Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
42,315
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 1

      TANAH PERKUBURAN itu semakin sunyi pabila telah ramai para pelawatnya telah pulang ke tempat masing- masing .Ameera Husna masih lagi terpunduk merenung tanah kubur yang masih merah dan basah itu lama.

      Titis demi titis airmatanya mengalir menuruni lalu makin membasahi pipi gebunya .Tiba- tiba wajahnya terdongak .Matanya yang bertakung air itu di seka berkali lantas dia merenung kembali .Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang telah dia lihat kini.

       Sudah lama hijabnya tertutup,mustahil kini terbuka kembali ." Ma....Mama ke itu ? ," soalnya yang masih musykil .Makhluk yang berbalut dari atas ke bawah itu kian mendekatinya.

       Remang senja , dan suasana yang sunyi- sepi agak menakutkan gadis itu .Apatah lagi , dengan munculnya makhluk berbalut seakan pocong itu .Ameera Husna bingkas bangun apatah lagi haruman kemboja kian menusuk hidung .Dan adakalanya pula , hidungnya terhidu bau sesuatu yang cukup busuk seperti bangkai .

       Makhluk berbunjut kepala itu hanya tegak berdiri dan terus merenungnya tajam.Wajah pucatnya kelihatan seram dengan mata lebam dan terjegil itu.

        Beduk kedengaran sayup dari arah utara tanah perkuburan itu.Ameera Husna menenyeh matanya berkali .Dan ya, memang apa yang dilihatnya kini benar- benar wujud .Bukan satu tapi ramai .Pelbagai rupa dan gaya.

        Menyesal tak sudah Ameera kini kerana tidak mahu ikut abangnya pulang .Makhluk- makhluk itu semakin menghampiri Ameera.Kakinya semakin mengundur ke belakang.Tanpa dia sedari, ada satu tangan yang baru keluar dari dalam tanah perkuburan itu .

       " Makkk !!!," teriak Ameera terjelepok jatuh ke tanah betul- betul tepi satu lagi kubur .Tangannya teraba sesuatu.Mata Ameera membulat pabila salah satu jemarinya termasuk ke dalam satu lubang besar dan keras.Bibirnya semakin terketar- ketar perlahan- lahan dia memalingkan wajahnya ke arah ' sesuatu ' itu.

      " Allah !!! Tengkorakkk!! ," laungnya dengan pantas mengengsot semakin ke belakang mendekati pohon kemboja yang rendang itu .Entah macamana boleh pula matanya terarah ke atas, seekor pontianak sedang mencangkung atas dahan pohon berkenaan merenungnya dari atas .

       " Allah! Allah ! Allah ! ," ucap Ameera Husna memejamkan matanya.Nafasnya turun naik dengan tak menentu .Suara hilaian kedengaran dekat di lubang telinganya.

       Salakan anjing hutan bersahut- sahutan sayu sekali .Menambahkan lagi rencah keseraman waktu itu." Abang !!! Tolong Husna ! Tolong Husna !! ," laung Ameera Husna tersedu- sedan.

       " Ameera.......Amee....Ra...." 

" Jangan ganggu aku.....!!!," teriak Ameera Husna seraya memekup telinganya pula.Mata masih terpejam rapat .Ameera ingin lari dari kawasan perkuburan itu tapi bagaimana ? 

        Gangguan demi gangguan kian mengasak gadis yang dilanda ketakutan itu .Apatah lagi dengan bunyi derapan kaki memijak dedaun kering dan seretan sesuatu yang berat semakin mendekati ruang pendengarannya.

        Tangan dia tadahkan lalu memejamkan matanya.Dia telah lali dengan suasana begitu .Apatah lagi pondoknya begitu dekat sekali dengan kawasan perkuburan itu .Dia memilih untuk tinggal di pondok itu supaya senang untuknya berulang- alik semasa menjalankan tugasnya sebagai penggali kubur .

       " Auzubillahiminasyaitonirajimmm.." 

       Ayatul Qursi dan beberapa ayat ruqyah lancar dia keluarkan daripada mulutnya.Setelah suasana kembali tenang , walaupun ada beberapa ekor pocong cuba menganggu konsentrasinya .

      Ameera Husna masih lagi terpekik seorang .Mata masih tertutup, tangan pula masih memekup kedua belah telinganya .Tudung yang dipakai senget- benget.

      " Anak....! Anak....! Buka mata mu, usah risau ' mereka' semua telah tiada, telah pak Habib usir pergi " tutur lelaki tua berkopiah , berbaju t , kain pelikat diikat menjadi sampin di seluar slacknya.Lembut sekali tutur bahasanya.

       Ameera Husna masih lagi berkira- kira sama ada mahu membuka matanya ataupun tidak.Was- was masih kuat merajai hatinya kini.Ameera benar- benar terkejut dengan semua yang baru dia tempuhi tadi.

      " Anak....Bukalah matamu ....Usah khuatir , pak Habib ini manusia seperti kamu juga ," terang orang tua itu sekali lagi .Ameera Husna menanam tekad di dadanya untuk memberanikan dirinya kini.Mungkin benar, suara garau itu manusia.

      Perlahan- lahan matanya dibukakan.Dari pandangan yang agak kelam, ditambahi gelap malam kini semakin jelas .Ternyata sosok tubuh yang berdiri dihadapannya itu seorang manusia ! Seorang lelaki tua berpakaian petani dan bercangkul di tangan.

       " Pakcik......"

       " Ya, anak ni siapa ? Kenapa boleh berada lagi di sini ? Tak silap pakcik anak ni dari keluarga tadi kan ? Tidak elok berseorangan ke mari waktu begini nak ...." 

       " Maafkan saya pakcik...Ya, kesilapan saya.Saya sedih pakcik...Saya masih lagi tak dapat menerima kenyataan bahawa mak saya telah tiada lagi di dunia ini " 

      " Sudahlah tu nak , doakan sahaja arwah mak anak semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman" 

       Ya, memang Ameera Husna terlalu sedih dan terlalu sesal walaupun penyesalannya itu telah terlambat.Kalau tak kerana kedegilannya tempoh hari tentu semua ini tak berlaku .

       " Dengar cakap mama , Husna! Boy tak sesuai untuk Husna ! Bukan mama sengaja mahu mereka cerita! Tapi mata mama sendiri nampak kecurangan dia ! Jangan butakan mata Husna dek terlalu menyayanginya ! ," tempelak Puan Harita mulai menyinga.

        Ameera Husna terlalu degil kini .Semua kata- katanya terus- terusan di bangkang ." Mama, please lah mama ! Enough is enough ! Husna jauh lebih kenal Boy dari mama! Mama tahu tak ! Tak mungkin ma, tak mungkin dia curang pada cinta kami ! ," Ameera Husna juga tak kurang tinggi oktaf suaranya.

        " Ameera! Tunggu Ameera ! Tunggu! Ameera Husna ! Dengar cakap mama ! Tunggu !! ," laung Puan Harita menolak kerusi rodanya selaju mungkin cuba mengejar Ameera Husna yang kini semakin ke tengah jalan .Tanpa mahu dia menoleh ke belakang lagi .

        " Allah !!!..." Tatkala satu dentuman kuat berlaku .Ameera Husna terus terhenti lariannya tatkala laungan suara itu amat dia kenali lantas terus berpaling .

       " Ya Allah ! Mama !! Mama!! ," Ameera berteriak meluru ke arah sebujur tubuh yang terlentang dengan kepala yang pecah berdarah .Kerusi roda pula terhumban nun di tepi longkang berdekatan perumahannya.

       Leher yang terkulai terpaksa di ampu oleh Ameera.Apatah lagi hidung dan keseluruhan tubuh kaku itu berlumuran darah merah lagi pekat.

       " Ameera .....!," laung seseorang menyentak lamunannya kini.Dia cukup kenal akan suara garau itu.Bukankah itu suara abangnya.

       " Ameera Husna ! ," sapa Ameerul Husny abangnya.Pak Habib telah menerangkan apa yang telah berlaku pada lelaki tinggi lampai itu .Terangguk- angguk lelaki itu kini.Pak Habib hanya menceritakan apa yang patut sahaja tetapi tidak tentang penampakan tadi .

       " Abang....!! ," tubuh itu terus dirangkul erat .Pak Habib pula terus melangkah meninggalkan mereka berdua di situ.Ameerul Husny memujuk adiknya itu supaya bertenang .

       Mereka menapak pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu lalu meniti laluan tanah kecil untuk ke pintu keluar dan ke arah kereta yang terparkir bawah pohon kemboja.

       Semasa kereta itu ingin memasuki ke halaman rumah , Ameera Husna merenung tajam ke arah makhluk berwajah hodoh yang sedang meniarap sambil menjilat jalan di mana berlakunya kemalangan petang semalam.Mata terus dia pejamkan pabila makhluk itu terdongak lalu membalas renungan Ameera.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.