DARI jauh, Ameera Husna dapat melihat lelaki itu sedang berbincang dengan dua orang lelaki berbaju kot hitam.Sekali pandang, tak ubah seperti peguam sahaja.
" Ameera, apa kata kita masuk sahaja..." bisik Arman pada telinga Ameera yang ralit memandang ke arah para lelaki di meja tepi jendela restoran terkemuka itu.
" Tapi , tak apa ke ? "
" Mereka tak kenal kau ...Tak perlu risau ...Cuma kita tak boleh berbual..."
" Ya, betul juga ...So, how ? ," soal Ameera Husna sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam restoran yang menghidangkan makanan ala barat itu .
" Aku akan tetap ada di sisi kau , kau ada bawa sebarang kertas dan pen tak ?"
" Kejap , aku periksa ," ujar Ameera Husna lalu membuka tas tangan yang telah dia tanggalkan dari bahu." Ada ...," jawab Ameera sambil-sambil itu dia tetap perhatikan sekeliling khuatir ada yang nampak dia bercakap sendirian.
" Jom, kita masuk, ni pun dah hampir sejam nanti mereke berangkat pula.Kau tulis aja apa yang kau dengar ...."
Ameera Husna menapak perlahan lalu memegang pembuka pintu kaca tersebut .Dia memilih meja dua di hadapan yang masih kosong itu.
**********
ARMAN berasa kasihan pada kak Elly yang tersengguk- sengguk itu .Abang Addy tetap kaku begitu . Arman ingin mencapai kusyen kecil yang tergeletak bawah kerusi kak Elly , namun tangannya hanya memegang bayang sahaja.
Arman sebak dan geram tatkala matanya tertancap pada batang tubuh abang ngah nya itu.Kalau rumah , tanah yang luas yang tak seberapa dan kebun arwah emak yang mereka rebutkan , ambillah .Dia memang tak kisah dari masa dia hidup lagi .Tapi abang- abangnya yang terlalu paranoid , sehingga sanggup membunuhnya.
Setitis air dari airmata Arman kini menitis ke atas wajah Elly .Elly tersedar dan matanya membulat.Dia dapat rasakan ada air yang jatuh ke wajahnya.
" Kak....," ujar satu suara membuatkan Elly tidak senang duduk.Apatah lagi bilik itu kelam pencahayaannya.Suara siapa itu ??
Matanya yang kuyu kerana sisa kantuk yang masih lagi bersisa kini makin membesar ." Siapa ? Siapa tu ? ," soal Elly pabila sekali lagi suara itu memanggilnya.
Sekali lagi dia menenyeh matanya.Elly bagaikan ternampak satu sosok seperti manusia di satu sudut gelap berdekatan pintu masuk.Semakin kecil matanya cuba memicing penglihatannya .
" Kak....Elly.....Kakak tak kenal saya ? " soal suara itu lagi .Adrenalin Elly semakin laju sama hebatnya dengan debaran jantungnya kini.
" Elly ! Elly ! Elly ! " Rania menampar pipi Elly yang seakan kesurupan itu .Abang Remy juga berasa pelik.Pantas dia memeluk bahunya erat ,entah kenapa suhu aircond terasa kuat sangat.
" Hah! Kak Rania! Kakak...." laungnya terus mendakap erat Rania.Rania memandang Remy , mereka terpinga- pinga.Apa yang telah terjadi sebenarnya?
" Abang , kakak Elly nak buat kenduri tahlil sedikit "
" Hah? Kenapa pula ? Tiba- tiba aja ?"
" Kau ok ke ni , Elly ?.Lain macam je abang tengok? Ada apa - apa yang tak kena ke ? "
" Kan kita baru je buat 100 hari..."
" Tak salahkan ...," ujar Elly perlahan.Apa yang dia nampak itu rahsianya.
" Boleh tu boleh , tapi kita semua busy kan sekarang dengan keadaan Addy lagi ...Mana ada masa...," dalih Remy .Rania tersenyum .
" Kalau ikut pada masa , memang kita senantiasa tiada masa abang , kakak...Lagipun, kita kehilangan 3 insan yang kita sayang dalam masa terdekat ini..Abang , kakak tak nampak ke lagi ? Apa yang Allah Swt cuba tunjuk ? "
Rania mencebikkan wajahnya seolah mengejek.Pada am nya memang wanita berhati busuk itu tidak menyukai Elly kerana arwah ayah mertuanya kadang- kala melebih- lebihkan Elly daripada dia menantu sulungnya !
Segala apa yang mereka bertiga perbincangkan itu telah dia dengari.Sungguh dia tak menyangka begini sekali abang- abangnya itu perlakukannya dan pada arwah orang tua mereka.
Apa salah aku ? Apa salah arwah emak ? Apa salah ayah pada mereka ? Sampai begini sekali cara layanan mereka.
" Ya ! Ya ! Aku mengaku! Aku mengaku aku bersalah! Aku pecah amanah , aku khianati segalanya ! Aku makan harta anak yatim!! Uuuuuu...Aku sakit ! Ampunkan aku ! Ampunkan aku..Mak?.Ayah ? Tolong Addy mak...Tolong Addy yah ..Addy sakit ...." lirih Addy , boleh dikatakan keseluruhan badannya melecur .Merah sahaja isinya.
Wajahnya sudah tak serupa wajah manusia.Kulit yang melecur kemerahan , ada yang menggelembung besar seakan mahu pecah , dan yang mana dah pecah itu pula memperlihatkan isi dalamnya yang merah , dilinangi darah dan ada yang berair .
Jenuh para petugas cuba menenangkan sekujur tubuh kaku itu dari menggelepar .Elly kian mencurah airmatanya.Arman hanya mampu memandang .Dia tahu apa penyebab tubuh itu kekejangan dan menggelepar .
Rania pula kian erat memegang lengan Remy .Tipulah jika dia tak takut dengan keadaan itu .Semua yang ada di situ benar - benar terkejut dengan kejutan dari Addy .Matanya kini telah pun terbuka tetapi mata hitamnya tiada .Hanya putih mengisi ruang itu .
Tanpa mereka sedari , jari telunjuknya diangkatkan lalu kaku kembali." Abang! Abang ! Cuba lihat tu ! Cuba lihat jari Addy ..," gesa Rania .Remy yang masih lagi terkejut kini mencari dan memandang ke arah tangan Addy .Rania di sisi tidak mahu melepaskan tangannya.
Tiada apa- apa perubahan pada jari telunjuk Addy pada pandangannya.Rania makin pelik dan makin di cengkam ketakutan.Takkan matanya sahaja yang nampak ? Sedangkan orang lain tidak ?
Elly masih lagi dalam pembacaannya.Yassin jarang dia lepaskan dari dakapannya.Oleh kerana itulah , Arman tak mampu mendekatinya.Jika ada pun jika wanita tidak memegangnya.
" Nurse ! Cepat ambil alat bantuan dan ais ! Suhunya makin tinggi kini..! " laung doktor .Keadaan kian cemas dan kelam - kabut.Mesin jangka hayat juga kian lantang menjerit.Garisan turun naik kini kian ke mendatar .
" Ya Allah ! Abang, please jangan tinggalkan Elly ...Kasihanilah Elly dan anak kita..." Elly terus naik ke birai katil.Tubuh kaku itu terus dia dakapi seerat mungkin.Airmata yang berderaian tanpa segan - silu membasahi wajah pucat itu.Sedikit pun Elly tak berasa seram pada mata putih itu.
" Aku terseksa dik....Aku terseksa....Tolong ! Maafkan aku...Lepaskan aku dari seksaan ini ! Aku dah tak sanggup lagi....Aku tahu , aku abang yang tak berguna...." Addy merayu , meraung dalam api marak.
Ada sesuatu yang telah Arman perkatakan pada Addy.Addy terangguk- angguk mengiyakan.Memang benar ini semua komplot dirinya dan Remy.Kerana mahu membolot harta arwah ibubapa yang selama mereka sakit tenat , jarang mereka lawatinya.Tetapi , setelah pemergian mereka , rajin sekali rumah pusaka itu mereka lawati, bersihkan .
Ameera Husna yang baru sahaja selesai pemeriksaannya kini menelusuri ruang kecil untuk ke bahagian Farmasi .Inilah rutin bulanannya.Sehingga kini rahsia ini masih tak bocor .Ameera Husna tidak mahu Ameerul Husny resah hati .Dia tak mahu abangnys itu korbankan lagi masanya itu .Cukuplah selama ini dia menjaganya, abang pun perlukan satu ruang juga .
Papa pergi masa itu , Ameera masih lagi kecil dan Ameerul pula masih lagi kanak- kanak riang .Dan baru- baru ini pula , mereka berdua di kejutkan pula dengan pemergian mama.Dan itulah permulaan hidup Ameera sebagai gadis indigo.
" Hah ! " Terhenti seketika langkah kakinya kini.Arman dan seorang lelaki .Keadaan lelaki itu teruk sekali.Ameera Husna cuba mendekati keduanya.Wajah keduanya agak tegang.Baru Ameera tahu siapakah lelaki itu ?
Jadi adakah ini bermaksud ? Monolog Ameera Husna mengintari sekelilingnya sehinggalah matanya tertumpu pada satu kamar bertanda ICU UNIT .Barulah dia teringat tentang Addy yang di khabarksn koma ! Tapi kini , dia bersama dengan Arman ?
Wanita yang berpelukan itu pernah dia lihat , itukah kakak- kakak ipar Arman.Dan dalam pada masa itu juga, Ameera dapat melihat ketidakjujuran pada wajah isteri abang sulung , Arman.Wajah itu seolah berpuas hati! Dah tentulah laluannya untuk membolot harta keluarga mertuanya itu cerah peluangnya.
Ameera Husna tahu siapakah gerangan insan yang telah di selimuti itu." Abang Addy telah pergi akhirnya....," bisik Arman di tepi Ameera Husna.
Remy pula mengurut dada kelegaan kini.Sudah tentu- tentulah majoriti harta jatuh ke tangannya.Tiada manusia yang ikhlas jika berkenaan harta.
" Elly, bersabarlah ya...," ujarnya bersahaja.Rania pula masih lagi tersendeng- sendeng padanya." Kami balik dahulu, ada hal yang perlu kami setelkan terlebih dahulu..."
Elly tertunduk.Tiada kata- kata dari mulutnya kini.Dia masih tidak dapat menerima kematian ini .Harta Elly adalah Addy dan anak mereka .
" Eh ! ," laung Remy terkejut tatkala tangan arwah spontan menggenggam tangannya." Argh! Abang...," laung Rania kuat dan tak hormat pada si mati." Drama queen sungguh kak Rania...," sindir Arman.
" Nampak gayanya arwah tak mahu lepaskan tangan abang Remy ..."
" Aku juga tak sangka...Tapi aku tahu ....Tentu ada sesuatu antara mereka berdua yang aku tak tahu..."
" Aku benar-benar bersimpati pada kak Elly ..." Cepat - cepat jarinya menyeka airmata di pipi.