
Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
(Surah Al-Alaq, Ayat 1)
Dalam
perjalanan ke Arafah, Mina dan Muzdalifah, rombongan kami di bawa melalui satu
kawasan lapang. Kami berhenti di lebuhraya dan masuk ke dalam satu kawasan
tanah berbatu yang luas. Di belakang kami terpampang Jabal Thur.
Kedudukannya
agak jauh dari tempat kami berkumpul tetapi memang kelihatan tinggi Bukit Thur,
di mana terletakknya Gua Thur yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad
dan Saidina Abu Bakar, ketika diburu oleh puak kafir Quraisy. Nabi Muhammad dan
Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur setelah dikepung oleh musyrikin
Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah.
Dalam
perjalanan dengan bas baru itu Ustaz Zul menunjukkan sesuatu.
“Di
situ Gua Hira, siapa-siapa yang nak mendaki, kita daki malam besok. Jabal Nur,
tak perlu bawa lampu, Insya-Allah,” kata Ustaz Zul sambil menunjukkan lokasi
Gua Hira’.