Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
42,313
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13


" MAMA ....! Mama....! Tunggu dulu mama...Tunggu dulu..." Ameera Husna terjelepok ke tanah pabila kaki ayamnya tersangkut pada akar pokok.Ameera Husna cuba menginjakkan tubuhnya supaya bangkit ." Aduh ! ," lagi sekali dia terjatuh .Buku lalinya mungkin terkehel.

Angin semakin menderu kuat.Nun, di sebalik rimbunan semak- samun kelihatan sepasang mata merah sedang mengawasi pergerakan Ameera Husna .

Auuuu....Auuuuuuuu.....Ameera Husna mesti bangun juga , dia harus mengejar mama yang dapat dia rasakan semakin jauh.

Ameerul Husny baru sampai dari dapur , ditangannya kelihatan mug berisi kopi panas.Dia menuju ke arah meja kerja untuk mengambil beberapa dokumen yang harus dia semak semula untuk dibawa ke biliknya.

Kini kedua- duanya saling bertatapan.Lagi sekali niatnya untuk mengejar mama terbantut pabila di hadapannya ini , berdiri satu makhluk berbunjut .

" Pergi ! Jangan kacau aku ! Pergi ! Aku mahu mama ! Aku mahu mama !Mama...Tolong Husna ma....Tolong Husna.." Ameera Husna semakin mengundur sedangkan si pocong pula kian mendekat.

" Husna ! Husna ! Buka pintu ni ! Buka pintu ni ! " teriak Ameerul Husny juga resah.Tombol makin di pusing , makin ia ketat.Kenapalah Ameera suka kunci bilik ? Apa- apa hal berlaku kan ke susah ? 

Ameerul berlari ke kamarnya untuk mendapatkan kunci pendua." Mana pula kunci ni ...," omel Ameerul Husny habis semua laci dia buka tanpa di tutup semula.

Jerit pekik Ameera Husna bergema sampai ke bilik Ameerul , ini menambahkan lagi rasa cuak lelaki itu .Dia semakin pelik , semenjak mama mereka meninggal Ameera Husna kerap- kali di ganggu.Adakalanya dia seolah di rasuk sesuatu.

Pabila ditanya , jawabnya dia selalu nampak sesuatu yang kita semua tak nampak.Sixth sense ? Benarkah ia wujud ? Melalui pembacaannya sememangnya mata kita ni berhijab.Oleh kerana itulah banyak perkara atau benda berunsurkan ghaib ini kita tak nampak.' INDIGO' Salah- satu panggilan .Hanya dengan beberapa surah kita boleh membukanya.

" Ya Allah! Mamaa...Tunggu ma...Jangan tinggalkan Husna lagi mama....Husna takut tinggal dalam hutan ini....Husna nampak macam-macam...." Mata Ameera Husna kian meliar.Memang benar , macam- macam yang datang menganggunya.

" Husna ! " Ameerul Husny terus meluru ke arah adik perempuannya itu . Tubuh yang meronta- ronta itu di dakap erat walaupun terpaksa menahan dirinya menjadi mangsa pukulan.

" Pergiiiiiii!!! Lepaskan akuuuuu!!! Lepaskan akuuuu !! Mama !! " 

Mama semakin jauh mengundur, tangannya diangkat seperti mengajaknya ikut sekali , sayu sekali wajahnya." Maama...Please ....Tungguu Husna .."

Tanpa disedari lelaki itu, airmatanya juga berlinangan tatkala mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Ameera Husna.Mereka berdua terlalu merindui arwah mama dan arwah papa.

" Husna ! Husna !! Abang ni , Husna ...Abang ..." Sakit badannya dipukul - pukul oleh Ameera Husna yang masih lagi dalam ilusi .Mama kian menghilang tapi jelmaan berupa pocong itu makin mendekatinya.

" Pergi kau setannn ! Jangan ganggu akuuu !!" 

" Husna ! Bawa mengucap Husna ! Bawa mengucap !! " 

" kau siapa ? Lepaskan aku !! Pocong tu masih lagi mengejar akuuu! " 

' PANG ! ' Terdiam seketika keduanya." Astagfirullahalazim..

Husna....! ," ujar Ameerul Husny meraup wajahnya.Tak terlintas lamgsung dalam mindanya untuk menampar.Semuanya berlaku secara spontan ! 

" Abang ? Kenapa tampar adik bang ? Apa salah adik ? ," soal Ameera Husna , pipi yang pijar di pegang .Bertakung airmatanya kini.Kalau tak kerana tamparan itu , tentu Ameera Husna masih lagi terperangkap di alam mimpi .

Pocong itu kian jauh lompatannya.Adakah pocong ini wujud ? Atau Ameera masih lagi dalam khayalan ? 

" Ya Allah , Husna im sorry sayang....Im didn' t mean it ? Maafkan abang ....Maafkan abang...." 

" Tapi kenapa bang ...? Husna benar - benar tak faham apa yang telah terjadi pada Husna bang ...? Abang....Husna rindukan mama...." 

" Husna, abang pun rindukan mama, papa....Husna , maafkan abang sekali lagi ....Abang dah cuba sedarkan Husna tadi ....Tapi Husna tetap meronta, jerit - pekik, pukul abang....Apa semua ini ? Apa yang telah terjadi pada Husna ? Benarkah semua yang Husna nampak itu ? Wujudkah sixth sense itu ? " 

" Abang , tiada orang yang dapat memahami gejolak hati Husna bang....Husna juga terseksa dengan anugerah ini...." 


*********


DARI jauh hamparan sawah padi yang menghijau dan kekuningan jelas kelihatan kini.Ameerul Husny terpaksa memperlahankan pemanduannya kini tatkala kereta mereka sedang melalui batas bertanah merah sederhana luas itu .

Sejuk dia rasakan tatkala dihembus angin sepoi- sepoi bahasa pada sore itu .Burung - burung berterbangan bebas berkicauan ada juga yang bertenggek atas kepala ' orang- orang @ scarecrow ' yang tegak berdiri di tengah sawah .Jika lihat di waktu malam agak seram juga.

Hon berkali bunyi menyapa mereka yang lalu di situ .Ada beberapa orang remaja lelaki sedang memancing ikan di tepi sawah .Kanak- kanak pula seronok berkejaran sesama sendiri.

Masih ada lagi penduduk kampung itu yang masih lagi mengerjakan sawah walau hari kian berinjak petang .

Tersenyum Tok Wan sambil melayan rokok daunnya.Berkepul asap keluar tiap kali dia berhembus di atas tangga.Kereta yang kian hampir itu cukup dia kenali.Dah lama juga mereka tak balik .Tentu ada sesuatu , fikirnya.Kerana dia dapat merasakan sesuatu telah berlaku.

Tok wan juga mempunyai keistimewaan serupa dengan Ameera Husna.Sebagai orang lama , dia juga ' menaruh sesuatu ' yang tak sepatutnya.Tetapi dia takkan wariskan kepada sesiapa .Biar dia tanggung sendiri bahananya nanti.

Pin....pin...." A....Tok.....Kami pulang tokkkk....! ," laung Ameera Husna terlambai - lambai sebelum kereta mereka berhenti .

Ameera Husna terkocoh - kocoh keluar kerana tidak sabar mahu mendakapi atoknya itu .Manakala Ameerul Husny pula membuka bonet kereta.

" Aaatookkkkk...." Ameera Husna terus menyalami tangan berkedut itu lama sebelum mendakap tubuh itu.Ameerul Husny meletakkan dahulu bagasi mereka di kaki tangga , dia menaiki tangga untuk mendapatkan atoknya.

" Atok, apa khabar ? Sihat ? ," soal Ameerul Husny tunduk menyalami tangan orang tua itu .Manakala , Ameera merenung tajan ke dalam kereta .

" Arman ? Aik? Dah lama dia menghilang ? Ada masalah lagi ke abang- abangnya itu ? " 

Atok juga melihat ' Arman' lama sambil- sambil itu dia mengerling Ameera Husna.Atok dapat rasakan Ameera Husna menurunnya .

" Naiklah , hari nak.senja dah pun...Kita solat sama- sama..." 


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.