jasad sahabat Nabi, auliya’ dan
panglima Uthmaniyah serta beberapa orang-orang kenamaan Turki.
[15] Sesetengah buku menyebut sebagai
gelang dan bukan mahkota. Bagaimanapun ia adalah sebuah lambang kekuasaan Kisra
bin Hurmuz, Raja Parsi.
[16] Terdapat juga riwayat yang
menyatakan bahawa Suraqah memeluk Islam ketika ditawan.