PERLAHAN- lahan matanya di bukakan.Ameerul Husny benar - benar bersyukur kini." Abang ...
," ucapan pertama dari mulut Ameera Husna.
" Syukur ! Alhamdulillah Husna dah sedar...."
" Bang....Di mana ni ?" Soal Ameera Husna yang ingin bangun.Dengan pantas , Ameerul mengampu belakangnya.
" Assalam...Meera...Ya Allah ! Meera dah sedar...Syukur! Syukur ! Ya Allah...." ucap Elly meluru lantas mendakap gadis yang terpinga- pinga itu .Ameera Husna memandang abangnya meminta penjelasan.
" Selamat ? Eh, Cik Ameera ? Alhamdulillah...."
" kejap ! Kejap ! Apa semua ini ? Abang ? Apa semua ini ? Kenapa semua orang terkejut pabila tengok Meera dah sedar ?"
Elly memandang Ameerul , dia juga perlukan penjelasan dari lelaki itu .Doktor muda itu pula tersenyum sahaja.
" Doktor ? Kenapa dengan saya ? Apa yang telah berlaku sebenarnya pada saya ? Saya betul- betul tak faham...
"
" Baiklah ....Sebenarnya saudari koma hampir dua bulan....Dan..."
" Apa ? Dan apa doktor ? Anggap saya telah mati ? Begitu ?"bertubi- tubi persoalan yang gadis itu keluarkan.Ameerul dan Elly kelu.Hanya doktor muda itu sahaja yang masih lagi tenang .
" Bawa bertenang Cik Ameera, ya memang benar kami hampir mahu menamatkan mesin jangkahayat , sekiranya cik masih lagi tidak bangun...."
" Tapi, abang yakin dik..Abang cukup yakin Ameera gadis kuat...."
" Ameera, kak Elly nak pohon maaf atas segalanya. .....Maafkan kak Elly ...."
" Meera, sakit kepala..." Gumamnya memegang dahi.Terpejam- pejam matanya menahan sakit yang amat sangat." Nurse...Maaf semua , tolong keluar dahulu...Dengan keadaan ini, Cik Ameera masih lagi lemah dan mindanya perlu dikosongkan dahulu.."
**************
PADA mulanya agak sukar untuk di fahami .Namun, semuanya pastikan berlaku jika sudah Allah kehendakiNya.Begitulah yang berlaku kini.
" Kerana mimpilah yang menggerak hati ini untuk membantu kalian berdua"
Tasbih ditangan , tidak henti- henti dibilang dengan berzikir."
Perjumpaan kali kedua yang tak terduga, setelah selepas kejadian dirumah banglow itu dia menghilangkan dirinya.
" Kita patut bersyukur, Ameera kerana Allah telah menghantar seseorang untuk membantu kita...."
*************
SETELAH melawati kubur arwah mama, Ameera menapak ke arah beberapa kubur lagi untuk menuju ke arah kubur arwah Arman.Tak sangka , dia juga dikuburkan di situ.
Setelah yassin usai dia hadiahkan buat arwah , yassin terus dikucup lembut sebelum di simpan kembali ke dalam tas tangan.
" Awak....Saya pergi dahulu ya...Inshaa Allah nanti saya datang lagi ...."
Ameera Husna bangun lalu menggulung tikar kecilnya sebelum mulai melangkah pergi.
" Ameeeera....."
Langkahnya terhenti , terus berpaling .Kelihatan sesuatu tidak jauh dari kubur arwah Arman.
800 pm
BERAKHIR SEGALANYA